“TAK
tahan betul aku dengan perempuan andartu tu. Cerewet giler.”
Gadis berambut kerinting itu ketawa
kecil.
“Nasib kaulah kerja bawah dia.”
“Nak sambut siapa buat majlis
besar-besaran macam ni?” Gadis bercermin mata tebal itu menyoal lagi.
“Anak Engku Aisyah dari oversea tu balik.”
“Maksud you Tengku Nageena.”
Gadis berambut kerinting itu
mengangguk kepala.
“Aku ada dengar desas-desus Tengku
Nageena merajuk sebab bondanya Engku Aisyah berkahwin dengan Engku Razman.”
“Aku pun dengar macam tu.”
“Eloklah Tengku Nageena pulang
semula. Takderlah perempuan sorang tu berkuasa macam syarikat ni
bapak dia yang punya.”
Gadis bercermin tebal itu
mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata rakan sekerjanya itu.
Kedua-dua gadis itu menikus sebaik melihat kelibat perempuan yang mereka
maksudkan itu.
TENGKU
Nageena berkali-kali menatap jam tangan. Dia resah tiba-tiba, tiada kelihatan
kelibat Pakcik Tahar, pemandu bondanya di lapangan terbang itu. Tidak
semena-mena hatinya berdebar keras juga. Dua orang lelaki bersut hitam
menghampiri dia.
“Tengku Nageena…” Salah seorang
lelaki itu menyoal.
Tengku Nageena tidak membalas. Dia
terus menarik bagasinya melintasi kedua-dua lelaki tidak kenali itu.
Tiba-tiba dia terasa lengan direntap
kasar. Bagasinya terlepas dari tangan.
“Tengku kena ikut kami.” Ujar lelaki
itu kasar.
Kedua-dua lelaki itu cuba mengheret
Tengku Nageena menuju ke arah kereta yang sudah sedia menunggu. Tengku Nageena
tidak berdiam diri. Serentak itu dia memijak kaki lelaki yang memengang
lengannya itu sepenuh tenaga. Tengku Nageena mengambil peluang melarikan diri
sebaik lelaki itu melepaskan pegangan.
Kasut tumit tingginya dibuka untuk
memudahkan dia melarikan diri. Tanpa memandang kiri-kanan, dia terus melanggar
tubuh seorang lelaki yang sedang membuat panggilan telefon dari arah
bertentangan.
Telefon bimbit lelaki itu jatuh
terhempas. Tengku Nageena menarik lengan lelaki berkaca mata hitam itu dan
menyorok di balik kereta-kereta yang berdekatan mereka. Lelaki berkaca mata
hitam itu kaku dengan tingkah Tengku Nageena.
“Shhh…” Tengku Nageena meletakkan
jari telunjuknya pada bibir.
Dia mengintai di balik kereta
tersebut. Kedua-dua lelaki itu masih mencari-cari di kawasan berdekatan.
Nafas Tengku Nageena turun naik. Peluh
dingin memercik di dahi. Jelas kegelisahan pada wajahnya. Siapa kedua-dua
lelaki itu?
“Hm!” Lelaki berkaca mata hitam
bingkas bangun. Dia mengaturkan langkah menuju ke arah kedua-dua lelaki
terbabit.
Lelaki berkaca mata hitam itu sengaja
melanggar bahu salah seorang dari lelaki terbabit. Lelaki itu merengus geram.
“Tepilah!” Tubuh lelaki berkaca mata
hitam itu ditolak hingga lelaki itu jatuh terduduk. Kedua-dua lelaki itu
berlalu.
Sebaik kelibat kedua-dua lelaki itu
tidak kelihatan, Tengku Nageena keluar dari persembunyian.
“Thanks.” Ucap Tengku Nageena lembut. Dia
menarik nafas lega.
Lelaki
itu tidak membalas. Dia bingkas bangun dan menyapu kekotoran yang melekat pada
jaket kulitnya itu. Dia berpaling ke arah Tengku Nageena.
Renungan
mata tajam itu agak menggerunkan Tengku Nageena. Seketika cuma. Kemudian dia
mengalihkan pandangan.
Tengku
Nageena mengertap bibir melihat langkah lelaki berkaca mata hitam itu.
“Tengku…”
Melebar
senyuman Nageena memandang Pakcik Tahar.
“Maafkan pakcik terlewat. Tayar kereta
pancit di pertengahan jalan tadi.”
“Tak mengapa.”
“Mana bagasi tengku?” Masakan Tengku
Nageena pulang lenggang-kangkung begitu.
“Ouch, teringgal di dalam.”
Nageena beriringan jalan bersama Pakcik
Tahar.
“NAGEENA!”
Engku Aisyah terus meluru memeluk tubuh anak gadisnya itu. Dia memaut muka Tengku
Nageena yang nampak sedikit cengkung itu. Hatinya tersentuh.
“Bonda...” Tengku Nageena melirik
senyuman tetapi hambar. Dia sempat mengerling Engku Razman yang berada di
belakang bondanya.
“Kenapa kurus sangat ni?” Engku
Aisyah membelek-belek tubuh anak gadisnya.
“Tak selera makan. Ingatkan bonda.”
Tengku Nageena memeluk bahu bondanya.
“Kalau rindu bonda, kenapa tak call bonda?”
Nageena membisu. Soalan bondanya
dibiarkan tergantung.
“Nageena penatlah. Nageena mahu
berehat di bilik dulu.” Nageena memaut lehernya. Dia cuba berlakon sebaik
mungkin di hadapannya bondanya itu.
“Rest
cukup-cukup. Bonda dah prepare majis
untuk malam ini .”
“Majlis untuk apa?”
“Bonda buat untuk sambut kepulangan
anak kesayangan dia.” Tengku Ryzal menyampuk. Tengku Nageena mencerlung ke arah
adiknya itu.
“Esh, tak perlulah bonda nak majlis
tu semua.”
“Majlis kecil je. Nageena restlah dulu.”
Tengku Nageena mengebam bibir. Dia
tidak bercerita tentang kedua-dua lelaki misteri itu. Dia tidak mahu bondanya
dilanda kebimbangan. Malahan dia turut menyuruh Pakcik Tahar menutup mulut.
Engku Razman beredar tergesa-gesa
sebaik menerima panggilan. Tengku Nageena mula menaruh syak-wasangka pada bapa
tirinya itu.
Bilik tidurnya sudah menjadi bilik
tidur Tengku Nayli, adik tirinya itu. Hatinya mengumam marah. Kereta miliknya
juga turut dirampas oleh Tengku Nayli. Tengku Ryzal bercerita itu dan ini
tentang perangai Tengku Nayli kepada Tengku Tengku Nageena. Bonda seakan
manjakan Tengku Nayli melebihi dari anak sendiri.
*Bersambung....
JTG Betting in Texas - Casino in TX | JTR Hub
ReplyDeleteJTG Betting, also 태백 출장마사지 known as JTG, is a new online betting operation that brings together 영천 출장안마 sports bettors with one 1xbet 먹튀 crucial step at 군산 출장안마 a time. 용인 출장안마