“NAMA aku Najmie.” Dia menghulurkan
tangan.
“Najmie?”
Dia
mengangguk. Dia menarik tangan Najmie untuk berjabat tangan dengannya. Dia tahu
yang Najmie tidak dapat melihat dia.
“Nama
kita serupa.” Najmie tertawa kecil.
“You
pun nama Najmie juga.”
Najmie
angguk.
“Satu
kebetulan. Mungkin takdir mempertemukan kita. Nama yang serupa dan wajah kita
pun hampir seiras.”
Najmie
sedikit tersentak. Wajah mereka hampir seiras?
“Nama
penuh kau apa? Aku Muhd Najmie.” Bahu Najmie dipeluk.
“Najmie
Arif.”
Dia
merenung wajah Najmie lama. Tidak diduga bertemu dengan pelanduk hampir
serupanya di hospital ini. Sayang, ‘kembar’nya ini sudah buta dan tidak dapat
melihat lagi melainkan ada penderma mata untuk dia. Dagunya diusap. Penderma
mata? Hidupnya juga sudah sampai ke penghujung. Dia mungkin tidak dapat
bertahan lebih lama. Sakitnya sudah berada di tahap kriktikal.
Mereka
duduk berbual bicara. Pelbagai cerita dikongsikan bersama. Dia membuat satu
nekad di dalam hati. Mungkin keputusan dia ini akan mengundang rasa tidak puas
hati pada tunangnya. Dia berhak atas dirinya sendiri dan apa yang ingin dia
lakukan.
“Aku
sakit.”
Najmie
mengalihkan kepalanya.
“Aku
dah nak mati.”
“Ajal
dan maut dia tangan Tuhan. Dari DIA, kita datang dan kepada DIA jua kita kembali.
Jika belum tiba masanya, hidung ini masih menghempuskan nafas di dunia ini.”
Dia
tersenyum.
“Aku
ada seorang tunang. Tunang aku ni tak banyak mulut tetapi amat minat dengan
fotografi sampai sanggup behenti kerja sebagai engineer.”
“Dia
mesti seorang yang cantik.”
“Cantik
juga. Aku sayangkan dia.”
Wajah
Syira terbayang diruang matanya. Syira yang tidak suka bising-bising. Syira
yang penyabar. Syira yang selalu mengukirkan senyuman manisnya.
“So… kau kena kuat untuk dia. Jangan
mudah mengalah”
“Aku
dah tak boleh nak jaga dia lagi. Aku selalu cari pasal dengan dia supaya dia berubah
hati dengan aku. Aku sengaja menjauhkan diri dari dia.”
Najmie
geleng kepala. Dia tidak bersetuju dengan cara sebegitu. Duka akan bertambah
buat si tunang.
“Dia
tahu kau sakit.”
“Dia
tahu tapi dia tetap nak berkahwin dengan aku.” Dia menarik nafas panjang. Jika
boleh dia tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Dia tidak mahu Syira mendapat
status janda dalam usia yang masih muda.
“Dia
sayangkan kau. Kau kena hargai kasih sayangnya.” Najmie menyentuh bahu lelaki
di sebelahnya itu.
“Aku
benar-benar mencintai dia dan sayangkan dialah aku tidak mahu dia bersedih atas
kehilangan aku. Aku tak mahu hancurkan masa depannya mengahwini aku.” Suaranya
sayu. Dia meramas jari-jemarinya.
Kawan…
kalau tinggalkan dia begitu saja, kau akan lebih sakiti dia. Kalau aku di
tempat kau, aku mahu habiskan hayat aku dengan dia. Aku mahu ada kenangan manis
bersama dia.” Najmie memalitkan senyuman di bibirnya.
Pertemuan
antara mereka begitu singkat. Sejak itu Najmie tidak dikunjungi oleh ‘Najmie’
lagi sehinggalah dia menerima penderma mata dari seorang mahu dia memiliki mata
itu atas nama permintaan terakhir.
Najmie
yakin yang Syira menemani sepanjang dia berada di hospital selepas proses
pembedahan tersebut. Dia sentiasa mendengar suara esakan kecil gadis itu di
sisinya. Dia terasa jeari-jari halus Syira menyentuh matanya.
PERLAHAN-lahan Najmie membuka kelopak
matanya. Ada titisan air mengalir di hujung mata. Pertemuan singkat itu masih
segar dalam ingatan Najmie. Dia tidak dapat melihat rupa ‘Najmie’ itu namun dia
yakin matanya ini adalah milik ‘Najmie’ itu.
Najmie
bingkas bangun. Najmie meraba-raba wajahnya. Benarkah wajahnya agak mirip
dengan wajah ‘Najmie’. Dalam dunia tujuh wajah yang menyerupai. Mungkin dia
salah seorang yang menyerupai wajah ‘Najmie’.
“Syira…”
Nama itu terluah dari bibirnya.
SYIRA mengemas pakaian masuk ke dalam
bagasi. Lusa dia akan berangkat pulang ke Malaysia. Syira menatap fotonya bersama
arwah Najmie. Ke mana sahaja, foto itu pasti ada bersamanya.
Syira… Najmie sudah tiada. Kau kena terima
hakikat ini. Kau perlu lepaskan dia pergi. Najmie
tak mahu kau bersedih begini. Kau sudah lupa pesan Najmie. ~ Weng
Syira memenjamkan
matanya. Bagaimana Najmie? Bagaimana untuk saya melupakan awak jika dia
memiliki mata awak dan rupa yang hampir seiras dengan awak. Apabila saya
melihat dia seperti saya melihat awak di depan mata saya.
Syira
mengeluarkan kameranya. Dia juga rasa bersalah kerana dia ada mengambil secara
curi-curi gambar lelaki itu ketika lelaki itu masih dirawat di hospital. Namun
gambar-gambar itu sudah dibuang olehnya. Saat dia membandingkan wajah
kedua-dua, hatinya akan merasa sebak dan tanpa sedari dia akan menangis
sendiri.
Syira
membuka telefon bimbitnya. Ada pesanan ringkas dari Weng dan juga ibu. Syira
rindukan Weng dan ibu. Mereka sahaja yang memahami dirinya ini. Siapa kata
sahabat lelaki tidak memahami hati perempuan, Weng seorang yang lebih mengambil
berat perihalnya berbanding sahabat perempuannya sendiri. Nekad mereka sama.
Mereka behenti kerja untuk berkongsi dalam bidang yang sama iaitu fotografi.
Syira sayang… jangan lupa belikan aku
pedang samurai ~ Weng
Syira
tersenyum sendiri.
Aku belikan kimono untuk kau ~ Syira
Kau fikir aku sama jantina dengan
kau ~ Weng
Hehehe… mana tahu kau berniat nak
tukar jantina ~ Syira
Jahatlah kau! ~ Weng
Kau pun satu minta yang bukan-bukan.
Kau fikir pedang samurai jual di kedai ke? ~ Syira
Hahaha…kalau ebgitu kau belikan aku
patung ultraman ~ Weng
Wei… dah besar gajah pun nak main
patung ultraman lagi! ~ Syira
Aku bukan nak mainlah. Aku nak
simpan buat koleksi~ Weng
Iyalah.. aku cari nanti untuk kau~
Syira
I love u! ~ Weng
Weng-Weng.... Kalau
orang baca mesti mereka ingat Weng cintakan dia. Padahal mereka hanya
bersahabat baik. Tak salahkan sayang sahabat sendiri.
Syira
melihat lokasi-lokasi tarikan pelancong di Osaka melalui peta yang sudah berada
di tangannya. Dia mahu habiskan satu filem untuk kameranya ini. Cenderahati
buat Weng juga tidak boleh dilupakan. Weng kalau sudah membebel bukannya akan
behenti. Sampai esok pun Weng akan sambung membebel selagi barang yang diigini
tidak dapat.
Syira
mengenakan tudung di kepala. Lilitan tudungnya kemas dan membentuk dengan
cantik. Syira calitkan sedikit gincu berwarna agak terang sedikit pada
bibirnya. Dia tidak amhu bibirnya kelihatan pucat. Pemerah pipi? Tidak perlu.
Kulitnya sudah kemerah-merahan. Beg kamera disandang pada bahu.
Syira
menyarungkan kasutnya.
LELAKI itu sudah berdiri hadapannya.
Syira menelan air liur. Bagaimana lelaki itu dapat mencarinya di sini? Adakah
lelaki itu mengekorinya semalam? Syira cuba melepasinya namun laluan Syira
dihalang. Syira mengetap bibir.
“Syira…”
menjegilkan anak matanya. Lelaki itu tahu namanya.
“Sorry… saya tidak kenal awak.”
Syira
tidak berani untuk memandang lama wajah di hadapanya itu.
“Saya
perlu bercakap dengan awak. Tolong, jangan kata awak tidak kenal pada saya?”
Najmie tidak akan benarkan Syira lari darinya.
“Saya
dah kata, saya tidak kenal awak.” Syira cuba melintasi Najmie namun lengan
direntap oleh Najmie.
“Bagi
saya peluang…”
“Jangan
seksa saya!”
“Sebab
mata ini dan wajah ini sesakkan nafas awak, bukan?” Suara Najmie masih
berlembut.
Syira
tergamam.
“Itu
bukan masalah awak.”
“Bukan
masalah saya? Awak tak tahu mata ini sentiasa ada bayangan awak. Saya selalu
mimpikan awak. Kisah awak dan dia bagaikan ada pada ingatan saya.” Najmie
pandang wajah Syira lama. Hatinya berdebar saat mata mereka bersatu.
Syira
turut merasai apa yang Najmie rasai. Dia segera melarikan lirikkan matanya. Najmie
melepaskan cengkaman pada lengan Syira.
“Syira…
saya tahu ini mata Najmie. Najmie adalah tunang awak.”
Syira
membisu.
Kenapa
takdir? Kenapa takdir perlu mempertemukan mereka lagi? Kenapa?
kak ilya makin best kak...nak lagi heeeeee.teruja je bila baca
ReplyDeletebestnya, ku nantikn ban 3 pulk.hehe
ReplyDeleteuwaa...sian plak dekat Syira...klau die terus berjumpa dgn Najmie, mesti die akan teringat akan arwah Najmie...uhuks!
ReplyDeleteSallehah_yusof
ReplyDeleteBestnya.. xsbr nk tggu entry seterusnya...msti ati Syira terseksa bila tgk najmie-bygan arwah tunangnya....