Tajuk asal Mahligai Air Mata, dah tukar tajuk, sebab ramai tak nak sad ending hehehe.. ;)
SEBUAH pub
terkenal di Genting Higlands. Anak-anak muda menari bagaikan orang sasau
mengikut rentak muzik yang berkumandang. Suasana yang begitu membingitkan
telinga. Seorang gadis yang asyik menari menjadi tumpuan sekumpulan anak muda yang
sedang bergelak ketawa dengan minuman keras di tangan masing-masing. Aksi gaya
yang menggiurkan dan menggoda gadis itu buat mereka kecur liur. Gadis-gadis
yang menemani bersama mereka turut terasa cemburu. Masakan tidak, aksi gadis
itu tidak lekang dari pandangan mata lelaki-lelaki itu cukup jelita dan punya
potongan badan persis seorang model. Lelaki berambut kemas pendek itu memaut
bahu lelaki yang sedang menongkat dagu dengan wajah agak mencuka. Hanya lelaki
itu sahaja yang tidak memesan apa-apa jenis minuman keras dalam pusat hiburan
terbabit. Cukup sekadar segelas coke.
Dia tersengih. Siapa yang tidak kenal Aryanz, lelaki yang tidak pernah bertahan
dengan cinta. Aryanz sangat terkenal di kalangan perempuan-perempuan materealistic. Apa yang menghairankan
gadis-gadis itu sudah tahu dengan perangai Aryanz, namun mereka masih ingin
mendampingi lelaki itu.
Aryanz tersenyum melihat gadis-gadis
ayu yang melintas di hadapannya. Ajakkan untuk menari bersama ditolak dengan
lembut. Bukan sengaja mahu menolak. Teman wanita disisinya sudah menunjukkan
riak muka tidak senang. Faham benar Aryanz dengan sikap Sara yang kuat cemburu.
Mungkin sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan Sara. Aryanz sedang menanti
peluang itu. Sara dirasakan tidak memenuhi citarasanya. Dia juga sudah jemu
bermain cinta dengan Sara.
“I nak pergi ke toilet sekejap.” Sara bingkas bangun. Peluang ini diambil oleh Danny
untuk merapati Aryanz. Aryanz seolah-olah memerhatikan seseorang dengan
khusyuk. Siapalah gadis yang telah menarik perhatian Aryanz sepenuhnya? Mata
tajam milik Aryanz sedang memerhatikan kelincahan gadis yang sedang ligat
menari seorang diri itu. Bukan tiada lelaki yang cuba mendampingi tapi gadis
itu menolak mentah-mentah. Aryanz cukup tertarik dengan gadis yang lincah menari
itu. Gadis itu bagaikan mawar liar yang berduri. Cantik namun tidak boleh
disentuh. Gadis itu mengalihkan pandangan matanya. Mata mereka bertaut. Dia mengenyitkan
matanya ke arah Aryanz.
Aryanz tersenyum melihat isyarat
manja gadis tersebut. Dia tahu gadis itu sengaja mahu bermain tarik-tarik tali
bersamanya. Lagak riak raut wajah gadis jelita itu tampak angkuh bagaikan dia
pemenang utama dalam permainan ini. Aryanz bukan lelaki yang mudah mengalah.
“Bagaimana?” soal Danny. Dia tahu
Aryanz amat berminat dengan gadis terbabit. Ini peluang Danny merebut Sara dari
Aryanz. Dia sudah lama ingin memiliki Sara. Sara hanya memandang pada Aryanz. Danny
tidak berpuas hati.
“Nampak seperti tidak mudah untuk
memikatnya. Dalam masa satu minggu dia akan jadi milik I.” Balas Aryanz penuh
yakin.
“You berani bertaruh dengan I?” Danny
angkatkan keningnya. Aryanz mengulum senyuman. Wang bukan masalah bagi Aryanz.
Yang penting dia menang pertaruhan tersebut.
“I bertaruh satu ribu ringgit untuk
gadis jelita itu. You setuju.” Danny angkat angka satu di jarinya. Aryanz
melirik senyuman.
“Boleh percaya ke?”
“Of
course.”
“But…
if I’m the winner you kena bayar I dua kali ganda dari jumlah tu.” Aryanz
memandang tepat ke muka Danny.
“Why
not? Wang bukan masalah pada I juga.” Aryanz dan Danny sama-sama ketawa.
Teman-teman yang lain tidak menghiraukan perbualan dua rakan karib itu. Mereka
sudah khayal dengan dunia yang mereka ciptakan sendiri. Mabuk dengan air kotor
yang sudah meresap dalam kerongkong dan urat sendi mereka. Sara keluar dari
tandas. Dia tersenyum melihat Aryanz masih melekat di tempat duduknya. Sara
merapati Aryanz. Bibir mongelnya dilekapkan pada pipi lelaki itu lama. Danny sekadar
jadi pemerhati. Cemburu dengan aksi manja Sara itu!
“You want drink it.” Sara menghulurkan gelas minumannya kepada Aryanz. Aryanz menolak keras. Dia tidak akan sentuh minuman terbabit.
“I dah kata, I tak minum.” desis Aryanz.
“Aryanz… you ini tak gentlemen lah.” Sara mencebik.
Dia
menjeling Aryanz manja. “Aryanz… mari kita menari.” Sara menarik tangan Aryanz.
Aryanz merentap tangannya kembali. Aryanz makin jelak dengan Sara. Sikap manja
dan mengada-ngada Sara merimaskan Aryanz. Sara juga suka mengawal pengerakkan
Aryanz. Aryanz tidak suka dikongkong oleh seorang perempuan.
“I penat hari ini. You boleh ajak
orang lain menari dengan you.”
“Why?
You boyfriend I so you kena menari dengan I. Bukankah kita datang sini
untuk enjoy? Kalau begitu apa kata
kita…” rengek Sara manja tanpa menghabiskan ayatnya. Dia ingin mengalihkan
perhatian Aryanz dari gadis terbabit. Jari-jari runcingnya mula menjalar pada
wajah Aryanz. Aryanz rimas. Dia menepis perlahan. Sara mengetap bibir. Aryanz
semakin dingin pada dia.
“You jangan nak paksa-paksa I ikut
telunjuk you!” Aryanz bingkas bangun. Sara tersentak. Aryanz tidak pernah
berkasar sebelum ini. Dia alihkan pandangan mata gadis yang menjadi perhatian Aryanz
itu. Gadis itu tersenyum dan mengenyitkan mata ke arah Sara. Panas hati sara
dibuatnya. Gadis itu sengaja mahu mempermainkannya.
“I tahu you sudah jatuh hati pada
perempuan itukan? Dasar buaya darat!” Sara mendengus. Dia halakan jari telunjuk
ke arah gadis yang masih galak menari sendirian itu. Gadis yang berambut
kerinting panjang separas pinggang itu behenti menari. Dia seakan dengar
kata-kata Sara. Dia tenung Sara tajam. Kemudian dia melemparkan senyuman manis
dan memberikan isyarat mata kepada Aryanz sebelum mengaturkan langkahnya. Dia
menghilangkan diri di sebalik kelompok anak-anak muda yang sedang menari
rancak.
“I tak mungkin bertahan dengan cinta.
So, you patut tahu akan kesudahan hubungan
antara you dengan I. Bye-bye.” Aryanz
bingkas bangun. Masakan dia akan melepaskan peluang untuk mengekori gadis
tersebut. Sara menghentakkan kaki dengan tindakan Aryanz itu. Selama ini dia
hanya bertepuk sebelah tangan. Dia labuhkan punggung disisi Danny. Minuman yang
tidak terusik itu diteguk hingga habis. Danny memaut bahu Sara. Sara yang dia
idamkan selama ini.
“Aryanz tak mahu you lagi, I boleh
ganti tempat dia. Jangan pandang I sebelah mata. I boleh berikan apa saja yang
Aryanz tidak berikan pada you.” Sara kerling Danny. Sara sedar Danny menaruh
perasaan pada dia. Danny pun apa kurangnya. Kacak dan kaya juga. Sara memaut
pinggang Danny. Danny senyum nakal.
“Temankan I menari.”
Danny menurut langkah Sara.
Gadis
itu sengaja membiarkan Aryanz mengekori langkahnya. Dia mengorak senyuman penuh
makna. Terkecoh-kecoh Aryanz mengejarnya. Sebaik saja mereka sampai di tempat
parkir kereta gadis itu behenti melangkah. Dia memalingkan kepalanya.
“Kenapa you ekori I?” bicara gadis
itu. Dia menyilangkan tangannya. Wajahnya sengaja dikeruhkan. Dia sudah lama
menanti peluang ini. Jual mahal terhadap lelaki di sekelilingnya punya maksud
tersirat. Lelaki itu yang dikejar selama ini. Lelaki itu yang ingin dia dekati
dengan niat yang masih tersirat.
“Salahkah I mengikut you?” ujar
Aryanz. Bibirnya menguntum senyuman. Gadis itu segera dihampiri. Pinggang gadis
tu raih lembut. Gadis itu seakan membenarkan Aryanz berbuat demikian. “you
memang bijak menggoda I.” sambung Aryanz.
“Goda you? nonsense’s!” Gadis itu menolak tubuh Aryanz. Saja dibuat-buat wajah
marahnya.
“Tiada gadis yang tidak sudi bersama
I.”
“Haa…haaa…haaaa…you terlalu yakin. I
bukan jenis gadis yang mudah diperkotak-katikkan.” desis gadis itu.
Aryanz ketawa kecil.
“Menarik.” Aryanz memaut dagu gadis
itu. Mata mereka saling bertatapan. “Anatasya you tidak perlu berpura-pura
depan mata I lagi. I tahu siapa you?” Siapa yang tidak kenal akan gadis bernama
Anatasya yang berhidung tinggi. Gadis jelita yang menjadi rebutan lelaki namun
amat sukar untuk didekati. Sayangnya Anatasya pandai bermuka-muka dan tidak
pernah serius dalam perhubungan. Dia dan Anatasya memang secocok.
Anatasya ketawa kecil lalu menepis
tangan Aryanz. Dia senang Aryanz masih mengenali dirinya. Anatasya bersandar
pada kereta sportnya yang berwarna merah itu.
“Kalau you nak I jadi milik you, you
mesti menang bertanding dengan I dulu. If
you sahut cabaran I, I akan jadi milik you.”Jari telujuk runcing di
lekapkan pada bibir Aryanz.
“Ada syarat? Tapi I sukakannya.” Aryanz
tersenyum sinis. “I terima cabaran dari you? tapi you mesti kotakan apa yang
you janjikan.” Aryanz kenyitkan mata. Nakal.
“Berlumba dengan I. You berani.”
Anatasya mengibas rambutnya ke belakang. Dia melirik senyuman manis. Dia
kerling Cagiva milik Aryanz. Anatasya cukup yakin dia boleh memenangi
perlumbaan itu.
“Jangan pandang rendah dengan cagiva I. I takut you yang menyesal nanti.”
“Well…
kita tunggu dan lihat siapa yang akan ketawa sebagai pemenang.” Anatasya
membuka pintu keretanya. Dia melangkah masuk dan menghidupkan enjin keretanya.
Tanpa menunggu lebih lama Anatasya memecut keretanya sambil melambaikan tangan
kepada Aryanz. Aryanz merengus kecil. Dia menyarung jaket hitamnya. Aryanz
memakai helmet menutupi seluruh wajahnya. Dia memulas kunci motorsikalnya.
Deruman bunyi motorsikal berkuasa tinggi itu memecah kesunyian di tempat parkir
tersebut. Mototsikal berkuasa tingginya mula bergerak. Aryanz memulas minyak
dan memecut selaju-lajunya untuk mendapatkan Anatasya yang jauh ke hadapan.
Lebuh raya pada jam tiga pagi begini tampak lenggang dan amat mudah untuk dia
mengesan kedudukan Anatasya.
Anatasya menekan pedal minyak.
Bibirnya mengulum senyuman bila melihat motorsikal berkuasa tinggi milik Aryanz
makin mendekati. Mereka saling potong-memotong. Sukar untuk menentukan antara
mereka yang bakal menjadi pemenangnya. Anatasya ketawa kecil bila kereta
sportnya memotong dan meninggalkan motorsikal Aryanz jauh ke belakang. Fikirnya,
Aryanz mungkin tidak dapat mengejar dia kali ini. Kemenangan adalah milik dia.
Namun, Anatasya lupa lelaki seperti Aryanz juga tidak suka akan kekalahan. Aryanz
memecut motorsikalnya.
“Jangan kau fikir Cagiva aku tak boleh menandingi kereta
sports kau. Kau dah silap buat pengiraan Tasya.” bisik hati kecil Aryanz.
Keruh wajah Anatasya apabila
motorsikal Aryanz sudah berada disisinya. Aryanz mengangkat sebelah tangannya
memberikan isyarat kepada Anatasya. Anatasya menjuihkan bibirnya. Pantas
motorsikal Aryanz memintas kereta sport Anatasya. Siapa yang menang dan siapa
yang kalah sudah diketahui keputusannya kini. Anatasya benar-benar tidak puas
hati tidak dapat menundukkan Aryanz. Kereta sport milik Anatasya terkandas di
persimpangan. Dia hentakkan tangan pada streng kereta. Bunyi deruan motorsikal
berkuasa tinggi milik Aryanz jelas kedengaran dalam corong telinga Anatasya.
Anatasya menjeling Aryanz yang sudah behenti tidak jauh dari keretanya. Aryanz
melirik senyum kemenangan. Kalau sudah kerap berlumba di trek memang tidak
menjadi halangan buat Aryanz berlumba di lebuh raya pula. Aryanz turun dari
motorsikalnya lalu merapati kereta sport milik Anatasya.
“I nak tuntut janji dari you.” Aryanz
mencuit dagu Anatasya. Anatasya mencebik.
“Bukan mudah lelaki nak tundukkan
I.” desis Anatasya. Nampaknya Anatasya seakan tidak mengakui kekalahannya dalam
perlumbaan tersebut.
"I orang pertama yang akan
tundukkan you." Aryanz menarik pintu kereta sport Anatasya. Dia paksa
Anatasya keluar dari keretanya. Pantas tubuh langsing itu dirangkul ke dalam
pelukannya. Sesak nafas Aryanz dengan haruman di tubuh gadis itu. Aryanz merapatkan bibirnya pada cuping telinga
Anatasya.
"I mahukan ganjaran I." bisik
Aryanz perlahan. Dia memberikan isyarat mata kepada Anatasya. Anatasya tersenyum sinis.
"Kiss I." Anatasya membisik manja.
“Kiss
you? You jangan bermimpilah. ” Aryanz meleraikan rangkulannya dari pinggang
Anatasya. “You jangan fikir I akan masuk dalam perangkap permainan you.” “Hmmmm…you takut?”
“You tidak akan dapat menggantikan
tempat dia. Di hati I hanya ada dia. Hanya dia bernilai seratus peratus di hati
I.”
“Habis, mengapa you sudi bermain
dengan I, Aryanz? You pun tahu you tidak boleh bersama dia! Hakikat tidak akan
berubah, Aryanz.” Anatasya menyilangkan tangannya.
“You tidak berhak mencampuri urusan
peribadi I!” Aryanz meninggikan suaranya.
“You hanya mengejar bayang-bayang. I takut you juga akan sakit mental seperti
dia.” Anatasya melebarkan senyuman.
Aryanz membisu. Aryanz tidak
mengambil masa lebih lama di situ. Dia segera menunggang kembali motorsikalnya
lalu memecut laju dalam kegelapan malam. Anatasya tertawa.
ARYANZ memulas
cembul pintu bilik hotelnya. Dia menyalakan lampu dalam biliknya itu. Saat itu
matanya terpaku pada bungkusan kotak atas mejanya. Ada keluhan berat di bibir Aryanz.
Nampaknya ‘DIA’ sudah pulang. Aryanz campakkan jaket kulitnya atas tilam.
Bungkusan kotak itu dicapai. Ligat tangan kasar itu mengoyakkan balutan pada
kotak terbabit. Satu topeng plastik dikeluarkan dari kotak itu. Topeng bermuka
senyuman palsu itu seakan menggambarkan dirinya sendiri.
“Hmmmmm… nampaknya kau memang suka
bermain-main dengan aku.” Nyata Aryanz mengenali pengirim topeng itu. Topeng
itu dicampakkan atas katil. Sekeping nota kecil dipandang sekilas lalu. Dia
mengerutkan dahi. ‘hidup kau hanya
berselindung di sebalik topeng’. Aryanz mengetap bibir. Dia pandang
wajahnya ke arah cermin. Dengan rupa paras yang kacak dan harta kekayaan milik
keluarganya dia diburu oleh gadis-gadis jelita yang mahu menumpang kesenangan.
Namun, tidak ada seorang dari mereka yang mampu membuka pintu hatinya yang
tertutup untuk cinta. Cintanya sudah mati untuk insan yang dipanggil wanita!
Cinta itu membahagiakan dan cinta itu juga sungguh kejam!
Aryanz kepalkan penumbuk di tangan
kanannya. Dia hentakkan penumbuknya pada
cermin terbabit. Berderai bunyi kaca-kaca jatuh menyimbah lantai. Saat itu, Aryanx
meraup wajahnya. Darah merah mengotori wajah kacaknya. Apakah benar dia hanya
memakai topeng untuk menutup identiti sendiri.
*Layan lagu Scorpian - wind of chain.
No comments:
Post a Comment