Masih Ada Cinta
Prolog
“Assalamualaikum… ya, saya Hannan.”
Sebaik
suara di talian menyampai berita itu, ganggang telefonnya terlepas. Hannan
terduduk tanpa suara. Suara di talian yang memanggil seakan tidak diendahkan
lagi. Berita apa yang mengejutkan Hannan hingga Hannan bereaksi sedemikian.
Umi
segera mencapai ganggang telefon lalu dilekapkan pada telinganya. Wajah umiberubah.
Dia meletakkan ganggang telefon lalu memandang wajah sayu Hannan.
Umi
tidak menegah. Umi peluk lembut kedua-dua bahu Hannan dan mengangguk perlahan. Umi
tahu kasih sayang pada lelaki itu masih utuh di hati Hannan.
2 minggu kemudian…
Hannan masih setia berada di sisi lelaki
itu. Wajah Hannan mempamerkan kegelisahan Lelaki itu masih tidak membuka
matanya. Lelaki itu masih dalam lena yang panjang. Hannan tidak betah untuk
meninggalkan lelaki itu sendirian. Hannan sedar yang dia dan lelaki tidak
mungkin akan bersatu semula jika bukan dengan cara itu. Tidak mungkin? Dia
tidak sanggup menyakiti hati seorang lagi insan yang sanggup berkorban
untuknya. Dia tidak mahu melukai hati insan sebaik itu. Insan yang sentiasa
mendoakan kebahagiaannya sebelum ini. Insan yang menjadi pendengar setia keluh
kesahnya tanpa jemu.
Tanpa
disedari setitis air mata mengalir. Wajah insan itu terpamer diruang mata
Hannan. Tidak adil jika Hannan membelakangi dia. Lantas dia bangkit dan
mengaturkan langkah keluar dari wad persendiran itu. Hannan mencapai telefon
bimbitnya.
“Assalamualaikum
Qalish…”
Bab 1
“Jangan tak datang.”
Kad jemputan kahwin dihulurkan kepada Qalish. Qalish menyambutnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
“Tahniah,
Hannan.” ucap Qalish lembut.
“Thanks Qalish.”
" Kahwin
jugak awak dengan Adrian.”
“Alhamdulillah…
jodoh kami sampai juga ke jinjang pelamin.”
“Semoga
berkekalan.”
“Awak
pun. Jangan lama-lama membujang. Izreen pun apa kurangnya.” Hannan mengenyitkan
mata.
Pecah
tawa Qalish. Berkerut dahi Hannan.
“Saya
dan Izreen tak boleh berkahwin.”
“Why?”
“Arwah
ibu saya ibu susuan Izreen.”
“Sorry… tak tahu.” Hannan tersengih.
Sayangnya… Izreen tu cantik. dan nampak padan dengan Qalish.
Hannan
bahagia, dia juga rasa bahagia. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan gadis itu.
Dia yakin Adrian mampu membahagiakan Hannan. Cinta dia tidak sehebat cinta
Adrian pada Hannan. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga antara Hannan dan Adrian.
Dia mahu menjadi sahabat dengan kedua-duanya.
Hannan
melambaikan tangan ke arah Adrian sebaik terpandang wajah kekasih hatinya itu.
Adrian tersenyum merapati. Dia dan Qalish saling berjabat tangan. Nyata
perhubungan Hannan dan Qalish sudah diketahui. Hannan selalu bercerita tentang
Qalish. Hannan bersahabat dengan Qalish ketika di universiti. Qalish senior
kepada Hannan. Adrian mengenali Hannan di alam persekolahn. Adrian punya
kelebihan di situ. Namun, ada juga sedikit rasa cemburu di benak hati Adrian.
Qalish lelaki yang tampak berkarisma. Wajahnya sentiasa tentang di sebalik kaca
mata putihnya itu.
Adrian
seorang lelaki yang punya rupa paras kacak dan punya stail tersendiri. Adrian
pencinta setia. Walau Adrian jauh menyambung pelajaran di luar negara, Adrian
masih setia pada cinta yang satu. Hannan tiada galang gantinya di hati Adrian.
Dia nekad memperisterikan Hannan sebaik tamat pengajian. Hannan adalah
segala-galanya pada Adrian. Kehadiran Hannan memecahkan tembok kesunyiannya.
Hannan…
I want to be your arm, where your hold me tight and never let me go.
Adrian
“Apa
yang boleh tahan?”
“Qalish.”
“Qalish?”
Adrian
angguk.
“Jealous?”
“Sikit.”
Hannan
tersenyum manis.
“Simpan
saja jealous awak tu. Lebih baik awak
fikirkan masa awak nak jabat tangan dengan walid saya nanti.”
“Saya
dah readylah.”
“Berlagak.”
Kemesraan
Hannan dan Adrian meretakkan hati seorang gadis yang berada tidak jauh dari
situ. Gadis itu menggigit bibir.
“Sudah
Izreen. Lupakan saja Adrian. Kau takkan dapat dia.” Pujuk teman di sebelahnya.
“Aku
tak dapat Abang Qalish. Aku juga tak dapat Adrian. Kenapa perempuan tu yang
menjadi perhatian dua lelaki yang aku sayang?”
Cemburu
membakar hati Izreen.
“Sudah-sudahlah.
Banyak lagi lelaki handsome dan hebat seperti Qalish dan Adrian di luar sana.
Kau nak takut apa?”
Izreen
tidak membalas kata-kata temannya itu. Dia memusingkan badan dan mengaturkan
langkah. Temannya menjongketkan bahu. Dia turut menuruti langkah kaki Izreen.
Izreen sudah jauh melangkah di hadapan.
“What
the? aku fikir kau dengan Qalish.”
Bercantum
kening lebat Hannan.
“Apa
yang buat kau fikir macam itu sekali?”
“Aku
tengok kau lebih rapat dengan Qalish dari Adrian tapi aku tak nafikan kau
secocok dengan Adrian yang kacak tu.”
Fathiya
meletakkan kad jemputan kahwin Hannan di dalam beg tangannya.
“Rapat
tak semestinya ada affair. Aku suka
merujuk apa-apa hal pada Qalish jika aku sukar ingin membuat keputusan. Aku dan
Qalish sekadar sahabat dan tidak terfikir dalam kepala otak aku ni nak
lebih-lebih dengan Qalish. Qalish pun dah anggap aku sahabat baik dia juga.”
Setia
betul Hannan dengan Adrian. Baguslah. Pada Fathiya, kedua-dua lelaki itu baik
dan sama hebat. Pilihan telah ada di tangan Hannan. Jika Hannan mengenali
Qalish dulu, pasti keadaan berubah.
“Aku
tumpang gembira. Aku harap kau dan Adrian bahagia sampai ke anak cucu.” Fathiya
menggenggam erat jari-jari Hannan.
“Thanks, aku juga sentiasa doakan untuk
kau sama.”
“Maaf,
aku tak dapat hadir pada hari bahagia kau. Aku kena berangkat ke Dubai. Kau pun
tahu kerja aku macam mana?”
“It’s okay. Janji kau kirimkan aku
hadiah.”
“Kau
ni…”
Mereka
tertawa kecil.
Xsabar nak baca lagi..
ReplyDeleteSeindahtaqwa.blogspot.com
wah!!! rindu nk joging kat blog akak..
ReplyDeletelepas ni boleh joging selalu..
yeah!
Kak Cik..
ReplyDeleteAduhai! tiap kali tengok gambar2 yg ada dari FB atau Blogmu.. ku mesti tersenyum. Kagum denganmu.. Comel.. 2 thumbs up.. ;)