“KAK A’an!” pekik Atan cucu pada Pak
Lajim lembu.
Nyaris-nyaris
kaki Atan tergelincir ketika berlari di atas batas.
“Hati-hati
Atan.” Sempat Farhan mencapai lengan Atan untuk menyelamatkan budak lelaki itu
dari jatuh.
“Kak
A’an… Atuk suruh datang rumah.”
“Atuk
Atan dah jumpa alamat tu?”
Atan
angguk laju.
Alhamdulillah.
Dapat juga dia mencari ayahnya di kota. Dia sudah tidak punya sesiapa di dunia
ini. Pak Lajim dan isterinya yang sering menjenguk dia di rumah pusaka atuknya
itu. Emak meninggal dunia ketika usianya mencecah 17 tahun. Dia nekad mencari
ayah.
“Kamu serius A’an” Soal
Pak Lajim
“Saya
yakin saya dapat cari ayah. Saya nak tunaikan permintaan akhir arwah emak.”
“Pakcik
tak jamin ayah kamu masih duduk di sini. Kamu cubalah cari dulu jika tak jumpa
dengan ayah kamu, kamu pulang ke kampung.”
“Terima
kasih pakcik. Pakcik tolong tengok-tengok rumah, itik ayam, bendang dan kebun
tu?”
“Insya-Allah…”
Menurut
cerita dari arwah emak, ayah ke bandar untuk bekerja dan mengubah nasib
keluarga. Sebuan dua ayah menghantar khabar sebelum senyap tanpa berita. Emak
setia menanti ayah hingga ke hembusan
nafas terakhir.
“Jaga
diri kamu baik-baik. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang.”
Pesan Pak Lajim.
“Baik
pakcik.”
HAMPIR tiga jam punggungnya kematu duduk
di dalam bas ekpress Transnasional. Tidak seminit pun dia melelapkan mata di
dalam bas. Barangkali kerana perasaan terujanya yang pertama kali memijak kaki
ke Kuala Lumpur.
Sebaik
keluar dari perut bas, Farhan terus melangkah masuk ke pudu sentral. Suasana
hingar-bingar sebaik kakinya jejak di situ. Ulat-ulat tiket yang menghampiri
langsung tidak dilayan. Siti sudah berpesan agar tidak melayan orang yang tidak
dikenali. Bahaya! Manusia sekarang lebih banyak yang memakai topeng di muka.
Farhan
mengering jam yang tampak usang di tangan. Jam tidak berjenama berharga RM
10.00 di pekan sabtu. Farhan sudah menghantar pesanan ringkas kepada Siti.
Tiada balasan dari rakan sekampungnya itu. Gusar pula hatinya jika Siti tidak
datang menjemput. Dia bukan arif dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur ini. Farhan
mengertap bibir.
Dua
jam menunggu, batang hidung Siti masih tidak kelihatan. Lupakah Siti? Farhan
cuba menghubungi Siti. Panggilan hanya masuk ke kotak simpanan suara. Farhan melepaskan
keluhan berat. Dia kena pandai-pandai sendirilah mencari rumah siti.
Farhan
menyeberangi jejantas. Siti ada berpesan jika mencari teksi cari teksi yang
menggunakan meter jangan teksi yang meletakkan bayaran sesuka hati.
“Pencuri!
Pencuri! Tolong!” Suara wanita memekik meminta tolong.
Farhan
pandang kiri dan kanan. Tiada dilihat orang awam yang sedia membantu wanita itu
mengejar pencuri. Kata orang ada mata pandang saja.
Farhan
tidak berdiam diri. Dia sering melihat berita di televisyen kes-kes ragut yang
semakin berleluasa. Mangsa utama kaum wanita. Naib baik dia memakai seluar jeans
dan kemeja. Senang untuk dia membuka langkah panjang. Bekas juara pecut 200
meter menunjukkan taring.
Beg
jinjing yang berisi tempoyak itu dilemparkan pada kepala si pencuri. Sasaran
Farhan tepat sekali. Pencuri jatuh pengsan.
Farhan
menyapu-yapu kedua belah tangannya. Bibirnya mengukir senyuman. Pencuri telah
berjaya ditumbangkan. Dia memungut tas tangan tersebut lalu diserahkan kepada
tuan yang empunya badan.
“Terima
kasih.” Ucap wanita anggun separuh usia itu.
“Sama-sama
makcik.”
Farhan
segera berlalu apabila orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Dua anggota
polis menahan si pencuri.
Puas
bertanya orang sana sini, akhirnya Farhan memilih LRT Star untuk ke destinasi
yang di tuju. Kalau malu bertanya sesat jalan.
Tak
sangka sampai juga di muka pintu rumah sewa Siti.
“Assalamualaikum….”
Senyap.
Tiada jawapan. Hari ini hari sabtu. Siti bekerjakah?
“Assalamualaikum…”
Dia mengulang salamnya.
Takder
orang ke? Siti ada beritahu yang dia menyewa lima orang satu rumah. Masakan
sornag pun takder di rumah?
Farhan
duduk bertinggung tepi pintu. Sejam juga dia menunggu sebelum Siti muncul depan
mata. Sakit urat pinggang duk
bertinggung menunggu Siti.
Siti
membuka pintu pagar dan pintu rumah.
“Masuklah
A’an.” Ujarnya.
Siti
menggeleng kepala melihat teman serumah yang masih melingkar seperti ular sawa
atas sofa. Agaknya bom meletup pun tak sedar. Tidur mati minah seorang ini.
“Abaikan
saja.” Tambahnya lagi lalu membawa Farhan masuk ke bilik.
bersambung....
assalamualaikum..akak..jalan citer dia pon dah diolah ea??mcm dah brubah je??
ReplyDeleteWaalaikumusalam... yup, akk dah oah dengan bahasa ebih comel :)
Delete