![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzf-iqN1CZVWAWsawhGyiiHFXqS2TY-GPBhQwOOzXu5XSzPzYcKfT2RBnXBT4f5STKlAjgiSeu6RMIYibtGt2shCadS21RjfZ9bTlZZ5EzOqGhZqjgkWotY_rKcrVZ2YX65I3T8nRXmlAL/s1600/Haizan.jpg)
“Takper.
Aku tak kisah.”
“Kau
duduk sebilik dengan aku. Sewa dalam seratus lebih gitu. Dalam rumah ni ada
peraturan yang tak dibenarkan walau sekali kau melanggarnya.”
“Dasat
tu ada peraturan.”
“Ketua
rumah yang buat. Lelaki tak benarkan masuk, barang-barang tak boleh berkongsi.
Masing-masing kena beli sendiri. Dapur kena bersih bila digunakan begitu jugak
bilik air. Tak dibenarkan pulang lewat pukul 12.00 malam. Aku tak mahu kongsi
bilik air jadi aku pilih bilik yang ada sekali bilik air. Tapi maha sikitlah.
Kau duk sekali jadi sewa bilik ni jadi dua.”
“Aku
kena cari kerja. Kau boleh tolong aku tak?”
Farhan
meletakkan beg pakaian atas katil.
“Kebetulan pejabat
tempat aku bekerja memerlukan cleaner.
Aku boleh rekemen kan kau. Ini saja aku dapat tolong kau.”
“Takper, aku tak kisah. Janji duit
halal.”
“Kalau
kau dapat kerja yang lebih baik, kau berhentilah.”
“Terima
kasih Siti sebab tolong aku.” Farhan menggenggam kedua-dua belah tangan Siti.
“Kita
sekampung. Lagi pun masa sekolah dulu kau banyak tolong aku. Aku balas budi kau
balik.” Siti tersenyum.
Senyuman
mereka bersatu.
Siti
mengeluarkan iPhone 5 dari tas tangannya.
“Wah,
canggih telefon kau Siti.” Farhan membandingkan telefon bimbit dengan iPhone
milik Siti. Jakun sebentar dia.
“Sekarang
orang gilakan iPhone. Mana main picit-picit
macam telefon kau. Orang sekarang main facebook,
wechat, whatsapp pakai phone dah.”
“Ketinggalan
zaman aku. Berapa ni?”
“Dua
ribu lebih. Aku save sikit-sikit duit
gaji.” Siti tersengih.
Mata
Farhan membulat.
“Dua
ribu lebih? Banyak tu. Aku takat telefon cikai ni mampu beli. Janji boleh
hantar sms dan buat call. Cukup baik dah pada aku. Aku tak
reti facebook, wechat tu semua.”
“Tak
reti takper. aku boleh ajar kau. Kau
ada bawak tak tempoyak untuk aku?” Terjongket-jongket kening Siti.
Aiseh.
Tempoyak untuk Siti dia lempar pada pencuri tadi.
“Aku
ada bawak tapi…” Farhan tersengih-sengih.
“Mana
tempoyaknya? Dah berbulan-bulan aku kempunan. Tempoyak kat KL ni tak sedap.
Macam tak ori aja.”
“Maaf
siti… se… se… sebenarnya…”
Farhan
bercerita dari A-Z pada Siti. Gara-gara si pencuri, tempoyak Siti jadi korbannya.
“Takder rezeki aku. Rezeki pencuri
tempoyak aku.” Nampak wajah hampa Siti. Kesian pulak Farhan menengoknya. Jangan
keluar air mata sudah.
“Kau
beli aja durian. Aku buatkan tempoyak untuk kau. Bukannya susah sangat pun.”
“Betul
jugak cakap kau.”
Bersemangat
balik wajah Siti. Macam orang mengidam pulak si Siti ni.
WAJAH Haizan kelat. Kelat seperti pisang
mentah. Buah hati yang ditunggu masih tak muncul-muncul. Matanya asyik
mengerling jam Rolex di pergelangan tangan. Susah sangat nak ajak bertemujanji.
Ada aja alasan yang diberikan. Nak berjumpa pun kena main sorok-sorok.
“Sorry sayang…” Buah hati yang ditunggu
sampai jua.
Haizan
merengus kecil.
“Kenapa
you pakai macam ni?”
“I
tak mahu kena cekup dengan wartawan.”
Nasiblah
dapat buah hati seorang artis. Zetty Alisha pelakon top ten drama/filem
sekarang. Haizan tak pandang itu semua.
“Biarlah
wartawan tahu.”
“Helo,
populariti I kena jaga.”
“Tak
ke mana populariti tu. Bila you tua, dah berkedut, tak laku dah.”
Pedas
sindiran Haizan. Zetty mencebik. Mulut Haizan selalu lancang bila berbicara.
Langsung tak romantik. Ada masa bosan
juga dia dengan Haizan. Bia dia merajuk lelaki
tak memujuk.
“Kenapa
dengan you ni? Asal jumpa je mesti cari fasal dengan I.” Muncung bibir mongel Zetty.
Pura-pura berkecil hati.
“Mak
I dah bising. Mak I suruh kita cepat-cepat kahwin. Bertunang dah dekat tiga
tahun.” Tidak tahan menadah telinga mendengar bebelan Puan Rubiah Haji Sulaiman
saban hari. Topik kahwin jugak yang menjadi bual bicara emaknya itu.
“Ala,
you mintalah your mum tempoh lagi. I
belum bersedia.”
“Nak
tunggu bila lagi lagi? Umur I dan umur you lagi tiga tahun nak masuk tiga puluh
tahun. You nak tunggu kita tua kerepot. I pun dah tak larat nak pelamin dengan
you!” Haizan mendengus. Dia letih. Letih melayan kehendak emak dan kehendak
Zetty.
“Please Jan…” Zetty merengek manja. Zetty tahu Haizan sayangkan dia 200%.
Haizan akan mengalah. Perempuan sekarang kahwin lewat pun orang tak kisah. Emak
buah hati dia yang lebih-lebih pulak.
“Okay…
tapi jika mak I nak I berkahwin dengan gadis lain, I tak boleh menolak.”
“Nak
ke you berkahwin dengan gadis pilihan mak you tu?” Zetty ketawa halus. Haizan
tak mungkin berpaling dari dia. Dia yang ‘perfect’
untuk lelaki itu.
Haizan
membisu.
Zetty
senyum simpul. Dia sudah agak Haizan tidak akan tergamak melukakan hati dia.
“Jan…
I bukan tak nak kahwin cepat-cepat tapi you fahamlah kan dalam kontrak sudah
terikat yang I tak boleh berkahwin dalam masa dalam masa tiga tahun ni.”
Haizan
tersentak hebat. Jantungnya terasa seperti mahu tercabut.
“Dulu
you kata dengan I kontrak you dah tamat.”
“I
sambung kontrak lagi.”
Haizan
tenung Zetty tajam. Zetty memang sengaja.
“Kenapa
tak maklum pada I?”
“Forgive me sayang.” Lunak manja suara
Zetty sudah tidak mampu mencairkan Haizan.
“Forgive you?” Haizan menggeleng. Hati
Haizan mendidih.
“Karier
I sedang berada di kemuncak. You kena faham!”
Zetty
bingkas bangun. Meluat hatinya dengan Haizan yang asyik mencari kesalahan.
“Kalau
you tak boleh terima karier I, kita break.”
Zetty berlalu.
Haizan
masih melekat di tempat duduknya. Dia biarkan saja buah hatinya itu pergi
tanpa mengejar untuk memujuk.
“MUKA macam harimau terkurung dalam
kandang. Bergaduh lagi dengan Zettylah tu.” Sapa Puan Rubiah yang sedang sibuk
menyusun pasu-pasu bunga di halaman.
Haizan
tidak menjawab. Kalau menjawab nanti, sah-sah bertegang urat dengan emaknya. Dan
yang pasti dia akan tewas dengan mulut berbisa emak.
Berselisihan
dengan adiknya pun tidak menegur.
Berkerut
dahi Misha.
“Mak,
monster tu kenapa?”
“Biasalah… macam kamu tak kenal dengan peel abang kamu tu?”
“Berperang
dengan buah hati dia ye.”
Lebar
senyuman Misha.
“Nak
bercinta sangat dengan artis. Sampai ke sudah tak ke mana!” Sengaja Puan Rubiah
menguatkan suara. Biar didengar anak terunanya itu.
“Sian
kan orang tu! Hari-hari makan hati!”
Misha
mengekeh.
Haizan
kuatkan lagi volume televisyen. Malas
dia dengar sindiran-sindiran pedas dari emak dan adik bongsunya, Misha. Ada
saja modal mereka nak menyindir dia.
bersambung....
No comments:
Post a Comment