“AKU tak bahagia Wan. Aku masih tak
boleh lupakan Za’ara.” Keluhan Nazrin pada Wan.
Puas
dia mendesak Wan. Wan pasti tahu di mana Fatimah Za’ara berada tetapi Wan tetap
mengunci mulut.
“Aku
dah berjanji Nazrin. Janji perlu aku kotai. Kalau aku mungkiri seperti aku
manusia munafik.”
“Aku
sudah failkan penceraian aku dengan Ratna. Tidak tahan aku hidup sebumbung
dengan perempuan itu lagi. Puas aku berusaha untuk bahagia bersamanya tetapi
aku gagal.” Nazrin meraup wajah.
Wan
nampak. Wan nampak ketidakbahagiaan pada Nazrin.
“Gagal
kerana ingatan kau masih pada Za’ara?” Wan menduga.
Nazrin
melepaskan keluhan berat. Puas dia menyikirkan wanita itu dalam ingatan. Dia
tidak berjaya. Dia berusaha mencintai dan menyayangi Ratna. Cemburu Ratna tidak
bertempat. Mudah termakan hasutan kata orang lain. Nazrin jadi lelah menghadapi
kepincangan rumahtangganya.
“Tak
apalah Wan.” Nazrin seakan kecewa.
“Aku
benar-benar minta maaf Nazrin.” Simpati Wan pada Nazrin.
“Aku
faham.”
Nazrin
bangun dengan langkah longai.
NAZRIN membantah tetapi dia yang
mendesak. Air matanya mudah luruh. Dia merayu pada Nazrin untuk menerima Ratna.
Mereka bercinta senyap-senyap. Hanya Wan dapat menghidu perhubungan mereka.
Pada Wan dia bercerita. Berkongsi ceria dukanya.
Dia menjauh diri dari
Nazrin. Lantaran itu Nazrin kecewa. Dia menganggap dirinya seorang perampas.
Merampas cinta Nazrin dari Ratna. Ratna mengenali Nazrin dari usia remaja.
Ratna telah lama mencintai Nazrin. Nazrin tidak sedari cinta yang berputik
dalam hati Ratna. Kehadirannya menyebabkan cinta Ratna tidak berbalas. Dia
menjadi punca.
Air matanya diseka.
Usah ditangis lagi pada
cinta lama. Biarkan ia berlalu bagaikan mimpi yang hilang di mata.
Telefon bimbit yang
berbunyi mematahkan memori semalam Fatimah Za’ara. Panggilan dari Wan.
“Assalamualaikum…” Dia
memulakan bicara dengan mengucapkan salam.
“Waalaikumusalam. Kau
berada di kampung lagi?”
“Aku dah berada di
Kuala Lumpur. Malam tadi sampai.”
“Nazrin cari aku.”
Dia tersentak.
“Untuk apa?” Dia
menyoal Wan.
“Fasal kaulah. Dia cari
kau. Dia tanya tempat tinggal kau.”
“Jangan kau mungkiri
janji kau pada aku, Wan.”
Wan tertawa kecil di
talian.
“Wahai sahabat, aku
manusia yang berpegang janji.”
Terukir segaris
senyuman di bibir Fatimah Za’ara mendengar kata-kata Wan.
“Terima kasih, Wan.”
“Za’ara… kau boleh
percaya.”
“Wan, aku nak minta
tolong kau satu lagi perkara…”
Dengan Wan dia tidak pernah
berahsia.
Di mana anda berdiri,
di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam. Kata-kata itu
dijadikan dorongan dan inspirasi.
“KAU ni Za’ara lepas satu-satu kau
diduga.”
“Tak
apalah Wan. Allah sedang duga aku.”
Jari
halus Fatimah Za’ara bermain-main hujung straw minumannya. Tak tahu ke mana
lagi kakinya akan melangkah. Yang sana tidak menerimanya, yang juga tidak
menerimanya.
“So, apa langkah masa depan kau?”
“Aku
belum fikirkan lagi.”
“Kau
tak payah fikir panjang-panjang lagi. Kau tolong aku handle pusat penjagaan kucing aku tu. Kau suka kucingkan?”
“Dulu,
kau takut kucingkan?”
“Itu
dulu. Sekarang tidak lagi.”
Wan
tergelak halus.
“Terima
kasih Wan.”
Wan
saja yang dia ada. Seorang sahabat yang setia di sisinya.
“Tak
semua orang membuang kau, Za’ara. Think
positive.”
Sembang
mereka berlarutan. Wan berceloteh tentang kucing-kucing peliharaanya. Sesekali
perbualan mereka diselit dengan gelak tawa. Senang hati Wan melihat tawa
temannya itu. Cukup-cukuplah wajah ayu itu bermuram durja.
No comments:
Post a Comment