AKAN TERBIT PADA JULAI 2014...
Alhamdulillah... segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Mungkin novel QC bukan dari penerbitan ternama dan gah di dunia penulisan, tapi saya bersyukur kerana melihat QC bakal menjadi versi cetak tidak lama lagi. Saya tidak pernah takut untuk mencuba kerana novel pertama saya juga di bawah penerbitan yang tika itu belum dikenali ramai.
Siapalah saya, saya hanya penulis kecil yang bangun untuk berkarya semula dengan hasil tidak seberapa ini.
Saya tidak kejar title bestseller atau royalti yang mahal, saya cuma mahu kepuasan melihat karya saya dicetak dan mendapat kritikkan dari pembaca untuk saya perbaiki yang masih terlonggar. Saya sentiasa sedar siapa diri saya. Saya tidak layak berada di barisan penulis-penulis bestseller. Saya tidak layak mendapat keistimewaan seperti mereka. Saya hanya penulis bilis yang cukup kerdil.
Saya membuka mata dengan luas dalam dunia penulisan ini. Saya sudah lihat baik buruknya. Saya sudah lihat sikap 'pilih kasih' penerbit. Jadi biarlah saya terus berdiam diri dan memandang ke hadapan. InsyaAllah... siapa tahu kelak ada rezeki yg lebih luas untuk saya...
Catatan:
Ilya Abdullah...