Tab Menu

Followers

Tuesday, May 20, 2014

QUEEN CONTROL

AKAN TERBIT PADA JULAI 2014...

Alhamdulillah... segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Mungkin novel QC bukan dari  penerbitan ternama dan gah di dunia  penulisan, tapi saya bersyukur kerana melihat QC bakal menjadi versi cetak tidak lama lagi. Saya tidak pernah takut untuk mencuba kerana novel pertama saya juga di bawah penerbitan yang tika itu belum dikenali ramai.

Siapalah saya, saya hanya penulis kecil yang bangun untuk berkarya semula dengan hasil tidak seberapa ini.

Saya tidak kejar title bestseller atau royalti yang mahal, saya cuma mahu kepuasan melihat karya saya dicetak dan mendapat kritikkan dari pembaca untuk saya perbaiki yang masih terlonggar. Saya sentiasa sedar siapa diri saya. Saya tidak layak berada di barisan penulis-penulis bestseller. Saya tidak layak mendapat keistimewaan seperti mereka. Saya hanya penulis bilis yang cukup kerdil.


Saya membuka mata dengan luas dalam dunia penulisan ini. Saya sudah lihat baik buruknya. Saya sudah lihat sikap 'pilih kasih' penerbit. Jadi biarlah saya terus berdiam diri dan memandang ke hadapan. InsyaAllah... siapa tahu kelak ada rezeki yg lebih luas untuk saya...

Catatan:
Ilya Abdullah...

4 comments:

  1. Wahhhh..akhirnya keluar jua..stahun menunggu...xsbr nk membeli

    ReplyDelete
  2. betul sis, kepuasan tu mungkin kita akn dpt bila ramai yg baca karya kita dan beri feedback positif atau kritikan yg membina supaya kita dpt perbaiki karya kita.. idea tu ada je dtg dlm fikiran, jd lbih baik la lakarkannya dlm bentu cerita yg bleh dibaca oleh org lain.. :))
    Keep on writing, ye, kak Ilya^^..

    ReplyDelete
  3. tak pe lah sis
    apa pun saya akan sentiasa sokong akak...

    ReplyDelete
  4. Salam Ilya, itulah kebelakangan ini banyak penerbit yg pilih kasih. Bukan awak jer, ramai good writer terkena macam awak. Alasan cuma tak popular. So, no priority. Bagi saya sebagai seorang reader, kecewa jugak sebab novel yg ada potensi tak dilayan. ANYWAY SAYA TAK KISAH SIAPA PENERBITNYA. NOVEL ILYA QUEEN CONTROL TU TETAP SAYA TAK SABAR NAK PELUK..... Suka 200 juta x.

    ReplyDelete