Tab Menu

Followers

Friday, September 27, 2013

Nilai Cintanya - NC 25

SUFI Alisha menggeleng kepala melihat pakaian yang si suami itu ingin dia sarungkan pada tubuhnya. Baju tersebut cukup cantik tapi sayangnya terdedah di bahagian dada dan ada labuci memenuhi di hadapan. Bahagian bawah baju itu pula ada belah separas lutut di belakang. Tersenyum kecil Sufi Alisha. Jika dia memakai pakaian tersebut dan bertudung litup seperti orang gila pun ada. Baju jenis apalah yang Ameer Dylan belikan untuknya sampai mencecah ribuan ringgit ini. Satu pembaziran. Dia sudah menerima cadangan Ameer Dylan untuk melihat cara hidup lelaki itu selama satu bulan namun bukan bermakna dia perlu ikut apa yang Ameer Dylan suruh.

Thursday, September 26, 2013

Teman Pengganti - Episode 4

“MAMA…” Juliez meluru memeluk Puan Sri Selena.
“Anak gadis mama ni semakin cantik.” Puan Sri Selena memuji.
Juliez memberikan isyarat mata kepada Joe. Apabila menerima pujian sekejap sahaja rajuknya pada Joe hilang. Joe tidak endah. Dia tidak pernah iri hati jika papa dan mama pilih kasih antara dia dan Juliez.

“Joe…” Puan Sri Selena memanggil anak bujangnya itu.
Joe menghampiri.
“Tak mahu peluk mama?”
Joe menghampiri dan mendakap tubuh mamanya erat.
“Joe sihat?”
“Alhamdulillah… sihat.”

Sunday, September 22, 2013

Teman Pengganti - Episode 3

PANDANGAN mata Joe yang maha tajam itu buat Fika rasa tidak selesa. Tolonglah… seram dan meremang bulu roma pun ada. Cepatlah pesanannya sampai. Habis makan dia boleh terus pulang. Lepas ini maaflah dia mahu bertembung dengan Joe ini lagi. Kalau bertembung juga dia akan mengelak.

Joe pula suka melihat sikap Fika yang mudah gelabah. Comel juga gadis bernama Fika ini. Geram pula dia melihat pipi tembam Fika. Mahu saja dicubit-cubitnya. Namun Joe tahu pergaulan antara perempuan dan lelaki ada batasnya. Fika itu belum sah untuk disentuh. Dia rasa mahu mengajak Fika menikah sahaja. Namapk sangat kau gelojoh Joe!

Friday, September 20, 2013

Fridge Magnet

Assalamualaikum...

Selamat Petang... >_<


Comel tak?
Ini adalah fridge magnet hasil kreativiti sendiri sahaja....


Teman Pengganti - Episode 2

RAFIKA Dewi Dihran. Nama penuh gadis bertudung Hana Tajima tu. Dia tertinggal kad pelajarnya semalam di perpustakaan. Mujur Joe yang menjumpainya.

Jonathan Azmir dan Rafika Dewi. Joe menulis nama penuh dengan nama gadis itu. Nama mereka memang glamer. Kalau masa kecil dia boleh bercakap dia tidak mahu nama terlalu over sangat. Nama sudah seperti nama mat salih pula. Apa yang ada difikiran orang tuanya Joe tidak tahu. Papa dan Mama pun memang amalkan kehidupan mereka ala barat.

Joe teringat kata Mak Usu. Hidup kaya macam mana pun bila dah tutup mata kain kafan putih juga yang membaluti tubuh. Tiada kedudukan darjat lagi masa itu. Orang kaya ke… ornag miskin ke… sama sahaja. Dalam kubur tetap disoal Malaikat Munkar dan Nankir.

Thursday, September 19, 2013

Teman Pengganti - Episode 1

Joe mencoretkan penanya di atas kertas. Setitis air matanya tumpah mengenai coretan yang ditulis. Joe menekup mulut. Batuknya semakin berterusan hingga menumpahkan darah. Darah yang hampir menitis segera di tadah dengan tangan kirinya. Dia tidak mahu coretannya itu dicemari oleh darah.

Fika…

Coretan ini adalah coretan terakhir dari Joe buat Fika. Joe tidak menduga hati Fika sekeras kelikir. Joe tahu Joe telah lukakan hati Fika. Joe tidak layak menjadi seorang suami dan ayah. Joe membiarkan Fika menderita sendirian. Joe biarkan Fika terumbang-ambing. Joe tahu Fika begitu marahkan Joe tetapi di dalam hati Fika masih cintakan Joe. Buktinya? Tidak perlu rasanya Joe jelaskan kepada Fika. Fika tahu sndiri.

Sunday, September 15, 2013

Projek tahun 2014 - Teman Pengganti

prolog

Joe mencoretkan penanya di atas kertas. Setitis air matanya tumpah mengenai coretan yang ditulis. Joe menekup mulut. Batuknya semakin berterusan hingga menumpahkan darah. Darah yang hampir menitis segera di tadah dengan tangan kirinya. Dia tidak mahu coretannya itu dicemari oleh darah.

Tuesday, September 10, 2013

Pertukaran Tajuk - Nilai Cintanya...



Alhammdulillah Nilai Cintanya bakal menemui pembaca 2014 nanti begitu juga dengan Queen Control. Sayangnya terpaksa membuat pertukaran tajuk disebabkan tajuk Nilai Cintanya sudah diguna pakai oleh terbitan Creative Enterpise dari karya Rozita Abd Wahab.
Setelah berfikirsatu hari Ilya fikir mahu gunakan tajuk Nisbah Cinta untuk gantikan tajuk Nilai Cintanya… Memang pening untuk mencai tajuk juga menggunakn short cut NC. Fuhhh…