Tab Menu

Followers

Monday, December 30, 2013

ALLURE - Prolog




Prolog


“There, all done… You can open your eyes slowly now.”


At that exact moment… I felt that I was gazing upon something that I shouldn’t be seeing.

Kenapa mesti wajah dia? Siapa gadis ayu yang berdiri di hadapan matanya itu?

     

Why is this happening…?

  

 “Please… Just one more times, let me touch those eyes.”

Sunday, December 29, 2013

Tahun 2014

Assalamualaikum...

2 hari lagi tirai 2013 akan berlabuh.
Kini mahu perancangan betul-betul karya serius di blog.

Alhamdulillah... Queen Control sudah ada pengesahan terbitan. Queen Control akan terbit tahun hadapan. Bulan berapa? Rahsia dulu ya? Di bawah Penerbitan Kaki Novel.

Nilai Sejati - akan dimaklumkan kelak. InsyaAllah jika tiada aral melintang tahun hadapan juga.

Saya tak dapat nak update e-novel lama yang sepatutnya saya tamatkan di blog. Masalah segala e-novel tersimpan dalam laptop tidak dapat diselamatkan. Cukup sedih ;( . Sedang cari semula fail Setia Itu Menyakitkn. Hairan tak jumpa-jumpa untuk sambungan di blog ini.


Untuk tahun 2014

Saya hanya tertumpu pada manuskrip

- Tiada Yang Sempurna
- Allure
- Hanya Dia Kucintai/ tajuk lama Hanya Padamu

Yang lain saya sekadar menulis suka-suki dan tak update selalu.

Allure - Watak Syira dan Najmie


Ilya Abdullah

Wednesday, November 27, 2013

Setia Itu Menyakitkan - Slot 2




ZULFA tidak jadi ke Ampang Park sebaik menerima mesej dari kakaknya, Hilda. Hilda pinta dia pulang ke rumah segera. Ada kekecohan berlaku. Apa lagilah masalah yang ditimbulkan oleh mama. Sebaik turun dari tren, Zulfa terus menapak ke kondominium yang berdekatan dengan stesen Putra LRT itu. Riak wajah Zulfa sedikit cemas.
             
Jika bukan pasal Hilda, ini mesti pasal Alang Aliya, adik mama. Alang Aliya datang minta duit lagi. Kalau tidak suaminya kalah judi mesti duit untuk dadah. Alang Aliya tidak pernah mahu berubah walau kerap keluar masuk pusat pemulihan. Suaminya yang banyak makan duit itu pula ditatang bagai minyak yang penuh. Setia Alang Aliya pada Pakcik Mokhsin itu tidak bertempat. Mereka pun bukannya orang senang sangat. Mama banyak hutang. Ingin harap Hilda, kakanya itu lebih mentingkan diri sendiri. Zulfa terpaksa bertungkus-lumus bekerja keras untuk membayar hutang-piutang.  Bayar rumah lagi, sewa butik spa mama, dan macam-macam yang perlu difikirkan Zulfa.

Tuesday, November 26, 2013

Setia itu Menyakitkan - Slot 1



Setia? Adakah kesetiaan dia untukku? Cinta bisa akan bahagia dan biasa terluka. Hati bisa disakiti dan menyakiti. 


Wajarkah hati ini memilih untuk mengkhianati kesetiaan itu. Tapi aku tidak terdaya. Sungguh setia itu menyakitkan….


Slot 1 – Setia Itu Menyakitkan

"You memang perempuan gatal!" Air dalam botol mineral itu disimbah pada wajah Zulfa.
             
Aku cuma berikan katalog katering untuk kekasih dia sudah dikira menggatal ke? Tidaklah aku berkenan dengan kekasih dengan dia pun. Kalau segi kekacakan tu lebih kacak lagi aku kalau aku menyamar jadi lelaki.

Monday, November 25, 2013

Cara-Cara Membuat Klip Kertas/Buku Sendiri

Assalamualaikum...

Hobi masa lapang saya. Klip kertas/buku yang comel. Boleh dijadikan cenderhati kecil-kecilan untuk kawan-kawan. Kalau macam saya cenderahati untuk pembaca-pembaca.

Bahan:

Kertas saiz A4 - 230 GM  (saya pakai Art Card)
Gam Uhu
Klip Kertas saiz 78 MM
Gunting
Kertas warna-wrni saiz A4
Double sided
*Semua bahan senang didapati di kedai-kedai buku/ Advanco


Gambar yang sudah siap diprint dan laminate dipotong mengikut bentuk gambar. Kemudian belakang gambar lekat dengan double sided.

Friday, November 22, 2013

Kopi Cinta - KC1

Di negara-negara yang beriklim sejuk, minum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada pula, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam, Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini.   ~ penulis merujuk dalam sumber internet >_<

Friday, November 8, 2013

Proposal Skrip

 
 Assalamualaikum... salam tengahari >_<

Pada 5h November 2013, tergerak hati mahu buka emel setelah beberapa hari menyepi akibat internet tidak jalan dan diri ini kurang sukses. Terbaca satu tajuk e-mel:

PROPOSAL BAGI TELEFILEM/ DRAMA BESIRI, BAGI SIARAN ASTRO RIA DAN ASTRO PRIMA SERTA PROPOSAL 
 
Kening sudah bertaut dah. Jadi... kita pun tekan mouse dan klik pada tajuk e-mel berkenaan. Maka keluarlah segala isi kandungannya.

Wednesday, November 6, 2013

Teman Pengganti - Episode 7



FIKA bermuka muram. Tiada senyuman di bibir gadis itu. Agaknya marah dengan lamaran mengejut dari Joe. Joe tersengih-sengih. Suka benar dia melihat wajah merah Fika yang sedang menahan marah. Kuza hanya sebagai watak pemerhati.

“Orang tua-tua cakap kalau muka masam-masam ni nanti cepat berkedut.”
“Elok berkedut takder orang yang nak!” Fika membalas.
“Tapi saya tetap nak awak.”
“Saya terjun dari kereta ni nanti!”
“Awak terjun saya biar aje.”
“Eeee…”

Wednesday, October 30, 2013

Komik

Komik Pendek
Aku Dan Dia

Bakal dimasukkan ke blog sebaik siap nanti

Lakaran awal watak-watak:

Bukan sahaja komik malah saya sedang membuat nomik/novel grafik genre serius seperti Awek Skuter :)


Jangan bimbang... e-novel tetap akan udpate juga...

Yang Menconteng: 
Ilya...

Monday, October 21, 2013

Siapalah Aku - Bahagian Akhir



FIQA duduk berhadapan dengan Hafiq. Ini kali pertama mereka duduk semeja. Hafiq kelihatan tenang. Fiqa serba salah. Dia menolak Hafiq terus-terusan kerana tidak tegar untuk berhadapan dengan musibah kelak. Cukuplah hati ini disakiti.
            
 “Saya tahu awak kenal Syafiq.” Hafiq memulakan bicara.
             
Kepala Fiqa menunduk.
            
 “Syafiq sakitkan hati awak. Awak pernah suka pada dia kan?” Sambung Hafiq.

Thursday, October 17, 2013

Allure - A1

Insya-Allah Queen Control diterbitkan pada tahun hadapan bawah terbitan Penerbitan Kaki Novel. Gantikan dengan e-novel Allure...
 >< enjoy reading!

Prolog

“MAAF….” Sepatah perkataan diucapkan.
Talian terputus.
Dia mengetap bibir.
Kenapa?
Arghhh!!!!

Jaket kulitnya ditarik dari kerusi.

Teman Pengganti - Episode 6

JOE memasukkan baju-baju ke dalam beg galas. Dia tidak betah untuk duduk di banglo mewah ini lama. Sakit hati dengan sikap papa yang asyik mahu mengikut telunjuknya. Dia punya minatnya sendiri. Dia mahu berdikari. Malulah sebagai seorang lelaki bergantung pada keluarga. Puan Selena memerhati dengan linangan air mata.

Joe tidak akan mengalah dengan air mata mama. Mama tetap akan memujuknya mendengar kata-kata papa.

“Joe..”
“Mama tak perlu risau tentang joe.”
“Mama sayangkan Joe.”
“Joe tahu.”

Tuesday, October 15, 2013

MUG

Assalamualaikum....

>_< Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Mug special design dari saya >_< yang picture Tiryaq (Queen Control) dari Kak Rose Harissa 





Cantik tak hehehee...

Sunday, October 13, 2013

Tangisan Sekeping Hati - Entry 2

ORANG kaya-kaya memang suka membazirkan duit agaknya. Kalau duit yang banyak itu disedekahkan kepada anak-anak yatim lebih bagus. Buat amal kebajikan itu amalan mulia. Aina memang tidak suka dengan majlis-majlis sebegini. Orang kaya tetapi pakaian seperti tidak cukup kain. Segelintir dari tetamu Iqram menjelingnya dengan pandangan sinis. Salahkah dia berpakaian baju kurung yang sopan dan tidak menjolok mata?
            
Aina memaut lengan Milia. Dia tetap tidak senang hati berada di sini. Dia rasa mahu angkat kaki saja.
            
“Lia… aku nak balik.” Bisiknya perlahan.

Friday, October 11, 2013

My Editing Picture

Salam Hari Jumaat...
Tutup jap entry upload E-novel pulak hehehehe...


Ini kerja saya masa lapang atau tengah takder idea nak menerukan penulisan...


Picture 1

Thursday, October 10, 2013

Tangsisan Sekeping Hati - Entry 1

Assalamualaikum... Sedia maklum NC telah distopkan sampai Bab 28 sahaja. Tunggu nak masukkan bab special. Jadi saya gantikan siri NC dengan karya kuno saya since ditulis pada tahun 2008 yang saya olah sedikit penceritaan dari manuskrip asalnya.



Prolog



adakah seorang insan yang mengerti..
apakah erti kehidupan ini…
pernah kucari erti cinta sejati
namun yang kutemui hanyalah mimpi..
suatu mimpi kosong yang tak bertepi
apakah salah hati ini
ingin memiliki sebuah cinta sejati..
apakah erti sebuah persahabatan sejati
apakah itu juga sebuah mimpi..?
jika benar,

apalah erti semua ini..
sudah banyak hari kujalani
tanpa suatu tujuan yang pasti…
semua seakan hanyalah ilusi..
ilusi yang tiada memiliki erti
namun akhirnya satu hal kusedarihanya
Tuhan yang sungguh mengerti,
tentang semua erti kehidupan ini..
kekosongan hati ini
tidak lagi diisi dengan benci..
tak ada yang lebih murni
dari kesucian cinta Ilahi
  

Wednesday, October 9, 2013

Nilai Cintanya - NC 28

DELINA mengetap bibir melihat wajah selamba Ameer Dylan. Lelaki itu seakan sudah tidak mengendahkan dia lagi. Layanan yang diberikan juga agak dingin. Sikap tidak acuh Ameer Dylan terhadapan mendambahkan sakit di hati Ameer Dylan. Lelaki ini perlu diajar. Benar kata Damien dia bodoh kerana menyelitkan perasaan pada Ameer Dylan.
            
Delina meletakkan sudu dan garfunya di atas meja. Seleranya sudah mati melihat Ameer Dylan yang langsung tidak menyentuh masakkan yang dihidangkan khas buat lelaki itu.
            
“Dylan… penat I masak untuk you.”

Sunday, October 6, 2013

Cerpen: Siapalah Aku (Bahagian I)

TEMAN-teman sepejabat mula berbisik sesama sendiri saat Fiqa melintasi. Fiqa meluru terus ke arah mejanya. Hairan dengan tingkah-laku teman-teman sekerjanya. Dia ada berbuat salah ke? Hati Fiqa gusar memikirkan perubahan teman-teman sekeliling. Namun dia cuba berlagak tenang.
            
Tumpuan sekarang pada lukisan-lukisan bangunan yang berada di atas meja. Dia tidak mahu kerjanya tertangguh hanya kerana perilaku teman-teman sepejabatnya itu. Fiqa juga tidak mahu kerja dibuat separuh jalan. Lagipun Dato’ Bakri sudah memberikan dateline untuk lukisan projek ini.
            
“Fiqa!” Wajah tampan Syafiq terpacul di mejanya.
            
“Ya Encik Syafiq.”

Saturday, October 5, 2013

Nilai Cintanya - NC 27

“I sudah sihat. You tidak perlu risaukan I lagi.” Ameer Dylan meyarungkan kot pada tubuhnya.
           
“Doktor bagi abang berehat sampai esok. Abang ambillah peluang untuk berehat dulu. Sufi sudah maklumkan pada ayah.”
            
“Ada banyak kerja di pejabat yang perlu abang uruskan. Lagipun abang tidak suka kerja abang bertangguh lebih lama.” Ameer Dylan memberikan isyarat kepada Sufi Alisha agar memperbetulkan tali leher yang dikenakan.
            
Sufi Alisha merapati dan menjalan tugasnya seperti sediakala. Tali leher Ameer Dylan diperkemaskan. Suaminya memang sentiasa mahu tampak segak bergaya.

Teman Pengganti - Episode 5

HATI Fika tidak tenang menghadap kertas-kertas assignmentnya. Kenapalah dalam kepala otak ini boleh teringatkan Joe. Joe yang dianggap berlagak dan ego itu sebenarnya seornag yang sempoi dan selamba habis. Dia yang salah tafsir tentang lelaki itu.

‘Don’t Judge A Book in By Its Cover’

“Fika..” Panggil Kuza yang sedang duduk melayan majalah URTV di atas katil.
Fika menoleh.
“Ya… ada apa?”
“Kau kenal dengan Joe ke?”

Tuesday, October 1, 2013

Nilai Cintanya - NC 26

AMEER Dylan menarik selimut pada tubuhnya sambil memicit kepalanya. Dia duduk melihat keadaan sekelilingnya. Dia tertidur di atas sofa. Semalam dia sengaja tidak mahu dihantarkan pulang ke rumahnya. Dia ingin Sufi Alisha sakit hati dengan tindakannya itu. Sufi Alisha pasti menanti kepulangannya hingga larut malam.
            
Kelly!” Ameer Dylan memanggil lantang.
           
Tiada sahutan.
            
“Kelly!” Dia memanggil lagi.

Friday, September 27, 2013

Nilai Cintanya - NC 25

SUFI Alisha menggeleng kepala melihat pakaian yang si suami itu ingin dia sarungkan pada tubuhnya. Baju tersebut cukup cantik tapi sayangnya terdedah di bahagian dada dan ada labuci memenuhi di hadapan. Bahagian bawah baju itu pula ada belah separas lutut di belakang. Tersenyum kecil Sufi Alisha. Jika dia memakai pakaian tersebut dan bertudung litup seperti orang gila pun ada. Baju jenis apalah yang Ameer Dylan belikan untuknya sampai mencecah ribuan ringgit ini. Satu pembaziran. Dia sudah menerima cadangan Ameer Dylan untuk melihat cara hidup lelaki itu selama satu bulan namun bukan bermakna dia perlu ikut apa yang Ameer Dylan suruh.

Thursday, September 26, 2013

Teman Pengganti - Episode 4

“MAMA…” Juliez meluru memeluk Puan Sri Selena.
“Anak gadis mama ni semakin cantik.” Puan Sri Selena memuji.
Juliez memberikan isyarat mata kepada Joe. Apabila menerima pujian sekejap sahaja rajuknya pada Joe hilang. Joe tidak endah. Dia tidak pernah iri hati jika papa dan mama pilih kasih antara dia dan Juliez.

“Joe…” Puan Sri Selena memanggil anak bujangnya itu.
Joe menghampiri.
“Tak mahu peluk mama?”
Joe menghampiri dan mendakap tubuh mamanya erat.
“Joe sihat?”
“Alhamdulillah… sihat.”

Sunday, September 22, 2013

Teman Pengganti - Episode 3

PANDANGAN mata Joe yang maha tajam itu buat Fika rasa tidak selesa. Tolonglah… seram dan meremang bulu roma pun ada. Cepatlah pesanannya sampai. Habis makan dia boleh terus pulang. Lepas ini maaflah dia mahu bertembung dengan Joe ini lagi. Kalau bertembung juga dia akan mengelak.

Joe pula suka melihat sikap Fika yang mudah gelabah. Comel juga gadis bernama Fika ini. Geram pula dia melihat pipi tembam Fika. Mahu saja dicubit-cubitnya. Namun Joe tahu pergaulan antara perempuan dan lelaki ada batasnya. Fika itu belum sah untuk disentuh. Dia rasa mahu mengajak Fika menikah sahaja. Namapk sangat kau gelojoh Joe!

Friday, September 20, 2013

Fridge Magnet

Assalamualaikum...

Selamat Petang... >_<


Comel tak?
Ini adalah fridge magnet hasil kreativiti sendiri sahaja....


Teman Pengganti - Episode 2

RAFIKA Dewi Dihran. Nama penuh gadis bertudung Hana Tajima tu. Dia tertinggal kad pelajarnya semalam di perpustakaan. Mujur Joe yang menjumpainya.

Jonathan Azmir dan Rafika Dewi. Joe menulis nama penuh dengan nama gadis itu. Nama mereka memang glamer. Kalau masa kecil dia boleh bercakap dia tidak mahu nama terlalu over sangat. Nama sudah seperti nama mat salih pula. Apa yang ada difikiran orang tuanya Joe tidak tahu. Papa dan Mama pun memang amalkan kehidupan mereka ala barat.

Joe teringat kata Mak Usu. Hidup kaya macam mana pun bila dah tutup mata kain kafan putih juga yang membaluti tubuh. Tiada kedudukan darjat lagi masa itu. Orang kaya ke… ornag miskin ke… sama sahaja. Dalam kubur tetap disoal Malaikat Munkar dan Nankir.

Thursday, September 19, 2013

Teman Pengganti - Episode 1

Joe mencoretkan penanya di atas kertas. Setitis air matanya tumpah mengenai coretan yang ditulis. Joe menekup mulut. Batuknya semakin berterusan hingga menumpahkan darah. Darah yang hampir menitis segera di tadah dengan tangan kirinya. Dia tidak mahu coretannya itu dicemari oleh darah.

Fika…

Coretan ini adalah coretan terakhir dari Joe buat Fika. Joe tidak menduga hati Fika sekeras kelikir. Joe tahu Joe telah lukakan hati Fika. Joe tidak layak menjadi seorang suami dan ayah. Joe membiarkan Fika menderita sendirian. Joe biarkan Fika terumbang-ambing. Joe tahu Fika begitu marahkan Joe tetapi di dalam hati Fika masih cintakan Joe. Buktinya? Tidak perlu rasanya Joe jelaskan kepada Fika. Fika tahu sndiri.

Sunday, September 15, 2013

Projek tahun 2014 - Teman Pengganti

prolog

Joe mencoretkan penanya di atas kertas. Setitis air matanya tumpah mengenai coretan yang ditulis. Joe menekup mulut. Batuknya semakin berterusan hingga menumpahkan darah. Darah yang hampir menitis segera di tadah dengan tangan kirinya. Dia tidak mahu coretannya itu dicemari oleh darah.

Tuesday, September 10, 2013

Pertukaran Tajuk - Nilai Cintanya...



Alhammdulillah Nilai Cintanya bakal menemui pembaca 2014 nanti begitu juga dengan Queen Control. Sayangnya terpaksa membuat pertukaran tajuk disebabkan tajuk Nilai Cintanya sudah diguna pakai oleh terbitan Creative Enterpise dari karya Rozita Abd Wahab.
Setelah berfikirsatu hari Ilya fikir mahu gunakan tajuk Nisbah Cinta untuk gantikan tajuk Nilai Cintanya… Memang pening untuk mencai tajuk juga menggunakn short cut NC. Fuhhh…

Tuesday, April 2, 2013

Mahligai Air Mata_Bab 4


PUAN CATALINA merengus kecil dengan sikap angkuh Tuah Hulaif. Anak dengan bapak sama sahaja! Dia bersandar pada kerusi ekslusifnya sambil memicit kepala.  Hatinya bertambah sakit pabila wajah lembut Qaseh Fatihan menerpa ke dalam mindanya. Wajah dan tingkah-laku gadis itu sudah begitu mirip dengan arwah adiknya, Qashida. Semakin anak itu membesar acuan wajahnya semakin menyerupai Qashida. Untuk mengusir gadis dalam hidupnya adalah mustahil sama sekali. Siapa menduga kedudukannya bakal tergugat jika rahsia itu dibocorkan. Dia akan mendapat malu yang besar. Namanya juga akan merundum dan klien akan hilang kepercayaan pada dia. Walaupun Kay masih tidak tunjuk muka dia tetap berhati-hati. Puas dia mengupah orang untuk menjejaki Kay namun lelaki itu tidak dikesan. Dan sepatutnya dia tidak perlu takut

Monday, March 18, 2013

Mahligai Air Mata_Bab 3


ERY FITKRI menyambut huluran tangan dari Mr. Richard setelah termeterai perjanjian kerjasama antara mereka. Projek usahasama yang melibatkan syarikat luar negara menelan belanjaan juta ringgit itu kini sudah teguh berada dalam tangan Putra Angsana. Dia mengorak senyuman lebar dalam mesyuarat yang sedang berlangsung. Ahli-ahli lembaga syarikat memandang ke arah anak muda yang selalu bersikap sambil lewa itu. Tuan Hulaif  tenang berada di tempat duduknya. Nyata dia amat berpuas hati dengan peningkatan syarikat yang dikendalikan oleh anaknya itu. Ery Fitkri seorang yang bijak menangani masalah. Biarpun Ery Fitkri sedang berlakon di hadapan kakitangan Putra Angsana, Tuan Hulaif tidak ambil berat masalah tersebut. Tiada siapa yang tahu Ery Fitkri

Sunday, March 17, 2013

Mahligai Air Mata_Bab 2


ERY FITKRI mengatur langkah deras masuk ke dalam banglo mewah itu tanpa diundang. Dia mengetap bibir kegeraman. Topeng itu disuakan kepada gadis yang sedang tegak berdiri di balkoni mengadap permandangan indah di luar. Gadis berambut lurus melepasi bahu itu tidak menoleh ke arahnya. Sebaliknya asyik menonton permandangan nan indah. Tiupan angin lembut menyapa pada wajah gadis yang masih terlindung itu. Ada senyuman sinis terukir di bibirnya.
            
“Kau yang perlu memakai topeng ini bukan aku! Aku tidak perlu topeng ini untuk menutup wajah aku!” Sedikit keras Ery Fitkri bersuara. Dia campakkan topeng tersebut di atas lantai.

Saturday, March 16, 2013

Mahligai Air Mata_1


SEBUAH pub terkenal di ibu kota. Anak-anak muda menari bagaikan orang sasau mengikut rentak muzik yang berkumandang. Suasana yang begitu membingitkan telinga. Seorang gadis yang asyik menari menjadi tumpuan sekumpulan anak muda yang sedang bergelak ketawa dengan minuman keras di tangan masing-masing. Aksi gaya yang menggiurkan dan menggoda gadis itu buat mereka kecur air liur. Gadis-gadis yang menemani bersama mereka turut terasa cemburu. Masakan tidak, gadis yang tidak lekang dari pandangan mata lelaki-lelaki itu cukup jelita dan punya potongan badan persis seorang model. Lelaki berambut agak panjang mencecah bahu itu memaut bahu lelaki yang sedang menongkat dagu dengan wajah agak mencuka. Hanya lelaki itu sahaja yang tidak memesan apa-apa minuman dalam pusat hiburan terbabit. Dia tersengih. Namun dalam bab memikat gadis diserahkan

Friday, March 15, 2013

Millennium's_Bab 4


TUAN Ilham Rais masih terbaring koma di atas katil. Wayar-wayar berselirat atas dada dan tangannya. Mulutnya pula ditutup dengan alat bantuan penafasan. Tuan Ilham diawasi ketat dalam wad bertaraf VIP itu. Ahli keluarganya yang meminta berbuat demikian. Berhati-hati dengan musuh-musuh MILLENNIUM'S yang sering mengambil kesempatan. Ash Yuslee melangkah masuk ke dalam wad

Thursday, March 14, 2013

Queen Control_Teaser Bab Pertengahan


“KENAPA tipu sayang?!” Putri Tasnim merenung Tiryaq dengan mata yang berair. Tiryaq, suaminya itu adalah pengarah besar TIR Holding’s. Sungguh tidak diduga sama sekali. Tiryaq hanya berlakon dihadapannya. Dia macma orang bodoh mempercayai cinta dan kasih sayang dari lelaki itu.
            
“Sayang…please calm down.” Tiryaq tidak menduga yang Putri Tasnim akan hadir di majlis itu. Adakah semua ini aturan dari Tengku Tyea?
            
Tengku Tyea kelihatan tersenyum sinis. Drama sebak sedang bermula. Dia adalah watak sampingan untuk drama yang menarik ini. Tengku Tyea ingin bongkarkan status Tiryaq untuk tatapan umum. Mereka tidak tahu yang pengarah yang mereka sanjungi ini sudah punya seorang isteri. Kahwin tangkap basah! Satu perkara yang cukup memalukan bagi seornag pengarah besar