PUAN CATALINA merengus kecil dengan sikap
angkuh Tuah Hulaif. Anak dengan bapak sama sahaja! Dia bersandar pada kerusi
ekslusifnya sambil memicit kepala. Hatinya bertambah sakit pabila wajah lembut
Qaseh Fatihan menerpa ke dalam mindanya. Wajah dan tingkah-laku gadis itu sudah
begitu mirip dengan arwah adiknya, Qashida. Semakin anak itu membesar acuan
wajahnya semakin menyerupai Qashida. Untuk mengusir gadis dalam hidupnya adalah
mustahil sama sekali. Siapa menduga kedudukannya bakal tergugat jika rahsia itu
dibocorkan. Dia akan mendapat malu yang besar. Namanya juga akan merundum dan
klien akan hilang kepercayaan pada dia. Walaupun Kay masih tidak tunjuk muka
dia tetap berhati-hati. Puas dia mengupah orang untuk menjejaki Kay namun
lelaki itu tidak dikesan. Dan sepatutnya dia tidak perlu takut