Tab Menu

Followers

Friday, March 21, 2014

Masih Ada Cinta - 1



Masih Ada Cinta

Prolog

“Assalamualaikum… ya, saya Hannan.”
             
Sebaik suara di talian menyampai berita itu, ganggang telefonnya terlepas. Hannan terduduk tanpa suara. Suara di talian yang memanggil seakan tidak diendahkan lagi. Berita apa yang mengejutkan Hannan hingga Hannan bereaksi sedemikian.
           
 Umi segera mencapai ganggang telefon lalu dilekapkan pada telinganya. Wajah umiberubah. Dia meletakkan ganggang telefon lalu memandang wajah sayu Hannan.
             
“Hannan… Hannan nak ke hospital.”

Thursday, March 20, 2014

Boulevard - 1

 Tajuk asal Mahligai Air Mata, dah tukar tajuk, sebab ramai tak nak sad ending hehehe.. ;)

SEBUAH pub terkenal di Genting Higlands. Anak-anak muda menari bagaikan orang sasau mengikut rentak muzik yang berkumandang. Suasana yang begitu membingitkan telinga. Seorang gadis yang asyik menari menjadi tumpuan sekumpulan anak muda yang sedang bergelak ketawa dengan minuman keras di tangan masing-masing. Aksi gaya yang menggiurkan dan menggoda gadis itu buat mereka kecur liur. Gadis-gadis yang menemani bersama mereka turut terasa cemburu. Masakan tidak, aksi gadis itu tidak lekang dari pandangan mata lelaki-lelaki itu cukup jelita dan punya potongan badan persis seorang model. Lelaki berambut kemas pendek itu memaut bahu lelaki yang sedang menongkat dagu dengan wajah agak mencuka. Hanya lelaki itu sahaja yang tidak memesan apa-apa jenis minuman keras dalam pusat hiburan terbabit. Cukup sekadar segelas coke. Dia tersengih. Siapa yang tidak kenal Aryanz, lelaki yang tidak pernah bertahan dengan cinta. Aryanz sangat terkenal di kalangan perempuan-perempuan materealistic. Apa yang menghairankan gadis-gadis itu sudah tahu dengan perangai Aryanz, namun mereka masih ingin mendampingi lelaki itu.

Tuesday, March 18, 2014

Maaf Sangat-Sangat

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar warga blog CP, moga sihat-sihat belaka. Tak sihat, jangan lupa makan ubat ya.

Lama teman tak meng'update' blog. Bukan apanya, teman busy dengan bisnes kecil-kecilan teman. Orang yang baru nak belajar niaga sendiri katakan. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Sikit atau banyak rezeki yang diberikan, kita harus bersyukur.

Insya-Allah, ada kelapangan sedikit, teman akan sambung siri e-novel Millennium's. Idea ada tapi teman ni yang malas nak menaip pada lappy kesayangan teman ni. Hehehe....

Buat pembaca-pembaca yang menunggu Queen Control dan Nilai Cinta Sejati (tajuk lama Nilai Cintanya) teman tak nak bagi harapan. Jika ada terbit maka adalah ya, teman pun dah nak bersara menulis. Teman menulis sekarang sekadar release tension dan suka-suka aje. Teman ni penulis suam-suam kuku aje. Hehehe...

Cantik nombor. 1717 dah ahli warga CP teman. Alhamdulillah... ada yang sudi menjenguk blog bersawang teman ni na.


Yang Mencoret:
Ilya Abdullah...