Tab Menu

Followers

Thursday, April 9, 2015

Karya Di Ilham Karya

Ada tiga karya  saya dimasukkan dalam Ilham Karya (Karangkraf)



1. DEMI CINTAKU DEMI CINTAMU (dah sampai bab 25)
Link (http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=3962&idc=23310)

        “Tak payah yang berbuat dengan aku! Kau ni memang perempuan perampas.” Jari telunjuk Fifi ditundingkan ke muka Eleanor.
            Perampas? Dia pula dituduh perampas. Eleanor mahu saja ketawa mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh Fifi.
            “Kau salah faham ni.”
            “Tak perlu nak berlakonlah perempuan. Kau jerat pakcik aku sebab kau nak harta dia kan?”
            “Pleaselah… aku tak heran langsung dengan harta benda dia, okay. Kalau kau tak berpuas hati kau boleh bertanya pada pakcik kesayangan kau tentang pertunangan aku dengan dia. Siapa yang kejar siapa. Siapa yang aturkan semua ni?” Berang Eleanor dengan sikap Fifi yang tidak mahu berbincang secara lembut. Main serang ikut suka hati tanpa menyelidik dahulu. Ingat dia kemaruk sangat nak berkahwin dengan Weir Zafril itu!
            Fifi melirik senyuman sinis.
            “Kau dah guna-gunakan pakcik aku. Kau tahu tak kau tak layak dengan dia.”
            Eleanor ketawa kecil. Sikit-sikit dituduh pakai ubat guna-guna. Apa punya fikiran gadis seorang ini. Harap sahaja nampak seperti orang berpelajaran tinggi tapi otak masih tak matang.


(18,459 - BACAAN DCK DCM)



2. MEWANGI (dah sampai bab 3)
Link (http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4304&idc=23150)

            “Kau bodoh Za’ara.”
            “Ya, aku bodoh.”
            “Kenapa kau perlu mengalah hanya kerana kau dambakan kasih sayang perempuan tua tu?”
            Fatimah Za’ara menunduk.
            “Apa yang kau dapat? kesedihan?”
            Wan menggeleng.
            “Perempuan tua tu tetap tak akui kau cucu dia kan?” Wan menyambung kata.
            Fatimah Za’ara tidak membalas. Wan sudah tahu jawapannya.
       “Aku tetap terbuang dari keluarga itu, Wan.” Fatimah Za’ara memalitkan senyuman hambar.
         “Kau terlalu baik. Sedangkan kau sendiri tahu perbuatan kau itu ibarat melapah hati sendiri!” 


3. 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK! (dah sampai bab 5)
Link (http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4358&idc=23291)

' Bos besar tu namanya Datuk Tajuddin. Budak-budak lanskap ni yang gelarkan dia bos besar. Aku main ikut saja. Bos besar ni duda. Bab rupa? Bolehlah tahan. Nak kata handsome pun tak boleh. Rambut di ubun kepala bos besar pun dah ada kaler putih. Memadailah kerana anak bos pun sudah besar panjang.
Awin boleh dikategorikan dalam golongan gadis sedang-sedang cantik tetapi comel. Dia bukan dalam kategori gadis ala top model yang punya susuk tinggi lampai. Kecomelan nya menawan hati kerana lesung pipit di kedua-dua pipi gebunya itu. Ada yang kata dia macam Wawa Zainal. Ceh! Perasan betul kau Awin

Boleh ikuti karya-karya ni di Ilham dan jangan lupakan tinggalkan komen di sana >_<


Wednesday, April 8, 2015

TERPUKAU SERIBU RINDU - 1


“TAK tahan betul aku dengan perempuan andartu tu. Cerewet giler.”
            Gadis berambut kerinting itu ketawa kecil.
            “Nasib kaulah kerja bawah dia.”
            “Nak sambut siapa buat majlis besar-besaran macam ni?” Gadis bercermin mata tebal itu menyoal lagi.
            “Anak Engku Aisyah dari oversea tu balik.”
            “Maksud you Tengku Nageena.”
            Gadis berambut kerinting itu mengangguk kepala.