Tab Menu

Followers

Thursday, January 31, 2013

Nilai Cintanya ....NC 23



AMEER Dylan mengamati wajah Sufi Alisha yang sudah menjadi miliknya itu. Sufi Alisha bukan gadis jelita namun ada terselit keayuan pada wajahnya. Kata orang sejuk mata memandang. Sufi Alisha tidak menyedari lirikan mata Ameer Dylan yang memerhatikan tingkah lakunya. Dia menyusun baju-baju yang sudah dilipat itu ke dalam almari. Sufi Alisha mengalih pandang Ameer Dylan yang sedang berbaring membaca buku itu. Lagak Ameer Dylan seperti biasa. 

            Sufi Alisha bingkas bangun merapati suaminya. Dia mengukirkan segaris senyuman. Ameer Dylan buat-buat tidak melihatnya. Malam pertamanya tidak kesampaian kerana Sufi Alisha tidak boleh disentuhi tika ini. Geram pun ada. Sepatutnya waktu ini dia sudah bersama dengan isterinya itu. Hak yang halal maka Sufi Alisha tidak akan menolak bukan. Upacara perkahwinan yang dilangsungkan cukup ringkas yang dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat. Rasa penat itu masih ada namun tidak ini tidak bererti Ameer Dylan pada mengabaikan suruhanNYA. Arwah abah selalu memesan kepadanya yang solat itu adalah tiang agama.

            “Abang sudah solat?” 

            “Kejap lagilah…”

            “Tak baik melengahkan solat..”

            “Boleh tak jangan mengajar I?” Ameer Dylan menghempaskan bukunya di atas katil.
Tersentak sedikit Sufi Alisha. 

            “Sufi minta maaf…Sufi hanya memberitahu perkara yang wajib sebagai seorang Islam. Sufi ada terbaca satu mutiara kata, begini bunyinya… Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.” Ucap Sufi Alisha lembut. Dia tersenyum.

            Ameer Dylan merengus kecil. Isteri itu sudah mula mengeluarkan kata nasihat di tengah malam begini. 

            “Sufi….I berkahwin dengan you atas dasar permainan yang I ciptakan sendiri. Dan I tahu you jelas dengan perangai I dan tahu yang I bukan ikhlas dengan perkahwinan sebab I mahu menang dalam permainan ini. Jadi I ada satu cadangan?” 

            “Cadangan?”

            “Ya…satu cadangan telah terlintas dalam fikiran I ini. I tahu you perlukan seorang lelaki yang boleh menjadi imam kepada you tapi I tidak layak menjadi imam you itu. I ini serba-serbi buruk dan mementingkan wang.”
 
            Ameer Dylan mengakui sifat negatif yang ada dalam dirinya.

            “Jadi?”

            “I bagi masa sebulan you tengok cara hidup I dan dalam masa sebulan juga I akan tengok cara hidup you. You bersetuju?”

            Sufi Alisha berfikir sejenak. Dia tersenyum lagi.

            “Baiklah saya bersetuju dengan cadangan abang itu.”

            Kening lebat Ameer Dylan bertaut. Mudahnya Sufi Alisha bersetuju dengan cadangan tersebut? Isterinya itu juga tidak boleh dipandang rendah. Ada undang di sebalik batu. Ameer Dylan mengusap dagu….

            “Giliran I mulakan dulu nanti…” 

            Sufi Alisha mengangguk.

            Mampukah Sufi Alisha bertahan dengan melihat gaya hidupnya selama satu bulan ini? Kalau Sufi Alisha meminta cerai maka Sufi Alisha sudah kalah dalam permainan yang dia aturkan. 

            Lain pula difikiran Sufi Alisha. Dia yakin Ameer Dylan boleh berubah dengan sendirinya. Dia akan berusaha hingga berjaya. Dia tidak mahu mempersiakan ikatan perkahwinan ini. Sufi Alisha tidak akan menyerah kalah kepada suaminya, Ameer Dylan. Dia akan membantu suaminya itu ke arah jalan yang betul. Dia tidak mahu Ameer Dylan terus tersesat dengan jalan yang bengkang-bengkok itu. Dia mahu jalan yang dilalui Ameer Dylan ada lampu yang meneranginya…

            Ya Allah…kau berikan aku kekuatan. Bisik hati kecil Sufi Alisha. Apa jua halangan dan dugaan dalam kehidupannya bersama Ameer Dylan melayari alam perkahwinan ini akan dia tempuhi. Allah sentiasa bersama hambanya dalam keadaan susah atau senang. 


“MAMA! Mama! Jangan tinggal Dylan!” Ameer Dylan terjerit-jerit dalam tidurnya. Sufi Alisha yang di sebelah terjaga dari tidur. 

            Dia bingkas bangun merapati Ameer Dylan. Suaminya itu meracau-racau tidak tentu arah. Raut wajah suaminya itu sudah dibasahi dnegan peluh.

            “Tidak! Jangan pukul Dylan mama! Jangan!” Mulut Ameer Dylan masih bercakap dalam tidur. 

            Sufi Alisha mengusap lembut wajah Dylan. Risau pula dia melihat keadaan Dylan sebegitu. Benar kata Tuan Haji Abbas tentang Ameer Dylan.

            “Abang…bawa mengucap…abang bermimpi ni..”

            “Sufi….”Ameer Dylan membuka matanya perlahan-lahan. Tanpa sedar dia bingkas bangun lalu memeluk tubuh Sufi Alisha dan menangis teresak-esak seperti anak kecil.

            Kaget seketika Sufi Alisha. Namun dia membalas pelukan itu lalu mengusap perlahan belakang Ameer Dylan.

            “Sufi tidak akan tinggalkan abang…Sufi ada dengan abang…” 

            Mimpi ngeri yang menghantui Ameer Dylan saban malam. Dia tidak betah tidur dengan tenang. Entah mengapa Ameer Dylan rasa selesa dalam dakapan Sufi Alisha?

            Sufi Alisha menarik semula selimut suaminya hingga ke paras. Dia membiarkan sahaja Ameer Dylan tidur dalam pangkuannya. Mungkin itu akan membuatkan Ameer Dylan rasa lebih selamat. Malam ini dia menyaksikan sifat kontra Ameer Dylan dengan sifatnya sebelum ini.

            “Kalau betul-betul selami hati Ameer Dylan, maka kita aka tahu dia menyimpan seribu rahsia yang menyakitkan. Sikap negatifnya terbentuk kerana kesakitan lamanya. Dia seakan memberontak pada dirinya sendiri. Bukannya dia tidak tahu apa yang dia lakukannya itu salah?” Kata-kata dari Tuan Haji Abbas masih tersimpan dalam fikiran Sufi Alisha.

PUAN Rasiah tersenyum panjang. Sekelip mata kemewahan yang diingini telah dimiliki tanpa perlu mengerahkan tenaga. Hanya Jeffry yang tidak menyenangi akan sikap ibunya itu umpama menjual anak untuk kekayaan. Dia lebih senang hidup sendiri dari menumpang kesenangan orang lain. Lebih baik menjauh hati dari terus-terusan mengharapkan kasih dan sayang yang bukan miliknya. Dia perlu belajar menerima hakikat sampai bila-bila Sufi Alisha itu mempunyai pertalian saudara yang tidak boleh dipisahkan. Perasaan cinta terhadap kakak tirinya itu harus dibuangkan. Dia perlu berdiri di landasan yang betul.

            Jeffry mengemas segala pakaian yang perlu masuk ke dalam beg pakaiannya. Dia sudah nekad untuk memulakan kehidupan yang lebih bermakna. Sampai bila dia harus terumbang-ambing begini? Tiada masa depan untuk dirinya. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Puan Rasiah tidak senang hati dengan perlakuan Jeffry. Apa lagi yang dimahukan oleh anak bujangnya itu? Mereka sudah kecapi kesenangan untuk apa Jeffryn ingin merantau ke tempat lain pula.

            “Jeff…”

            “Mama tak perlu pujuk Jeff. jeff mahu jadi seorang manusia bukan jadi setan.” Zip beg pakaiannya itu diarik.

            “Terpulang pada Jeff. Bila sudah susah di tempat orang nanti jangan cari mama pula?” Gerutu Puan Rasiah. 

            “Jeff tidak akan menyusahkan mama. Selama ini pun memang Jeff tidak pernah menyusahkan mama. Jeff hanya tahu menyusahkan Kak Sufi saja. Jeff tidak mahu Kak Sufi lihat Jeff sebagai lelaki tidak berguna lagi.”

            “Sufi saja yang Jeff ambil kisah?! Mama dan adik-adik Jeff ni ada Jeff ambil kisah?!” Puan Rasiah melenting.  Jeffry sentiasa menyebelahi Sufi Alisha. 

            “Mama pernah ambil kisah fasal Jeff tak? Fasal masa depan Jeff? Jangan lupa budi Kak Sufi pada kita mama? Dia yang menjaga dan menanggung kita selama ini!”

            Terkunci mulut Puan Rasiah.

            “Sudahlah mama. Jangan diambil kisah dengan Abang Jeff ini. Dia sukakan Kak Sufi masakan mama tak tahu?” Jeslina mencelah.

            Bulat anak mata hitam Puan Rasiah. Jeffry sukakan Sufi Alisha? Dia kerling anak lelaki sulungnya itu. Apa Jeffry sudah gila?! Meskipun Sufi Alisha dan Jeffry tiada pertalian darah dia tidak merestui perhubungan antara mereka. Jeffry sengaja mahu memalukan dia.

            “Apa yang kau merepek, Lina? Kau jangan buat cerita mengarut!”

            “Lina tak merepeklah Abang Jeff. Lina tahulah Lina ada baca diari Abang Jeff.” Jeslina mencebik.

            “Kau berani masuk bilik abang masa tak ada ya.”  Jeffry naik berang. Dia rentap kasar lengan Jeslina. 

            “Abang Jeff tu yang gila bayang. Kak Sufi dah milik orang pun. Padan dengan muka Abang Jeff. itu sebab Abang Jeff nak bawa dirikan sebab kecewa.” Ejek Jelisna. Dia tidak gerun dengan amarah dari Jeffry. 

            “Jangan celupar!” Tangan kanan Jeffry diangkat tinggi.

            “Jeffy!” Puan Rasiah menjerit lantang.

            “Lepas ini segala urusan aku jangan dicampuri!” Jeffry melepaskan lengan tangan Jeslina. Beg pakaiannya diangkat.

            Jeffry membuat keputusan yang tepat. Sewajarnya dia tidak lagi mengharap belas dari Sufi Alisha. Dia nekad tidak akn tunjuk muka di hadapan Sufi Alisha selagi dirinya tidak menjadi manusia yang berguna.

            “Jeffry…dengar cakap mama. Jangan buat tindakan melulu kerana perempuan tak berguna tu?!” 

            “Dia bukan perempuan tak berguna. Dia ahli keluarga kita. Mama itu yang tak berguna. Saya tidak akan pulang sebelum saya jadi orang yang berguna.” Desis Jeffry. Dia memulas tombol pintu.

            “Jeffry!” 

            Jeffry terus mengaturkan langkahnya. Mengapalah dia mempunyai seorang ibu yang tidak berhati perut dan tamak seperti itu? Dia malu dengan kakak tirinya itu. Malu kerana dia mempunyai keluarga yang tidak beradap sopan.
 

Bersambung lagi ya...

Wednesday, January 30, 2013

Tuan Dan Puan - Bab 8




TUAN Aakif tarik muka masam. Sebelah kanan rumah ibu mertuaku dan sebelah kiri rumah abahku pula. Rumah dia dan Aimy pula berada di tengah-tengah. Tak ke pelik namanya tu. Amsyar pula ketawa bagai nak rak. Ini lagi seorang yang sentiasa menjadi penyokong kuat abah dan tidak menghalang abah duduk berjiran dengannya. Atuk pun turut diheret bersama. Rumah mereka pula Amsyar duduk seorang jadi raja. Tuan Aakif rasa cerita dia sudah serupa dengan drama dalam televisyen pula. 

            Tuan Aakif mencampakkan batang pennya atas meja. Dia tiada mood untuk meneruskan kerja di pejabat. Lukisan lanskap itu pun sudah tidak menarik minatnya. Ada saja perkara yang spoiler mood dia. Semalam Raiyan Gonzale hari ini kes lain pulak. Bulan madu bersama Aimy pun terpaksa ditangguhkan gara-gara ibu mertuanya demam terkejut. Datin Amalia banyak sangat helah tersembunyi. Dia tahu Datin Amalia mahu menyertai bulan madu mereka. 

            Amsyar menepuk bahu Tuan Aakif. Dia memahami masalah yang melanda anak saudaranya itu. Masalahnya dia memang tidak mampu untuk menghalang Tuan Aali duduk berjiran sekali dengan Tuan Aakif. Abangnya itu cukup takut Tuan Aakif dibuli oleh Datin Amalia. Al-maklumlah Datin Amalia itu mak singa. 

            “Bawa bertenang Aakif.”

            “Tenang kata pakcik? Anak saudara pakcik ini sedang sengsara tahu.” Rengus Tuan Aakif.

            “Marahnya…” Amsyar ketawa kecil. Dia memang suka sekali kalau bab menyakat Tuan Aakif. Tuan Aakif bila marah main pakai cakap lepas saja.

            Tuan Aakif melepaskan keluhan kecil. Tak kahwin susah dan kahwin pun susah. Jangan sampai dia sakit jiwa sudah!

            Pintu bilik pejabatnya terkuak. Wajah seorang yang cukup dikenali terpacul di muka pintu. Tuan Aakif dan Amsyar serentak memandang ke arah wajah terbabit. Tetamunya seorang wantik cantik. Tuan Aakif dan Amsyar buat muka terkejut Siapa lagi yang bertandang kalau bukan Zahnita anak Pak Zain. Bukan Ziana Zain okay. Zahnita ni separuh maut gilakan Tuan Aakif. 

            Ini mesti si Zahnita sudah tahu berita perkahwinan dia dengan Aimy. Apa tidaknya, anak orang ternama macam dia memanglah akan masuk muka depan akhbar walau majlis kahwin biasa-biasa. Lagi-lagi dia pernah ada gossip panas dengan Zahnita. Gossip liar yang mengatakan dia ada hubungan cinta dengan penyanyi popular itu. Dia hanya menemani Zahnita untuk majlis Anugerah Bintang Popular sahaja bukan teman tapi mesra Zahnita. Zahnita cuma kawan baik masa zaman-zaman jadi pelajar dahulu.

            Zahnita mencerlungnya tajam. Lagak gaya macam nak menerkam dia saja. Zahnita nampak seperti gelojoh orangnya. Bahaya-bahaya….

            “Hai Cik Zahnita!” Amsyar menyapa.

            “Sampai hati you, Aakif.” Akhbar Metro itu dilemparkan pada muka Tuan Aakif. Apa hal perempuan seorang ini hendak mengamuk tidak tentu fasal dengan dia? Dia bukannya ada hubungan cinta dengan anak Pak Zain ni. Dulu Zahnita selalu kecoh mengatakan dia ni angkuh dan cerewet. Heran juga yang Zahnita boleh ada perasaan pada dia. Hati seorang perempuan siapa yang tahu.

            “Sabar Cik Zahnita…”

            Zahnita tidak menyahut kata-kata dari Amsyar. Dia lebih menumpukan perhatian kepada Tuan Aakif. Lelaki yang bertakhta di hatinya. Zahnita mengalirkan air mata. Pedih dan sedih sungguh hati dia. Terluka bagaikan dihiris dengan pisau.

            “Aakif...jangan buat I macam ni.” Zahnita merengek. Air mata gadis itu yang buat Tuan Aakif tidak senang hati. 

            Amsyar menekup mulut. Ah! Sudah…Zahnita sudah bikin drama air mata di sini.Tuan Aakif masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

            “I rasa I tiada janji apa-apa dengan you.” Tuan Aakif menyilangkan tangan. Entah bila dia bercinta dengan Zahnita ntah. Dia cuma suka pada Aimy seorang. Tidak percaya boleh belah hati lihat di dalamnya ada nama siapa?

            “Tapi you I sukakan you. You yang butakan hati you kan?” Zahnita cukup geram dengan sikap tidak acuh Tuan Aakif. Masakan perempuan cantik sepertinya yang perlu meluahkan perasaan dahulu. Itu perigi cari timba namanya.

            “I sudah berkali-kali cakap pada you yang I tidak ada perasaan pada you. Tiada gadis yang yang bertakhta di hati I melainkan dia. Mungkin dia tidak secantik you tetapi dia memiliki satu keistimewaan yang you tiada.”

            “Apa yang tiada?” Soalnya ingin tahu.

            “Daya ketahanan. You kenal kan I macam mana orangnya?”

            Zahnita mengigit bibir. Lantas dia melangkah keluar dari bilik pejabat Tuan Aakif. Amsyar mengekori gadis itu. 

            “Baik you lupakan Aakif, Cik Zahnita.” Amsyar bersuara lembut. 

            Shut up Uncle Amysar!” Zahnita menaikkan nada suara. Hatinya sedang bengkak tetapi lelaki seorang ini menyibuk pula. Zahnita tidak menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya lagi. 

            Amsyar gelengkan kepala. Dia hulurkan kotak tisu kepada Zahnita. Buruk rupa gadis itu apabila menangis. Kebetulan ada kotak tisu pada meja salah seorang staf mereka.

            “I rasa you perlukan ini.”

            Thanks.”

            “Apa kata kita berbual di luar.” Pelawa Amsyar.

            Zahnita merenung wajah lelaki yang berdiri di sebelah itu. Amsyar lelaki itu bapa saudara kepada Tuan Aakif. Wajah lelaki yang sentiasa kelihatan tenang dan tidak lekang dengan senyuman di bibir.

            “Larat ke telinga you mendengar luahan hati I.”

            “I adalah pendengar yang terbaik.” Amsyar puji diri sendiri. “Itu pun kalau Cik Zahnita sudi keluar bersama Uncle Amsyar ni?”

            Amsyar maju ke hadapan. Zahnita menurut dari belakang.

“BOLEH saya berjumpa dengan Puan Aimy Najwa…” Seorang lelaki tampan berdiri di hadapan gadis penyambut tetamu itu. 

            Wajah gadis itu merona merah menyambut senyuman manis lelaki tampan di hadapannya. 

            “Atas urusan apa ya encik?” Soal gadis penyambut tetamu itu lembut.

            “Saya teman lama dia.”

            Teman lama Puan Aimy? Dia tidak pernah lihat wajah lelaki ini. Kalau lelaki yang dipanggil Raiyan itu memang dia kenali. 

            “Boleh saya tahu nama encik?”

            “Tengku umar. Nama saya Tengku Umar.” 

            Gadis penyambut tetamu itu menekan butang interkom. Dia sampaikan kepada Rosnah, setiausaha kepada Aimy. 

            Seketika kemudian…

            “Saya hantar Tengku Umar ke bilik tamu dulu.” 

            “Terima kasih.” 

            Tengku Umar menuruti langkah gadis penyambut tetamu itu. Bilik tamu yang bersaiz sederhana itu terletak di penjuru hujung pejabat berkenaan. Tengku umar ditinggalkan sendirian untuk menunggu. Dia mencapai majalah yang ada di aats meja. Boleh tahan juga syarikat lanskap ini. Selesa dan suasana persekitarannya tidak serabut mata memandang.
 
            Rosnah mengetuk perlahan bilik pejabat Aimy. Mujurlah Aimy tidak sibuk kebelakangan ini. Jika ketuanya itu sibuk sememangannya dia tidak boleh menerima tetamu untuk Aimy.

            Sebaik mendengar suara lunak merdu Aimy menyuruhnya masuk, Rosnah memulas tombol pintu. Dilihatnya Aimy sedang sibuk melakarkan sesuatu dari atas kertas bersaiz A4 itu.

            “Puan Aimy…” Rasa janggal pula bila mendengar gelaran di hadapannya itu. “Ada teman lama mahu berjumpa dengan puan.”

            “Siapa Kak Ros?” Aimy sudah biasa menggelarkan setiausahanya itu sebagai Kak Ros. Lebih mesra baginya.

            “Nama dia Tengku Umar.” Balas Rosnah. 

            “Tengku Umar?” Aimy berfikir sejenak. Dia seperti pernah dengar nama itu. Seketika kemudian Aimy tersenyum manis. 

            “Benarkan dia masuk.”

            “Puan kenal dengan dia?”

            “Ya. Kenalan lama.”

            Rosnah menurut arahan ketuanya itu. Dia menuju ke bilik tamu dan membawa Tengku Umar ke bilik pejabat ketuanya. Tombol pintu bilik pejabat Aimy dipulas perlahan.

            “Silakan Tengku Umar.” 

           Tengku Umar menghadiahkan senyuman manisnya buat Rosnah. Rosnah menutup kembali pintu bilik itu sebaik Tengku Umar melangkah masuk.

         “Tengku umar…” Riak wajah Aimy berubah sama sekali. Senyuman terhias pada bibir.

            “Awak sudah lupakan saya ya? Kenapa kahwin tidak jemput saya?” Tanpa dijemput Tengku Umar melabuhkan punggung pada sofa empuk di dalam bilik Aimy itu. “Luas juga pejabat awak  ini ya?” 

            “Umar…saya ada hantarkan kad jemputan perkahwinan saya pada umi awak tau. Awak yang outstation ke Dubai.” Aimy membidas kata-kata Tengku Umar.

            Tengku Umar tersengih. Dia sekadar mengusik. Kalau dia tahu pun bukannya dia dapat menghadiri majlis perkahwinan Aimy.

            “Saya ingatkan awak akan kena paksa berkahwin dengan Raiyan? Tidak sangka jodoh awak dengan Tuan Aakif yang menjengkel hati saya tu memang kuat.” Tengku Umar mengenyitkan sebelah matanya.

            “Umar…manusia tiada yang sempurna. Saya dan Aakif memang tiada keserasian tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh hidup bersama. Saya cintakan Akif dari kami berhingusan lagi.”

            “Saya tahu rahsia kamu itu.” 

            Aimy tersenyum.

            “Macam dengan cinta awak?”

      “Halangan banyak sangat. Boleh dikatakan saya sudah letih untuk menghadapinya.” Tengku Umar mendepangkan kedua belah tangannya.

           “Tengku Umar…jangan awak katakan yang awak sudah berpisah dengan Qaisara.” 

           Tengku Umar mengetap bibir. Dia tenung wajah Aimy yang reaksi sudah menjadi begitu serius. Dia tahu yang Aimy amat mengambil berat perihal dirinya tidak lebih sebagai teman rapat. 

            “Kalau saya kata saya sudah tinggalkan Qaisara?”

            “Tengku Umar!”

            Tengku Umar ketawa kecil.

            “Bergurau saja.” 

            Aimy menghela nafas kecil. 

            “Apa khabar Qaisara sekarang?”

            “Baik-baik saja. Hampir saya terlupa. Awak tak berbulan madu dengan Tuan Aakif ke?” 

            Aimy menjongketkan bahu. Bulan madu yang dibatalkan memaksa dia kembali semula menjalankan tugas di pejabat. Aimy tahu yang Tuan Aakif sedang bengang dengan mamanya. Hati mama perlu dijaga dan hati suami juga perlu dijaga. Aimy tersepit antara keduanya waktu ini.

            “Awak tahukan perangai mama saya?”

            Tengku Umar tersenyum.

            “Awak kena banyak bersabar Aimy.”

            “Ya, saya boleh bersabar dengan kerenah mama saya tapi tidak pada Aakif. Mama saya suka cari masalah dengan Aakif. Aakif pula jenis yang takkan duduk diam.” Aimy menongkatkan dagu.

            “Perang menantu dengan mertualah ni?”

           “Lebih kurang begitulah. Paling tak tahan kami terpaksa berjiran dengan mama dan ayah mertua sekali.”

            What?!” Mulut Tengku Umar terlopong.