Tab Menu

Followers

Wednesday, March 31, 2010

Coke And Sundae_Versi Cetak Bakal Terbit!!!

Sinopsis....

Ms Coke: Azyan gadis ayu yang cepat panas baran dan jenis tak suka mengaku kalah. Lagi-lagi kalau dah bertemu dengan musuh ketat yang dia cukup menyampah nak pandang. Siapa lagi kalau bukan Syakir!

Mr Sundae: Syakir jenis tak romantis. Erti kata lain tak mainlah jiwang-jiwang karat ni. Mulut ikut suka hati dia nak cakap apa. Siapa yang tahan dengan mulut laser Syakir.

Ms coke dan Mr sundae memang pantang bertemu. Kalau bertemu huru-hara jadinya. Dua-dua nak tunjuk hebat. Dua-dua keras kepala. Tapi dalam sibuk bercakaran siapa sangka Mr sundae sukakan Ms coke. Sayang seribu kali sayang. Ms coke pula terlalu bengap nak menangkap ayat-ayat kias dari Mr sundae. Ini yang parah. Dalam hati doklah berkata. Coke and Sundae boleh campur jadi satu ke?

566 Hari Mencari Cinta_3

Buaya Tua

FIRDAYU menyambut jambangan bunga ros yang di berikan oleh lelaki di sisi Datuk Wasef itu. Dia mengulum senyuman tawar. Dia dapat tahu Datuk Wasef tidak dapat menghadiri pertunjukkan fesyen yang ditaja oleh butiknya semalam. Lelaki itu berada di China atas urusan perniagaan. Firdayu tidak kisah semua itu. Sama ada Datuk Wasef hadir atau tidak sedikit pun tidak menggugat pertunjukkan tersebut. Dia langsung tidak berminat dengan lelaki yang sudah beristeri dua itu. Ada hati nak jadikan dia nombor tiga. Kirim salam maut!

Datuk Wasef kelihatan segak berdiri di sisi pengawal peribadiya. Wajah yang sudah mencecah usia awal 50-an itu masih tampak segak tapi tampannya tiada tahu. Rambut pun semua dah jadi warna putih. Datuk Wasef sudah sekian lama menaruh hati terhadap Firdayu sejak pertemuan pertama mereka dalam satu majlis makan malam teman rapat Datuk Wasef. Kata orang cinta pandang pertama. Ceh! Nak muntah mendengarnya. Beratusan ribu ringgit pun dia sanggup habiskan demi menambat hati Firdayu. Malah dia ingin menyumbangkan sejumlah wang untuk pertunjukkan fesyen Firdayu. Tapi sayang wanita itu menolak tawarannya. Tidak mengapa. Masih ada waktu untuk memikat hati Firdayu.

“I’m so sorry kerana tidak hadir pertunjukkan fesyen you Cik Firdayu. I tidak dapat membatalkan urusan perniagaan I.” ujar Datuk Wasef menunjukkan kekesalannya. Kalau bukan kerana urusan perniagaan itu penting dia tidak akan ke China, dia akan berada di sisi wanita jelita itu. Hatinya sering diulit resah melihat lelaki-lelaki yang mahu mendampingi Firdayu.

“Tidak mengapa Datuk. I tidak ambil hati.” Firdayu melabuhkan punggung atas kerusi eklusifnya. Kalau kau tak pun apa aku nak heran. Kau ingat kau penting sangatkah untuk berada dalam pertunjukkan aku tu. Boleh jalanlah!

“Betulkah you tidak ambil hati Cik Firdayu.” Datuk Wasef tersenyum bahagia. Bersinar-sinar cahaya matanya.

“I tak kisah Datuk. I faham dengan orang bisnes macam you selalu sibuk. Jangan lupa I juga punya bisnes sendiri.”

“Lega hati I. You sudah fikirkan lamaran I? Perlukah I menunggu dengan lebih lama lagi untuk you bukakan ruang hati you pada I?” Firdayu tersenyum nipis. Orang tua tak sedar diri! Tidak habis-habis mendesak dia menerima lamarannya. Ingat dia kempunan sangat nak jadi isteri orang tua bangka yang baya dengan babahnya itu. Geli gelemen Firdayu bila memikirkannya. Loya anak tekak ni tau!

“Datuk….you pun tahu syarat yang I letakkan pada you. If Datuk inginkan I jadi wife Datuk juga, Datuk mesti ceraikan kedua-dua isteri Datuk. I tidak suka bermadu. I mahu jadi yang pertama dan terakhir.” Firdayu boleh mengagak Datuk Wasef tidak akan berani melepaskan kedua-dua isterinya itu. Jika bukan kerana isteri pertamanya Datuk Wasef tidak akan memiliki kemewahan hidup seperti sekarang ini. Segala harta bendanya itu kepunyaan isteri pertama dia. Datuk Wasef lelaki yang bergantung kekayaan pada wanita sama sekali tidak senarai dalam calon untuk menjadi isterinya. Hampeh punya Datuk!

“Cik Firdayu…” Datuk Wasef jadi buntu dengan permintaan Firdayu. Syarat itu terlalu berat baginya.

“I tidak akan berganjak dari keputusan I Datuk. Lagipun apa yang I dapat jika I mengahwini Datuk. Harta yang Datuk ada bukan milik Datuk. Sebenarnya Datuk tidak memiliki sebarang kekayaan pun.” terkedu Datuk Wasef dengan kata-kata Firdayu. Bagaimana Firdayu boleh tahu akan perihal dirinya itu?

"Cik Firdayu….I harap you fikirkan semula." suara Datuk Wasef. Dia tidak akan mengalah dengan mudah. Jika wang mampu mencairkan hati wanita itu, dia sanggup asalkan Firdayu menjadi miliknya.

"I akan fikirkan Datuk." Firdayu tersenyum. Harapan tinggal harapan. Datuk Wasef melangkah keluar. Orang tua itu tampak hampa. Firdayu ketawa sinis. Jambangan bunga ros itu Firdayu campakkan ke dalam bakul sampah. Tapi seronok juga bermain-main dengan orang tua itu. Akal nakalnya mula menerjah masuk. Ini masanya untuk mengenakan buaya tua itu.

Kid masuk ke pejabat Firdayu sebaik sahaja Datuk Wasef keluar. Dia letakkan fail yang sarat di tangan dengan contoh-contoh kain yang dipinta oleh Firdayu. Firdayu ingin membuat rekaan fesyen terbaru dengan kain yang lebih berkualiti. Beberapa rekaan telah disiapkan oleh Luqman bersama pereka-pereka yang lain. Firdayu berpuas hati dengan hasil rekaan tersebut. Sempat Kid mengerling jambangan bunga yang sudah renyuk di dalam bakul sampah.

"Datuk Wasef masih belum berputus asa dengan Cik Firdayu?"

"Orang tua gayut tidak sedar diri. Dia fikir I sebodoh itu.”

Kid mengusap dagu. Dia ada dengar desas-desus mengatakan isteri kedua Datuk Wasef itu hanya gadis yang berusia 21 tahun. Gadis yang masih menuntut di sebuah kolej tempatan. Sanggup gadis itu berkahwin dengan lelaki yang sudah boleh dipanggil ayah tu. Nampak sangat mereka hanya memandang kebendaan dunia sahaja. Rata-rata gadis muda sekarang mencari sugar daddy untuk kesenangan hidup.

"Cik Firdayu jangan lupa perjanjian 566 hari tu. Ramai lelaki yang telah cik kecewakan jiwa dan raganya. Cik mahu lelaki yang macam mana lagi? Hampir separuh calon yang saya senaraikan cik tolak.” Kid tidak pernah lupa memberikan peringatan pada Firdayu.

“Encik Ruzair…I rasa I sudah jumpa calon yang seterusnya.” Firdayu campakkan fail yang di tangannya atas meja.

“Encik Ruzair. Cik maksudkan Encik Ruzair yang kita jumpa di pertunjukkan fesyen cik tempohari. Bukankah Encik Ruzair bakal melangsungkan majlis pertunangannya tidak lama lagi. Tak elok cik ganggu dia.”

“Kalau sepuluh tahun dulu Fatin boleh menghancurkan kebahagiaan I mengapa tidak I membalasnya sepuluh kali ganda dengan penghinaan yang I terima dulu. I akan pastikan Mr. Perfect itu jatuh ke dalam tangan I.” Meleret senyuman di bibir Firdayu. Jelas aura hitam menyelubungi wanita itu. Aura berbau kejahatan!

“Cik kenal dengan bakal tunangan Encik Ruzair?”

“Ya. Masakan I akan melupakan perempuan yang mencalitkan arang ke muka I, Kid.” Firdayu meramas-ramas jemari halusnya. Dunia ini memang kecil Fatin! Hari pembalasan untuk kau sudah tiba. Hahahaha! Firdayu ketawa dalam hati.

“So cik mahu saya selidik latar belakang Ruzair Tan Sri Hamzah.” Firdayu anggukkan kepalanya. Kid mencatatkan nama Ruzair dalam buku notanya. “Cik Firdayu mahu kopi?”

“Ya. Buat I secawan kopi.”

MANISNYA senyuman yang Firdayu lemparkan pada Datu Wasef hingga Helmi yang berada di sisinya tidak tenang. Malam itu Firdayu memang jelita mengenakan blaus panjang mengikut lekuk tubuhnya yang ramping. Rambutnya dibiarkan melepasi bahu. Seutas rantai kecil menghiasi lehernya yang jinjang. Terliur Datuk Wasef melihat Firdayu begitu jua dengan Helmi. Sengaja Firdayu membawa Helmi bersama menghadiri jamuan hari lahir anak lelaki buaya tua itu. Firdayu ada rencana tersendiri memperkenalkan Datuk Wasef dengan Helmi. Kid turut hadir bersama. Namun dia hanya hanya datang bersendirian tidak berteman. Itu pun atas arahan Firdayu. Kid memang jenis mengikut arahan. Tidak pernah membantah walaupun mulutnya suka membebel pada Firdayu.

Dari kejauhan kelihatan kelibat Ruzair bersama Fahmy. Mata liar Ruzair tidak lari dari menatap wajah jelita Firdayu yang sedang berbual mesra dengan Datuk Wasef. Entah mengapa Firdayu menjadi lirikkan matanya pada hal dia tahu Firdayu wanita yang jenis yang bagaimana. Wanita pengikis! Wanita materialistik! Fahmy telah memberikan amaran kepadanya terlebih awal agar tidak mendekati wanita jelita itu. Parah! Sukar untuk dia melupakan wajah itu. Wanita yang mampu menarik perhatiannya.

Fahmy menyedari reaksi Ruzair. Dia mengeluh kecil. Jika kau sudah jatuh dalam perangkap Poison Ivy itu kau akan merana seumur hidup Ruzair! Aku sudah bertahun-tahun mengenali siapa wanita yang bernama Firdayu Fahrin! Tiada lelaki yang tidak terlepas dari permainan cintanya.

“Poison Ivy.” suara Fahmy mengejutkan Ruzair. Ruzair mengukir senyuman.

“She’s your bestfriend.”

“Ya I memang bestfriends dia tapi itu tidak bermaksud I suka apa yang dia buat pada kaum I.” ujar Fahmy.

Firdayu Fahrin…siapa yang tidak kenal dengan Firdayu. Dari awal remaja hingga dewasa perangai playgirlnya itu tidak pernah berubah langsung. Fahmy tidak boleh melupakan segala eksiden yang berlaku melibatkan Firdayu. Ada lelaki yang sanggup bertumbuk masuk hospital kerana Firdayu. Gila! Bahaya betul aura poison ivy tu. Mujur saja dia tidak terpengaruh dengan aura Firdayu. Siap boleh jadi kawan baik pulak tu dan mencetuskan kecemburuan lelaki-lelaki di sekeliling Firdayu. Siapa yang tak jealous tengok dia bertepuk tampar dengan Firdayu tika itu. Jealous sampai dia kena cepuk! Yang bestnya Firdayu membela dia siap hantarkan dia pergi klinik. Fahmy respect Firdayu dalam satu perkara. Apa yang wanita itu miliki kini adalah hasil dari titik peluhnya sendiri dan bukan bergantung dari orang lain.

“I teringin nak tahu pasal dia dari you. Pada I dia wanita yang cukup menarik.” Ruzair punya pendapat yang tersendiri.

“Lupakan saja Mr. Perfect. You nak mencari nahas ke? Habis bagaimana dengan Fatin? You dah bersama dengan dia selama lima tahun. You nak mampus kalau pertunangan you dengan dia tak jadi.” Bulat mata Fahmy memandang Ruzair. Tidak cukup baikkah Fatin buat Ruzair sedangkan gadis itu amat setia tanpa berbelah bagi.

“Hmmmmm…” Entah mengapa hati Ruzair mula berbelah bagi sejak pertemuan pertamanya dengan Firdayu. Dia lupa terus pada Fatin Nadira. Di ruang matanya kini terbayangkan wajah Firdayu. Senyuman manja Firdayu. Dia mula membuat perbandingan antara Fatin dengan Firdayu.

Tingkah-laku Ruzair membuatkan Fahmy resah. Rasa dia boleh agak apa yang berlaku. Ini yang parah ni kalau Ruzair pun kena panahan menggoda Firdayu. Dia pun tak boleh nak buat apa kalau itu yang terjadi. Fahmy mengeluh lebih panjang. Firdayu…. Nama itu keluar dari bibirnya perlahan.

Firdayu tersentak. Bagaikan ada orang menyebutnya namanya. Reaksinya itu disedari oleh Helmi yang sedang berbual dengan Datuk Wasef. Dia peluk bahu Firdayu lembut namun wanita itu pasti menepis perlahan. Mulalah grafu Helmi berjalan lagi. Dari tadi tak tahu nak duduk diam. Boleh tahan juga gatalnya Encik Perasan Bagus ini! Aku cantas kang baru tahu. Firdayu mula mengomel dalam hati.

Dalam pada itu sempat dia mencari-cari kelibat Kid. Tidak nampak! Mana pula anak muda itu menghilang dia. Tadi ada berdekatan sekarang dah hilang. Sekejap ada sekejap tiada. Macam biskut chipsmore pulak. Dia pinta Kid datang atas perlindungan diri. Kid serba boleh. Tak perlu membazirkan duit upah pengawal peribadi macam yang babah sarankan. Ada Kid seorang sudah cukup. Kid seorang mampu menumbangkan sepuluh orang tau. Tak hebat ke namanya tu?

Firdayu tarik nafas lega bila lihat Kid ada berdekatan. Terlindung dari sekumpulan mak-mak datin. Mak datin sedang jual minyak pada Kid. Nak jadikan Kid anak ikanlah tu. Mintak maaf. Jangan harap korang boleh curi Kid dari aku! Ligat Firdayu mengatur langkah menghampiri mak-mak datin yang tidak sedar diri tua itu. Salah seorang dari tubuh mak datin itu ditarik ke belakang. Nyaris saja mak datin bertubuh agak gempal itu jatuh terduduk atas lantai.

“Hey! Siapa you? Sungguh kurang ajar you ni!” tempik mak datin tu.

“Sorry Datin Sam. Ini my boss. I PA dia.” Kid mencelah. Dia berdiri di hadapan Firdayu untuk mellindungi wanita itu dari diserang oleh mak datin yang dikasarinya sebentar tadi.

“Your boss?”

Kid anggukkan kepala. Firdayu sudah menyeringai. Kalau takat mak-mak datin yang sudah berusia ini dia boleh lawanlah. Tak perlukan perlindungan dari Kid.
“Saya minta maaf maaf bagi pihak boss saya pada datin-datin sekalian. Dia mungkin salah faham.” Kid menundukkan sedikit kepalanya. Dia kerling pada wajah Firdayu yang menyeringai. Kid gelengkan kepala. Namun hatinya terusik dengan sikap ambil berat Firdayu terhadap dirinya.

“Kid…takkan you sudah termakan dengan pujukkan datin-datin kerepot tu. You tak geli ke mereka jual minyak pada you!” Firdayu tidak senang hati kerana Kid membela mak-mak datin terbabit.

“Memang mereka jual minyak dan saya teringin ingin membelinya.”

“Kid!”

“Mereka offer saya lagi jadi duta mereka lagi.”

“Kid!”

“Jadi duta One Drop Perfume mereka. Tapi yang itu saya tolak.” Kid mengalihkan pandangan mata pada Firdayu.

Firdayu terlopong. Alamak! Dia silap buat tafsiran pada mak-mak datin terbebut. Kid mengusap rambutnya.

“Naif jugak boss saya ni.”

Firdayu merengus. Merona merah mukanya. Dia buka langkah meninggalkan Kid bersama mak-mak datin tadi. Kid sekadar merenung langkah kaki Firdayu. Mak datin-datin mula mengerumuni Kid semula.

“Mana you pergi tadi?” tegur Helmi.

“Tak ke mana. I jumpa PA I sekejap.”

“Datuk cari you tadi. Dia nak kenalkan you dengan anak lelaki dia.”

“Marilah.” Helmi memaut lembut lengan Firdayunya. Firdayu mamlit senyuman di bibir. Dia membalas pautan Helmi. Konon-konon pasangan ideallah tu.

Gelagat Helmi itu mengundang cemburu di hati Datuk Wasef dari jauh. Tidak kira apa cara sekali pun Datuk Wasef akan dapatkan Firdayu. Dia akan pastikan Firdayu menemani tidur malamnya. Datuk Wasef mengusap-usap dagunya yang licin. Tingkahnya diperhatikan oleh Datin Naemah dengan ekor mata.

566 Hari Mencari Cinta_2


Mr Perfect

HILTON HOTEL. Alunan muzik rancak bergema di ruang utama dewan hotel itu. Model-model jelita naik ke pentas silih berganti. Pakaian yang diragakan turut bertukar-tukar fesyen. Di belakang pentas para pereka dan perunding imej sibuk menyiapkan model-model yang bakal naik ke atas pentas. Di satu sudut seorang wanita tinggi lampai sedang bersandar sambil memerhati gelagat-gelagat mereka dengan renungan tajam. Di sebelahnya berdiri seorang lelaki bermuka serius tanpa secalit senyuman di bibirnya. Tangannya tidak lepas dari memeluk fail.

Pertunjukkan fesyen yang berlangsung berjaya dengan meriah sekali. Para jemputan bangun memberikan tepukkan gemuruh. Rata-rata tetamu yang hadir dari golongan yang berkelas atasan. Kilauan cahaya dari lansa kamera terpacar sana sini. Pengacara majlis menjemput penganjur pertunjukkan fesyen pada malam itu naik ke atas pentas. Bunyi tapak kasut setinggi satu inci itu cukup dikenali. Lenggok jalannya seperti gaya seorang model. Bertubuh kurus dan tinggi lampai. Rambut yang panjang itu disanggul rapi menunjukkan dia wanita yang anggun. Make-up yang dikenakan tipis namun sedikit pun tidak mencacatkan kejelitaan yang dimilikinya. Pakaian yang dikenakan cukup menyerlahkan keanggunan seorang wanita bekerjaya. Senyuman sinis sering terukir di bibir yang merah merekah itu. Siapa lagi kalau bukan Firdayu Fahrin pereka fesyen bertaraf professional hingga mampu membuka empayar rekaannya  sendiri. Nama ‘Rosette Fashion Designer’ cukup gah di MALAYSIA. Dalam usia yang begitu muda Firdayu sudah berjaya menaikkan namanya gah dalam dunia rekaan fesyen. Keangkuhan jelas terpamer pada raut wajah jelita itu. Nyata dia berpuas hati dengan pencapaiannya selama ini.

            Seorang model lelaki menghulurkan tangan kanannya kepada Firdayu dan seorang lagi model perempuan memengang tangan kirinya. Model lelaki dan perempuan itu mengiringi Firdayu naik ke pentas. Terpegun mata-mata tetamu yang hadir melihat kejelitaan Firdayu. Benarlah seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini. Bukan sekadar indah khabar dari rupa. Wanita memang jelita. Lelaki mana yang tidak sanggup menahan debaran di hati.

            “Tuan-tuan dan puan-puan…. Biarlah saya perkenalkan kepada anda sekali lagi pemilik ‘Rosette Fashion Designer’, Cik Firdayu Fahrin.” Pengacara majlis menghulurkan tangan kepada Firdayu. Firdayu menyambut huluran itu dengan senyuman. Tepukkan gemuruh bergema lagi dari para tetamu. Senyuman angkuh masih terpalit di bibir Firdayu. 

Kejelitaan yang terpamer telah menarik perhatian seorang lelaki segak berkot serba hitam yang berdiri bertentangan mata dengannya. Tidak berkelip-kelip lelaki itu melihat keindahan makhluk ciptaan TUHAN yang di panggil Hawa. Firdayu melemparkan senyuman namun bukan ke arah lelaki itu tetapi lelaki di sebelahnya. Firdayu tidak ambil endah akan renungan tajam lelaki tersebut. Ruzair salah seorang usahawan muda terkaya di kota metropolitan ini. Lelaki yang cukup sempurna serba serbi di pandangan mata kaum wanita. Erti kata lain perfect! Lelaki yang bakal melutut di bawah telujukk jarinya. Firdayu ketawa dalam hati.

            Seorang pemuda muncul bersama jambangan bunga menghampiri Ruzair dan temannya, Fahmy. Pemuda itu berbisik ke telinga Fahmy. Fahmy tersenyum. Jambangan bunga bertukar tangan. Fahmy naik ke atas pentas.

            “Congratulations…" Dia menghulurkan jambangan bunga kepada Firdayu. “I tahu you sukakan haruman lavender.”

            "Thanks Fahmy." Firdayu menyambut jambangan bunga tersebut. Dia sempat sekilas lalu bertaut mata dengan pemuda di bawah pentas itu. Pemuda itu tampak berpakaian simple tapi seorang yang terurus dan tampan. Rambutnya panjang mencecah bahu namun pemuda itu memiliki senyuman yang cukup menawan. Sayang dia tidak tersenarai dalam kategori lelaki pilihan Firdayu.

Pelbagai jenis jambangan bunga diterima oleh Firdayu terutama dari lelaki-lelaki yang menggilainya. Tidak menang tangan Firdayu dibuatnya. Kid turut membantu membawa bunga-bunga tersebut ke belakang pentas. Firdayu duduk melepaskan keluhan. Jelas terpamer keletihan pada wajahnya namun dia lega kerana pertunjukkan fesyen rekaan butiknya berjalan dengan lancar. Dia tersentak apabila ada tangan menghulurkan segelas minuman kepadanya. Firdayu mengangkatkan kepala. Wajah Ruzair berada di ruang mata. Ruzair melemparkan senyuman. Kid melirik mata ke arah Ruzair. Rasanya dia kenal dengan lelaki ini. Segera Kid mengalih pandangan.

"Boleh I temankan you." Ruzair meminta keizinan. Sejak bertemu dua mata dengan Firdayu entah kenapa hati Ruzair tidak tenteram. Wajah jelita Firdayu tidak lari dari tatapan matanya. Sebelum ini dia menindakkan kejelitaan Firdayu. Tuan yang empunya 'Rosette Fashion Designer'

"Mmmmmm…" Menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Gelas minuman di tangan Ruzair juga tidak bersambut.

            "Maaf kerana kurang bersopan dengan you. I patut perkenalkan diri I dulukan. I Ruzair Tan Sri Hamzah. Pemilik Teraju Utama Corporation." Ruzair memperkenalkan dirinya. Tangan dihulurkan. Firdayu senyum sinis. Saja buat jual mahal dulu.

            "I rasa you sudah tahu nama I. Tidak perlu I introduce diri I lagi." balas Firdayu bersahaja. Huluran tangan Ruzair  tidak bersambut. Ada riak tidak puas hati di raut wajah Ruzair. Firdayu tampak  tidak sudi menerima salam perkenalan dari dia. Dia tarik balik huluran tangannya.

Fahmy yang sedang berbual dengan beberapa orang tetamu dalam jamuan itu beralih pandang. Bibirnya mengukir senyuman kelat melihat gelagat Ruzair yang sedang cuba menarik perhatian Firdayu. Memang Ruzair sengaja mencari nahas. Tidakkah dia dengar akan khabar-khabar angin mengenai gadis itu. Mana-mana lelaki yang mendampinginya tidak akan tahan lama dalam perhubungan. Mereka sendiri dengan rela hati akan memutuskan perhubungan dengan wanita itu. Firdayu pula tidak ambil peduli tentang perasaan lelaki yang menagih kasihnya itu.

            “Excuse me. I nak jumpa kawan I sekejap.” Fahmy meminta diri untuk dari kelompok itu. Dia perlu menyelamat Ruzair dari menjadi mangsa poison ivy itu. Firdayu bijak mengatur langkah dalam menjerat lelaki.

            “Okay. We talk later Mr. Fahmy.” Salah seorang rakannya berbangsa cina bersuara.

            “Thanks.

            Sikap tidak layan Firdayu membakar hati Ruzair. Wanita itu langsung tidak memandang dia. Apakah kekurangnya pada dirinya. Tidak layakkah dia memberikan salam perkenalan pada wanita itu.
Sayang Ruzair tidak tahu apa yang bermain di dalam minda Firdayu. Firdayu sebenarnya sedang bermain-main tarik tali dengan Ruzair. Ini yang buat Fahmy tidak senang hati. Dia tidak mahu Ruzair dipermainkan oleh Firdayu.

"You tidak patut layan kawan I begini Yue." sapa Fahmy. Dia pandang wajah Firdayu yang tersenyum sinis.

"You memang wanita yang angkuh. Tapi I like it. Tiada wanita yang pernah memberikan penghinaan begini pada I. " suara Ruzair dengan nada sindiran. Ruzair mengerling Firdayu. Firdayu mencebik. Bibirnya mengorak senyuman. Firdayu tidak sama sekali terasa dengan kata-kata Ruzair.

"I gerak dulu Fahmy." ujar Firdayu.

"You nak tinggalkan party you."

"You pun tahu sikap I, Fahmy. I tidak sukakan party. Well…membosankan." Firdayu bingkas bangun menyandang beg tangannya. Dia sekilas pandang ke arah Ruzair. Ruzair mengangkat keningnya. "I hope you tidak berkecil hati dengan I Mr. Ruzair and I hope you will be enjoy with the party." Firdayu beredar bersama Kid. Sempat dia melambai-lambai tangannya kepada Fahmy dan Ruzair. Ruzair merengus kecil.

"Dia wanita yang menarik.” ujar Ruzair. 

"I rasa lebih you jauhkan diri you dari dia. Dia adalah perempuan yang tidak patut you kenali dengan lebih rapat. Poison ivy.”

"Poison ivy?” Ruzair mengerutkan dahi seribu.

“I yang berikan Firdayu dengan gelaran itu ketika I dengan sama-sama menuntut di universiti dahulu. Dia wanita yang mampu menarik lelaki di sekelilingnya. I tidak mahu you juga menjadi mangsa dia, Ruz.” Fahmy menunjukkan kebimbangannya. Tidakkah Ruzair pernah menonton watak Poison Ivy dalam filem Batman tu. Semua lelaki tunduk pada wanita yang jelita itu dengan hanya menghembuskan racunnya. Dia tidak mahu Ruzair terkena hembusan racun cinta Firdayu. Bahaya!

“Apa yang you mengarut ni Mie. Masakan I akan mengkhianati Fatin. I hanya ingin berkawan dengan dia tidak lebih dari itu.” Ruzair ketawa kecil. Kejelitaan Firdayu tidak mampu menggugat cinta dia pada Fatin.

“I hanya beri peringatan pada you Ruz. Orang yang berkahwin boleh bercerai-berai apatah lagi yang baru nak mengikat tali pertunangan macam you. Forget it! Lebih baik you buang niat baik di hati you itu jauh-jauh Ruz.” Fahmy menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. Ruzair menjungkit bahu.

“CUN siot perempuan tu! Kalau aku dapat dia gerenti aku tak pandang orang lain dah.” Dali memeluk bahu pemuda yang berada di sisinya itu. Alfi hanya tersenyum. Dali terdongak-dongak untuk melihat wajah jelita Firdayu. Para wartawan tempatan mula mengerumuni wanita terbabit. Pelbagai soalan dipersoalkan. Dari isu kerjaya Firdayu hinggalah ke isu peribadinya. Namun bukan Firdayu yang menjawab tapi pembantu peribadi yang berada disebelahnya.

            “Dia ramai peminatlah.” getus Alfi. Dali anggukkan kepala anda bersetuju. Lelaki seperti mereka tidak sepadan wanita sejelita Firdayu yang punya kedudukkan. Mereka tak ubah seperti pipit yang impikan merak kayangan. Hehehehe…apa salahnya pasang angan-angankan.

            “Tapi kalau kau digandingkan dengan dia memang padan. Dia jelita kau cute. Usia bukan faktor utama beb.” Dali mengusik. Alfi menayangkan buku limanya. Gadis-gadis di hotel itu amat suka mendekati dia kerana wajahnya. Cute macam hero kedua Korean dalam drama bersiri My Girl itu. Siapa namanya, Lee Joon Ki. Mentang-mentanglah drama Korean kian panas menular Malaysia kini. Dia merengus kecil. Mungkin juga kerana sikap ramahnya dan ringan tulang untuk membantu menyebabkan dia disenangi ramai.

            “Aku tidak mimpikan seorang permaisuri secantik dia. Aku lebih sukakan perempuan yang terima aku seadanya. Aku ada dengar budak-budak hotel ini bercerita. Perempuan itu seorang yang berbahaya. Kalau tak silap dia orang panggil dia poison ivy. Benarkah dia sedahsyat itu?” 

            “Ha! Ha! Ha! Cepat betul cerita tersebar satu hotel. Ini mesti dari mulut dari si Ita montel tu. Apa yang kau dengar itu memang betul. Betul-betul bukan cerita olok-olok. Adalah satu staf hotel kita pergi service bilik dia. Secara tak sengaja staf kita tu kemaskan pakaian-pakaian dia yang berselerak atas tilam. Bukan takat itu semua barangnya yang terkontang-kanting itu disusun kembali. Bila dia masuk biliknya sudah berkemas bersih. Mengamuk gila poison ivy tu. Bergegar hotel kita. Nasib baiklah staf tu tidak dibuang kerja tahu.” Dali bercerita. Alfi menelan air liur. Perempuan yang menakutkan.

            “Aku ada juga dengar yang dia jugak mengikis duit lelaki sampai kering. Malah ada yang tinggal sehelai sepinggang kerana dia.” 

            “Betullah tu. Tapi target dia lelaki-lelaki kaya saja tau. Kau tak layak lagi jadi calon teman lelaki dia nampak gayanya sebab dia perempuan materialistik. Alamak! Perut aku meragam pula. Ini mesti kes makan mee goreng pedas tadi.” Dali menekan-nekan perutnya. Berkerut seribu dali Dahi. 

              “Kau boleh tolong aku tak?” tanyanya kepada Alfi.

            “Tolong apa?” Dali menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan beberapa utas kunci. Dia hulukan kepada Kid. 

“Ini kunci kereta. Kau mahu aku….” Dali anggukkan kepala. Alfi itu mengetap bibir.

            “Tolonglah…perut aku sakit sangat ni.“

            “Tapi aku….” Belum sempat Alfi menghabiskan ayatnya, Dali sudah berlari ke pintu belakang. Tidak dapat menahan perut yang sedang memulas. Alfi mengeluh kecil. Bukankah Dali tahu dia tidak punya lesen kereta. 

            Firdayu membuang jambangan bunga tersebut ke dalam tong sampah di ruang dapur hotel itu. Dia melirik senyuman sinis. Kid jadi pemerhati. Tadi bukan kemain Firdayu dengan senyuman plastiknya menerima jambangan bunga dari lelaki-lelaki korporat itu. Tiga tahun bersama Firdayu….Kid sudah memahami Firdayu. Firdayu memang wanita plastik!

            Huh! Ada hati lelaki-lelaki itu mahu memikat hati aku. Ingat layak sangatkah? Demand aku tinggi tau. Setakat Dato’ dan Tan Sri yang tua-tua bangka itu buat Firdayu geli-gelemen. Meloyakan anak tekak. Tapi kalau lelaki-lelaki tua itu untuk dia hilangkan rasa bosan tak kisahlah jika mereka jadi bahan permainannya. Lagipun bukan dia yang meminta. Mereka yang rela hati memberi. 

            “Tak sayang ke Cik Firdayu buang bunga-bunga ni?” soal Kid.

            “Boleh tak kau jangan menyibuk urusan aku! Kau tu hanya perlu ikut apa saja yang aku arahkan pada kau. Kau hanya orang suruhan aku jadi jangan nak mengajar aku!” herdik Firdayu.

            “Tapi saya rasa tidak salah kalau saya nak mengajar cik. Terutamanya pada benda yang saya tidak betul.” Kid membalas. Riak wajahnya kaku. Dia tidak peduli pada amarah Firdayu. Itu yang buat Firdayu makin menyampah bila beradu cakap dengan Kid.           

Gedegang! Bunyi kereta berlanggaran. Bergegas Firdayu dan Kid melangkah keluar. Bulat anak mata Firdayu melihat kereta mahalnya remuk melanggar tiang lampu. Berasap depan Porsche yang berwarna Silver itu. Alfi yang membawa keretanya tadi sedang duduk menggosok dahi yang terhantuk. Beberapa pekerja hotel itu mengerumuni Alfi. Mujur sahaja Alfi hanya mengalami luka ringan. Firdayu membuka langkah merapati mereka yang sedang berkerumun. Dia mengigit bibir. Dia tidak hiraukan keadaan pemuda itu. Apa yang meresahkan hatinya melihat Porsche kesayangannya yang sudah jahanam. Pemuda itu dikerling tajam. Kau memang sengaja mencari nahas dengan aku budak!

            “I mahu jumpa your manager!” Firdayu melenting. Semua mata terarah kepada wanita jelita itu. Wajah mereka berubah dan kecut perut. Adakah Porsche Silver itu milik….

            Firdayu merengus. Kedua belah kakinya disilangkan. Kid berdiri tegak di sisinya. Berpeluh wajah Encik Amir, pengurus hotel tersebut. Firdayu mahu buat aduan ke pihak atasan. Tentu saja dia akan dipersalahkan kerana membenarkan pekerja yang tidak punya lesen memandu kereta. Dia akan dipecat atau diturunkan pangkat. Dia alihkan pandangan pada Alfi yang baru tiga hari bekerja di hotel tersebut. Alfi menundukkan kepala. Langsung tidak berani mahu menatap wajah ketuanya itu. Sepatutnya dia menunggu Dali melepaskan hajat dulu.

            “I benar-benar minta maaf Cik Firdayu. Tolong jangan bawa perkara ini ke pihak atasan I. I akan bayar ganti rugi kepada you.” suara Encik Amir agak bergetar. Dia patutnya tahu dengan Firdayu sukar untuk dia berunding sama sekali.

Firdayu tersenyum sinis. Ingat kau mampu bayar Porsche aku! Kau tahu tak harga bukan mencecah puluhan ribu tahu! Gaji kau pun tak cukup!

            “Mampukah you bayar ganti rugi Porsche Silver I. Gaji sekecil you tidak mampu menanggung kos kerosakkan kereta I ini.” desis Firdayu. Encik Amir itu terdiam. Dia menelan air liur berkali-kali. 

            “Apa you mahu I lakukan?” soalnya.

            “I mahu you pecat dia 24 jam!” Jari telunjuknya diacukan pada wajah pemuda itu. “So I tidak akan ambil kira dengan masalah tersebut.” 

            Berubah wajah Alfi. Jika dia dipecat bagaimana dia mahu menjelaskan hutang sewa rumahnya yang sudah sebulan lebih tertunggak. Dia amat perlukan pekerjaan tersebut. Perempuan itu banyak wang tentu sahaja boleh beli kereta baru. Kejam punya perempuan! Dia cuba raih simpati pengurusnya. 

            “Baiklah.” Encik Amir memberikan persetujuan. Encik Amir sendiri telah kebuntuan. Tiada cara lain selain memecat Alfi bagi memauskan hati perempuan ini! Bagaikan ada batu besar menghempap tubuh Alfi ketika itu. Encik Amir menyebelahi Firdayu. Firdayu melirik senyuman puas. Kid gelengkan kepala. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya. Namun Kid menghalang laluan Firdayu. Firdayu kerut dahi.

            “Cik Firdayu…tidak wajar cik mahu dia dipecatkan sedang cik punya kereta lain yang cik sayang selain Porsche Silver tukan.”

            Firdayu membeliakkan biji matanya. Kid mahu membela budak mentah itu. Menyampah betul dengan Kid ni! Bencilah bila Kid sudah merenung tajam begitu. Dia seolah-olah dapat membaca pemikiran Kid. Macam ada telepati pulak. 

            “Kid!” Firdayu tidak mahu mengaku kalah. “Saya tidak mungkin akan menarik balik kata-kata saya! No!” tegas Firdayu. 

            “Yes!”

            “No!”

            “Yes!”

            “No!”

            Encik Amir dan Alfi saling berpandang melihat Firdayu dan PAnya bertekak. Hairan juga mereka. 

            “Cik Firdayu….kalau begitu biar saya yang menangung kos kerosakkan kereta Cik. Mulai hari ini saya akan bekerja tanpa gaji dengan Cik Firdayu. Saya rasa syarat pertukaran ini adil.” Kid bersuara tenang. Namun panahan matanya cukup tajam. Setajam lembing agaknya kot! Itu yang buat Firdayu menyampah sesangat jika dipanah oleh mata jernih Kid. 

            “Baiklah! Saya maafkan dia kali ini.” keluh Firdayu. “Awak sungguh bernasib baik hari ini budak mentah!” Azyan pantas berlalu keluar. Kid melirikkan mata pada Alfi. Bahu pemuda itu di tepuk lembut. Dia mengikut langkah Firdayu.

            Alfi angkat kepala. Bibirnya mengulum senyuman. Tidak sempat dia mahu mengucapkan terima kasih kepada Kid. Kid yang membantu dia dari dipecat. Dia seakan pernah melihat Kid. Tapi di mana ya?  Alfi mula mengarukan kepala yang tidak gatal. Nyata daya ingatannya tidak kuat. Tapi betul tau dia pernah melihat wajah lelaki itu.

566 Hari Mencari Cinta_1

Mr. Perasan bagus

TAS tangan berjenama Bonia diletakkan atas meja makan itu. Mata jernih Firdayu tepat merenung lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya. Boleh tahan namun masih tidak cukup memenuhi kriteria ciri-ciri lelaki idamannya. Antara lelaki yang telah disenaraikan pendekkan oleh pembantu peribadinya dari beratus-ratus calon bakal suaminya itu. Firdayu melirik senyuman sinis. Saja dia lewat pada temu janji pertama mereka. Nyata lelaki ini punya kesabaran yang kuat.

“Maaf. Saya lewat sedikit.” ucap Firdayu lembut.

“Tidak mengapa. Saya faham business women seperti awak memang sibuk saban waktu.” balas lelaki itu perlahan. Pada hal hampir panas punggungnya menunggu Firdayu di situ. Kalau sejam dua boleh lagi tahan. Ini hampir empat jam menunggu!

“Thanks kerana memahami. Saya Yue…Firdayu Fahrin. Nice to meet you.” Tika ini Firdayu mula mengingati kata-kata PA berkhemahnya, Kid. Jangan terkejut. Kid bukannya seorang perempuan tetapi seorang lelaki. Lelaki yang mulutnya tidak tahu behenti bila dia sudah bercakap. Selalunya Firdayu kalah kalau berlawan kata dengan Kid. Kid pandai menepis.

“Kalau muka asyik menyinga sampai ke tua pun kau tak kahwin Cik Firdayu. Satu lagi ubah sikit sikap cerewet kau. Ini pilih lelaki macam pilih pakaian berjenama. Nak yang harga beratus ringgit. Jangan ingat baju yang murah tu semua koman tahu.” desis Kid. Kid sudah menjadi PA nya selama tiga tahun. Satu-satunya PA yang tahan dengan karenah dan sikap baran Firdayu.

Firdayu tersenyum. Kalau tiada Kid semua kerjanya akan terbengkalai. Dalam masa tiga tahun ini Yue bergantung sepenuhnya pada Kid. Lupakan tentang Kid. Kini Firdayu perlu menumpukan perhatian sepenuhnya pada lelaki ini. Firdayu menghulurkan tangannya. Lelaki itu menyambut mesra.

“I’m Helmi Ismail. Nice to meet you too.”

Memang cantik perempuan ni. Patutlah ramai lelaki yang menangis kerana dia. Helmi tidak mahu lepaskan peluang untuk mendekati Firdayu. Dia akan buktikan kepada teman-temannya yang dia mampu menundukkan gadis di hadapannya itu.

“Dari maklumat yang I perolehi dari PA I, you sedang mengusahakan syarikat Fabrika. So macam mana perkembangan bisnes you sekarang?” Firdayu sekadar berbasa-basi. Sebenarnya dia tidak berminat mahu bertemujanji dengan lelaki ini. Kid yang mendesak dia. Kid asyik mengingatkan dia dengan syarat bodoh nenek dia tu. Dia pun sama bodoh juga kerana bersetuju dengan syarat tersebut.

“So far so good. Tapi I belum setanding dengan you. You lebih hebat dari I.”

Firdayu ketawa halus. Pujian atau sekadar mahu mengambil hatinya. Firdayu menongkat dagu mencerlung wajah lelaki itu.

“Helmi Ismail. Berusia 30 tahun. Masih bujang dan masih mencari. Businessmen. Adik-beradik lima orang. Anak sulung. Hobi camping dan travel. Personaliti seorang yang penyabar dan agak tegas. Sukakan perempuan yang independent. Helmi menamatkan pelajaran di Stamford University leading to a Bachelor Of Busines Administration (BBA) degree.” Tergiang-giang keterangan yang Kid berikan kepadanya dua hari lepas. Ala setakat belajar di Stamford University tiada maknanya bagi Firdayu. Tiada yang menarik pada Helmi yang dapat dilihat dari mata kasar Firdayu. Gelilah lihat rambut yang meliar bawah dagu lelaki itu. Tak dicukur dengan kemas! Sepatutnya Kid reject lelaki ini dari senarai calon-calonnya. Firdayu sebenarnya tidak sukakan lelaki yang tidak kemas dan berserabut! Lagi-lagi lelaki yang pengotor. Jijik!

“Tentu you pernah dengar ura-ura tentang I. You tidak takutkah kena reject dengan I?” soal Firdayu tiba-tiba.

“Hahahahaha….” Helmi ketawa besar. “You fikir you perempuan yang hebat sangatkah Cik Firdayu.”

“Well…kita tunggu dan lihat.” Firdayu sedikit pun tidak tergugat dengan tawa Helmi. Riak wajahnya selamba. “So you bersetuju nak keluar date dengan I.”

“Of course. I akan buktikan yang I mampu tundukkan you.”

“Kalau you sanggup bertahan dengan I.” Firdayu sudah mula mencabar. Bibirnya menguntum senyuman cukup sinis. “Demand I tinggi tau!” Firdayu memberikan amaran awal. Dia sudah lupa dengan nasihat yang diberikan oleh Kid. Payah kalau perangai dah memang angkuh! Pantang benar jika lelaki merendahkan dia. Entah perangai siapa yang dia ikut tak tahulah. Mungkin dia mewarisi perangai Nenek. Nenek tua yang angkuh dan suka meninggikan diri itu.

KID merenung Firdayu tajam. Firdayu buat muka selambanya. Kid sudah boleh agak apa yang berlaku. Dia letakkan secawan kopi atas meja Firdayu. Rutin setiap pagi apabila Firdayu masuk ke bilik pejabatnya. Peliklah seorang lelaki menyediakan kopi untuk seorang wanita. Zaman sekarang sudah tidak menjadi isu. Wanita sudah setara dengan lelaki.

“Macam mana dengan temujanji hari ini. Berjalan dengan lancar?” soal Kid. Riaknya tetap serius. Tidak pernah Firdayu lihat senyuman terukir di bibir Kid. Kalau tersenyum pun hanya terukir senyuman yang menakutkan. Memang Mr. Stone Cold. Bukan Stone Cold Steve Austin ahli gusti WWE itu.

“Okay. Awak takut saya buat hal lagi seperti calon-calon yang bertemujanji sebelum ini.” balas Firdayu bersahaja.

Kid gelengkan kepala. Kata-kata Firdayu tak boleh pakai sangat. Bersilih ganti tukar teman lelaki. Puas main lelaki yang ini dia carik yang lain pula. Habis-habisan dia kikis duit mereka macam pisau cukur. Playgirl sungguh! Ingat bukan lelaki saja yang ada species buaya darat perempuan pun ada juga macam wanita jelita depan matanya ini.

“Cik Firdayu jangan lupa perjanjian cik dengan nenek cik itu. 566 hari bukan satu tempoh jangka masa yang panjang. Masa itu emas macam yang ibu saya selalu cakap pada saya.” Kid merenung tajam Firdayu. Renungan yang buat Firdayu cukup tidak berkenan. Sesak nafas tau!

“Saya tahulah apa yang saya buat. Awak hanya perlu jalankan tugas yang saya berikan pada awak!” Firdayu sudah meninggikan suaranya. Tinggi suara sebesar mana pun bukannya dapat menggugat lelaki itu. Itu yang Firdayu heran. Kid tetap berwajah tenang. Kalau dia sudah menyinga pekerja-pekerjanya semua menikus menyorokkan diri. Kid saja sanggup menghadapi amarah yang melanda bak tsunami itu. Tapi kata orang air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.

“Baik Cik Firdayu.” balas Kid bersahaja. Dia meletakkan beberapa buah fail atas meja Firdayu sebelum melangkah keluar. Firdayu mendengus kecil. Bengang! Ada juga lelaki tak ada emosi macam Kid dalam dunia ini. Ada jangan kata tak ada pula.

Arghhhhh! Kenapalah dia bodoh sangat buat perjanjian dengan nenek tua itu. Sampai melibat harta benda pula tu. Kalau dia kalah alamatlah habis semua harta hasil titik peluhnya jatuh dalam tangan nenek tua itu. Tak sanggup dia. Semuanya akan habis
tergadai. Dia tidak boleh kalah. Kalau dia tidak dapat mencari lelaki yang dicintai dalam masa 566 hari ini dia akan guna plan B. Dia akan cari lelaki yang sanggup kahwin secara kontrak dengan dia. Tidak! Jemulah asyik guna cara kahwin kontrak ni. Mula-mula benci. Lepas itu gaduh-gaduh kemudian terus jatuh cinta. Macam dalam novel pula. Dia tidak mahulah kahwin begitu. Dia inginkan Mr. Perfect! Jemari halus Firdayu mula mengetuk meja. Apa caranya dia nak kebas segala harta nenek tua itu. Biar padan muka dengan Nenek tinggal harta sehelai sepinggang! Firdayu ketawa besar. Tawanya mengejutkan semua pekerja dalam pejabat itu.

“Apa kena poison iIvy tu?” Linda berbisik pada telinga Rosimah. Temannya itu jungkitkan bahu.

“Agaknya dia sudah dapat mangsa baru kot?” sampuk Andy. Lelaki berperwatakan lembut itu mengoyang-goyangkan tangannya. “Kalau you all tak percaya tanyalah pada boyfriend idaman I itu.” Andy melirikan mata pada Kid yang sedang sibuk menyusun fail di kabinet.

Linda dan Rosimah rasa nak muntah. Geli-gelemen dia dengan ayat Andy. Ada hati rupanya pada Mr. Stone Cold itu. Kau bermimpi di siang harilah Andy. Bukan setakat perempuan…lelaki pun dia tak pandang tahu.

“Kid!” panggil Linda. Kid menoleh. Linda memberikan isyarat agar mendekati mereka. Dia aturkan langkah ke arah gadis manis itu.

“Kau tahukah siapa mangsa baru poison ivy? Kaukan PA dia. Aku tahu kau juga sedang aturkan calon-calon jodoh untuk perempuan tu.” Rosimah menyoal siasat.

Kid membisu. Pertanyaan Rosimah dibiarkan tergantung. Dia menyambung kembali tugsannya. Linda dan Rosimah mendengus kecil. Sukarnya nak kerok rahsia dari Kid. Kid memang pengikut setia Firdayu. Andy ketawa kecil. Itu yang dia suka pada Kid. Cool….

“Aku tak berminat pada lelaki yang tidak berperasaan macam Kid. Cik Firdayu melenting bagai nak rak pun dia boleh tadah telinga dengan tenang. Aku lebih suka lelaki macam Encik Ruzair itu. Kacak dan baik hati pula.” Rosimah sudah mula berangan. Linda mencebik bibir. Rata-rata gadis dalam ‘Rosette Fashion Designer’ menggilai businessmen itu.

“Padan ke kau dengan Encik Ruzair. Cerminlah diri kau sikit.” gerutu Linda.
“Kau iri hatikan.”

“Porahhhhh! Kau ingat aku minat sangat pada Mr. Perfect kau! Minta maaf banyak-banyaklah.” Linda mencebik. Dalam hati memang dia rasa iri hati. Dia tidak dapat peluang mendampingi lelaki kacak itu seperti Rosimah. Rosimah lebih cantik dari dia. Dia kan hitam manis. Rosimah putih melepak macam Si pisau cukur itu jugak!

“Apa pasal berkumpul di sini! Tak ada kerja nak buat ke?” Firdayu muncul di belakang mereka dengan muka menyinga. Linda, Rosimah dan Andy menelan air liur. Staf lain sudah awal-awal menikus diri. Nak bagi amaran tak sempat.

“Maaf Cik Firdayu.” gugup suara Rosimah.

“Berkumpul duk mengumpat orang! Kerja yang I pinta itu dah siap atau belum!” Firdayu melenting. Dia kerling Rosimah tajam.

“Sikit lagi Cik Firdayu.”

“Sikit lagi…sikit lagi….itu saja jawapan yang saya dengar dari mulut you! I tahu this evening design you sudah ada atas meja I. Jika tiada I cut your salary bulan ini!” Firdayu bercekak pinggang.

Rosimah mengetap bibir. Kau ingat senang ke aku siap design kau itu dalam masa dua hari. Kalau satu rekaan aku tak heranlah sangat! Ini sepuluh rekaan yang kau nak! Nak mampus aku perah otak tahu! Kata-kata itu hanya keluar dalam hati Rosimah saja. Ingin diluahkan. Alamak kau kena buang kerjalah! Arahan perempuan itu bukan boleh disangkal.

“Kidddddd!” Firdayu melaung nama PA nya itu. “Kiddddd!” Kali ini suaranya makin meninggi. Boleh pecahkan gegendang telinga.

Kid muncul dengan fail-fail yang bertimbun di tangan. “Saya belum pekak lagi Cik Firdayu.” ucapnya tenang. Firdayu merengus. Bulat anak matanya merenung wajah Kid. Macam nak telan Kid hidup-hidup.

“You sudah uruskan segala persiapan utnuk pertunjukkan fesyen kita di Hilton Hotel? I tak mahu dengar sebarang masalah atau apa-apa kesilapan pun!” Firdayu memberikan peringatan untuk entah kali ke berapa kepada Kid. Kid hanya anggukkan kepalanya.

“Jangan tahu angguk sahaja. I mahu you catit pada buku nota you itu dan dalam otak you sekali!”

“Baik Cik Firdayu.”

Firdayu berpaling masuk ke bilik pejabatnya semula. Kid meneruskan tugas yang tergendala sebentar tadi. Macam biasa mamat tu tidak menunjukkan sebarang perasaan pada wajahnya. Mereka menghela nafas panjang. Bila mereka akan nampak kelainan sedikit pada wajah Kid.

“Tak faham betul aku dengan Kid. Kalau aku memang dah tak tahan jadi PA perempuan macam Cik Firdayu tu! Tahunya arah orang sana sini. Ingat kita robot!” bebel Rosimah.

“Aik! Tadi bukan main lagi kecut depan Cik Firdayu!” sindir Linda sinis. Rosimah mencebik. Laju diaturkan langkah ke mejanya semula.