Tab Menu

Followers

Tuesday, October 30, 2012

Enjit-Enjit Semut - Bab 4



TERKETAR-ketar tangan Puan Rubiah membuka surat bersampul warna pink itu. Pink kaler…tak sesuai langsung anak bujangnya meninggalkan surat bersampul warna begitu. Seolah-olah seerti memberikan surat cinta kepada kekasih. Semerbak wanginya. Ini mesti Jan bubuh minyak wangi satu botol. Sedar-sedar dari tidur yang lena tadi Jan sudah ghaib entah ke mana. Betullah Nescafe Jan boleh buat mereka semua tertidur. Buka almari adalah berapa helai baju yang budak bertuah itu tinggalkan. Kompemlah anak lelaki yang seorang itu sudah lari dari rumah. Lebih kompem bila terjumpa surat bersampul pink kaler.

Ke hadapan emak yang dulu dekat di mata sekarang nun jauh sangat dari mata Jan dah….hehehehe….jangan marah emak nanti bartambah kedutan kat muka emak yang comel tu. Lari pula abah kahwin ke Siam dengan pembantu rumah. J Jaga-jaga mak. Abah bukan boleh percaya sangat sejak mak sibuk dengan aktiviti persatuan. Dengan Jan pun abah dah pandang lain macam. J

Puan Rubiah mengalih pandang kepada Encik Mokhsin. Encik Mokhsin hanya gelengkan kepala. Dahsyat betul pemikiran Jan. Puan Rubiah menyambung semula bacaan yang terhenti tadi. Kak Misya dan Kak Alin menekup mulut menahan tawa.

Emakku sayang. Kirimkan salam Jan pada Zetty montel. Cakap kat dia ‘I lap U! I lari sebab U!’ J Jan tak sanggup jadi kerakusan Zetty montel. Hehehehehe…Jangan lupa suruh Zetty cerminkan sikit muka dia ye. Ada hati nak kahwin dengan Encik Haizan Bin Mokhsin ini. Huh! Ingat Jan ni Yusry dengan Fazira dalam citer Cinta Kolestrol tu. Pleaselah…..

Emak…Jan mintak maaflah banyak-banyak ye. Bukan Jan nak menderhaka tapi Jan tak sanggup emak. Tak sanggup! Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Tapi Jan tak larat nak luah dan telan. Eiiiii…kotor! Jangan salahkan Jan sebab lari dari rumah. Emak pun tahukan Jan tak suka main-main paksa ni. Jan dah besar bukannya kanak-kanak ribena yang asyik nak melekat bawah ketiak emak lagi. Masa itu bolehlah emak umpan dengan gula-gula. Setakat umpan dengan Zetty montel, tiada maknanya emak. Lawa lagi Lecthumy anak jiran sebelah kita tu.Huhuhuhu…L
So biler emak, abah dan yang lain baca surat cinta Jan ini, maka Jan sudah pun lari ke benua yang tidak mungkin emak dapat jejaki. Jan membawa hati yang terluka. Luka yang tidak tahu bila ianya akan sembuh. Rasanya tak sembuh kot? Biasanya luka ini meninggalkan parutkan. L Emak don’t worry lah. Jan pandai jaga diri. Kalau emak sayangkan Jan, emak janganlah mintak abah potong elaun perbelanjaan Jan ye. Kesian Jan tak makan nanti. Kat abah, Jan pun nak mohon maaf sekali lagi. Abah…tolong bayarkan ganti rugi pada seorang aweks ni. Jan dah bagi name card abah pada dia. Mestilah abah tahu kenapa kan? Macam biasalah abah. Psssssttt ‘Kalau abah berkenan bolehlah jadikan mak tiri Jan’ Cun siot! Kuato abah masih kosong lagi tiga tu.

Nampaknya sampai di sini sajalah coretan cinta Jan buat emak dan keluarga. Jan kena angkat kaki dulu. Thanks sebab sudi minum Nescafe + ubat tidur dari Jan. Sedapnya sampai comel-comel gaya tidurnya ye. Jan dah ambik pic untuk posisi masing-masing. Dalam sehari dua nanti bolehlah layan di FB. J

Salam sayang dari anakandamu yang sudah melesapkan diri,
Haizan. J

Oh! Tidak mungkin! Puan Rubiah terjelupuk terus atas lantai. Sungguh Jan buat gempak sampai emaknya jatuh pengsan. Encik Mokhsin gelengkan kepala sambil memangku kepala isterinya. Bertuah punya anak teruna. Dia memang sudah dapat mengagak Jan bukan serius bebenar dengan pertunangan yang isterinya beria-ia rancangkan itu. Isterinya yang degil tidak mahu dengar cakap. Percaya sangat dengan anak kesayangannya. Tengok apa sudah jadi? Anak terunanya lari rumah. Selalunya dalam drama atau dalam novel anak gadis yang lari dari rumah ini terbalik. Anak lelaki lari dari rumah sebab kena kahwin paksa.

            “Abah nak kami cari Jan ke?” Tanya Kak Misya. Jan ada saja masalah yang dia timbulkan. Dari kecil sampai besar tak berubah-ubah. Emak pun satu. Manjakan sangat Jan. Emak ingat kalau menurut kemahuan Jan maka Jan akan mengikut kata. Kirim salamlah.

            “Tak payah.” Desis abah.

            Buang karan saja mencari Jan. Buat habiskan duit minyak mencari anak teruna yang sudah besar panjang itu.

            “Habis macam mana dengan majlis esok?” Kak Alin sudah bercekak pinggang. Angin kus-kus ni. Ikutkan hati mahu dicarinya Jan sampai dapat. Lepas itu tambat budak yang degil nak mampus itu pada tiang rumah.

            “Cancel saja. Takkan abah pulak nak ganti tempat adik kau tu?”

            “Wah! Abah macam ada pasang niat nak tambah lagi satu?”

            “Cakap tu slow-slow sikitlah Alin. Kot didengar dek mak kau nanti naya abah kena baling dengan pinggan-mangkuk Arcopalnya.” Encik Mokhsin sudah letakkan jari telunjuk pada bibir.      

            “Aik! Takkan orang pengsan pun boleh dengar abah?” Kak Misya kerutkan dahi. Dia pandang wajah emak yang macam tepung gombak itu. Emak sudah tua-tua pun masih bergaya sakan lagi. Sungguh tebal make-up yang emak pakai. Eye shadow pun warna-warni. Belum tengok lagi bulu mata ala-ala Rozita Che Wannya itu. Salahnya badan mak bersaiz double XXL.

            “Meh! tolong abah angkat mak korang ni naik atas katil. Abah nak angkat seorang manalah larat. Korang pun boleh lihat saiz mak korangkan.” Abah kini sedang bersusah-payah mahu mengangkat tubuh Puan Rubiah. Kak Misya dan Kak Alin saling berpandangan. Mereka mengeluh kecil. Dua-dua hulurkan bantuan.

            “Tak payah!” Tiba-tiba saja Puan Rubiah bukakan mata. Dia bingkas bangun dari pangkuan Encik Mokhsin. Mencebik wajah Puan Rubiah.

            Tengok! Betul kata abah. Emak pengsan bukan betul-betul pengsan. Pengsan olok-olok. Macam Haji Bakhil dalam cerita Labu-Labilah pulak. Abislah emak sudah dengar semuanya. Kak Misya dan Kak Alin memandang abah. Abah nampak steady aje.

            “Itulah emaknya. Abah cakap tak mahu dengar.” Abah dah mula membebel pada emak.

            “Tunggu apa lagi abahnya. Kita mesti cari Jan sampai dapat!”

            “Nak cari di mana emaknya. Kita mana tahu anak kesayangan awak itu pergi ke benua mana?”

            Puan Rubiah garu kepala. Betul juga kata suaminya. Kalau buat laporan polis rasanya boleh ke polis terima kes anak bujangnya yang dah cukup akil baligh itu lari dari rumahnya. Tak logiklah pulak? Macam mana ni? Dia tak sanggup nak batalkan majlis pertunangan esok. Kesian pada Zetty. Mahu terpekik terlolong Zetty nanti. Zetty betul-betul nak kahwin dengan Jan.

            “Batalkan saja majlis pertunangan esok.” Suara Encik Mokhsin sekali lagi. Terjegil biji mata Puan Rubiah.

            Bagaimana dia mahu menghadap muka Pak Akob sekeluarga kalau majlis terpaksa dibatalkan? Kalau bertunang majlis masih diteruskan tanpa Jan.

            “Abahnya dah gila. Mana saya nak letak muka saya? Saya dah prepare semuanya. Beribu-ribu duit kocek ni abis. Senang-senang saja nak batal! Abahnya tak kesian ke pada si Zetty anak Akob tu? Histeria budak tu nanti kalau kita batalkan majlis.”

            Ini lagi seorang kepala batu. Anak dengan emak sama saja. Ingin digantikan dengan siapa? Dalam rumah ini mana ada lagi anak bujang yang lain. Anak kucing adalahlah. Tidak pun adik Lecthumy jiran sebelah mereka yang baru nak masuk umur dua puluh tahun.

            “Itulah emaknya. Suka sangat memaksa. Saya tak nak masuk campur. Pandai-pandailah awak selesaikan sendiri ye.”

            “Abahnya….” Puan Rubiah sudah menunjuk perasaannya. Kejap lagi mahu bertaburan pinggan-mangkuk Arcopal di dapur. Encik Mokhsin buat tidak endah. Pinggan mangkuk Arcopal tu bukannya duit dia. Duit bini dia. Lantaklah nak pecah berapa dozen sekalipun. Pecah sedozen bininya akan beli yang baru.

            “Batalkan saja mak.” Kak Alin menyokong kata-kata abahnya. Tak boleh nak buat apa-apa lagi dah.

            “Entah mak ni. Misya dah cakap yang Jan takkan suka pada Zetty yang montel bangat tu mak tak percaya. Tengok Jan dah lari dari rumah. Tak tahulah berapa tahun baru dia nak balik sini.” Desis Kak Misya.

 Emaklah yang degil asyik desak Jan kahwin dengan Zetty. Kalau Jan yang tergila-gilakan Zetty tak mengapalah jugak. Ini Zetty yang tergila-gilakan Jan. Tak boleh nak menolongnya. Kak Misya pun bukan suka sangat pada Zetty. Kuat melantak! Datang saja nak melantak. Tak tahu malu betullah. Siapa yang nak berselera tengok Zetty. Tam-tam kucing siam kesayangan Kak Misya pun takut tengok kelahapan Zetty. Inikan pula Haizan Bin Mokhsin.

            “Cakap memang senang. Mak tak kira mak nak teruskan pertunangan ini tidak kiralah Jan ada atau tidak! Hal Jan kita bereskan kemudian. Yang penting majlis berjalan.” Nekad Puan Rubiah. Dia yakin Jan pasti akan balik ke rumah jugak nanti. Anak bujangnya itu mana biasa hidup berdikari di luar.

            “Terpulanglah pada awak Puan Rubiah oiiii! Apa-apa hal nanti saya tak nak masuk campur.” 

            “Abahnya memang selalu tak pernah nak menyokong tau. Takper-takper….saya akan cari anak kita sampai dapat. Tak jauh ke mananya dia lari. Dia mesti duduk di rumah kawan-kawan dialah tu.” Puan Rubiah memuncungkan bibirnya. Entah-entah suaminya berpakat dengan Jan. Dalam tidak rapat kadang-kala Jan dan abahnya satu kepala juga.

            “Budak tu dah besar emaknya.” Encik Mokhsin malas nak bertekak dengan isteri tercinta. Buat habis air liur saja. Dia sudah melangkah keluar dari bilik tidur Jan. Kak Misya dan Kak Alin menuruti langkah kaki abah mereka. Dua orang anak gadisnya itu memang selalu menjadi tulang belakang Encik Mokhsin. Kalau tiga lawan satu macam mana Puan Rubiah nak menang. Puan Rubiah mesti tunjuk boikot pada Encik Mokhsin anak-beranak.

            Terketap-ketap bibir Puan Rubiah. Geram yang amat sangat! Puan Rubiah tertipu bukan Tipah yang tertipu ye. Tertipu dengan tipu muslihat anak sendiri. Jan! Puan Rubiah melaung nama si anak. Emak akan cari kau sampai ke lubang cacing!

JAN terbatuk kecil. Macam ada orang yang sebut nama dia. Dia pandang kiri kanan. Muka Safuan masih tidak kelihatan. Kata sekejap saja masuk pergi ke tandas. Ini sudah hampir dua jam dalam tandas. Berak sembelit ke? Apalah yang Safuan makan masa di perhentian rehat tadi. Jan  mula tidak senang duduk. Bosan tunggu orang membuang air besar ni. Sementara nak menunggu Safuan baik dia masuk ke dalam supermarket yang sudah berada depan mata. Boleh juga dia beli barang-barang keperluan sikit. Jan tinggalkan pesanan melalui telefon bimbitnya.

            BILLION….Hebat nama supermarket di Teluk Intan ini. Macam nama supermarket orang-orang kaya bunyiknya. Ramai sungguh pengunjung. Patutlah! Ada jualan murah. Jan melangkah masuk. Ini yang dia malas nak bersesak dengan orang ramai. Sesak nafas dibuatnya. Beginikah keadaan supermarket untuk orang-orang yang taraf hidup bersederhana ini. Jan hanya ternganga macam orang batak melihat gelagat pengunjung yang berebut-rebut mendapatkan barang. Jan capai sebotol minyak wangi jenama Dashing. Bulat matanya melihat harga yang tertera pada minyak wangi tersebut. Biar betul! Murahnyaaaaa!

            “Ini sudah bagus!”

            Safuan terkebil-kebil tengok Jan mengangkut barang yang banyak. Tak menang tangan dilihatnya. Entah apalah yang dibeli oleh temam baiknya itu. Jan shopping mengalahkan orang perempuan pulak. Jan letakkan barangnya dalam raga motorsikal Safuan. Safuan hanya mampu menggelengkan kepala.

            “Baik kau beli terus supermarket tu, Jan.” Safuan seakan memerli. Diingatkan bukan perempuan saja yang suka window shopping ini. Lelaki pun ada tahu. Contohnya lelaki kacak depan mata dia ini. Untuk pengetahuan semua Jan sebenarnya tak boleh tengok kalau ada jualan murah ni. Kalau boleh satu window shopping dia nak pulun. Itu belum tengok lagi gelagat Jan masa bershopping. Mahu haru jadinya bila keluar bersama mamat seorang ini.

            “Gila siot! Murah betul barang-barangnya. Berpinar mata aku.” Beria-ia Jan bercerita. Minyak wangi Dashing mana boleh dapat harga puluhan ringgit. Selalunya dia beli cecah ratusan ringgit beb. Diskaun pun takat sepuluh atau dua puluh percen.

            Safuan gelengkan kepala lagi. Beginilah gelagat anak orang bandar ye. Agak batak-batak sikit. Mujur Jan tak makan orang Jan makan nasik. Tak tahulah macam mana keadaan Jan bila dia tinggal di kampung. Jangan menangis nak balik rumah sudah! Tak kuasa dia nak hantarkan Jan balik Ke Kuala Lumpur. Mereka perlu meneruskan perjalanan yang terbantut.

Monday, October 29, 2012

Enjit-Enjit Semut - Bab 3



“KURANG hajor punya lembu! Berak merata-rata tempat tak minta izin pada tuan rumah!” A’an merungut-rungut sambil menyodok tahi lembu yang berlonggok di halaman rumahnya itu. Berani betul lembu-lembu Pak Ali berak merata di kawasan larangan ini. Johnny pun tidak berani melakukan perbuatan tidak senonoh itu. Al-maklumlah A’an amat mementingkan kebajikan Johnny. Bukan macam Pak Ali jiran sebelahnya itu. Lembu dengan tuan sama saja bengapnya. Memang nak kena lembu-lembu Pak Ali ni! Dah lah berak merata tempat, boleh pulak menatang tak sedar diri ini duduk relaks depan mata dia sambil memerhatikan dia. Ingat dia kuli ke? Tolonglah….! Aku baru sapu halaman rumah ni tahu tak! Korang buat baja pulak.

            Apa lagi, A’an menolak kereta sorong yang sudah penuh dengan tahi-tahi lembu itu menuju ke rumah sebelahnya. Tahi-tahi lembu itu dilonggokkan di depan rumah jiran yang tak tahu adab berjiran itu. Lembu-lembu Pak Ali pulak dia ikat pada pokok durian di belakang rumahnya. Biarkan dulu lembu-lembu yang memang tak faham bahasa itu melepak di situ. Tuannya memang tak dapat cari punyalah. Bila dia mengadu, Pak Ali tak mengaku lembu dia berkeliaran. Konon-konon lembu-lembu dia terjaga rapi. A’an menyapu-yapu tangannya tanda puas hati. Terukir senyuman jahat di bibir A’an. Dah lama dia merancang nak buat sesuatu bagi orang tua itu kena lemah jantung. Bergegas A’an naik ke rumah papan beratap Zin itu. Ligat tangannya menekan-nekan nombor pada telefon kepunyaan TELEKOM itu.

            “Kau telefon siapa tu, A’an?” Soal Opah yang baru usai solat Asar itu. Tambah berkedut di dahi bila Opah mengerut.

            “A’an nak telefon Abang Senin.” Balas A’an acuh tak acuh.

            “Nak buat apa kau telefon Senin lori tu?” Opah menyoal lagi. Pelik sangat bunyinya.

            “A’an ada projek besar dengan Abang Senin. Projek baik punya cilok. Opah janganlah menyibuk ye.”

            Makin berkerut dahi Opah. Tak pernah-pernah si A’an ni buat projek dengan Senin lori. Macam ada yang tak kena aje. Opah mengintai dari celah tingkap. Bila pulak ada lembu-lembu diikat pada pokok durian belakang rumah tu.

            “Projek apa kebendanya tu A’an? Macam cerita Adlin Shauki je dengarnya.”

            Waduhhh! Opah pun kenal Adlin Shauki. Ingatkan orang tua itu hanya tahu pelakon dulu kala je. Yang ceritanya kaler hitam putih. Boleh tahan jugak Opahnya ini.

            “Projek nak merompak Bank Negara!” Balas A’an. Malas betul melayan Opah. Suka sangat bertanya soalan. Lagi sekali orang tua itu garukan kepala. Tak lama kemudian Opah gelengkan kepala lagi. A’an hanya tersengih. Tahu pun Opah sakit kepala. Banyak sangat soalnya.

            “Wei! Aku tipon banyak kali naper tak angkat!” Marah A’an.

            “Sowey. Abang memandu tadi. Mana boleh angkat phonelah A’an. Tak pasal-pasal kang kena saman dengan polisi.”

            “Wah-wah! Speaking pulak. Sini kampunglah, polisi mana nak saman kau! Mengarut betul Abang Senin ni!”

            “Ikut peraturan jalan raya beb! Apahal telefon abang ni? Nak ajak abang pergi dating ke?”

            “Jangan nak buat ayat mengada! Takder maknanya aku keluar dating dengan kau, Abang Senin! Aku nak abang tolong aku handle satu projek baik punya cilok. Boleh kita bagi sorang lima puluh percen. Lepaslah duitlah rokok abang nanti.”

            “Projek baik punya cilok. Apa nama kau pakai da!”

            “Tunggu apa lagi. Datang sini. Aku dah tak sabar dah. Lepas ini adalah yang kena histeria. Hahahahaha!” Besar tawa anak dara seorang ini. Tak ada cover langsung.

            Beberapa minit bercakap dengan Abang Senin, A’an letakkan ganggang telefon. Kang tak pasal-pasal bil melambung tinggi. Malaslah nak ikat perut untuk bayar bil. Abang Senin pakai handset tentulah mahal kena caj. Sewa pun sudah sampai dua puluh lebih. Tambah pengunaan telefon sebanyak sepuluh ringgit contohnya. Jumlah kena bayar tentulah tiga puluh ringgit. Cekik darah jugak TELEKOM ni!

Lagi untung pakai Handset. Masuk topup aje. Kalau dah abis tak perlu nak kena potong line macam telefon biasa. Masalahnya A’an mana ada duit nak beli handset. Handset yang cikai (secondhand punya) pun tak mampu beli tau. Iyalah nak fikir duit belanja rumah lagi. Yuran empat orang jin ifrit lagi. Entah bilalah nak dapat pakai handset. Peah yang makan tidur tak berkerja itu pun ada handset. Terlebih maklumlah yang Mak Eton memang sayang anak tunggalnya itu. Orang banyak tanah katakan. Duit pun banyak. Lainlah dia. Harta pun tiada. Duit dalam ASB adalah dekat sepuluh ribu tapi sayang nak keluar. Tidak sesekali A’an mengusik duit simpannya itu.

            “Telefon balak (teman lelaki) ye?” Entah bila Hadif dan Hakimi tercongok depan A’an. Dua-dua tersenyum sumbing.

            “Jangan nak menyibuk hal orang lain!” Budak-budak ni memang pantang tengok orang senang sikit. Mengacau saja kerjanya.

            “Kakak ni tak sporting tau.” Gerutu Hadif.

            “Itu pun nasib baik akak tak humban kau empat orang keluar tau. Beruntung tahu dapat kakak sebaik aku ni.” A’an bercekak pinggang.

            “Beruntung ke Akim?” Hadif menyoal adiknya. Hakimi jungkit bahu. Tidak berani untuk membangkang. Kang kena sekeh dengan A’an pulak.

Jeng! Jeng! Jeng! Misi melarikan diri…

MELEBAR senyuman di bibir mungil Puan Rubiah melihat barang-barang hantaran yang sudah terpapar di depan matanya. Tercapai jua hajat di hati hendak bermenantukan Zetty montel. Zetty lagilah terlonjak-lonjak gembira macam kanak-kanak ribena bila menerima risikkan dari pihak Puan Rubiah dan suaminya. Sudah lama Zetty montel mengindamkan Jan jadi suaminya. Eeeiiiii mengerikan! Geli-geleman kalau Jan mendengarnya.

            Encik Mokhsin hanya mendiamkan diri dengan tindakan isterinya. Tidak membangkang langsung apabila Puan Rubiah cakap Jan sudah bersetuju hendak bertunang dengan Zetty montel. Payah kalau ada suami muka takder perasaan ini. Lantaklah! Janji Jan sudah bersetuju. Bukan senang nak memujuk anak bujang yang seorang itu. Degil nak mampus! Sepatah dia bercakap dekat dua puluh patah dibalasnya. Itulah Haizan Bin Mokhsin anak bujang Puan Rubiah Binti Haji Sulaiman.

            Bunyi deruman enjin Proton Persona berwarna maroon itu masuk ke halaman rumah banglo dua tingkat. Siapa lagi yang pulang kalau bukan anak bujang kesayangannya. Dalam rumah ini hanya Jan seorang yang pakai kereta buatan tempatan. Kereta yang dah agak rangkai itu akan dipergunakan khidmatnya selagi masih boleh bernyawa. Apa tidaknya sudah banyak kereta itu kali masuk ICU. Boleh dikira berapa kali Jan melakukan eksiden dengan kereta kesayangan abahnya itu. Abah pun sudah tidak kuasa hendak bertekak dengan Jan. Letih! Kata orang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Masalah di sini bukan orang yang melanggar dia tapi dia yang rajin sangat melanggar kereta orang. Berapa kali Persona berwarna maroon itu mencium buntut kereta lain. Kadang-kadang pening kepala Puan Rubiah nak melayan kerenah Jan yang adakalanya nakal dan serius.

            Lenggang-lenggok tubuh gempal Puan Rubiah dan ketinggian yang rendah itu menyambut anak bujangnya di muka pintu. Dari semalam senyuman Puan Rubiah tak lekang-lekang di bibir. Berseri-seri macam dia yang hendak kahwin. Jan pun dua kali lima jugak. Sengih memanjang. Cuma niat di hati dua beranak ini yang tidak sama. Jan sengih ada maksud yang tersurat dan tersirat begitu. Jan pun menunjukkan bakat lakonan yang tidak bertauliahnya. Siap dia puji melambung hantaran-hantaran yang emaknya itu tempah dari Che Wan Kamariah. Nama glamournya Che Kam. Che Kam buka bisnes menjual barang-barang nikah kahwin ni! Kalau-kalau rasa gatal hendak bertunang dan hendak kahwin datanglah ke kedai Che Kam. Kad jemputan pun boleh buat tempahan pada dia. Semua ada! Kalau hendak meminang yang empunya kedai pun boleh. Che Kam masih solo lagi tau.

            “Pandai mak Jan pilih kaler ye.” Jan membelek-belek salah sebuah barang hantaran yang sudah siap digubah cantik. Tuala mandi pun boleh dibentuk jadi buah-buahan.

            “Zetty sukakan warna ungu.”

            “Warna Zetty montel saja yang emak ingat. Warna kegemaran anak bujangnya ini emak ingat tak?” Jan buat manja-manja dengan emak. Biasalah hendak mengambil hati emak. Karang mak syak kang susahlah pulak.

            “Apa pulaknya mak tak ingat. Mak dah bagi tahu pada Zetty yang Jan sukakan warna biru ombak laut. Nanti bila kita ke sana Jan jangan lupa pakai baju melayu warna biru tau.” Puan Rubiah menarik hidung Jan. Jan ketawa kecil. Sempat dia mengerling dua orang kakaknya yang sudah bermuka cemberut.

Kak Misya dengan Kak Alin memang tak percaya langsung dengan Jan. Masakan begitu senangnya Jan menukar fikiran dia. Takdernya Jan nak suka pada Zetty anak Pak Akob. Ini mesti ada yang tidak kena. Bukannya mereka tidak kenal siapa itu Encik Haizan Bin Mokhsin. Kaki kelentong! Emak tu sudah kena tipu dengan anak bujang kesayangan dia.

“INI apa hal menyibuk di dapur ni!” desis Kak Misya. Tidak pernah-pernah nampak batang hidung Jan ke dapur. Buang tabiat ke apa adiknya ini?

            “Ala orang nak membantu sikit pun tak boleh ke? Nanti senang bila dah kahwin boleh jugak bantu-bantu bini kat dapur. Betul tak mak?” Terangkat-angkat kening Jan.

 Emak hanya melebarkan senyuman. Percaya sangatlah tu kata-kata Jan. Kak Misya mencemikkan muka.

            “Kalau dengan mak, kau bolehlah kelentong. Tapi dengan akak tak perlulah kau nak bermuka-muka Jan.”

            “Baguslah kalau akak dah kenal siapa adik akak ni. Dalam soal ini bukan salah Jan tahu.”

            “Tak baik Jan permainkan mak. Kesian kat mak tau. Jenuh dah dia prepare semuanya untuk Jan.” Kak Misya jegil biji mata. Dah agak dah. Jan bukan serius hendak bertunang.

            “Jangan risaulah. Jan buat jahat kecik-kecik aje.” Jan tersengih. Dia sudah merampas botol Nescafe dari tangan Kak Misya.

            “Eh! Bak balik botol Nescafe tu!” Gerutu Kak Misya. Terjengket-jengket dia nak mengapai botol Nescafe yang sudah diangkat tinggi itu.

            “Biar Jan yang buat air untuk minum malam.” Suara Jan. Botolnya masih diangkat.

            Kak Misya merengus kecil. Ada-ada saja kerenah adiknya itu. Lantaklah kalau Jan sudah ringan tulang sangat hendak menolong. Boleh jugak rasa air tangan orang bujang seorang ini. Kak Misya pun malas hendak bergaduh-gaduh mulut dengan Jan lagi. Ligat dia atur langkah keluar dari dapur. Muncung sedepa mulut Kak Misya.

            Apabila tengok line sudah clear, Jan pun mulakan rancangan jahatnya. Dia keluarkan sebotol ubat tidur dari kocek seluar track yang berwarna hitam yang berjalur putih itu. Jan beli di farmasi sebelum balik ke rumah. Itu pun dia sudah kena jeling-jeling dengan penjaga di farmasi tadi. Apa tidaknya gelagat Jan macam orang mahu lakukan jenayah. Ada soal siasatnya pulak. Penjaga farmasi itu bertanyakan ubat apa yang dicarinya. Dia membalas inginkan ubat untuk bunuh diri. Tercengang besar mulut si penjaga farmasi tu. Jan pulak siap ketawa terbahak-bahak buat lawak antarabangsa dia. Mujur penjaga farmasi tadi tidak buat laporan polis mengatakan mamat giler masuk dalam farmasi. Silap haribulan tidak ke naya duduk kat hospital bahagia. Meraung emak sekeluarga nanti.

            Dua biji pil tidur Jan masukkan ke dalam teko yang sudah siap dia bancuh air Nesface. Mulanya dia mahu bubuh semua pil tidur dalam botol tu. Karang tak pasal-pasal pulak mereka tak bangun-bangun tidur nanti. Terpapar depan muka akhbar. Encik Haizan Bin Mokhsin sanggup bunuh seisi keluarganya sebab dipaksa kahwin dengan Zetty montel. Tambah sikit di belakang nama gadis tidak tahu malu tu. Ada hati hendak kahwin lelaki sekacak aku! Tak layaklah. Jangan haraplah aku hendak berbini gadis semontel Zetty. Jan ketawa sendiri.

            “Amboi! Wanginya aroma Nescafe bakal penganti baru ni.” Suara Kak Alin seakan memerli.

            “Itu belum cium lagi aroma dalam bilik nanti. Lagi harum semerbak sampai Zetty tak sanggup mahu keluar bilik.” Balas Jan berjenaka. Dia tuangkan air ke dalam cawan masing-masing. Ada rupa persis anak daralah pulak. Nasib baik tak jadi noks. Yang lemah-gemalai gitu. Auwhhhh! Pengsan Puan Rubiah nanti.

            “Makin gatal adik aku yang sorang ni.” Kak Alin menjeling Jan tajam. Geram tengok Jan. Dari tadi asyik memanjang sengihnya. Kak Alin dan Kak Misya memang tak sedap hati.

            “Minum-minum. Jan dah kahwin nanti tak merasa dah nak minum air Nescafe istimewa yang Jan buat ni. Rugi tau kalau tak minum. Kalau minum pasti terus nak tidur.”

            “Kalau akak tak tidur akak ketuk kepala kau, Jan.” Kak Misya mengangkat cawan berjenama Arcopal berbunga ros merah itu. Perlahan-lahan Kak Misya menghirup minumannya. Ermmmm…sedap! Tak sangka anak bujang kesayangan emak itu pandai buat Nescafe.

“Kenapa mata mak ni rasa mengantuk sangat ni?” Puan Rubiah tengok muka Jan sudah menjadi lebih dari satu. Bertindih-tindih. Tidak lama kemudian Puan Rubiah sudah berdengkur halus.

Kak Misya dan Kak Alin dah terlentok di sofa. Abahnya pun sama. Molek terlentok di bahu emak. Comelnyaaaaa….Itu penangan ubat tidur yang Jan letak dalam minuman yang dia buat. Bila diperiksa, semuanya sudah tidur pulas. Jan angkat kaki masuk ke dalam bilik. Beg besar sudah siap berada atas katil. Surat cinta untuk emak pun sudah dia letakkan atas meja lampu tidurnya. Jan hantar sms pada Safuan. Rasanya mamat seorang itu sudah menanti di luar rumah. Perlahan-lahan Jan turun menggunakan tali yang disediakan dari tingkat atas itu. Bukan tidak boleh menggunakan pintu utama. Saja dia hendak buat aksi stunt sikit. Itu pun dia tiru macam dalam drama televisyen. Ada saja idea mengarut si Jan ni.

“Tak faham betul aku dengan kau, Jan. Buat apa nak susah-susah ikut tingkap atas tu? Tak ke bengap namanya.” Desis Safuan sebaik saja Jan membonceng di atas motorsikal cabuknya.

“Itu baru ada style. Dah namanya pun lari dari rumah. Mana boleh ikut pintu depan. Bergaya tak aku?”

“Nampak macam orang bangang adalah. Kalau dah tahu nak lari ikut tingkap baik kau tak payah bagi ubat tidur kat family kau tu. Buang karan ajelah.”

“Iya tak ya jugak ye.” Jan tersengih. “Tunggu apa lagi. Cabutlah!” Jan menepuk bahu Safuan.

Safuan gelengkan kepala. Ingat kawan-kawan! Orang belajar tinggi-tinggi ni tak semestinya otak dia bagus. Kekadang otak dia bangang jugak! Macam orang yang sedang dok membonceng belakang dia ni.

“Jan! Boleh tak jangan peluk pinggang aku kuat-kuat. Semacam pulak rasanya.” Gerutu Safuan. Kalau perempun cantik yang peluk tidak mengapalah jugak. Ini lelaki. Rasa semacam tau. Sudahlah dia dan Jan macam sepasang kekasih yang melarikan diri. Mintak dijauhkan. Dalam duk sibuk melarikan diri pun masih sempat juga Jan sembur minyak wangi satu badan. Kuat baunya menusuk ke lubang gua Safuan. Jan…Jan….

“Aku mana biasa naik motorlah kawan. Gemuruh! Kau bawak laju sangat.”

“Kau ingat Perak dengan Kuala Lumpur dekat ke. Mahu sampai Tiga atau empat jam sampai. Lagi-lagi dengan motor cabuk aku ni.”

“Itulah! Aku suruh kau ambik kereta tak mahu. Tengok siapa yang susah. Aku jugak!”

Ada yang aku teranjang pulak nanti. Sedap-sedap mulut dia saja nak kompelin ye. Ingat aku tak pernah cuba pinjam loan di bank untuk buat duit muka beli kereta? Dah tak lepas nak buat macam mana. Mintak tolong Jan haram dia nak menolongnya. Bila dah sampai tahap bengang ni hanya ada satu cara yang bakal Safuan buat. Merempitlah….Prengggggggg! Lantaklah Jan tunggang terbalik di belakang dia. Padan muka!

“Fuannnnnnnn!” Jerit Jan macam orang kena histeria.

Enjit-Enjit Semut - Bab 2



BASIKAL tua itu dikayuh selaju yang boleh. Sakitnya hati A’an apabila mendapat berita Peah dan Aizam hendak berkahwin hujung tahun ini. Bangga sungguh Peah menyiarkan berita yang kononnya sensasi sangat tu satu kampung. Kalau dah sampai ke telinga Makcik Wok mestilah tersebar satu kampungkan? Siapa yang tidak kenal dengan Makcik Wok yang berbibir besar bak disengat tebuan itu. Radio bergerak orang kampung. Janda anak dua. Tapi masih bergetah tau. Pinggang dia ramping macam kerengga. Berkat dari jamu turun-menurunnya. Lupakan pasal Makcik Wok dan jamunya. Sekarang yang lebih penting adalah menuju ke rumah Peah untuk membuat perhitungan dengan Peah. Berani betul Peah merampas Aizam dari dia. Aizam pulak berani tinggalkan dia sebab terkejar-kejarkan si Peah anak Mak Eton tu. Dia memang bengang. Takkan sebab dia tiada sijil SPM maka dia tidak layak dengan Aizam. Sesuka hati Aizam reject dia ye. Si Peah yang berkulit hitam legam itu jugak jadi pilihan dia. Melampau tu!

            Sampai depan rumah Peah, melalak sakan suara A’an memyeru nama Peah. Pekak badak ke si Peah ni? Dia sudah panggil punya kuat pun masih tak terconggok depan pintu. Takkan membuta lagi kot? Matahari sudah tegak atas kepala. Dan Peah memang jenis anak dara kuat membuta. Pemalas dan kuat melantak. Kenapa? Kenapa mesti Peah yang jadi pilihan. Kalau Siti ke? Hanim ke? Nora ke? Takderlah A’an heran sangat. Tiga orang dara tu budak-budak U. Kerja pun gaji loaded. Ini tidak, Peah yang kerjanya makan tidur itu. Impossible! Terkeluar bahasa orang putih dah.

            “Apasal memekak di rumah aku ni A’an?” Bukan muka legam Peah yang tertonggol depan pintu tapi muka Mak Eton.

            “Saya panggil Peah bukannya Mak Eton.” Desis A’an dengan muka berkerut-kerut. Nak tunjukkan tahap kebengangan melampau dia.

            “Peah tidur mampus! Tak bangun lagi. Apahal kau cari anak aku tengahari buta gini. Kalau nak mintak hutang rasanya anak aku tak berhutang dengan kau?” Mak Eton bercekak pinggang dengan lagaknya.

            “Sapa kata takder hutang dengan kita. Hutang nasik lemak daun pisang yang lima kupang tu masih belum dijelaskan lagi. Ingat nak kasi free ke?” Balas A’an. Siapa yang berhutang dengan dia memang tak lepas namanya dicatit dalam buku lejar panjang tu. Mamat tempat kerja lama dia pun ada hutang teh ais limau seringgit lima posen. Entah bilalah nak bayar? A’an memang jenis berkira orangnya.

            “Lima puluh sen pun kau nak berkira A’an?”

            “Duit! Mestilah berkira walaupun sesen Mak Eton.” Mak Eton mesti dah lupa yang dia seorang gadis tangkai jering. Berkira dan kedekut nak mampus. Kalau boleh dapat barang yang murah lagi murahlah dia beli.

            “Apa kecoh-kecoh pagi-pagi ni mak!” Peah muncul depan pintu dengan muka pasang tak siapnya. Sah-sah ada tahi mata dan kesan air liur basinya itu. Ceh! Buruk punya perangai anak dara Mak Eton ni.

            “Pagi kepala hotak kau! Matahari dah tegak atas kepala tau!” Biar A’an bersuara bagi pihak Mak Eton. Dia awal-awal pagi sudah bangun turun menyulam padi di bendang selepas menghantar nasi lemak ke gerai Kak Oni. Peah masih sedap-sedap beradu atas katil sampai tengahari. Inikah calon bini yang sesuai untuk anak Tok Sidang. Jujur cakap memang tidak sesuai langsung!

            “Penyibuk betullah kau ni A’an. Apahalnya kau tercongok depan rumah aku ni?!” Gerutu Peah. Beginilah gaya bila sudah bertemu dengan musuh cinta.

            “Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau pasal Aizam. Baik kau cuci kesan-kesan air liur basi dan taik mata kau dulu. Gelilah aku nak berborak dengan bau busuk kau. Mulut kau tu sudah tahap longkang baunya. Aku tunggu kau atas pangkin.” A’an menyorong basikal tuanya ke bawah pokok rambutan yang rendang di depan rumah Peah. Sekejap saja dia sudah berayun kaki di pangkin bawah pokok rambutan itu.

            Peah mengetap bibir. A’an kalau mengutuk bukan ada tapisnya. Macam nak tapis serbuk teh tu. A’an jenis main tuang aja. Takder tapis-tapis.

            Sejam menunggu, baharu muka Peah muncul depan mata. Amboi siap buat make-up lagi tu. Ala kalau dah hitam legam make-up macam mana pun tidak mahu putihnya. Itulah tak cuba Fair Lovely nescaya kulit jadi putih berseri…Biasalah kalau dah benci tahap gaban mana ada puji-pujiankan? Lenggang-lengguk Peah berjalan. Uwek! Nak muntah tengok lenggoknya tu. Macam ayu sangat. Boleh jalanlah! Peah labuhkan punggung di sisi A’an. Mekar menawan senyuman Peah yang terkuntum di bibirnya yang macam ala bibir Angelina Jolie itu. Takat bibir saja seksi. Yang lain hancus! Mengata orang diri sendiri tak sedar pula. Badan kau lagi tak ada menariknya A’an. Sekeping je. Lurus memanjang macam papan. Kurus kering sangat. Maklumlah gadis yang memerah tenaga katakan. Lagi-lagi masa melayan empat orang jin ifrit di rumah tu. Kalau tak jangan haraplah dia mampu menangani mereka.

            “Kau mesti dah dengar cerita tukan. Best tak?”

            “Best kepala hotak kau! Mangkuk ayun punya perempuan!” Ambik ko! Dah kuar dah bahasa kesat aku.

            “Kau jeles Aizam pilih aku jadi bini dia.”

            “Tahu takper! Aku memang tak boleh terimalah kau jadi bini dia! Hitam legam gini nak jadi bini Aizam. Tidak mungkin! I don’t believes it!” Cakap omputih dah. Hentam aja tu. Kasi Peah terbeliak biji mata sikit. Al-maklumlah akukan bengap sangat cakap omputih ni. Belajar ketika kerja jadi tukang cuci masa dok menggatal kerja di bandar dulu. Hehehehehehe….

            “Legam aku ada SPM tau. Kau tu apa yang ada. Setakat PMR dan Johnny kambing kau yang konon wangi sangat tu Aizam tak pandanglah.” Peah mencebirkan bibirnya. A’an memang suka cari pasal dengan dia. Memang mereka tak boleh bebaiklah. Dengki bebenor!

            “Oooo…sebab aku takder SPM maka secara rasminya aku direjectlah. Mana aci begini! Kau mesti main taktik kotor punyalah.” Tak boleh tahan dah. A’an yang setakat pakai kain batik jawa itu meloncat dari pangkin. Dia sudah mula melipatkan baju kurungnya hingga ke pangkal lengan. Peringkat awal sebelum aksi ganyang-mengganyang dilangsungkan.

            “Wei! Takkan nak bergusti di sini kot?” Peah seakan tahu apa yang bermain dengan fikiran A’an. Dah biasa dah kena smackdown dengan budak seorang ini. Yang menjadi perkara asasnya pastilah menarik rambut masing-masing yang hitam berkilat tu. Nak tahu pakai syampu apa? Biasalah Sunslik ramuan limau purut.

            “Habis kau nak buat persembahan percuma dekat mana? Nak buat depan kandang kerbau Pak Lajim. Kau nak mati kena tanduk! Atau kau nak kena lumur dengan najis kerbau macam itu hari.” A’an sudah ketawa mengekeh. Mana boleh lupa muka hitam legam Peah kena lumur dengan tahi kerbau Pak Lajim. Rasakan! Siapa suruh cari pasal dengan dia dulu.

            “Aku tak nak gaduh-gaduh dengan kau. Kalau tak puas hati kita pergi jumpa dengan Abang Aizam sendiri. Kau boleh tanya dia kenapa dia pilih aku bukan kau?!”

            Abang Aizam. Cit! Podahhhh! Gelilah belum apa-apa lagi dah panggil abang! Tolonglah…Abang ke? sayang ke? Darling ke? Mintak maaflah banyak-banyak! Itu antara ayat-ayat jiwang yang buat aku meremang bulu roma tahu. Gelilah nak bermanja-manjaan ini. Tolong sikit ye. Cik Nurly Farhan ini bukan gadis jiwang-jiwang karat okay. Setakat layan lagu jiwang zaman 80-an tu bolehlah. Ala…waktu kumpulan Search dan Wings meletup dulu.

            “Okay. Kita sama-sama jumpa dengan Aizam.” A’an tidak berfikir panjang. Terus dia nyatakan persetujuan.

WAAAAAA! Meraung-raung A’an melalak di ruang dapur. Habis semua periuk dan kuali dia humban keluar. Opah terpaksa bersilat untuk mengelakkan diri dari serangan garpu dan sudu oleh A’an. Berpeluh-peluh muka orang tua itu lihat garpu terpacak pada dinding rumah. Jangan memain. Silap haribulan boleh arwah. Bukan opah seorang saja buka pecak silat. Empat orang jin ifrit pun turut serta dalam acara tersebut. Siap bawa gayung tu. Beginilah keadaan yang perlu mereka harungi bila A’an datang penyakit gila meroyannya. Nak tahu apa sebab A’an naik gila? Mudah saja. Semuanya sebab Ahmad Aizam anak kesayangan Tok Sidang reject cinta A’an. Alasannya A’an gadis tidak manja. Geli-gelemen. Bukan Aizam tiada hati dengan A’an. Ada tau. Tapi sikap A’an yang banyak allergic itu buat Nizam tawar hati. Nak suruh A’an panggil dia abang pun A’an nak muntah-muntah. Dia lelaki romantis tak sepadanlah dengan jiwa gadis tunggul kayu ni.

            “Sudah-sudahlah tu A’an. Kumbang bukannya seekor.” Gerutu Opah setelah dilihat A’an sudah behenti meroyan.

            “Kalau banyak A’an tak heranlah Opah. Ini cuma ada seekor aje dalam kampung ni. Yang lain muka tak maco!” Tersedu-sedu A’an. Air mata duyung aje.

            “Jadi anak dara tualah akak ye.” Hadif menyampuk. Terjegil biji mata A’an mendengarnya.

            “Orang tua bercakap jangan menyampuk!” Telinga Hadif kena piat. Menjerit kecil Hadif.

            “Sakitlah bodoh!” Getusnya. Dia jeling A’an tajam. Anti betul dia dengan kakak seorang ini. Bila agaknya dia dapat menggulingkan pemerintahan diktator A’an. Empat lawan satu pun dah kalah teruk. Nak harap dia seorang saja yang mengatur rancangan. Tiga adiknya lain tak boleh pakai. Bengap!

            “Kau kata sapa bodoh! Ulang balik!” Tangan A’an masih tidak lepas dari memulas telinga Hadif. Menjerit-jerit Hadif kena tarik telinga dengan A’an.

            “Ampun kak! Ampun kakak ku sayang. Saya yang bodoh bukan kakak!”

            “Tahu takper! Ingat sikit ye dalam rumah ini aku yang jadi ketua. Korang dah makan budi aku. Tak mampu korang nak bayar hutang-hutang korang pada aku. Jadi korang kena ikut semua peraturan yang aku buat.” Tadi melalak macam orang meroyan sekarang dah ketawa besar macam orang sakit mental pulak. Opah geleng kepala. Susah jugak kalau ada cucu yang berkira sangat ni. Sikit-sikit nak masuk buku lejar dia. Sepulun sen pun A’an berkira tau!

            Opah nak membangkang pun tak boleh. Nanti tak pasal-pasal pinggan mangkuk kat dapur itu berterbangan lagi. A’an bukan boleh ditegur sikit. Elok juga Aizam reject A’an. Bukan apa. Takut merana pulak anak teruna orang punya isteri macam nazi dan ketidaksopanan ini. Tak sanggup Opah nak membayangkannya.

            “Syoh-syoh! Pergi duduk jauh-jauh. Jangan dok nak menggatal dengar orang tua bercakap lagi.” arah A’an. Hadif jelirkan lidah pada A’an. Laju dia melarikan dia dari ditangkap oleh A’an lagi. Tawa Hadif menyakit telinga A’an. Tahulah kau nanti kalau aku dapat tangkap kau nanti. Aku siat-siat daging kau buat daging salai.

            “Budak-budak A’an. Janganlah berkeras sangat dengan mereka.”

            “Dengan empat orang jin ifrit tu tak perlu nak berlembutlah opah. Naik tocang nanti! Itu sebab opah awal-awal dah kena pijak dengan budak empat orang tu.” A’an merengus.

            “Nakal-nakal pun cucu opah jugak A’an. Di mana tumpah kuahnya kalau kalau tak ke nasik.”

            “A’an makan nasik tak berkuahlah opah. Mana der sama.”

Tolong sikit ye. Aku lain emak okay. Bapak aja yang sama. Itupun aku tak ingin nak mengaku ada darah sama merah dengan budak empat orang itu. Kalau boleh aku nak darah kaler lain punya. Sakit hati ada emak tiri yang suka bikin onar ni. Bukan takat tahu beranak berderet. Tahu jugak mengumpul hutang bank. Kopak duit dalam buku simpanan nak bayar hutang-piutang emak. Tak tahu macam mana dia boleh jadi penjamin di situ. Tahu-tahu sudah kena kejar dengan pemiutang. Emak pulak sedap-sedap enjoy dengan laki baru dia. Nasib baik dia tak jadi macam citer Bawang Merah Bawang Putih. Getiklah nak nangis-nangis macam Bawang Merah. Tak sesuai langsung dia pegang watak gadis ayu lemah lembut gitu. Tolonglah….Tukar genre cerita sikit. Kalau dalam televisyen watak utama kena buli dek adik-beradik tiri dia kali ini watak utama pulak jadi kaki buli. Baru besttttt!

“Susah betul opah nak bercakap dengan A’an ni.” Opah garu kepala. Mati kutu dibuatnya.

            “Kalau dah tahu susah tak payah cakap opah. Buat bisu aje.” Ujar A’an selamba dek dia. A’an bingkas bangun menuju ke muka pintu. Kali ini dia jadi Tarzan pulak. Satu-persatu nama adik-adiknya itu di seru macam Tarzan.

Sunday, October 28, 2012

Nilai Cintanya...- NC 18



AMEER Dylan memandang siling. Dia sudah tidak memandang pada fail-fail yang bersusun di atas mejanya itu. Fikirannya merewang ke arah lain. Hatinya masih dilanda keraguan dengan penerimaan Sufi Alisha. Sekelip mata saja gadis itu berubah fikirannya. Ini yang buat dia tidak senang duduk. Mesti ada sesuatu yang membuatkan Sufi Alisha berubah fikiran. Kalau kerana gambar tersebut tidak mungkin sama sekali. Sufi Alisha bukan gadis yang mudah tunduk pada ugutan.

            Pintu bilik pejabatnya itu diketuk perlahan. Siapa pula yang mengganggu dia ketika ini. Azie sepatutnya memaklumkan dahulu tetamu yang hadir. Masakan Azie tiada di tempat duduknya.

            “Masuk!”

            Tombol pintu dipulas perlahan.

            “Selamat petang sahabat lama.” Ujar lelaki yang baharu melangkah masuk itu.

            Ameer Dylan bingkas bangun dari kerusi. Dia membulatkan anak matanya. Lelaki itu sekadar memalitkan senyuman di bibir.

            “Damien!” Ameer Dylan meluru dan memeluk erat tubuh Damien. Sahabat yang hampir tujuh tahun tidak ke temu. Sungguh dia menduga akan bertemu dengan Damien semula. Raut wajah tiada yang berubah. Gaya rambut sahabatnya itu yang sudah berubah. Rambutnya yang dulu kemas pendek kini dibiarkan mencecah bahu.

            Carolyn pasti teruja jika bertemu semula dengan Damien. Bayangkan Damien menghilangkan diri tiba-tiba setelah kematian kekasihnya Sofeena. Mereka terus terputus hubungan. Damien seolah-olah membawa diri. Adakah kesedihan di hati Damien telah terubat?

            “Celaka you Dylan…you semakin segak dan kacak sekali.”  Damien menepuk-nepuk belakang Ameer Dylan.

            “Hahahaha…well macam you tidak kenal I?”

            “Berapa panjang senarai teman wanita you? Boleh adjust seorang untuk I.”

            “Damien….you dah nampak berubah.”

            “Manusia akan berubah Dylan.”

            “So…hati you sedia mencari pengganti arwah Sofeena?”

            “Dylan..yang pergi tidak akan kembali. Kita yang hidup ini perlu teruskan hidup.”

            “Itu yang sepatutnya you buat tujuh tahun yang lalu. Sampai bila you mahu menangisi orang yang tiada?” Ameer Dylan menjemput Damien duduk.

            “Betul kata you. I sepatutnya melupakan arwah Sofeena. Mungkin I akan bertemu dengan gadis yang secantik arwah Sofeena.”

            Damien memandang wajah Ameer Dylan tajam.

            “Arwah Sofeena menjadi cantik kerana I tahu. I yang ubah dia.” Ada jua kenangan manis di dalam hidupnya.

Gelagat Sofeena memang sering  melucukan hati. Tapi dia hairan…meskipun Sofeena menjadi gadis cantik, dia tidak pernah punya perasaan untuk memiliki gadis itu. Mungkin kerana dia tahu akan perasaan Damien pada Sofeena maka Sofeena tidak diusik. Namun ada sesuatu rahsia yang dia pendamkan dari Damien berkenaan dengan Sofeena.

“Siapa sangka si kasanova boleh ubah gadis kolot seperti arwah Sofeena menjadi gadis idaman jejaka. I respect pada you, Dylan.” Damien mengangkatkan keningnya.

Ameer Dylan tersenyum.

“Walau arwah Sofeena dah jadi cantik ketika itu, I tidak potong line sebab dia buah hati teman baik I.”
Ada senyuman sinis di hujung bibir Damien.

“Kita tutup cerita dan sekarang kita buka cerita baru.”

“Betul tu. I teringin nak tahu ke mana you menghilangkan diri selama tujuh tahun ini?” Lenyap begitu sahaja. Sebarang berita tidak dikirimkan.

“I hanya mencari ketenangan merantau dipelusuk dunia. You pun tahu I minatkan fotografi. So…you dan Carolyn apa cerita. I dengar Carolyn sudah berkahwin dan punya ada seorang.”

Ameer Dylan mengusap dagu.

“Kawan kita tu minah jiwang. Usia masih muda sudah gatal mahu berkahwin. Sekarang ini dia turun dan naik makhmah uruskan perceraian dia dengan husband dia. Masa berkahwin semuanya indah, selepas ada anak si Jason itu main kayu tiga. Siap kena sepak terajang lagi tu. I simpati dengan nasib Carolyn.” Cerita Ameer Dylan.

Perkahwinan atas dasar cinta juga tidak menjamin kebahagiaan. Isu penceraiaan sudah kian meningkat. Apa tidaknya, ada yang berkahwin esok tapi lusa sudah bercerai. Manusia hanya mengikut tuntutan nafsu. Kahwin atas dasar kontrak dan perjanjian. Kahwin atas pilihan keluarga dan kahwin kerana terdesak pun ada. Agaknya ini yang dimaksudkan oleh Sufi Alisha. Perkahwinan bukan atas dasar tuntutan nafsu, tetapi atas dasar tuntutan agama. Kenapa pula dia terfikirkan kata-kata gadis itu? Buat semak kepala otak ini sahaja.

“Ada masa you bawa I bertemu dengan Carolyn.” Pinta Damien.

I free tonight, so boleh I bawa you bertemu dengan Carolyn.”

That’s good. Apa pula cerita tentang you yang I tidak tahu. Atau you sekarang sudah bertaubat. Sudah jadi lelaki baik-baik.”

Ameer Dylan ketawa.

“Ameer Dylan yang tujuh tahun dulu dan yang sekarang tetap sama. Cinta hanya salah satu hobi masa lapang I. I tidak boleh jatuh hati pada perempuan. Jika untuk teman tidur satu malam bolehlah.”  Desis Ameer Dylan. Bukan mudah hatinya untuk ditakluki dengan cinta. Ramai perempuan cantik yang mendampinginya namun dia tiada apa-apa perasaan pada mereka.

“Jadi ura-ura you nak berkahwin itu hanya khabar angin sahaja lah?” Damien ingin menduga.

“Bagaimana you tahu tentang hal I nak berkahwin tu?”

“Dylan…kuala lumpur ini bukannya besar. Lagi-lagi kalau orang itu ada nama macam you.”

            Ameer Dylan menjongketkan bahu. Dia tidak menafikan kata-kata Damien itu.  Macam-macam orang mengata tentang dia. Dia sudah tidak ambil peduli. Dalam Kuala Lumpur ini bukan dia seorang sahaja yang jahat masih ramai lagi yang lebih jahat dan dahsyat dari dia.

            “I rasa you tidak perlu tahu tentang plot drama yang sedang I arahkan itu. Youkan lelaki baik-baik.” Ameer Dylan memengang bahu Damien.

            “It’s okay. Jika begitu kita keluar makan. I ada banyak cerita mahu berkongsi dengan you.”

            “Good idea.”


UMI Embun merenung wajah Sufi Alisha. Dia genggam jari-jemari Sufi Alisha dengan erat. Sungguh perkhabaran itu mengejutkan Umi Embun. Apakah Sufi Alisha sudah fikirkan semasak-masaknya dengan keputusan tersebut. Dia takut hati dan perasaan gadis itu akan terluka. Dia tidak mahu melihat Sufi Alisha berendam dengan titisan air mata.

            Sufi Alisha mamalitkan senyuman. Dia tahu apa yang ada di fikiran Umi Embun itu. Umi Embun risaukan akan dia. Umi Embun takut dia terluka dan dilukai. Dibalas genggaman jari-jemari Umi Embun itu.

            “Sufi…Umi sayangkan Sufi…”

            “Sufi tahu umi.”

            “Sufi fikirkan semula keputusan Sufi itu ya?”

            Sufi Alisha menggeleng.

            “Umi…setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Umi tidak perlu bimbang tentang perkara itu. Apa yang Sufi buat adalah untuk ke arah kebaikan. Insya-Allah…Sufi yakin dalam hatinya pasti ada cahaya untuk dia keluar dari kepompong kegelapan.”

            Umi Embun terdiam.

            “Sufi janji dengan umi yang Sufi tidak akan sisihkan umi walau apa yang berlaku. Umi mahu jadi tulang belakang Sufi. Umi mahu Sufi tahu yang Umi sentiasa di sisi Sufi.” Umi Embun tidak mahu perhubungan mereka terputus setelah Sufi Alisha berumah tangga kelak.

            Sufi Alisha anggukkan kepalanya.

            “Insya-Allah Umi…Umi tetap seorang yang penting dalam hati Sufi. Sufi jua berharap apa yang berlaku kelak Umi yakin dan percayakan Sufi.” Masih ada ujian yang mencabar di hadapannya. Siapa yang tahu percaturan dari Allah.

            “Ya Sufi. Umi percaya dan yakin pada Sufi.” Umi Embun mengukirkan senyumannya jua. Walau hati tuanya masih berasa walang.

            Sufi Alisha memeluk tubuh umi Embun. Setitis air mata jatuh membasahi pipi gebunya. Dia mengerti apa yang dilakukannya itu dianggap sebagai satu tindakan bodoh oleh orang lain. Jeffry memarahi akan keputusannya itu. Perkhabaran tersebut telah mengundang kemarahan Jeffry yang sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.

            Beberapa hari lepas Zairul Hisyam ada menemuinya. Lelaki itu juga menyatakan rasa kesal dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Ameer Dylan. Malah jelas rasa kecewa di raut wajah Zairul Hisyam kerana Sufi Alisha menolak lamarannya tika itu.

            “Sampai hati awak, Sufi..” Bergetar nada suara Zairul Hisyam.

            “Maafkan saya,” Dia tahu dia telah menghiris perasaan lelaki di hadapannya itu.

            “Awak langsung tidak berikan peluang kedua kepada saya. Kenapa lelaki seperti itu yang awak jadikan seorang suami. Apakah awak sudah tidak waras Sufi atau awak mengejar kekayaan.”

            “Astagfirullah A’lazim…Zairul selama ini kita berkawan baik tetapi tidak sangka awak fikir saya gadis sebegitu. Jangan mengikut perasaan Zairul…Jangan awak kecewakan hati ibu awak. Kesian pada gadis yang menjadi tunangan awak itu. Awak kena belajar mencintai dia. Bercinta selepas kahwin adalah lebih indah.” Nada bicara yang lembut tetapi ada ketegasan di dalamnya.

            Zairul Hisyam terpaku. Sungguh dia tidak rela mahu melepaskan cinta di hatinya buat Sufi Alisha.

            “Sufi Alisha….hati saya tetap mencintai awak.” Gumam Zairul Hisyam. Kekerasan hati Zairul Hisyam tidak diduga.

            Sudahnya tiada penyelesaian perbincangan antara mereka.

            “Sufi Alisha!” Namanya bergema kuat.

            Sufi Alisha tersentak. Dia bingkas bangun. Umi Embun menuruti langkahnya. Seorang gadis menerpa ke arah Sufi Alisha. Wajah bengis gadis itu dipandang Sufi Alisha. Dia kenal dengan gadis ayu ini. Tunangan kepada Zairul Hisyam.

            “You Sufi Alisha?!”

            Sufi Alisha angguk.

            “You memang perempuan celaka. Perosak! You tahu tak Zairul itu tunangan I? Kami bakal berkahwin tapi sebab you Zairul telah putuskan pertunangan I dengan dia.” Gadis itu melenting.

            “Bawa bersabar cik. Kita berbincang dahulu.” Pujuk Sufi Alisha.

            “Nak bincang apa lagi?! You punca hubungan I dengan Zairul retak! Zairul sudah tinggalkan I. Mana I dan family I mahu letak muka?!”

            “Cik…cik salah sangka…” Umi Embun mencelah. Gadis ini menyerang ikut perasaan.

            “Orang tua! You jangan nak menyampuk!”

            Gadis ini memang kurang ajar sekali. Apakah ibu bapanya tidak mendidik dengan adab sopan? Kalau gadis seperti dijadikan seorang isteri memang pijak kepala suami. Macam inikah gadis pilihan ibu Zairul Hisyam? Hati Umi Embun berbicara sendiri.

            “Cik…tak manis dilihat orang begini. Kita bincang baik-baik. Saya rasa cik memang salah faham tentang hubungan saya dengan Zairul. Biar saya jelaskan semuanya pada cik.” Sufi Alisha seorang gadis yang gemar berlembut dari berlaku kasar.

            “Perempuan celaka, jangan you cuba berlagak baik dengan I!” Gadis itu menolak tubuh Sufi Alisha.

            “Siapa yang celaka?” Suara garau di belakang gadis itu mengejutkan Sufi Alisha dan Umi Embun.

            Gadis itu berpaling. Tubuh tegap lelaki itu membuatkan dia menelan air liur. Lelaki yang berkaca mata hitam itu mempunyai raut wajah yang tampan.

            “Errr….”

            “I cukup pantang mendengar orang memaki-hamun bakal isteri I. I tidak akan berlembut hati meskipun dia seorang gadis ayu macam you.” Ameer Dylan sudah memaut dagu gadis itu kasar.

            “Perempuan itu bakal isteri you?”

            “Perempuan? Nama dia Sufi Alisha…dan bakal menjadi Puan Sufi Alisha. Berani you panggil dia perempuan?!” Ameer Dylan menanggalkan kaca mata hitamnya. Matanya dijegilkan pada gadis terbabit.

            Sufi Alisha perlu bertindak segera sebagai orang tengah. Dia tidak mahu Ameer Dylan mengapa-apakan gadis terbabit.

            “Encik Ameer…” Sufi Alisha menyelit di antara gadis itu dan Ameer Dylan.  “Tiada apa-apa yang berlaku. Ada salah faham berlaku tadi.” Sufi Alisha cuba menenangkan suasana yang tegang.

            “Sufi…”

            “Encik Ameer…tolong jangan timbulkan kekecohan di sini ya.”

            “Hmm…”  Ameer Dylan merengus kecil. Dia menyilangkan kedua belah tangannya.

            Gadis itu mengambil kesempatan melepaskan diri. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Laju dia mengaturkan langkah.

            “Tidak semua perkara kita kena berkasar.” Suara Umi Embun. Dia kerling Ameer Dylan. Dasar lelaki berlagak besar.

            Sufi Alisha tersenyum. Ameer Dylan ini adakala mendengar kata juga.

            “Siapa Zairul Hisyam? Apa perhubungan you dengan dia?” Soalnya. Tidak senang hati apabila dia mendengar nama Zairul Hisyam itu.

            “Seorang sahabat.” Balas Sufi Alisha.

            “Jika seorang sahabat masakan gadis tadi menyerang you?”

            “Encik Ameer Dylan…jangan kamu pun berfikiran sempit seperti gadis tadi.”  Umi Embun mencelah lagi.

            Isk! Orang tua ini pun mahu masuk campur pula. Kau kena bersabar Ameer Dylan. Jangan cepat melatah.

            “Salah ke I bertanya? Maaf jika I bertanya pada soalan yang tidak wajar.”

            “Tidak mengapa. Zairul Hisyam adalah sahabat saya tidak lebih dari itu. Saya cuba menerangkan pada gadis itu tapi dia seperti tidak mahu dengar kata-kata saya.”

            “Baiklah. Tapi ingat pada janji you itu?”

            “Saya berpegang pada janji Encik Ameer. Dan saya juga berharap Encik Ameer berpegang pada janji juga.”

            “Of course.”

            Ameer Dylan memakai semula kaca mata hitamnya. “I datang kerana mahu mengajak you ke butik pengantin.”

            Sufi Alisha mengerling Umi Embun. Wanita itu seakan memahami isyarat mata dari Sufi Alisha.

            “Boleh saya bawa umi untuk menemani saya?”

            Ameer Dylan anggukkan kepala. Ke mana sahaja mereka pergi pasti Sufi Alisha akan membawa wanita tua itu bersama. Mereka tiada peluang langsung untuk berdua-duaan. Apa pun dia puji dengan sikap Sufi Alisha yang pandai menjaga diri.