Tab Menu

Followers

Monday, May 11, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 8

SENYUM lebar Gibs melihat setiap masakan di dalam magkuk tingkat tersebut. Ikan masin sambal tumis, sayur tumis kacang panjang dan Nasi putih bersama sambal tempoyak. Dia ingin cuba merasa masakkan Teja.
            Puan Jelita hanya memandang Gibs dengan gelengan. Dia tahu anak saudaranya itu mengupah Teja untuk menyediakan lunch box setiap hari. Tapi bagus juga kerana serba sedikit akan membantu Teja menghadapi masalah kewangannya. teja tu bukannya suka orang bersimpati dengan dia. Dia tidak akan menerima bantuan kewangan secara percuma. Gadis itu kuat sangat bekerja.
            “Auntie nak cuba rasa atau auntie on diet.”
            Puan Jelita ketawa.
            “Auntie dah berusia. Untuk apa auntie nak diet-diet ni. Takde faedah.”
            “Tua sangat ke? Auntie tu baru 40-an masih nampak jelita seperti nama auntie juga ‘Jelita’.”

Thursday, May 7, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 7

“GIBS dah balik sini?” Azalee mengertap sini.
            “Abang takut?”
            Azalee berpura-pura ketawa. Musuh ketat sudah balik tentulah dia susah hati.
            “Kenapa abang perlu takut dengan dia?”
            Aznita senyum sinis.
            “Really?”
            “Cantik-cantik ni nak ke mana?” Azalee mengubah topik perbualan.
            “Party.”
            “Party siapa?”
            “My friendlah.”
            “Kawan kau tu ramai. Siapa?”
            “Bell. I mean Belinda. You don’t liker her.”
            Oh, gadis kacukan Belanda itu. Belinda memang cantik. Bermata hazel . Berambut keperang-perangan. Perfect di mata lelaki!

Wednesday, May 6, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 6

TEJA memicit-micit leher. Hari yang cukup meletihkan. Dia meletakkan bekal makanan atas dada meja. Hotel mewah ini sememangnya menyediakan kantin untuk para pekerjanya menjamu selera.
            Teja jarang membeli makan di kantin tersebut. Dia lebih suka membawa bekal makanannya sendiri. Cukup sekadar membeli air mineral di situ. Teja memanjangkan leher mencari Sapura. Tidak kelihatan pula temannya yang seorang itu.
            Perut sudah berkeroncong. Baik dia menjamu selera sementara menanti Sapura. Pnadai-pandailah Sapura mencari dia. Teja membuka penutup bekas makanannya.
            Bismillah hir-Rahman nir-Rahim…
            Tak sempat nasi masuk ke mulut ada pula tamu tak diundang menyinggah duduk di hadapannya.

B'COZ OF YOU - Slot 5

TEJA melepaskan keluhan berat.
            “Teja tak ada duit! Kalau ada pun Teja takkan bagi abang untuk beli ‘benda’ tak guna tu!”
            “Teja jangan nak tipu abang. Abang tahu Teja dah bergaji. Teja nak abang mintak pada mak.”
            “Abang… segala kos perubatan mak dan perbelanjaan rumah Teja tanggung sorang. Abang cuma tahu mintak duit aja. Tak bekerja. Tak balik rumah. Abang tak tahu susah payah Teja.” Teja angkat muka pandang muka Rafiq. Dia tidak takut jika Rafiq angkat tangan menampar mukanya. Pipinya itu sudah lali dengan tamparan Rafiq.
            “Teja, abang tak nak berkeras dengan Teja. Kalau abang dah meminta bagi aja!” Suara Rafiq kian meninggi.

Tuesday, May 5, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 4

BERJAM-jam dia duduk di bilik air menyental kekotoran pada kemeja putih itu. Dibeleknya kemeja putih yang sudah berbuih dengan sabun itu berkali-kali agar yakin kotoran yang melekat sudah habis disental. Emak yang berada di muka pintu bilik air hanya menggeleng melihat gelagat anak gadisnya itu.
            “Tak abis basuh lagi?” Soal Puan Hamimah.
            “Nak siap dah mak.”
            “Sehelai baju kamu basuh berjam-jam. Tak pernah dibuat dek orang. Kenapa tak hantar kedai dobi aja?” Omel Puan Hamimah.
            Teja tersengih.
            “Salah orang, mak. Orang yang kotorkan pakaian dia.”

B'COZ OF YOU - Slot 3

PUAN Jelita menunjukkan kamar pejabat untuk Gibs. Kamar pejabat yang cukup luas dan selesa. Rekaan dalaman yang cukup menarik. Rak buku disediakan sebaris dalam pada sisi sudut seperti perpustakaan kecil. Gibs duduk menyilangkan kaki pada sofa yang tersedia.
            Puan Jelita membuka tirai jendela. Jelas pandangan langit di mata coklat milik Gibs. Gibs bingkas bangun menyeluk kocek seluar membuang pandangan ke luar.
            “I’m back again.”
            Gibs berbisik sendiri.
            “Gibs sudah bersedia untuk sesi suai-kenal dengan semua staf di sini.”
            “Not yet. Saya nak lihat-lihat keadaan di sini dulu.”

B'COZ OF YOU - Slot 2

DIA menyembur haruman minyak wangi berjenama Giorgio Armani Acqua Di Gio pada belakang telinga dan pergelangan tangannya. Bahagian semburan yang digalakkan bagi kaum lelaki. Dia pernah membaca satu artikel di Kosmo. Satu kesilapan jika menggosok pergelangan tangan selepas menyembur minyak wangi. Tindakan sedemikian menyebabkan molekul minyak wangi itu pecah dan menghilangkan bau haruman dengan lebih pantas daripada jangka masa sebenarnya.
            Almari pakaiannya dibuka. Dia memilih salah satu kot yang tergantung. Dia bersiul-siul kecil sambil cuba menyarung kot hitam di tubuh. Dia memandang cermin semula. Kot hitam itu ditanggalkan lalu dilemparkan atas katil.

B'COZ OF YOU - Slot 1


Khalil Gibran
(Credit Picture - Joe Odagiri)

Prolog

11 tahun lalu…

KHALIL Gibran atau nama panggilannya Gibs, pelajar nakal yang sering menimbulkan masalah displin di sekolah. Gibs seorang pelajar yang pandai tetapi sikapnya yang panas baran dan suka bergaduh itu melontarkan pandangan negatif guru-guru terhadap Gibs.

Nama aku Teja. Aku berusia 13 tahun. Aku adalah junior kepada Gibs. Gibs pula bakal menduduki SPM. Persahabatan yang terjalin antara kami satu ikatan yang cukup istimewa pada aku.

Namun, kejadian itu telah menyebabkan masa depan hampir Gibs musnah dan juga ikatan persahabatan itu. Gibs digantung sekolah kerana mencederakan 5 orang pelajar sebayanya. Aku pula takut untuk menceritakan kebenaran di hadapan pengetua. Aku diugut.