Tab Menu

Followers

Sunday, July 22, 2012

Nilai Cintanya.... - NC6


“HI, lelaki jahat…” Gemersik halus suara Delina menyapa Ameer Dylan. Ameer Dylan menanggalkan cermin mata hitamnya.

            “Delina…” Dia bangun dan memeluk wanita itu. Dikucup lembut kedua belah pipi Delina.

            Carolyn hanya mengulum senyuman nipis. Dia yakin Ameer Dylan yang menjemput wanita itu ke majlisnya. Kekasih baru Ameer Dylan barangkali. Wanita itu cukup jelita. Dia dan Ameer Dylan nampak padan.

            “Delina…I kenalkan teman baik I Carolyn dan si comel ini Angie…”

            Carolyn bangun menguhulurkan tangan. “Hi Delina…”

            “Hi…comel anak you…”

            “Terima kasih…Dylan, you layanlah Delina. I dan Angie mahu bertemu dengan bekas mertua I.” Carolyn memenang tangan Angie. Dia seakan mengerti Delina tidak selesa dia berada bersama mereka.

            Ameer Dylan menganggukkan kepalanya. Delina mengambil tempat di sisi Ameer Dylan. Sejak pertemuan pertama mereka malam itu,  hubungan Delina dan Ameer Dylan semakin intim. Malah Delina mempunyai kunci pendua banglo persendirian Ameer Dylan. Dia bangga kerana tiada wanita lain yang mempunyai keistimewaan sepertinya itu.

            “Malam ni you memang cantik…” Puji Ameer Dylan. Gaun labuh putih itu amat sesuai sekali dengan susuk tubuh Delina yang menggoda.

            “I mahu nampak sentiasa cantik di sisi you Dylan..”

            “That’s good. I sukakan kata-kata you. Malam ini you kena temankan I...” Ameer Dylan senyum penuh makna.

            Delina melakar senyuman di bibirnya.

            “I ambilkan you minuman…”

            “Okay.”

            Ameer Dylan bingkas bangun. Mata Delina tidak lari dari menatap setiap langkah Ameer Dylan yang penuh gaya itu. Lelaki seperti Ameer Dylan bukan mudah untuk ditawan.

            Ameer Dylan mengambil segelas minuman jus. Saat itu matanya tertacap pada susuk tubuh yang tidak jauh darinya. Dia melirik senyuman melihat gadis ayu yang bertudung litup di sisi seorang lelaki yang berkopiah putih dan wanita yang berbaju serta bertudung labuh itu.

            Pasangan itu adalah pemilik Teratak Murni, rumah kebajikan orang-orang tua tempat Sufi Alisha bekerja. Sufi Alisha pun ada bersama dalam majlis ini. Menarik!

            Laju Ameer Dylan menapak ke arah mereka. Dengan penuh hormat dia menyapa pasangan suami isteri terbabit. Sufi Alisha hanya mengerling lelaki itu dengan ekor mata. Dia tahu Ameer Dylan hanya berlakon. Sufi Alisha tidak mengendahkan Ameer Dylan. Dia ke majlis ini hanya untuk menemani majikannya sahaja. Dia juga tida menduga bertemu semula dengan Zairul Hisyam. Lelaki itu seakan mengelak darinya. Sufi Alisha tetap tenang dengan sikap Zairul Hisyam. Hatinya sedikit pun tidak tersentuh melihat Zairul Hisyam membawa  bakal tunangnya bersama. Dia sedar gadis seperti dia bukan pilihan orang tua Zairul Hisyam.

            Reaksi wajah Sufi Alisha yang tenang itu menyakitkan hati Ameer Dylan. Dia tidak faham mengapa gadis ini langsung tidak memandangnya. Bukankah semua gadis impikan lelaki seperti dia.

            Haji Fakrudin dan Hajah Solehah perasan akan lirikan nakal mata Ameer Dylan pada Sufi Alisha. Rohani ada memberitahu yang Ameer Dylan beberapa kali datang ke Teratak Murni mengacau anak gadis itu. Namun mereka yakin Sufi Alisha seorang gadis yang pandai menjaga diri dan bersemangat kental.

            “Dylan!” Delina menyapa lembut.

            Ameer Dylan menoleh.

            “Sorry Delina..I terlupa pada you.” Ameer Dylan tersengih.

            “Tidak mengapa…I just mahu beritahu yang I terpaksa beredar dulu. I ada urusan sedikit.” Delina mengucup pipi Ameer Dylan tanpa segan silu. Sempat dia berbisik pada telinga lelaki itu.

            Delina beredar. Sufi Alisha tidak terkata apa melihat Delina yang begitu seksi di matanya. Delina memang jelita dan bagi Sufi Alisha wanita itu secocok dengan Ameer Dylan. Haji Fakrudin dan Hajah Solehah saling berpandangan. Agaknya benang sekarnag sudah semakin kurang hingga Delina tidak cukup untuk menampal kain di tubuhnya itu.

            “Kami mohon beransur dululah Encik Ameer…”

            “Dah nak pulang?” Ameer Dylan mengerutkan dahi.

            “Sekadar menjenguk sekejap. Lagipun Dato’ Redzuan ni kawan sekolah dulu. Tak manis pula jika tidak datang.” Ujar Haji Fakrudin lembut.

            Ameer Dylan mengalih pada Sufi Alisha.

            “Ermm…bagaimana kalau I hantar Cik Sufi Alisha pulang.” Ameer Dylan menawarkan dirinya. Dapat dia berbual dengan gadis itu. Sufi Alisha asyik membisu sejak tadi.

            “Terima kasih Encik Ameer Dylan. Saya datang dengan kereta sendiri.”

            Arghhh! Melepas peluang lagi…

AMEER Dylan meletakkan kunci kereta di atas meja tamu. Dia bersandar kelesuan pada sofa empuk itu. Matanya dipenjamkan rapat. Hatinya tidak keruan dengan layanan dingin Sufi Alisha yang tidak pernah memberikan dia peluang untuk mendekati dirinya. Sepasang tangan melingkari lehernya. Ameer Dylan membukakan mata. Haruman itu kuat membuatkan nafsu lelakinya bergelora.

            Ameer Dylan bingkas bangun dan mendakap tubuh Delina yang sudah berpakaian tidur nipis itu. Delina tertawa halus dengan gelagat nakal Ameer Dylan. Hubungan mereka sudah lebih seperti suami isteri namun keduanya tidak mahukan sebarang ikatan dalam perhubungan mereka. Soal hukum halal dan haram mereka tolak tepi. Apa yang penting mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Delina tidak kisah menjadi perempuan simpanan kepada Ameer Dylan.

            “Dylan…betul ke you tiada langsung perasaan terhadap kaun wanita seperti I?” Soal Delina. Dia menarik selimut menutupi tubuhnya.

            Ameer Dylan memalitkan senyuman. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotaknya.

            “You rasa?”

            “Kalau you ada perasaan ‘cinta’ maka you sudah jatuh cinta dengan I. You tidak ada rasa cinta pada I kan?”

            “You memang bijak.”

            “You tak takut bermain dengan api?”

            “Kalau I takut I takkan bermain dengan you?” Ameer Dylan menarik dagu Delina. Delina menepisnya perlahan.

            “You memang jahat.” Delina menarik hidung Ameer Dylan.

            “I tak sesuai untuk memengang watak lelaki baik-baik. Dunia ini ada pelbagai jenis ragam manusia. Ada yang hanya tahu berpura-pura.” Ameer Dylan menghembuskan asap rokok di mulutnya.

            Delina mencebik. Dia tahu Ameer Dylan tujukan kata-kata itu kepada dirinya.

            “Kita sama-sama jahat. Tapi antara I dan you agaknya siapa yang lebih kejam.” Delina membalas.

            “Well…kita tunggu dan lihat siapa yang menang.” Ameer Dylan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Delina.

            Delina menjongketkan kening kanannya. Dia dan Ameer Dylan ada persamaan. Lelaki yang menarik seperti Ameer Dylan sukar untuk dia lepaskan. Tidak salah jika dia menjadi seorang yang tamak.

            Di luar banglo itu ada sebuah kereta diparkirkan agak berdekatan. Seorang lelaki bertubuh gembal hanya tersenyum sumbing sambil bersandar di pintu kereta. Lelaki bertubuh gempal itu menekan nombor pada telefon bimbit di tangannya.

            “Helo, boss!”

CANTIK bunga-bunga di sini. Segar dan sejuk mata memandang. Ligat jemari halus Sufi Alisha memilih beberapa kuntum bunga ros putih. Penghuni-penghuni Teratak Murni mesti suka apabila bunga ini menghiasi bilik mereka. Sufi Alisha tersenyum sendiri.

“CikSufi Alisha kita bertemu lagi. Sedang memilih bunga ke?” Ameer Dylan menegur dari belakang.

            Sufi Alisha menghela nafas kecil. Buat orang terkejut sahaja. Fikirnya dia tidak bertemu dengan lelaki ini lagi. Jika boleh dia tidak mahu bersua dengan Ameer Dylan. Dia tidak menyenangi sikap Ameer Dylan yang terlalu kemodenan itu. Lagi-lagi Ameer Dylan merendah-rendahkan kaum wanita sepertinya.

            “Boleh tak Encik Ameer Dylan memberikan salam dahulu sebelum menegur saya. Ya…saya sedang memilih bunga masakan mahu memilih daunnya pula.” Sufi Alisha membalas lembut.

            Terangkat kening Ameer Dylan. Terkena dia.

            “Bunga-bunga kat sini memang cantik, pandai Cik Sufi memilih kedai bunga ya?” Ameer Dylan mencapai sekuntum bunga ros putih lalu dihulurkan kepada Sufi Alisha. “Putih warna yang suci kata orang dan sesuai untuk you.”

            Sufi Alisha menyambut bunga itu dari Ameer Dylan. Dia memang sukakan ros putih tapi dia tidak bermakna dia sudah cair dengan pemberian lelaki itu.

            “Kalau you nak bagi untuk I maka you kena carikan I ros berwarna hitam.  Hati I hitam dan I lelaki yang jahat.” Sambung Ameer Dylan.

            Sufi Alisha agak tersentak sedikit. Ada ke bunga ros berwarna hitam. Sufi Alisha pelik sendiri.

            “Tiada manusia yang sempurna Encik Ameer Dylan.”

            “I sudah berulang kali katakan panggil saja I Dylan…Bibir you tak letih ke menyebut nama penuh I?” Nada suara Ameer Dylan dikeraskan sedikit. Geram betul dengan gadis ini.

            Sufi Alisha tersenyum. Nampaknya Ameer Dylan sudah hilang sabar dengan dia. Sufi Alisha tidak membalas dia meletakkan jambangan bunga ros putih yang dipilih itu ke kaunter pembayaran. Ameer Dylan laju membuntuti gadis itu. Sikap tidak mengalah membuatkan dia tegar mengekori gadis itu.

            “Lepaskan tangan I, Jason!” Suara wanita yang sedang melenting di dalam kedai bunga terbabit mengejutkan semua pelanggan di situ tidak terkecuali Ameer Dylan dan Sufi Alisha.

            Seorang wanita dan lelaki berbangsa cina sedang bertegang urat. Si lelaki pula mengasari wanita terbabit. Ameer Dylan membulatkan anak matanya melihat pasangan berkenaan. ‘Carolyn!’ Ameer Dylan tidak memberikan sepatah kata dua. Dia meluru dan menumbuk muka Jason. Jason jatuh terduduk meraba pipinya perit.

            Carolyn menyorok di belakang Ameer Dylan. Wajahnya sedikit pucat. Jason berang kerana proses penceraian mereka akan di bawa ke mahkamah. Carolyn sudah tidak tahan dengan sikap baran Jason yang sering-kali mencederakan dia dan Angie.

            “Dylan! Jangan you campur urusan I dan Carolyn. Dia masih wife.” Jason merengus.

            “Urusan Carolyn adalah urusan I juga. I tidak benarkan you apa-apa kawan baik I kalau you nak hidup lama!” Ameer Dylan menjegilkan mata.

            Sufi Alisha terpaku melihat adegan di depan matanya. Dia tidak suka pada Ameer Dylan tetapi tidak bermakna dia membenci lelaki itu. Ameer Dylan mengatakan dia jahat tetapi keprihatinan Ameer Dylan pada wanita itu tidak menunjukkan dia benar-benar jahat.

            “Huh! You fikir hal ini akan tamat di sini…” Jason bangun dan menuju ke pintu. Dia menolak pintu kaca itu lalu berlalu pergi dengan wajah yang tegang.

            “Terima kasih Dylan..” Ucap Carolyn.

            “I sudah cakap pada you tapi you degil masih tak mahu buat report pada polis. Ini untuk keselematan you dan Angie.”

            Carolyn menundukkan wajahnya. Dia baru mengayat Sufi Alisha timbul pula kekecohan di sini. Kalau orang lain memang dia tidak ambil peduli.

            “Sorry Dylan..”

            “Hmmm…”

            Ameer Dylan mengalihkan perhatiannya ke kaunter pembayara. Sufi Alisha sudah tiada di situ. Dia menghela nafas kecil melihat Sufi Alisha yang sudah berjalan keluar dari kedai bunga itu. Apa lagi laju dia menapak untuk mengejar gadis terbabit. Carolyn terpinga-pinga dengan gelagat Ameer Dylan. Apa yang tidak kena dengan Ameer Dylan. Kelibut semacam.

Friday, July 20, 2012

Nilai Cintanya.... - NC5


 “DYLAN…ayah bukan mahu mengongkong kehidupan kamu tetapi fikirkanlah apa yang kamu lakukan dengan baik-baik.” Tuan Haji Abbas sekadar memberikan nasihat.

            Ameer Dylan hanya tersenyum. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia sudah biasa mendengar ceramah yang bertauliah dari ayah angkatnya itu. Urusan peribadinya dia tidak mahu ayah angkatnya masuk campur. Kalau dia yang jahat hanya dia seorang dan tidak melibatkan lelaki itu. Dia tidak mahu merosakkan reputasi ayah angkatnya di depan media atau orang lain.

            “Kamu dengar tak apa yang angkat cakapkan ni?”

            “Ayah…kita perlu ke bilik mesyuarat sekarang.” Ameer Dylan menukar topik perbualan.

            Tuan Haji Abbas mengeluh kecil. Ameer Dylan asyik mengelak bila dibicarakan tentang dirinya. Tuan Haji Abbas sentiasa memanjatkan doa moga suatu hari nanti Ameer Dylan akan berdubah.

            Di bilik mesyuarat Ameer Dylan membangkang keras usul yang dicadangkan oleh salah seorang wakil kontraktor itu. Ternyata setiap patah katanya tiada yang mengajuk. Rata-rata mereka yang menghadiri mesyuarat itu berpuas hati dengan alasa yang dinyatakan anak muda itu. Ianya amat kukuh, pihak kontraktor harus menkaji semula usul yang mereka berikan. Jangan hanya mementingkan keuntungan tetapi hasilnya tidak berkualiti. Mereka tidak mempertikaikan kewibawaan Ameer Dylan dalam menguruskan syarikat besar itu. Tuan Haji Abbas memang tidak salah memilih warisnya.

            Tuan Haji Abbas sendiri berpuas hati dengan kerja Ameer Dylan. Anak angkatnya itu memang tidak pernah mengecewakan dia. Ameer Dylan tersenyum puas. Tiada sesiapa lagi yang boleh mempertikaikan dia selaku sebagai pengarah syarikat.

            “Tuan Haji…boleh kita bercakap sebentar.” Puan Mariam menghalang laluan Tuan haji Abbas.

            Tuan Haji Abbas memberikan isyarat agar Ameer Dylan mengikuti yang lain. Dia tahu Puan Mariam hanya mahu berbicara dengannya sendirian.

            Wajah murung Puan Mariam menjadi tatapan mata redup Tuan Haji Abbas. Dia boleh agak masalah yang membelenggu wanita itu.

            “Saya faham perasaan kamu…tetapi kita kena berikan masa buat Dylan.”

            “Saya tahu Tuan Haji tetapi lambat-laun hal ini akan sampai sendiri kepada Dylan.” Puan Mariam gelisah. “Saya banyak buat silap Tuan Haji…”

“Mariam…kamu sudah buat yang terbaik.”

Puan Mariam membisu. Semakin hari hatinya kian meronta-ronta untuk menyatakan kebenaran itu kepada Ameer Dylan namun dia takut sebaliknya pula yang berlaku.

PUAN Mariam memulas tombol pintu wad persendirian itu perlahan. Wajahnya masih murung. Sukar untuk dia menunaikan permintaan yang satu ini. Wanita yang sdang duduk di atas kerusi roda itu direnung simpati. Tuan Haji Abbas turut berada di sisinya. Lelaki itu telah banyak memberikan budi buat mereka. Budi yang tidak termampu untuk dibalas.

            Puan Mariam masih tidak berganjak di muka pintu. Hatinya rawak. Bagaimana harus dia katakan pada wanita itu. Tuan Haji Abbas sudah melangkah masuk. Lelaki itu selalu tenang begini.
            “Assalamualaikum…puan…”

            Wanita di atas kerusi roda itu mengangkatkan wajahnya. Segaris senyuman terukir.

            “Waalaikumusalam, Tuan Haji…Mariam pun ada bersama…”

            Puan Mariam tersenyum tawar.

            “Ermmm…” Kata-kata tidak terungkap di bibir Puan Mariam.

            “Puan…berikan lagi masa ya.”

            Wanita itu merenung ke jendela.

            “Tuan Haji....masa tidak menunggu saya.”

            “Puan…saya faham perasaan puan. Saya sudah berjanji dengan puan maka janji itu tetap saya tunaikan.” Tenang Tuan Haji Abbas menuturkan kata.

            Wanita itu menundukkan kepala.

            “Ini balasan Tuhan pada saya…lihatlah keadaan diri saya sekarang Tuan Haji…” Air mata laju membasahi kedua belah pipinya yang cengkung itu.

            “Puan…Allah maha pengasih dan penyayang….sama-sama kita berdoa puan. Moga setiap jalan yang berliku ini ada petunjuknya…”

            Wanita itu mengesatkan air matanya yang mengalir.

            “Ya Allah…ampuni hambamu ini…berikan hambamu ini peluang untuk menembusi segalanya…” Bisik hati kecilnya.

            “Jangan berputus asa ya puan…” Tuan Haji Abbas memujuk lalu tersenyum.

            Wanita itu menganggukkan kepalanya. Puan Mariam menghela nafas kecil. Lega kerana kehadiran Tuan Abbas mampu memujuk hati wanita itu. Sungguh dia sudah mati akal.

            “Terima kasih Tuan Haji…”

“KAK Sufi! Jeff nak lima ratus.” Jeffry sudah menghulurkan tangannya. Sufi Alisha yang sedang mengemaskan cadar di salah sebuah bilik penghuni rumah orang-orang tua itu hanya memandang sekilas pada adik tirinya itu.

            Sampai ke sini adik tirinya itu mencari dia untuk meminta wang. Jeffry naik berang melihat sikap tidak endah Sufi Alisha.

            “Kak Sufi pekak ke?” Dia sudah mula melenting.

            “Kak Sufi dengar…” Sufi Alisha membalas lembut.

            Jeffry merengus kecil. Dia renung tajam Sufi Alisha. Kakak tirinya itu memang cantik, lemah-lembut, baik budi pekerti dan agamanya…Rasa jatuh sayangnya pada kakak tirinya itu sudah melepasi batasan seorang adik dan kakak. Erti kata lain dia cintakan Sufi Alisha. Perasaan cinta itu yang menyebabkan dia melayan Sufi Alisha dengan kasar dan melakukan onar untuk menyakiti Sufi Alisha.

            Hati Jeffry sering merintih. Mengapa Sufi Alisha mesti menjadi salah seorang ahli kerluarganya? Mengapa takdir mempermainkan dia?

            “Kak Sufi tidak akan berikan wang untuk judi dan arak.” Sufi Alisha mengalihkan pandangan matanya ke arah Jeffry.

            “Jangan sampai Jeff buat masalah di sini…” Intonasi suara Jeffry masih meninggi. Dia tidak mempedulikan penghuni-penghuni di situ memandangnya. Bukan tidak biasa dia mengherdik Sufi Alisha di rumah orang tua-tua ini. Cuma dia tidak pernah mencederakan kakak tirinya itu lagi.

            “Pernahkah Jeff fikirkan masa depan Jeff? Fikirkan baik buruk…halal dan haramnya apa yang Jeff buat tu. Mengapa mahu catitkan segala perbuatan Jeff itu hanya di sebelah kiri. Ke mana amalan di sebelah kanan Jeff?” Sufi Alisha masih berlembut. Dia tidak pernah mendengar kakak tirinya itu melenting. Sikap sabar dan keras kepala Sufi Alisha menjadikan dia seorang yang sabar dengan kerenah ibu dan adik-beradik tirinya.

            “Jangan nak ustazahlah kak! Jeff tidak berminat mahu mendengar ceramah Kak Sufi tu.”

            Sufi Alisha tersenyum.

            “Kak Sufi memang mahu jadi ustazah tapi cita-cita tak kesampaian.” Ada nada gurauan di situ.

            Senyuman manis Sufi Alisha membuatkan hati Jeffry tidak keruan. Jangan biarkan perasaan menguasai kau Jeffry! Ingat dia adalah kakak tiri kau. Kau dan dia ada pertalian darah yang tidak boleh dipisahkan. Haram untuk kau jadikan dia milik kau!

            “Kak Sufi jangan naikkan darah Jeff!”

            “Kak Sufi tetap tidak akan berikan Jeff wang. Kak Sufi tidak suka wang hasil titik peluh Kak Sufi dijadikan taruhan dan arak.”

            Jeffry terpana.

            Sepasang tangan memberikan tepukan. Entah sejak bila Ameer Dylan berada di situ menyaksikan sedikit pengolakan drama kekeluargaan di depannya. Jeffry mengetap bibir. Siapa pula tetamu tidak diundang ini? Teman lelaki kakak tirinya itukah? Setahu dia lelaki ini bukan Zairul Hisyam.

            “Dramatik sekali…” Ameer Dylan mengusap dagunya. Dia masih tidak mengalah untuk memikat Sufi Alisha.

            “Siapa kau? Jangan campuri urusan aku dengan kakak aku?” Jeffry yang terkenal dengan sikap panas baran itu sudah meluru dan menarik kot yang dipakai oleh Ameer Dylan.

            “Sungguh kurang sopan adik you Cik Sufi Alisha tetapi I maafkan sebab dia bakal adik ipar I.”  Ameer Dylan sudah mencengkam pergelangan tangan Jeffry lalu memulasnya. Jeffry menjerit kesakitan.

            Sufi Alisha tidak mengendahkan dua lelaki itu. Dia mengangkat cadar-cadar kotor itu lalu dia letakkan dalam raga besar yang disediakan. Dia perlu menyudahkan kerja-kerja sebelum petang berlabuh.

            “Kak Sufi…balik nanti kita selesaikan hal ini.” Jeffry berlalu sambil mengurut-urut pergelangan tangannya.

            Ameer Dylan merapati.

            “Boleh I hulurkan bantuan…”

            Sufi Alisha mengerling lelaki yang sudah berada di sebelahnya itu. Dia menjarakkan sedikit dari lelaki itu.

            “Saya boleh melakukan sendirian. Atas urusan apa Encik Ameer Dylan mahu bertemu dengan saya?”

            “No..no…” Ameer Dylan mengoyangkan jari telunjuknya. “Panggil I Dylan saja..”

            Sufi Alisha tersenyum.

            “I suka dengan senyuman you…menawan hati lelaki I.”  

            Sufi Alisha menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Maaf Encik Ameer Dylan…saya masih ada kerja yang perlu saya uruskan. Boleh

berikan saya laluan.” Sufi Alisha sudah mengangkat raga yang berisi dengan cadar itu.

            “You layan I pun satu kerja juga…”

            Wajah ayu Sufi Alisha berubah. Dia dapat tangkap akan maksud kata-kata Ameer Dylan itu.

            “Jangan menilai maruah gadis seperti saya serendah itu Encik Dylan…” Kali ini pandangan mata Sufi Alisha tidak lagi selembut sebelum ini.

            “Cik Sufi Alisha…jangan berselindung di sebalik topeng.” Ameer Dylan sengaja mahu menguji gadis itu.

            “Atau awak yang sebenarnya berselindung di sebalik topeng itu Encik Ameer Dylan?” Sufi Alisha membidas.

            Terkunci rapat mulut Ameer Dylan. Terketap-ketap bibirnya. Dia turut memberikan reaksi yang tidak menyenangkan.

            “Jangan bazirkan masa saya Encik Ameer Dylan. Saya tidak suka membuang masa saya setiap detik untuk sesuatu yang tidak berfaedah.” Sufi Alisha melintasi Ameer Dylan.

            Perempuan ini…berani dia mempersendakan aku! Ameer Dylan tidak berdiam diri begini. Dia pasti akan menundukkan Sufi Alisha. Sufi Alisha akan berada dalam genggamannya.

bersambung...