Tab Menu

Followers

Friday, December 28, 2012

Nilai Cintanya....NC 21



BENARKAH Sufi Alisha melarikan diri? Ameer Dylan tidak senang duduk. Majlis pernikahan mereka hanya dua minggu lagi dan gadis itu telah menghilangkan diri pula. Ameer Dylan mengusap dagu.

            Bertenang Dylan…bertenang…kalau kau gelabah begini memang kau tidak boleh berfikir secara waras. Kau mesti cari Sufi Alisha sampai dapat. Semua masalah ini berpunca dari Delina. Celaka! Aku tidak boleh kalah dalam permainan ini. 

            Ameer Dylan meninggalkan mesej kepada Azie, setiausahanya. Dia mengambil cuti kecemasan. Semuanya kerana Sufi Alisha. Dia akan mencari gadis itu sampai dapat. Apa jua halangan yang bakal ditempuhi gadis itu mesti menjadi miliknya.

            Tuan Haji Abbas agak berang apabila mengetahui masalah yang menimpa Sufi Alisha. Kesian gadis itu…siapa yang berhati busuk yang menganiayai Sufi Alisha sedemikian rupa. Mahu diamuk kepada Ameer Dylan, anak angkatnya itu sudah lesap. Azie memberitahu yang Ameer Dylan ada hal kecemasan. Dia yakin Ameer Dylan mencari Sufi Alisha. Sedikit sebanyak hati tuanya lega kerana Ameer Dylan mengambil berat hal terbabit.

            Langkah tapak Ameer Dylan laju menuju ke arah keretanya. Tempat pertama yang akan ditujui adalah rumah kebajikan orang tua itu. Dia harus bertanyakan ke mana hilangnya Sufi Alisha di penghuni yang bernama Umi Embun itu.Wanita itu semestinya tahu di mana Sufi Alisha bersembunyi sementara ini. Namun usahanya sia-sia kerana Umi Embun  dan penghuni lain di rumah kebajikan itu tidak mengetahui di mana Sufi Alisha berada.

            Ameer Dylan merasa lelah. Dia meraup rambutnya ke belakang. Dia tidak menuju ke rumah Sufi Alisha kerana dia tahu ibu tiri dan adik-beradik tiri Sufi Alisha tiada gunanya untuk ditanya di mana Sufi Alisha berada. Mereka hanya mementingkan wang dan kekayaan yang bakal mereka perolehi. Maka Ameer Dylan menghubungi Carolyn. Mujur Carolyn sudi menemuinya waktu ini.

            “Dari mula lagi you patut padam gambar-gambar itu. You tahu akan natijahnya bila gambar itu jatuh ke tangan orang macam Delina? Kalau I di tempat Sufi pun I akan berasa malu dan melarikan diri.” Desis Carolyn. 

            “I tahulah I silap.”

            “You tak cuba tanya teman-teman rapat dia?” 

            Ameer Dylan menggeleng perlahan. “I manalah tahu teman-teman rapat dia. Setahu I lah dia hanya rapat dengan penghuni rumah kebajikan tu.” 

 “You tu hanya pentingkan diri sendiri saja. I tak faham betul kenapa Sufi sanggup mahu berkahwin dengan lelaki tak berguna macam you.” 

            Kelat muka Ameer Dylan.

            “I tak paksa dia menerima lamaran I. Dia sendiri yang bersetuju dan majlis kami semakin dekat.”

            “Cuba you ingat baik-baik siapa lagi yang Sufi rapat selain penghuni di rumah kebajikan orang tua tu.”

            “Arghhhh!” Ameer Dylan mencengkam kepala. Di mana lagi harus dia mencari Sufi Alisha. Dia bukan kenal dengan mendalam akan perihal gadis yang keras kepala itu.

            Carolyn memerhati sahaja gelagat Ameer Dylan. Dia agak hairan dengan kegelisahan yang terpapar pada wajah Ameer Dylan. Penting sangat Sufi Alisha kepada Ameer Dylan sedangkan Ameer Dylan hanya mahu mempermainkan gadis itu dalam ikatan perkahwinan. Eloklah sangat Sufi Alisha melarikan dari ‘bad boy’ ni. Sufi Alisha tidak layak buat lelaki seperti Ameer Dylan. 

            “I rasa ada seseorang yang tahu Sufi berada di mana?”

            “Siapa?” 

            “Wanita tua tu…”

            “Siapa wanita tua tu?”

            Ameer Dylan tersenyum. Wanita yang dipanggil Makcik Anum akan dicari…



TERKAAN Ameer Dylan memang tepat. Sufi Alisha berada bersama Makcik Anum itu. Dia boleh menarik nafas lega. Mujur saja orang upahannya dapat mencari Makcik Anum dengan mudah. Ameer Dylan tidak berlengah-lengah lagi untuk menemui Sufi Alisha. Jika Sufi Alisha membatalkan majlis pernikahan mereka maka orang pertama yang dia kerjakan adalah Delina.

            Kehadiran Ameer Dylan di vilanya seakan sudah dapat diduga oleh Madam Jesse. Madam Jesse menyambut Ameer Dylan dengan senang hati. Ameer Dylan memandang wanita di depannya itu dengan wajah keruh. Dia masih tidak melihat kelibat Sufi Alisha di vila itu. Hatinya tidak keruan selagi tidak nampak Sufi Alisha.

            “Jemput duduk dulu Ameer…” Ujar Madam Jesse lembut. Wajah yang sebelum ini lesu dan tidak bermaya kini tampak bersemangat. 

            “Mana Sufi?” Sufi Alisha sahaja yang berada di fikirannya kini.

            Madam Jesse tersenyum.

            “Sufi ada di taman belakang vila ini. Ameer mahu makcik panggilkan dia?”

            “Tak perlu. Saya sendiri cari dia. Makcik tunjukkan saja jalannya.”

            Madam Jesse mengangguk.

KEHADIRAN Ameer Dylan sedikit pun tidak mengejutkan Sufi Alisha. Ameer Dylan merasa geram melihat wajah Sufi Alisha yang seperti tidak berlaku apa-apa itu. Boleh pula Sufi Alisha membuat kerja separuh masa di taman ini.

            Dia merapati Sufi Alisha tanpa mengendahkan lagi Madam Jesse. Sufi Alisha yang sedang menyusun pasu-pasu bunga itu behenti dari meneruskan kerjanya. Sufi Alisha mengesat peluh dingin yang mengalir di dahinya. 

            “Sufi Alisha…”

“Encik Ameer takut saya lari ya?” Sufi Alisha cuba menduga. Bibirnya menguntumkan segaris senyuman.

Ameer Dylan membisu. Dia sudah risau separuh nyawa, gadis itu masih boleh berlagak selamba. Mana hendak diletakkan muka ini jika perkahwinan mereka tidak jadi? Bukan mudah berulang-alik untuk urusan perkahwinan di pejabat agama. 

“You jangan bermain tarik tali dengan I.”

 “Siapa yang bermain tarik tali Encik Ameer?”

Sekali lagi Ameer Dylan terdiam. Dia renung raut wajah mulus Sufi Alisha tajam.

“You dah janji dengan I. Tak elok you nak mungkir janji dengan I. Munafik tahu.” Pandai pula Ameer Dylan berkata-kata.

“Encik Ameer ni adakala macam budak-budak juga.” Sufi Alisha ketawa kecil. 



“You jangan nak jatuhkan air muka I.” 


            “Encik Ameer…saya dah janji maka saya akan tunaikan. Encik Ameer tak perlu risau ya. Lagipun saya cuma nak tenangkan hati saya untuk sementara waktu di sini.”


            “Bagus you ingat janji you. I ingat you sudah larikan diri pasal gambar-gambar you itu.” Ameer Dylan mengangkat alis keningnya.

            “Saya tahu itu bukan kerja Encik Ameer. Sedikit sebanyak ianya ada menjejaskan semangat saya. Siapa nak percayakan kebenarannya tambahan pula cerita dari gadis seperti saya ini.” 

            “Itu memang bukan kerja I. I akan bersihkan nama you. Dengan adanya wang semua perkara boleh dibuat.” 

            Ameer Dylan masih bangga dengan wang yang dia miliki. 

            “Tidak mengapalah Encik Ameer…tidak perlu gunakan wang Encik Ameer untuk bersihkan nama saya.” Sufi Alisha menolak.

            “Mana boleh. You bakal isteri I dan I tak mahu nama you kotor.” Ameer Dylan berkeras. Sufi Alisha gelengkan kepala.

Madam Jesse turut mengulum senyuman senang hati. Ameer Dylan bakal berkahwin. Sufi Alisha adalah gadis pilihan yang tepat. Sufi Alisha pastinya dapat membentuk anak lelakinya itu. Dia tidak mahu melihat Ameer Dylan terus hanyut dengan dunia