Tab Menu

Followers

Saturday, January 3, 2015

DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU (BAB 5, BAB 6) - versi edit


CONGRATS Encik Elman. I hope you berikan yang terbaik kepada Pacific Holdings.”
            “Insya-Allah… Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada Mentari Construction.” Elman datang ke Pacific Holdings tepat pada waktu yang dijanjikan.
            Elman sudah boleh menarik nafas lega. Malah Weir turut akan membantu mengatasi masalah kewangan di dalam syarikatnya. Pada Elman, Weir seorang yang bermurah hati. Dia terhutang budi dengan lelaki itu. Elman tidak tahu muslihat di sebalik kebaikan yang dipamerkan oleh Weir. Ada topeng berselindung di situ.
            Elena Maria mencuri pandang ke arah Weir. Hatinya tertarik dengan lelaki itu. Lupa seketika pada wajah tunangnya. Weir menyedari yang dirinya menjadi perhatian Elena Maria. Anak bongsu kepada arwah Dato’ Ariffin. Tercari-cari juga bayang Eleanor. Nampak anak kedua kepada arwah Dato’ Ariffin tidak bekerja di bawah Mentari Constructions.

Friday, January 2, 2015

DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU (BAB 3. BAB 4) - versi edit

PAGI-pagi lagi Hairie sudah terpacak di depan pagar rumah teres dua tingkat itu. Eleanor mahu saja baling lesung batu di dapur pada muka Hairie. Muka monyok Eleanor menjadi tatapan mata Aleeza. Eleanor membuat isyarat mata ke arah jendela. Aleeza menarik langsir yang menutupi jendela. Terbuntang luas matanya. Hairie sedang menanti di luar rumah mereka dengan sejambak bunga. Pujuk perempuan mesti bagi bunga. Kalau pujuk bagi kereta sebiji mungkin dia akan pertimbangkan.
            “Jantan meroyan tu ganggu kau lagi?”
            “Dia fikir dengan bagi bunga pada aku, aku akan maafkan. Pleaselah… maaf dari aku mahal harganya. Tak sama dengan harga sejambak bunga dan coklat tu.”
            Aleeza duduk di sebelah Eleanor.
            “Kau tak mahu bagi chance pada dia?”
            Gangguan Hairie yang berterusan menyebabkan dia terpaksa menipu pada Dato’ Bakri yang dia tidak sihat. Dia meminta cuti sakit dengan potongan gaji walau pun dia tahu Dato’ Bakri tidak akan memotong gajinya.

DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU (BAB 1, BAB 2) - versi edit


(*Mungkin ada yang tidak baca di Ilham Karya jadi saya masukkan dalam blog juga. :)

“EL tidak bersetuju?” Eleanor naik berang.
            Papa mahunya ke sini hanya untuk aturan perkahwinannya. Riak wajah Dato’ Ariffin berubah melihat tingkah anak gadisnya itu.
            “Duduk dulu El.” Jemput Puan Marlia lembut.
            “No, thanks.” Eleanor menyilangkan tangannya.
            “El, duduk dulu. Kita discuss.” Pujuk papanya.
            “Perkahwinan ini tidak akan terjadi. Muktamad!” Rengus Eleanor lalu mengorak langkah keluar dari restoran tersebut.
            “I’m sorry Mar.” Dato’ Ariffin bergegas mengekori langkah anak gadisnya. Puan Marlia dan dua lagi tetamu itu tertegun di tempat duduk masing-masing.
            Eleanor membuka pintu keretanya.
            “El!” Dato’ Ariffin melolos masuk ke dalam kereta anak gadisnya itu.
            Eleanor menghidupkan enjin keretanya. Eleanor mendengus kecil sambil memusingkan stereng keretanya.