Tab Menu

Followers

Wednesday, October 1, 2014

NILAI CINTA SEJATI - BAB 4



SEBUAH pub di ibu kota. Ameer Dylan duduk dengan wajah yang mencuka. Malam ini Carolyn tidak sudi mahu menemaninya. Sibuk dengan ‘masalah’ Jason yang tidak sudah-sudah. Dia bersendirian melayan perasaan. Tiga gelas air coke telah habis diteguknya. Tidak seronok pula duduk berseorangan begini. Bosan! Ameer Dylan memusingkan kerusi yang didudukinya. Rambang mata nakalnya melihat gadis-gadis genit yang sedang menari sakan bersama pasangan masing-masing. Dia cuba mencari mangsa untuk malam ini. Mana tahu dapat menjerat si jelita untuk peneman di kala sunyi.