Tab Menu

Followers

Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK!

Pejam celik-pejam celik kita bakal menyambut bulan Ramadan dan selepas itu Hari Raya Aidilfitri. Bab bangun nak sahur ini yang malas. Hehehehe...tapi kena sahur juga walaupun hanya minum segelas air. Saya ni tak berapa kisah sangat pasal makan. Kalau pergi bazar pun berli kuih dan apa yang nak dimakan. Contohnya Mihun sup ke? Bulan ramadan pun makan tak banyak just minum air yang lebih. Hehehehe..

Gembira tidak terkata bila bos bagi cuti 1 Ogos dan 2 Ogos 2011. Tq bos! Yes, Boss! (Teringat pulak pada novel karya Areila Sahimi yang kini sedang dalam pembacaanku. Best-best!) Apalagi cuti balik kampunglah. 27hb Ogos 2011 kena berada di BOOKFEST pulak. Ada Anugerah Pilihan Pembaca berita Harian.

Oklah pembaca 'Laman Kita Mencoret'! Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa! Puasa penuh tahu! ^_^)) Kalau yang perempuan tu, faham-faham sajalah ye.



Thursday, July 28, 2011

Manuskrip Queen Control

Alhamdulillah...Kini pihak Kaki Novel telah meminta manuskrip 'Queen Control', jadi kini saya sedang berusaha menyiapkan manuskrip ini selepas Coke and Sundae II. Rezaki kata orang ^_^)) terlebih maklum saya memang senang bekerja sama dengan Warga Kaki Novel. Cover Kaki Novel sentiasa buat saya rasa tertarik. Mudah-mudahan Kaki Novel dimurah rezeki sentiasa. Seperti sedia maklum saya akan berehat dalam masa setengah tahun (Setelah berfikir masaka-masak) setelah menyiapkan manuskrip 'Queen Control' nanti. Blog di sini tidak menyepi akan sentiasa aktif apabila saya ada masa untuk mencoret. 

Untuk pembaca 'Queen Control' sama-sama kita doakan agar novel ini mampu menjadi tarikan umum. Saya berfikiran terbuka menerima kritikkan anda. Mungkin ada segelintir yang tidak menyenangi cara penulisan saya yang adakalanya sempoi dan ringan Hehehehehe...^_^)) Saya sedia menerima teguran juga. 

Akhirnya sekali nak cakap...happy nya 'Queen Control' juga bakal jadi versi cetak ^_^)) Saya akan berusaha buat yang terbaik!!! 



Monday, July 25, 2011

Special Bab - Coke and Sundae II (Bab 35)

“PEREMPUAN tak guna!” Katrina meluru ke arah Azyan.

            Azyan tidak sempat mengelak apabila tubuhnya ditolak kasar oleh Katrina hingga dia tidak dapat mengimbangkan diri lalu jatuh dari tangga tersebut. Sakitnya pada celah kelakangnya semakin perit. Azyan mengerang melihat darah pekat yang mengalir. Katrina tersenyum puas. Biarkan Azyan mati! Dia akan memiliki Syakir seorang. Katrina segera beredar sebelum ada mata yang memandang perbuatan kejinya. 

            Azyan terkapai-kapai mencapai tangga. Dia cuba menjerit namun kerongkongnya bagaikan tersekat. Pandangan mata Azyan mula berpinar-pinar dan otaknya menjadi kaku. Bunyi jeritan semakin sayup-sayup kedengaran di telinganya. Pandangannya mulai kelam dan mengecil. Azyan rebah  di sisi tangga itu. Suara di sekelilingnya timbul tenggelam. 

            Wajah cemas Salwa tidak dapat dibayangkan apabila menemui Azyan terjelepuk di tangga dengan darah. Dia tidak henti-henti menghubungi Syakir yang sedang menjalani kursus di luar Kuala Lumpur. Panggilan yang dibuat tidak berjawab. Salwa merengus kecil. Keadaan genting begini Syakir pula buat hal menutup telefon bimbitnya.

            “Wawa…macam mana dengan Yan?” Azuan yang baru tiba memanggil. Salwa segera berpaling. 

            Raut resah pada Salwa membuatkan hati Azuan kian dilanda kegelisahan. Beberapa minggu lalu Anuar baru kehilangan isteri dan anak-anaknya dalam letupan di Dubai. Kini Azyan pula ditimpa musibah. 

            “Apa yang berlaku?” soal Azuan. 

            “Saya tak pasti? Dia kata mahu ke tandas selepas menjalani pemeriksaan dengan Doktor Anne. Saya rasa tidak sedap lalu pergi mencari dia. Saya jumpa dia sudah terjelupuk di tangga. Mungkin dia tergelincir ketika turun tangga. Sepatutnya saya ikut sahaja ke mana dia pergi.” Salwa mengusap wajahnya. Rasa kesalnya menggunung kerana membiarkan Azyan sendirian.

Berkerut dahi Azuan. Setahu dia Azyan cukup menjaga keselamatan dirinya yang sedang sarat mengandungkan anak kedua itu. Bagaimana Azyan boleh tergelincir dari tangga? Firasat Azuan kuat mengatakan yang Azyan tidak mungkin akan jatuh tergelincir sendiri.

Kebetulan Katrina lalu berdekatan dengan laluan koridor bilik kecemasan itu. Azuan segera menahan Katrina. Segala masalah rumahtangga Azyan berpunca dari wanita yang perasan cantik sangat ini. Dia tidak faham mengapa wanita ini sanggup melukakan hati kaum sejenisnya. Kalau sudah mengaku dia hebat sangat, mengapa tidak memilih lelaki yang berjawatan tinggi atau berstatus tingi seperti Dato’ atau Tan Sri?

            “Hey perempuan!” Azuan menolak bahu Katrina. Wanita itu tersandar pada dinding.

            Katrina menjegilkan biji matanya. Dia tidk senang dengan perilaku kasar abang Azyan ini. Rumahtangga adiknya porak peranda bukan masalahnya. Siapa hebat maka dia adalah pemenangnya. Azyan itu lembik dan si dungu!

            “Jangan berani ingin mengasari I? I report pada pihak atasan hospital nanti.” Desis Katrina.

            “Kau fikir aku takut! Adik aku jadi begini mesti kerja kau kan? Perempuan jahat! perempuan gatal!” 

            Katrina mengukir senyuman sini di hujung bibir mungilnya.

            So what? You ada bukti untuk menuduh I? Adik you itu yang bodoh sebab berani mencabar I.” ujar Katrina dengan megahnya.

            “Kau!” Azuan hampir melayangkan penumbuknya pada muka jelita Katrina. Terketap-ketap giginya menahan amarah yang sedang panas di hati. 

            Katrina ketawa kecil. Geli hati dia melihat kelakuan Azuan itu. Azuan tidak mungkin akan berani mengapa-apakan dia jika Azuan berfikiran bijak. 

            Salwa juga turut tersentak melihatnya. Ini pertama kami dia melihat Azuan baran. Azuan seorang yang sukar menunjukkan emosi marahnya kepada sesiapa. Azuan tidak pernah serius begini? 

            “I rasa lebih you berdoa adik you selamat. I takut kalau-kalau dia mati nanti maka I minta minta maaf dengan you sajalah untuk pihak dia. Tapi kalau dia hidup doakan dia tidak jadi gila selepas keguguran nanti.” Katrina tersengih. Dia melintasi Azuan dan Salwa dengan muka selambanya. Tiada rasa kesal atau perasaan bersalah bersarang pada hati yang sudah busuk itu!

            Azuan memandang lenggok Katrina dengan pandangan meluat. Salwa segera merapati Azuan. Tiada apa yang dapat dia lakukan selain menenangkan perasaan Azuan yang tidak keruan.

SYAKIR mengerling Azyan yang sedang terbaring di atas katil itu dengan renungan yang maha tajam. Tiada kemesraan terlakar pada wajah Syakir. Syakir seakan tidak menghiraukan keadaan Azyan yang lesu akibat keguguran. Kelainan pada wajah Syakir turut dirasai oleh Azyan. Syakir sudah berubah sama sekali sejak pertengkaran yang tercetus antara dia dengan Katrina. Syakir menyalahkan dia kerana menyerang Katrina. Azyan cukup terkilan dengan keprihatinan Syakir pada Katrina pada masa itu. 

“Yan memang sengajakan buat jatuh-jatuh! Yan bunuh anak kita! Kemudian Yan buat cerita Kat tolak Yan.” suara Syakir memetir. Azyan tersentap.

“Astagfirullahaladzim…Yan tak tergamak nak bunuh baby dalam kandungan Yan ni bang. Sampai hati abang tuduh Yan!” Air mata Azyan merembes keluar. Hatinya pedih dengan tuduhan tidak berasas Syakir itu.

“Syakir!” suara Azuan bergema. Dia cukup tidak senang hati tuduhan Syakir kepada Azyan. Syakir langsung tidak menjaga perasaan Azyan yang sudah kehilangan anak di dalam kandungan. 

Syakir dan Azuan saling berpandangan. Azuan sudah berdiri di hadapan Syakir. Kalau ikutkan rasa marah sudah lama dia tumbuk muka adik iparnya itu. Syakir yang ini bukan lagi Syakir yang dikenali dulu. 

“Ini urusan saya dan Azyan. Kau tak berhak campur tangan!” getus Syakir. Nadanya meninggi.

“Azyan tetap urusan aku juga! Dia adik aku!” Azuan turut menaikkan nada suaranya juga.

“Huh! Kau fikir aku kisah sangat pasal adik kau ini? Zuan…adik kau ini menyusahkan hidup aku! Dia bunuh aku sebab ingin membalas dendam dengan aku kerana aku nak nikahi Katrina.” 

Semakin sebak dada Azyan. Teresak-esak dia menangis di dalam pangkuan Salwa. Kata-kata Syakir sungguh kejam!

“Kalau kau tidak suka pada adik aku, lepaskan dia!” Azuan tidak sanggup melihat jiwa Azyan terseksa kerana Syakir.

No! No! No! Dia kena tengok aku melangsungkan pernikahan aku dengan Katrina dulu. Aku mahu dia gantung tidak bertali. Itu hukuman untuk dia kerana membunuh anak aku!” 

“Syakir! Kau memang melampau!” celah Salwa. 

Azuan memaut leher kemeja Syakir. Kali ini Azuan tidak mampu bertahan. Penumbuk sulungnya hinggap pada muka Syakir. Syakir tersasar ke belakang melanggar dinding di dalam bilik wad itu. Dia mengesat darah yang mengalir di bucu bibir


Wednesday, July 20, 2011

Queen Control - bab 16

“MANA pulak dia pergi?” Putri Tasnim mengetapkan bibir melihat rumahnya yang kosong. Masakan Tiryaq lari dari rumah? 

            Putri Tasnim memeriksa almari yang menempatkan pakaian Tiryaq. Putri Tasnim menarik nafas lega. Pakaian Tiryaq masih tersusun rapi. Tapi ke mana lelaki itu pergi? Tiada nota seperti kebiasaan yang Tiryaq tinggalkan? Putri Tasnim kerutkan dahi. Dia bukannya tahu tentang latar belakang Tiryaq. Apa dia tahu Tiryaq adalah seorang pelukis jalanan yang selekeh.

            Putri Tasnim duduk di atas sofa melepaskan lelah. Kebiasaanya Tiryaq akan menyediakan segelas air untuknya namun tidak pada malam ini. Malas-malas Putri Tasnim bingkas bangun mengambil minuman di dalam peti sejuk. Dia mencapai sekotak jus oren itu lalu dia tuangkan dalam gelas. Perutnya berkeroncong pulak! Dia merengus kecil. Tiada makanan terhidang di atas meja bersaiz sederhana kecil itu. Tiryaq memang mahu kena hokum dengan dia agaknya. Kalau mahu keluar pun janganlah lupa masakkan makanan untuknya dulu. Dia bukannya pandai memasak. Setakat celup maggi dalam air panas bolehlah. Dia bukan calon menantu yang paling sesuai untuk anak-anak teruna di luar sana itu.

            Sekali lagi Putri Tasnim merengus. Stok magginya sudah tiada. Dia lupa menyuruh Tiryaq membelinya di pasaraya kelmarin. Dia malas mahu makan malam di luar. Badannya sungguh letih. Kerja di Elite tidak pernah surut sejak dia mendapat kontrak iklan bersama Mr. Don.
            “Tiryaq!” Putri Tasnim mula menjerit macam orang tidak siuman.

“ABANG!” Tengku Mirza menjerit kecil. Tubuh Tiryaq dipaut erat. Inilah pertemuan pertama mereka setelah bertahun-tahun tidak ke temu.

            Tiryaq tetap segak walaupun agak selekeh dengan penampilan barunya itu. Apa yang Tiryaq lakukan di luar sana hingga serabai begini? Tiryaq melakukkan kerja-kerja berat ke? Kulit Tiryaq pun agak gelap sedikit. Bezanya wajah Tiryaq berseri-seri dari sebelum ini yang terlalu serius!

            “Kalau bonda tengok keadaan abang sekarang tentu dia mengamuk.” Sambung Tengku Mirza lagi. Tiryaq hanya tersengih sambil mengerling Apple yang duduk tidak jauh dari mereka. Apple tentu saja tidak dapat menangkap dengan jelas perbualan dua beradik itu.

            “Jangan beritahu pada bonda. Tujuan abang bertemu dengan kamu berkenaan dengan urusan syarikat dan Tengku Tyea.”

            Wajah Tengku Mirza berubah apabila Tiryaq menyebut nama kakaknya itu. Tiryaq pasti sudah tahu akan pergolakkan yang berlaku dalam TIR Holding’s. Tengku Tyea sudah memulakan agendanya untuk merampas kedudukan Tiryaq dalam TIR Holding’s. Dia sebagai pemangku pengarah pun tidak mampu memperlihatkan kuasanya dalam syarikat. Tengku Tyea tidak mengendahkan amaran yang dia berikan.

            “Abang...Mir minta maaf sebab tidak dapat menjaga syarikat dengan baik. Abang...kembali semula ada kerusi abang. Saya tidak mampu mahu menghadap muka kakak. Abang pun tahu macam mana perangai dia.” Tengku Mirza merenung ke dalam anak mata Tiryaq. Pada Tengku Mirza hanya Tiryaq yang mampu menerajui TIR Holding’s.

            Tiryaq gelengkan kepala. Dia tidak akan pulang ke TIR Holding’s. Dia masih punya urusan lain. Apa pun yang berlaku pada TIR Holding’s ketika ini tidak mampu mengheret dia kembali ke sana.

            “Kau ada bawa dokumen-dokumen yang abang inginkan itu?” 

            Tengku Mirza menyerahkan dokumen-dokumen yang dipinta oleh Tiryaq. Dia begitu berhati-hati membawa dokumen sulit keluar tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah setiausaha abangnya, Apple. 

            Tiryaq menongkat dagu sambil meneliti isi kandungan di dalam dokumen berkenaan. Bibirnya mengulum senyuman nipis. Tengku Mirza diam tidak berkutik. Dia hanya memerhatikan lagak bersahaja abang tirinya itu.

            Setengah jam kemudian Tiryaq meletakkan kesemua dokumen yang dibaca atas meja. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar jeansnya. Tiryaq menekan-nekan nombor seseorang di situ. Tengku Mirza tidak dapat mengagak panggilan tersebut untuk siapa? Tiryaq bingkas bangun sebaik sahaja panggilannya dijawab.

            “Hello Mr. Lui…”

            “Hello Tiryaq! How are you?” Suara Mr. Lui kegirangan. Tiryaq jarang menghubunginya. Lelaki itu hanya mencari dia pada waktu-waktu tertentu sahaja.

            “I’m good only. I need support-from you. There is little problem here.” 

            “Surely only can. This cause your wife more to? You my friend must be me help so. There is your wife sabotage person more to?” Mr. lui ketawa kecil.

            “Hahahaha..” Tiryaq ketawa. Tawanya menarik perhatian Tengku Mirza dan Apple. Apa yang menyeronokkan lelaki itu agaknya.

            “This is not my wife’s problem. This company internal problem. Snake in the grass.”

            “Snake in the grass? Sounded like grave problem. Can you tell one by one to me?”

            Tiryaq mula bercerita masalahnya dengan Mr. Lui. Mr. lui adalah teman misteri Tiryaq yang tidak pernah tunjuk muka. Lelaki itu hanya bekerja di belakang takbir. Tiada sesiapa yang mengenali Mr. Lui kecuali Tiryaq. 

            “Tiryaq, you need to be careful this time. I suspicion some people that betrayed you in silence. And I feel ‘he’ still alive.

            Tiryaq tersenyum. 

            “I know. I only wait for he show face.”

            Tiryaq mematikan talian telefon setelah perbualannya tamat dengan Mr. Lui. Dia menarik nafas panjang. Dia mengerling Apple dengan ekor mata.

            “Mir…esok kau pergi berjumpa dengan Encik Taha. Dia akan bantu kau menyelesaikan masalah projek di Hartamas itu.” Tiryaq menghulurkan sekeping kad nama kepada Tengku Mirza. “Kau minta Veelu bawa kau ke sana.” Sambung Tiryaq lagi.

            Siapa pula Encik Taha ini? Timbul tanda persoalan di kepala Tengku Mirza. Tiryaq memakukan mata pada jam di tangan. Sudah pukul sepuluh malam. Alamak? Isteri kesayangannya sedang kelaparan di rumah. Dia yakin Putri Tasnim tidak akan makan malam di luar. Isterinya itu jenis berat kaki setelah ada tukang masak di rumah. Muka gelabah Tiryaq menjadi perhatian Tengku Mirza. 

            “Kenapa ni? Abang ada temujanji lain ke?” Soal Tengku Mirza.

            “Alamak! Abang terlupa ada orang sedang kelaparan di rumah.”

            “Siapa?”

            Tiryaq melirik senyuman di bibir. 

            “Queen control.” Balasnya. Dia bergegas keluar dari restoran eksklusif itu. Tengku Mirza memandang Apple. Apple menjongketkan bahu.

            “Queen Control.” Tengku Mirza menggarukan kepala yang tidak gatal. Dia tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Tiryaq itu.

“TIRYAQ!” Suara pekikkan Putri Tasnim hampir membuatkan gegendang telinga Tiryaq pecah. Putri Tasnim mula membebel sendirian. Perutnya sudah masuk angin kerana menunggu Tiryaq. Entah ke mana lelaki itu melaram. Lewat malam begini baru ingat pulang ke rumah. Apa ingat ini rumah bapak dia boleh keluar masuk sesuka hati! Risau hati ini tahu! Eh! Aku risaukan dia pula.

            Tiryaq yang tidak lokek dengan senyuman itu hanya buat pekak badak. Dia menuju ke dapur melihat bahan-bahan di dalam peti ais. Tiryaq mengeluarkan ayam dan sayur kacang panjang. Dia mahu buat ayam goreng dan tumis sayur kacang. 

            Putri Tasnim yang sudah letih membebel itu sudah duduk di kerusi meja makan. Dia memerhati Tiryaq melakukan kerja memotong ayam dan menghiris bawang. Kata orang hiris bawang boleh menyebabkan air mata kita mengalir tetapi dia lihat lelaki ini tiada kesan efek pun.

            “Nahas I kerjakan you kalau I tahu you main perempuan di luar.” Putri Tasnim bersuara. 

            “Macam mana cara nak main perempuan di luar tu?” Tiryaq behenti dari menghiris bawang. Dia menjeling Putri Tasnim. 

            “Maksud I bermain kayu tiga di belakang I.” 

            “Saya tidak pernah main kayu tiga tapi saya pernah sekali pegang kayu golf. Itu pun pakai satu kayu saja sebab mana ada orang main golf sampai tiga kayu.” Tiryaq membalas.

            Putri Tasnim mengetap bibir. Kepalanya sudah berasap. Tiryaq memang sengaja mahu mempermainkan dia.

            “I malas mahu layan you.” Putri Tasnim bangun dan menuju ke ruang tamu. Lebih baik dia menonton televisyen dari menghadap muka Tiryaq yang poyo itu.

            Tepat pukul dua belas malam makanan telah terhidang di atas meja. Walaupun masakan Tiryaq di tengah mala mini ringkas namun menyelerakan Putri Tasnim. Dia sudah tidak sabar mahu menjamah nasi di depan mata. Tangannya di tampar perlahan oleh Tiryaq sebaik saja mahu menyentuh ayam goreng yang masih panas itu.

            “Saya lapar tau!” Rengusnya.

            “Tunggu saya baca doa makan dulu. Tak sangka awak ni gelojoh juga.” Tiryaq mengangkatkan sebelah keningnya. 

Muka Putri Tasnim merah padam menahan malu. Kenapalah acapkali dia asyik kena perli dengan lelaki ini.

BUNYI dengkuran halus di sebelah menyebabkan Tiryaq memalingkan kepalanya. Putri Tasnim sudah terlentok di bahu dia. Dia mengambil kesempatan mengusap wajah Putri Tasnim. Ada seketul dua jerawat tumbuh pada bawah dagu isterinya itu. Kalau sudah ditampal dengan make-up pastinya jerawat tersebut akan ditenggelamkan. Dia tidak menduga yang dia mempergunakan Putri tasnim untuk menjayakan segala rancangannya. Namun itu tidak bermaksud yang dia tidak punya perasaan terhadap Putri Tasnim.

            Perkenalan dengan Putri Tasnim begitu singkat. Pertemuan di kedai Jed itu bukanlah sesi pertemuan pertama mereka. Sebenarnya Putri Tasnim pernah bersua dengannya pada dua tahun yang lalu di dalam satu majlis keramaian. 

            “Yaq…here you can select feminine attributes that you like.” Lelaki yang berkot serba putih itu memaut bahunya.

            “Lui…you know woman is standing at the edge there?” Mata Tiryaq terarah pada seorang wanita yang memakai skirt berwarna kuning cair dan berblaus biru cair itu. Gabaungan warna yang tidak sesuai di matanya.

I know her. Putri Tasnim one of Elite entrepreneur. But see in the clothing fashion quite ludicrous and not get in theme.” Temannya itu ketawa. 

Not a few beautiful but pretty. I like the eye.” Komennya. Bibir merekah wanita itu juga seksi dan mengancam.

Same here to you. You want to know with her?

Dia menggelengkan kepala dan berlalu. Tapi siapa yang menduga dia bertemu lagi dengan wanita itu. Kini wanita itu sudah menjadi isterinya dalam satu eksiden yang dirancang.

Perlahan-lahan Tiryaq mengangkat tubuh Pirti Tasnim untuk di bawa masuk ke bilik tidur mereka. Boleh tahan juga beratnya isterinya itu. Berat tulang ni. Tiryaq komen dalam hati. Kalau dia komen depan Putri Tasnim alamatlah perempuan itu menyinga dengan dia.

Tiryaq menarikkan selimut untuk Putri Tasnim hingga ke paras dada. Dia kucup lembut dahi isterinya. Dia belai rambut Putri Tasnim yang sudah pendek sepras telinga itu. Tiryaq tersenyum lebar. Putri Tasnim mengikut juga kata-katanya dalam membebel.

“Tazriq…” 

Tiryaq tersentap. Putri Tasnim menyeru lagi nama itu dalam tidurnya. Dia bingkas menjauhkan diri dari Putri Tasnim. Tiryaq memeluk tubuh.


“Tazriq…Tazriq....kamu memang sentiasa mengganggu tidur isteriku.” Tiryaq mengusap dagu.

 

Monday, July 11, 2011

Mini Novella - Coke and Sundae - Bab 1

Bab 1 :Bila Coke Bertemu Sundae

AKU memang tak faham betul dengan anjing seekor ini! Antinya dengan aku makin menjadi-jadi. Pantang sungguh nampak muka aku yang maco ini? (Syakir memang selalu perah + santan = perasan) Ini mesti kes pasal kegagalan mengorat anjing bulu ciput sebelah rumahnya itu. Setiap pagi aku mesti buat larian seratus meter. Tegang otot-otot kat badan ni. Stamina pun sudah bertambah. Berkat dapat latihan percuma dari anjing kesayangan Mr. Chan.

            Syakir behenti mengejut di depan pintu pagar sekolah. Ini lagi seorang yang anti sama dia. Ketua pengawas sekolah dia, saudari Nur Azyan Binti Idris memang pantang tengok muka dia yang maco ini (perasan lagi). Ada saja masalah yang Azyan akan timbulkan untuk mendenda lelaki idaman gadis-gadis sekolah ini.

            “Assalamualaikum cik pengawas.” Selamba Syakir bagi salam. “Tak jawab berdosa.” sambungnya lagi.

            “Waalaikumusalam Encik Muhammad Syakir Bin Ilyas. Selamat pagi dan salam sejahtera. Sudah sarapan pagi ke belum?” balas Azyan.

            Mak oi! Panjang ayat balasan dari Azyan. Syakir tersengih. Azyan melihat jam di pergelangan tangannya.

            “Hari ini saya lewat tiga minit sahaja cik pengawas. Semalam saya lewat lima minit. Kiranya saya awal 2 minit. Ada kemajuan kan?” ujar Syakir.

            Azyan angkat kepala merenung tajam jejaka perasan maco itu. Badan kurus macam cicak kobeng ada hati kata diri itu maco. Pigidah!

            “Hari-hari muka awak saja yang lewat. Awak memang tidak tahu kira masa ya.” desis Azyan. Dia sudah mencatitkan nama Syakir dalam bukunya.

            “Biasalah cik pengawas. Saya berjaga malam macam kelawar. Sayakan batman. Tugas saya menyelamatkan awek cun dari gangguan penjahat. Kalau cik pengawas cun pasti saya akan selamatkan cik pengawas jugak.”

            Loyar buruk punya Syakir. Azyan mengetap bibir. Zam hanya ketawa kecil. Syakir memang berani buat lawak kampus dengan Azyan.

            “Banyaklah awak punya cun! Denda tetap denda! No excuse! Saya mahu awak jalan itik keliling kantin sekolah kita.” Azyan sudah menurunkan perintahnya.

            “Ala…cik pengawas. Tiada hukuman yang ringan lagi ke? Kaki saya ni penat lari seratus meter tadi. Pagi-pagi saya sudah exercise dengan anjing Mr. Chan tau.” Syakir buat muka simpatinya.Dia Azyan akan bersimpati dengan dia. Minta maaflah…


“Itu bukan masalah saya. Itu masalah awak dengan Donnie.” Azyan memang tidak beri muka kesian langsung! Dasar perempuan gila kuasa! Diktator! Benci-benci!Syakir menghela nafas kecil. Muka maco macam dia kena jalan itik. Jatuh saham siot!


MUHAMMAD Syakir Bin Ilyas. Jejaka mulut tidak berinsurans itu memang selalu menaikkan darah aku sampai ke tahap yang tidak boleh dikawal. Pertemuan pertama kami pun sudah ada bibit-bibit untuk menjadi musuh ketat. Dasar cicak kobeng! Dia ingat dia bagus sangat. Aku tidak faham macam mana budak bermulut lancang itu menjadi pelajar terbaik sekolah dalam bidang akademik. Belajar pun tidak bersungguh-sungguh. Syakir memang suka tidur dalam kelas. Tahap displin pun tidak sampai lima puluh peratus.

            Sehari kalau tidak bertekak dengan Syakir memang tidak sah! Syakir kalau bercakap ikut sedap mulut saja. Azyan memang tidak boleh lupa apa yang Syakir cakap depan rteman-temannya. Maruah ini tercalar tahu! Maka dia isytharkan perang dengan Syakir. Siapa yang berani jadi orang tengahnya memang kena libas dengan Azyan.

            Azyan mengusap dagu. Buku yang sedang dibacanya itu sudah tidak mahu ke dalam saraf otak. Otaknya sudah mengelamun pasal budak tingkatan enam atas yang patutnya berpangkat abang pada dia yang baru berada di tingkatan lima ini. Nak panggil Abang Syakir….rasa loya anak tekak ni!

            “Woi!” Salwa sergah Azyan dari belakang.

            “Opocot! Bom atom meletup! Hantu kau Wawa!” Azyan melatah. Salwa ketawa mengekeh.

            “Kau angaukan sapa Yan?” Salwa mengangkatkan keningnya.

            Azyan mengetap bibir. Ini lagi seorang kaki penyibuk.

            “Aku sedang menelaah bukulah. Esokkan ada exam.” Azyan menayangkan buku lukisan kejuteraannya.

            “Jangan nak kelentong dengan akulah. Kau angaukan Syakir kan.”

            “Tiada maknanya aku nak angaukan cicak kobeng tu! Ayah aku cakap masa sekolah tak boleh cinta-cinta tau!” gerutu Azyan.

            Salwa tersengih. Ala mana ada budak lelaki sukakan gadis nerd macam Azyan ini. Garang nak mampus! Rupa pun sudah macam Tuan Mejar Idris.

            “Yan! Petang nanti kau free tak?” Salwa sudah memaut bahu teman baiknya itu.

            “Free kot? Kenapa?”

            “Jom! Ikut aku pergi tengok futsal.”

            “Futsal? Kalau aku pergi mesti bodyguard aku nak ikut.” Azyan mencebik. Siapa lagi yang dia maksudkan kalau bukan Azuan dan Anuar.

            “Ala…bawa sekalilah kalau abang-abang kau.”

            Azyan membisu seketika. Tidak seronoklah kalau Azuan dan Anuar ikut bersama mereka. Macamlah dia tidak tahu jaga keselamatan sendiri. Kalau dia menipu berdosa pulak. Ayah tidak mengajar anak-anaknya menipu. Azyan mengaru kepala.

*Ini kisah Syakir dan Azyan masa zaman sekolah sebelum mereka bercinta*


Bersambung pulak...