Tab Menu

Followers

Saturday, December 27, 2014

DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU

Assalamualaikum...

Lama saya tidak menjenguk blog kerana sibuk menyudahkan manuskrip-manuskrip untuk penerbit. NILAI CINTA SEJATI sudah berada di dalam tangan penerbit dan menunggu keputusan penilaian. Untuk makluman tajuk asal NILAI CINTANYA  kemudian diubah kepada NISBAH CINTA dan akhirnya saya dapat tajuk yang lebih sesuai NILAI CINTA SEJATI - manuskrip paling panjang saya tulis setakat ini 501 mss.

Thursday, November 13, 2014

Sedingin Salju - Bab 1

Prolog


“ESOK majlis pertunangan cucu kesayangan Bonda Belinda. Kau akan hadirkan Zita?” Puan Aisyah memandang pada wajah Puan Rozita  yang masih tampak jelita itu meskipun sudah pertengahan 40-an.
            Puan Rozita memalitkan senyuman di bibirnya. Dia bingkas bangun dari kerusi eksklusifnya. Puan Rozita  memandang ke arah luar jendela. Bangunan-bangunan pencakar langit tersusun indah di hadapan matanya itu.
            “Aku pasti berikan hadiah istimewa buat cucu kesayangan perempuan itu.” Puan Rozita mengetap bibir.
            “Zita… kau akan sakiti orang yang kau sayang nanti.”

Wednesday, October 1, 2014

NILAI CINTA SEJATI - BAB 4



SEBUAH pub di ibu kota. Ameer Dylan duduk dengan wajah yang mencuka. Malam ini Carolyn tidak sudi mahu menemaninya. Sibuk dengan ‘masalah’ Jason yang tidak sudah-sudah. Dia bersendirian melayan perasaan. Tiga gelas air coke telah habis diteguknya. Tidak seronok pula duduk berseorangan begini. Bosan! Ameer Dylan memusingkan kerusi yang didudukinya. Rambang mata nakalnya melihat gadis-gadis genit yang sedang menari sakan bersama pasangan masing-masing. Dia cuba mencari mangsa untuk malam ini. Mana tahu dapat menjerat si jelita untuk peneman di kala sunyi. 

Tuesday, September 23, 2014

Cerpen: DARAH



“AKU dengar citer dalam bangunan ni pernah diduduki seorang pembunuh bersiri. Aku dengar lagi yang roh pembunuh bersiri tu ada di sini. Orang yang lalu-lalang berdekatan bangunan ni selalu nampak kelibat pembunuh tu.” Beria-ia Harry bercerita.
            Yaya, Muiz, Hanna, Lian, Ian dan Ery hanya mendengar. Lian dan Ian kembar sepasang. Mereka tidak ambil serius dengan cerita bodoh Harry itu. Bagi mereka orang sudah mati mana boleh bangkit balik. Dah mati, mati la.
            “Pembunuh bersiri mati ditembak polis kat sini. Tiada sesiapa berani duduk di bangunan ni lagi sebab mereka nampak hantu.” Harry membawa ke enam-enam kawan masuk ke dalam satu bilik kosong. Bilik itu sudah bersawang sana-sini dan baunya kurang menyenangkan.

Wednesday, September 3, 2014

NILAI CINTA SEJATI - BAB 3


MAMA…  mama… . jangan tinggalkan Dylan!” Dia merayu-rayu memaut kaki mamanya. Dia tiada sesiapa di dunia ini selain mama. Dia sanggup mengikut kata mama. Dia tidak kisah jika mama tidak mahu mengakuinya sebagai anak asalkan dia bersama mama. Dia tidak mahu keseorangan lagi. Dia berharapa mama tidak meninggalkan dia. Papa dan atuk sudah tiada. Mama sahaja yang ada untuknya.
      “Lepaskan kaki aku budak sial!” Wanita itu melenting. Dia tolak tubuh anak kecil itu tanpa belas kasihan.
      “Mama… Dylan sayangkan mama. Jangan tinggalkan Dylan.” Dia mengongoi.
      “Budak sial! Kau bukan anak aku.” Wanita itu terus meluru ke muka pintu bersama  beg pakaiaannya. Ada seorang lelaki sedang menunggunya di luar.
      “Mama… mama… mama…” Dia terus memangggil dan memanggil sehingga mamanya hilang dari pandangan mata. 

      Ameer Dylan membuka matanya. Terasa ada air mata yang mengalir. Dia bingkas bangun memandang ke sisi. Seorang wanita sedang lena di sebelahnya. Wanita itu tidak dikenali. Bila dia pulang membawa teman tidur? Ameer Dylan memicit kepalanya yang masih berat. Malam tadi dia mabuk teruk. Sepatutnya malam itu dia berangkat ke Perth. Namun urusannya di sana terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu oleh ayah angkatnya. Dia pun enjoy puas-puas melepaskan tension.

Friday, August 29, 2014

NILAI CINTA SEJATI - BAB 2



YOU Ameer Dylan?” Seorang lelaki bertubuh sasa menahannya dari melangkah masuk ke dalam perut kereta.
      Yes, I’m…. So what?
      You kenal siapa I?”

      “Perlu ke I kenal you? Jika tiada urusan penting dengan I, jangan halang laluan I.” Ameer Dylan menepis kasar tangan lelaki terbabit.
      I John, abang Bella. You kenal dengan Bella bukan?”
      Ameer Dylan memakukan matanya pada lelaki bernama John itu. Dia mengorak senyuman nipis.

      Soyou ni big bro Bella lah? You ingat I takut dengan you sebab badan you lagi sasa dan besar dari I?” Ameer Dylan menepuk-nepuk dada bidang John.
      “Berani you rosakkan adik I?” John sudah mencengkam kot yang dipakai oleh Ameer Dylan.

Thursday, August 28, 2014

NILAI CINTA SEJATI BAB 1

Assalamualaikum... 
Tajuk Asal Nilai Cintanya, tukar Nisbah Cinta, dan akhirnya dapat tajuk yang sesuai... Saya masukkan semula setelah ubahsuai manuskrip dibuat...

Prolog 



SEJUK! Sejuknya… dia memeluk tubuhnya erat. Air matanya mengalir laju. Malam ini dia hanya tidur beralas kotak lagi. Tiada tilam mahupun selimut yang akan membaluti tubuh kecilnya itu. Sakit yang dirasai hilang sebaik matanya terpenjam rapat. Lena yang panjang membawa dia ke alam mimpi yang mengasyikkan. Dia lupa pada derita dan kesengsaraan.

      “Bangun! Bangun!” Tubuh kecil itu digoncang dengan kuat.
      Terpisat-pisat dia membuka matanya.

Sunday, July 27, 2014

Coke and Sundae Raya - 2

Syakir membuka mesej pada telefon bimbitnya.

Jangan lupa beli pulut panggang. - your darling Azyan.

Lebar senyuman di bibir Syakir. Isterinya kemain lagi. Sudah pandai romantik-romantik.  Satu perkembangan yang baik.

Syakir singgah bazar ramadan yang berdekatan mencari kuih pesanan untuk si isteri tercinta/ Kecoh betul Azyan mahukan kuih terbabit. Macam orang mengindam pula. Entah-entah ada isi lagi? Manalah tahu? 

Ameerul pun sudah darjah dua. Si kembar pula sudah nak masuk usia 2 tahun. Ketiga-tiganya hero Azyan. Kalau ada seorang heroin pun dah molek sangat.

Thursday, July 24, 2014

Coke and Sundae Raya - 1

"Ibu... Meerul tak laratlah. Hari ni puasa separuh hari, boleh?" Tak berkelip mata Ameerul memandang wajah ibunya yang sedang sibuk mengulit tepung.

"Dah solat Zohor, belum ni?" soal Azyan.

"Dah..."
"Emmm... boleh tak ibu?" ujarnya lagi.

Azyan tersenyum.

"Okay.... tapi kena tolong ibu bakar kuih raya."

Selamat Hari Raya

Selamat hari Raya buat warga blog...

Lamanya blog saya bersawang semenjak saya makin sibuk dengan urusan mss Queen Control dan Nilai Cinta Sjeati (yang bakal terbit tahun ini juga) InsyaAllah ...

Di sini saya menyusun sepuluh jari jari memohon kemaaf andai ada salah dan silap. Saya hanya manusia biasa yang menumpang di bumi milik Allah ini.


Tahun ni raya pertama raya kat kedah (rumah mertua) raya kedua baru balik kampung (perak)

 sampul raya buat sendiri
bahan-bahan
kertas A4 80 gm
glue stick
design yang comel2 - edit dalam PSD je ni


Sampul dan kad raya pun buat sendiri..  orang malas nak membeli..

Wednesday, July 9, 2014

QUEEN CONTROL - Order sudah dibuka!


300 TERAWAL SAHAJA DI BUKA!!!!
ORDER ONLINE SEKARANG
* 300 untuk order online selebihnya akan masuk ke kedai-kedai buku selepas raya nanti.

Queen Control - Ilya Abdullah

Wanita ego dan berkerjaya, itulah Putri Tasnim. Pantang mengalah sebelum rebah kata orang. Dia sentiasa ego dan megah dengan keupayaannya sendiri. Eksiden yang tidak menduga mengubah segalanya. Putri Tasnim rebah dan pitam apabila kena tangkap basah dengan seorang lelaki yang tidak kenali. Sudah poyo, menyakitkan hati pula. Buat baik dengan orang tetapi ini balasan dia dapat. Kahwin free tanpa pelamin, pengapit dan tetamu. Keluar air mata darah sekalipun benda dah nak jadi. Status bujang bertukar status sudah berkahwin. Rahsia perlu disimpan dengan kemas. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut kata orang. Siapa agaknya suami ekspress Putri Tasnim ini? Tiryaq Megat Eskandar, namanya unik dan jarang didengari.

"Mamat tu selalu buat I darah tinggi!" ~ Putri Tasnim

Kenyataan itu memang memeritkan Putri Tansim. Dia jadi puting beliung pun Tiryaq masih boleh buat selamba dek dia. Apa sahaja kerja dalam rumah Tiryaq uruskan sampaikan ada tikanya Putri Tasnim rasa malu. Rahsia yang ingin disimpan kemas terbongkar jua gara-gara sikap bijak pandai Tiryaq pada umum. Habis semua orang tahu termasuk musuh ketat dan angkatan mesyuarat tingkap.

"I tidak akan biarkan mereka bahagia..." ~ Tengku Tyea

Tiryaq ini banyak agenda tersembunyi. Adakala buat Putri Tasnim rasa ragu maka dia pasang spy untuk Tiryaq. Dia hendak tahu siapa suaminya yang tampak seperti blur dan poyo tetapi ada udang di sebalik batu. Bila sudah jatuh sayang makin sukar Putri Tasnim mahu melepaskan Tiryaq pergi. Rindu sudah bertamu dan cinta bersemi di hati.

Bak kata Tiryaq: No one is perfect, that’s why pencils have erasers.

UNTUK QC SAHAJA : (300 terawal hampir penuh)
RM 35.00 SEM TERMASUK POSTAGE
RM 39.00 S/S TERMASUK POSTAGE

NO AKAUN MAYBANK 5581 1851 2818 CUTE KREATIF
PM DETAIL ORDER ANDA DI FANPAGES CUTE KREATIF:https://www.facebook.com/Cutekreatif?

NAMA:
ALAMAT:
NO TEL:
JUDUL NOVEL:
JUMLAH NOVEL:
DAN BUKTI PEMBAYARAN ANDA:

Sunday, July 6, 2014

Nilai Cinta Sejati


Assalamualaikum...
Senyum simpul, Nilai Cinta Sejati aka NCS juga bakal diterbitkan kelak. Jangkaan awal Disember 2014 atau tahun 2015.

Untuk maklum Manuskrip NCS telah dibuat olahan semula dengan nafas baru... ;) jalan cerita masih sama hanya penambahan dan pengolahan sedikit.

*Asal tajuk Nilai Cintanya tukar kepada Nisbah Cinta, Tajuk terakhir saya confirmatin Nilai Cinta Sejati. InsyaAllah dibawah Cute Kreatif juga.

Sebenarnya saya risau juga jika NCS diciplak. Al-maklum isu ciplak masih berluasan lagi.




Banyak juga saya olah semula cerita ni nak tambahkan perisa sedikit... saya akan update semula NCS yang dah olah dalam blog, jika ada kelapangan Insya-Allah... Saya pun agak kurang sihat sedikit.



 Watak-watak penting dalam NCS
Heroin tu saya edit berhijab, comelkan.


Ameer Dylan dan Sufi Alisha



Catatan:
Ilya Abdullah...

Saturday, June 14, 2014

Queen Control - Julai 2014


 Tajuk: Queen Control

Terbitan: Cute Kreatif
Konsep Reka Cover: Ilya Abdullah
Karya: Ilya Abdullah


*pssst jgn sebarkan covernya lg tau

Sinopsis:

Putri Tasnim wanita berkolar putih. Pantang mengalah sebelum rebah kata orang. Sentiasa ego dan megah dengan keupayaan diri. Namun rebah dan pitam apabila kena cekup dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki poyo yang menyakitkan hati. Papa nikahkan juga dia dengan lelaki itu walau dia puas mengatakan dia tidak bersalah. Dunianya gelap gelita. Sekelip mata dapat status puan dan suami ekspress. Ini bukan pernikahan paksaan dari keluarga. Ini pernikahan tidak rela. Rahsia perlu disimpan dengan kemas. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut kata orang.

Monday, May 26, 2014

MY HEART - 2



WEIR masih berkurung dI dalam biliknya. Tubuhnya semakin susut. Tidurnya meracau-racau saban malam. Dalam benci dia merindui Yuhana. Adakalanya Mak Pah menitiskan air mata melihat keadaan Weir yang semakin teruk. Weir yang ceria dan sering tersenyum itu seakan makin lenyap di depan matanya. Weir lelaki budiman. Sampai hati Yuhana memperlakukan Weir sedemikian rupa. Mak Pah sudah lama mengesyaki kecurangan Yuhana. Dia tidak berani untuk menceritakan hal sebenar kepada Weir. Dia tahu yang Weir begitu cintakan Yuhana. Weir begitu percayakan kasih sayang Yuhana. Malahan Yuhana telah memberikan amaran kerasa kepada Mak Pah agar menutup mulut tentang perhubungan sulitnya dengan Hazim.

Mak Pah masuk menatang mangkuk bubur yang masih panas bersama air suam. Weir masih bersandar di atas katinya.

Friday, May 23, 2014

MY HEART - 1

"I ceraikan you dengan talak satu!" lafaz Weir. 

Weir pasrah melepaskan Yuhana. 

"Terima kasih Weir..." Yuhana berlalu bersama Hazim. 

Jika Yuhana tidak masuk campur, memang teruk Hazim dibelasah oleh Weir. Weir menendang meja tamu. Pasu bunga milik Yuhana dihempaskan atas lantai. Jiwa sudah menjadi kosong. Amukkan Weir kian menjadi-jadi. 

Mak Pah, orang gajinya itu menjadi gerun melihat tingkah-laku Weir. Ingin ditahan, dia tidak ada keberanian berbuat demikian. Rumah agam itu berselerak dengan kilauan kaca. Weir tidak peduli dengan lukaluka pada jari-jari dan telapak kakinya. Dia yang mulai lesu itu mula memijak anak tangga masuk ke dalam bilik tidur.

Weir melangkah ke bilik air. Dia memulas tombol pili air pacuran. Weir memenjam matanya rapat-rapat. Dia biarkan air pancuran itu menghujani tubuhnya itu.

 ******************************

My Heart - Permulaan

WEIR terduduk di atas kerusinya. Dia memicit-micit kepalanya. Apa sudah jadi? Di mana silapnya? Dia tidak boleh menerima yang dia sudah jatuh bankrupt! Siapa yang mengkhianati dia? Hazim? Tidak mungkin Hazim? Hazim sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.

Briefcase di letakkan atas sofa. Dia sudah tersandar keletihan. Wajah Yuhana tidak kelihatan. Rumah agam itu kosong dan sunyi-sepi. Barangkali isteri kesayangannya itu keluar ber 'shopping' lagi. Weir mengeluh kecil. 

"Encik Weir mahu air?" tanya pembantu rumahnya.

"Tak perlu makcik."

Pembantu rumah itu berlalu.

Deruman kereta Yuhana memasuk ke halaman rumah. Mata Weir terbelalak melihat Yuhana berpelukan bersama Hazim. Yuhana segera meleraikan pautan pada pinggang Hazim. Dia tidak menduga yang Weir sudah berada di rumah seawal begini.

Thursday, May 22, 2014

Queen Control

AKAN DATANG
JULAI 2014






Anggaran muka surat 700+++




Setiap cerita ada kisahnya…
Kisah itu mewarnai kehidupan…

Special intro ...



PUTRI Tasnim membelek-belek kad jemputan yang diberikan oleh Tengku Tyea itu. Makin pelik dia dengan musuhnya yang seorang ini. Tengku Tyea ada memaklumkan ada kejutan buatnya di dalam majlis tersebut. Kejutan apa agaknya? Dia perlu hadir ke majlis itu jika ingin mengetahui kebenarannya. Putri Tasnim mengeluh kecil.

      “Cerita tidak menjadi seronok jika you tidak hadir dalam majlis. I jemput you tahu. Jika you tidak hadir sampai ke tua you akan tertipu. I sekadar mahu you tahu kebenaran.”

Tuesday, May 20, 2014

QUEEN CONTROL

AKAN TERBIT PADA JULAI 2014...

Alhamdulillah... segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Mungkin novel QC bukan dari  penerbitan ternama dan gah di dunia  penulisan, tapi saya bersyukur kerana melihat QC bakal menjadi versi cetak tidak lama lagi. Saya tidak pernah takut untuk mencuba kerana novel pertama saya juga di bawah penerbitan yang tika itu belum dikenali ramai.

Siapalah saya, saya hanya penulis kecil yang bangun untuk berkarya semula dengan hasil tidak seberapa ini.

Saya tidak kejar title bestseller atau royalti yang mahal, saya cuma mahu kepuasan melihat karya saya dicetak dan mendapat kritikkan dari pembaca untuk saya perbaiki yang masih terlonggar. Saya sentiasa sedar siapa diri saya. Saya tidak layak berada di barisan penulis-penulis bestseller. Saya tidak layak mendapat keistimewaan seperti mereka. Saya hanya penulis bilis yang cukup kerdil.


Saya membuka mata dengan luas dalam dunia penulisan ini. Saya sudah lihat baik buruknya. Saya sudah lihat sikap 'pilih kasih' penerbit. Jadi biarlah saya terus berdiam diri dan memandang ke hadapan. InsyaAllah... siapa tahu kelak ada rezeki yg lebih luas untuk saya...

Catatan:
Ilya Abdullah...

ROSES - LIMITED EDITION

JOM, DAPATKAN SEKARANG DI GRUP CONTENGAN PENA ATAU GRUP CUTE KREATIF. TIADA DIJUAL DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN BUAT MASA INI...

Saturday, May 3, 2014

Novelet - ROses

Bakal terbit

InsyaAllah jika tiada arang melintang novelet 'ROSES' akan diterbitkan.
Maaf sebab tak update blog kerana sekarang kecoh dengan isi plagiat. Saya pun jadi risau. Itu sebab saya buang karya2 yang diupload sebelum ini.


Cover separa siap

Friday, March 21, 2014

Masih Ada Cinta - 1



Masih Ada Cinta

Prolog

“Assalamualaikum… ya, saya Hannan.”
             
Sebaik suara di talian menyampai berita itu, ganggang telefonnya terlepas. Hannan terduduk tanpa suara. Suara di talian yang memanggil seakan tidak diendahkan lagi. Berita apa yang mengejutkan Hannan hingga Hannan bereaksi sedemikian.
           
 Umi segera mencapai ganggang telefon lalu dilekapkan pada telinganya. Wajah umiberubah. Dia meletakkan ganggang telefon lalu memandang wajah sayu Hannan.
             
“Hannan… Hannan nak ke hospital.”

Thursday, March 20, 2014

Boulevard - 1

 Tajuk asal Mahligai Air Mata, dah tukar tajuk, sebab ramai tak nak sad ending hehehe.. ;)

SEBUAH pub terkenal di Genting Higlands. Anak-anak muda menari bagaikan orang sasau mengikut rentak muzik yang berkumandang. Suasana yang begitu membingitkan telinga. Seorang gadis yang asyik menari menjadi tumpuan sekumpulan anak muda yang sedang bergelak ketawa dengan minuman keras di tangan masing-masing. Aksi gaya yang menggiurkan dan menggoda gadis itu buat mereka kecur liur. Gadis-gadis yang menemani bersama mereka turut terasa cemburu. Masakan tidak, aksi gadis itu tidak lekang dari pandangan mata lelaki-lelaki itu cukup jelita dan punya potongan badan persis seorang model. Lelaki berambut kemas pendek itu memaut bahu lelaki yang sedang menongkat dagu dengan wajah agak mencuka. Hanya lelaki itu sahaja yang tidak memesan apa-apa jenis minuman keras dalam pusat hiburan terbabit. Cukup sekadar segelas coke. Dia tersengih. Siapa yang tidak kenal Aryanz, lelaki yang tidak pernah bertahan dengan cinta. Aryanz sangat terkenal di kalangan perempuan-perempuan materealistic. Apa yang menghairankan gadis-gadis itu sudah tahu dengan perangai Aryanz, namun mereka masih ingin mendampingi lelaki itu.

Tuesday, March 18, 2014

Maaf Sangat-Sangat

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar warga blog CP, moga sihat-sihat belaka. Tak sihat, jangan lupa makan ubat ya.

Lama teman tak meng'update' blog. Bukan apanya, teman busy dengan bisnes kecil-kecilan teman. Orang yang baru nak belajar niaga sendiri katakan. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Sikit atau banyak rezeki yang diberikan, kita harus bersyukur.

Insya-Allah, ada kelapangan sedikit, teman akan sambung siri e-novel Millennium's. Idea ada tapi teman ni yang malas nak menaip pada lappy kesayangan teman ni. Hehehe....

Buat pembaca-pembaca yang menunggu Queen Control dan Nilai Cinta Sejati (tajuk lama Nilai Cintanya) teman tak nak bagi harapan. Jika ada terbit maka adalah ya, teman pun dah nak bersara menulis. Teman menulis sekarang sekadar release tension dan suka-suka aje. Teman ni penulis suam-suam kuku aje. Hehehe...

Cantik nombor. 1717 dah ahli warga CP teman. Alhamdulillah... ada yang sudi menjenguk blog bersawang teman ni na.


Yang Mencoret:
Ilya Abdullah...

Saturday, February 1, 2014

Allure - A3

 SYIRA menunjukkan foto-foto arwah tunangnya kepada Najmie. Bulat anak mata Najmie melihat foto-foto tersebut. Nyata wajah mereka hampir seiras. Dia angkat kepala memandang wajah sayu Syira. Mata Syira berkaca. Najmie melepaskan nafas kecil. Dia memahami perasaan Syira itu. Takdir telah tersurat. Adakala dia tidak mengerti pada hati sendiri. Jiwanya meronta-ronta untuk bertemu dan mencari gadis itu. Daya tarikan yang tidak dapat dia elakkan.

Wednesday, January 15, 2014

Cerpen - Mencari Ibu

"ABANG, adik lapar." renggek adik. 

Adik sudah letih. Seharian mereka berjalan mencari alamat ibu. Tanya orang-orang di sekeliling tetapi ramai yang tidak mahu membantu mereka.

Abang usap rambut kerinting adik. Abang menyeluk kocek seluarnya. Sekeping wang not 50 ringgit yang tinggal. Wang yang diberikan oleh seorang kakak yang baik hati.

Wednesday, January 8, 2014

Allure - A2



“NAMA aku Najmie.” Dia menghulurkan tangan.
             
“Najmie?”
             
Dia mengangguk. Dia menarik tangan Najmie untuk berjabat tangan dengannya. Dia tahu yang Najmie tidak dapat melihat dia.
             
“Nama kita serupa.” Najmie tertawa kecil.
             
“You pun nama Najmie juga.”
             
Najmie angguk.
            
 “Satu kebetulan. Mungkin takdir mempertemukan kita. Nama yang serupa dan wajah kita pun hampir seiras.”

Wednesday, January 1, 2014

Allure - A1



Osaka – Jepun


KLIK! KLIK!

Beberapa kali Syira menekan butang kameranya. Cukup indah permandangan di taman ini. Minoh Park ada salah satu tempat pelancongan di Osaka. Jika ingin melihat ‘autumn leaves’  boleh datang ke taman ini. Selain mengambil gambar permandangan, Syira juga mengambil gambar-gambar orang yang berkunjung di situ. Syira sudah terpisah dengan pelancong-pelancong yang lain. Dia melalui sebuah jambatan.