“MAMA…” Juliez meluru
memeluk Puan Sri Selena.
“Anak gadis mama ni
semakin cantik.” Puan Sri Selena memuji.
Juliez memberikan
isyarat mata kepada Joe. Apabila menerima pujian sekejap sahaja rajuknya pada
Joe hilang. Joe tidak endah. Dia tidak pernah iri hati jika papa dan mama pilih
kasih antara dia dan Juliez.
“Joe…” Puan Sri Selena
memanggil anak bujangnya itu.
Joe menghampiri.
“Tak mahu peluk mama?”
Joe menghampiri dan
mendakap tubuh mamanya erat.
“Joe sihat?”
“Alhamdulillah… sihat.”
“Makin handsome anak mama ni.” Puan Sri Selena
mencuit hidung mancung Joe.
Joe tersenyum.
“Joe naik atas dululah mama.”
Ujar Joe lembut.
“Makan dulu dengan mama
dan Juliez.”
“Joe masih kenyang.”
“Joe… mama tengok Joe
makin kurus. Makan tak cukup kan?”
“Kurus? Joe tengok
badan Joe maintain aje.”
Puan Sri Selena
menggeleng.
“Kalau lapar nanti
turun makan okay.”
“Okay mama.”
Pipi Puan Sri Selena
dikucup. Joe segera meluru memijak anak tangga. Rindu dia pada biliknya yang
sudah ditinggalkan lama itu. Joe sudah berpesan agar barang-barang dibiliknya
tidak diusik atau dialihkan.
Muka Juliez keruh
melihat gelagat abang dan mamanya itu. Dia tidak suka jika Joe dilebihkan dari
dirinya. Segala-galanya dia mahu lebih dari Joe.
“Mari makan sayang.”
Puan Sri Selena memaut lembut bahu Juliez.
“Mama jangan bagi muka
sangat pada Joe.”
“Joe! Juliez sayang…
panggil Abang Joe bukan Joe. Dia abang kamu.” Puan Sri Selena mengingatkan.
“Ala mama… Joe cuma tua
dua tahun dari Juliez.”
“Sayang… dua tahun pun
dia tetap lebih tua dari kamu.”
Juliez mendengus kecil.
Seronok dapat baring di
atas tilamnya yang empuk ini. Joe memandang siling. Wajah Fika yang mudah
kelibut terbayang di ruang mata Joe. Dia tersenyum sendiri. Sememangnya dia
suka mengusik gadis ayu yang seringkali memberikan alasan tidak logiknya.
Pengalaman naik bas
bersama Fika adalah satu memori yang indah bagi Joe. Lenguh kakinya terpaksa
berdiri dan berhimpit dengan penumpang yang lain. Dia hampir pecah tawa apabila
mulut kecil Fika mengomen bau dari seorang penumpang berbangsa Bangladesh itu.
Sedia maklum memang bau yang kurang menyenangkan. Ada yang berbau wangi da nada
yang berbau masam.
Mujur sahaja kereta
yang ditinggalkan tidak dicuri orang. Joe mengambil teksi selepas menghantarkan
Fika di rumah sewanya. Tidak sanggup dia mahu menunggu bas yang makan masa
berminit lamanya.
Kau sudah suka pada
Fika ke Joe? Joe menyoal diri sendiri. Mungkin juga sebab dia sendiri yang
mengatakan dia suka gadis seperti Fika. Bukan seperti Ratna yang terlalu ‘over acting’ itu. Ratna sama species dengan adiknya Juliez. Perempuan
itu hidupnya terlalu bebas. Dia pernah lihat Ratna berpacaran dengan lelaki
yang boleh diiktiraf sebagai ‘datuk’ kepada Ratna. Gelilah…
“MANA Joe?” Soal Tan
Sri Azmeer sebaik keluar dari perut kereta.
Briefcasenya
dihulurkan kepada Puan Sri Selena.
“Ada dalam biliknya.”
“Emmm… cakap pada Joe
nanti yang I mahu jumpa dia.”
Tan Sri Azmeer
mendapatkan anak gadis kesayanganya. Tubuh Juliez dipeluk erat. Kedua-dua belah
pipi gebu Juliez dikucup dengan penuh kasih sayang.
“Macam mana life anak gadis papa yang cantik ni?
Okay?”
Juliez mencebik.
“Kondo yang papa
hadiahkan pada Julie tu kurang bestlah. Safety
guard tak okay. Hari itu kereta my
friend hilang tayar.”
“Really?”
Juliez angguk laju.
“Papa akan buat aduan.”
“Papa carikan rumah
lain untuk Juliez…”
Puan Sri Selena sudah
menggeleng kepala mendengar permintaan anak gadisnya itu.
“Baiklah. Papa cari
kondo yang lebih selesa buat Juliez.”
“Thanks papa.”
Juliez tersenyum manis.
“Papa…” Joe sudah
berdiri di anak tangga.
Wajah Tan Sri Azmeer
berubah melihat anak bujang yang seorang ini.
“Panjang rambut kamu.
Kenapa tidka potong?”
“Ini fesyenlah papa.”
“Fesyen kamu kata. Esok
potong rambut kamu. Rimas papa tengok.”
“Sekurang-kurangnya Joe
masih tidak menyerupai perempuan. Dan Joe tidak kalerkan rambut Joe jadi warna blonde.” Joe seakan memerli Juliez.
“Joe!” Suara Juliez
sudah meninggi.
Joe hanya sengih
panjang. Dia memang suka menyindir adik perempuannya itu.
“Joe..” Puan Sri Selena
sudah mengerling Joe.
“Kalau Joe tukar
jantina mahu papa dan mama pengsan terus.” Joe ketawa kecil.
Tan Sri Azmeer
menjegilkan anak matanya.
“Papa… tengok Joe tu!”
Juliez sudah muncung panjang.
“Budak ni..” Puan Sri
Selena sudah menarik cuping telinga Joe.
“Sakitlah mama.”
“Nakal sangat.”
Tan Sri Azmeer sudah
bersandar di atas sofa. Minuman sudah terhidang atas meja. Rutin kebiasaan Puan
Sri Selena pasti tidak boleh dilupakan. Air buat suaminya semestinya mesti
telah tersedia di atas meja tamu itu.
“Joe..” Tan Sri Azmeer
memanggil anak lelakinya itu.
“Ya papa..”
“Malam ni masuk ke
bilik bacaan papa. Papa ada hal sedikit mahu berbicara dengan Joe.”
“Baiklah papa.”
Joe tidak terasa hati
dengan sikap papa. Papa jarang tersenyum di hadapannya berbanding dengan
Juliez. Papa melayan Juliez dengan mesra sekali.
sy makin tertarik dgn cerita ini.. teruskan
ReplyDeletehehehe nak lg boleh?
Tq Ashikin ;)
DeleteAssalamualaikum kak ilya...ceq mai sini ngee semoga ceria bak pelangi... Awat sikit sangat tak puas ceq Baca...apa2 pun ceq suka...nk lagi lehhh...wink2
ReplyDeleteRafika dewi jahrul...
Waalaikumusalam.. sorilah ... idea menulis sepintas lalu... busy ngadap kerja sekali ;)
Deletebest...
ReplyDeletetq dear
Deleteur the best.. (Y)
ReplyDelete;)
DeleteHi.. boleh tak jika sya nak odder salah satu buku kat cni... sya harap2 sngat dapat...tq
Deletejalan cita yg menarik! kenapa Tan Sri melebihkan Juliez dr Joe ermmm interesting :) smbg lg ye kak
ReplyDelete>>huda93<<
tidak adil kenapa tan sri x senyum kat joe
ReplyDeletei like it
ReplyDeletejalan cerita yang sangat menarik dan bikin terbawa suasana
ReplyDelete