Tab Menu

Followers

Sunday, September 15, 2013

Projek tahun 2014 - Teman Pengganti

prolog

Joe mencoretkan penanya di atas kertas. Setitis air matanya tumpah mengenai coretan yang ditulis. Joe menekup mulut. Batuknya semakin berterusan hingga menumpahkan darah. Darah yang hampir menitis segera di tadah dengan tangan kirinya. Dia tidak mahu coretannya itu dicemari oleh darah.


Fika…

Coretan ini adalah coretan terakhir dari Joe buat Fika. Joe tidak menduga hati Fika sekeras kelikir. Joe tahu Joe telah lukakan hati Fika. Joe tidak layak menjadi seorang suami dan ayah. Joe membiarkan Fika menderita sendirian. Joe biarkan Fika terumbang-ambing. Joe tahu Fika begitu marahkan Joe tetapi di dalam hati Fika masih cintakan Joe. Buktinya? Tidak perlu rasanya Joe jelaskan kepada Fika. Fika tahu sndiri.

Fika…

Fika… Joe ini lelaki pengecut. Lelaki yang tidak mahu mempertahankan Fika sedangkan Fika tidak bersalah. Joe hanya tahu melarikan melarikan diri. Joe tahu Fika kecewa dengan perbuatan Joe itu. Joe malu menjadi seornag lelaki. Lelaki yang sepatutnya melindungi Fika. Joe tahu yang Joe tidak layak dimaafkan.

Joe kembali hanya ingin melihat Fika dan anak kita. Kali ini Joe ingin pastikan Fika dan anak kita bahagia. Joe mahu betulkan smeua kesilapan yang berlaku meskipun sudah terlewat untuk Joe.

Fika…

Jaga anka kita baik-baik. Jangan jadi seperti ayahnya ini. Joe sudah meletakkan nama Jaslee sebagai pewaris Joe. Segala-galanya telah tersedia buat Fika dan Jaslee. Terimalah pemberian dari Joe ini ya Fika. Fika dan Jaslee memang berhak.
Fika…


Joe sudah tidak mampu menitipkan lagi coretannya buat Fika. Tanggannya menggeletar. Coretannya masih belum tamat. Dia masih mahu menulis lagi untuk Fika. Nafas Joe turun naik. Wajahnya yang kian pucat menyebam pada dada meja. Pen di tangan terlepas dari pegangan lalu jatuh ke atas lantai.


No comments:

Post a Comment