Pandai-pandailah dia bersoal jawab dengan suaminya itu nanti. Sufi Alisha
membuka almari pakaian. Dia mengambil jubah seluar berwarna maroon. Pada Sufi Alisha pakaian ini
lebih sesuai untuk dikenakan pada dia. Sufi Alisha memilih tudung dengan warna
yang sama. Tudungnya dibentuk hingga menutupi bahagian depannya secara
menyeluruh. Sufi Alisha masih sempat mengerling jam dinding. Ameer Dylan mahu
dia bersiap awal tetapi dia minta tangguhkan selepas solat Maghrib. Kelibat
suaminya itu masih tidak kelihatan sampai sekarang.
Tidak mengapalah dia bersiap lebih awal dulu. Butir bicara Ameer Dylan itu
boleh tahan lancangnya jika dia lambat bersiap. Ada sahaja bebelan yang lahir
dari bibir Ameer Dylan nanti. Deruan enjin kereta di laman rumah menunjukkan
Ameer Dylan sudah pulang. Panjang umur si suami.
Ameer Dylan agak tergesa-gesa melangkah keluar dari perut kereta. Dia sudah
agak terlewat untuk ke parti malam ini. Langkah kakinya terus memanjat anak
tangga. Dalam banglo ini tiada orang gaji yang digaji. Dia mahu Sufi Alisha
menguruskan semua keperluan rumah tangga mereka. Itu gunanya seoran isteri.
Tugas yang wajib dipatuhi.
Tombol pintu biliknya dipulas. Mata Ameer Dylan terpaku melihat si isteri yang
sudah bersiap. Dia pandang Sufi Alisha atas dan bawah. Renungan seperti orang
tidak berpuas hati.
“I tak suruh you berbungkus macam ini. I sudah belikan baju untuk you. Kenapa
you tak pakai?”
Sufi Alisha tersenyum manis.
“Berbungkus pun tak salah kan? Lagipun mana sesuai Sufi nak pakai baju tu
dengan bertudung.” Sufi Alisha membalas lembut.
“Pakai
tudung tu tak wajib pun…”
“Sufi tahu. tapi
abang….. menutup aurat memang dah wajib.” Sufi Alisha membidas.
Ameer Dylan terkesima.
“Mahu jadi
ustazah lagi?”
“Jika kita
ingin menasihati atau berbuat baik tidak perlu menjadi seorang ustazah.
Kecantikkan seorang isteri hanya untuk suaminya.”
Ameer Dylan
merenung wajah Sufi Alisha. Geram bercampur marah. Dia mahu saja mencium bibir
basah Sufi Alisha agar behenti menjawab.
Malulah dia
mahu menghadap muka teman-temannya dengan pakaian Sufi Alisha yang berbungkus begini.
Tiada yang menariknya dengan pakaian berbungkus Sufi Alisha itu. Ada keluhan
kecil di bibirnya. Tidak boleh jadi ni.
“Tukarlah
baju you dengan baju yang I belikan. Semak mata I tengok baju bungkus you tu.”
Arah Ameer Dylan.
Sufi Alisha
menggeleng.
“Sufi tidak
mahu pamerkan kecantikkan buat suami Sufi kepada orang lain. Abang bangga ke
orang lain tengok aurat isteri abang? Lagipun baju tu memang tak sesuailah
untuk Sufi.”
Ameer Dyaln
terdiam. Ya, dia selalu bangga bersama teman-teman wanitanya yang terdedah
sana-sini itu. Teman-temannya akan memuji. Malah ada yang langsung tidak lepas
pandang ke arah teman-teman wanita yang dibawa bersama. Mata mereka menjadi
juling melihat tubuh yang mengiurkan di depan mata mereka.
“Ikut suka
youlah!” Ameer Dylan malas mahu melanjutkan pertelingkahan lidah dengan Sufi
Alisha. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Bunyi pancuran air
kedengaran.
Sufi Alisha
menyediakan pakaian buat Ameer Dylan. Ameer Dylan tidak pula menyatakan pakaian
yang dipakai. Sufi Alisha yang mengikut naluri hatinya.
Sebaik Ameer
Dylan keluar dari bilik air, pakaian sudah tersedia. Dia memuji Sufi Alisha
dalam hati. Isterinya itu bijak memilih ton warna yang digemari.
“Terima
kasih Sufi.” Ucap Ameer Dylan lembut.
Dia
mengenakan kemeja lengan panjang itu pada tubuhnya.
“Biar Sufi
bantu katupkan butang baju abang.”
Ameer Dylan
hanya mengangguk. Mula-mula dia mengenali Sufi Alisha, isterinya itu tampak
garang. Berpendirian tegas. Yang itu masih ada. Dan sekarang dia melihat sifat
keprihatinan Sufi Alisha. Kalau dia lihat isteri-isteri teman rapatnya mereka
hanya tahu berhibur, bergaya, bersolek, membazirkan wang dan menggunakan
khidmat orang gaji menguruskan anak-anak dan rumah. Mereka tidak perlu
menggerakkan tulang empat kerat untuk bangun awal atau menguruskan keperluan
suami.
“You pernah
buat begini pada lelaki lain?
“Pernah.”
Terjegil
biji mata Ameer Dylan.
“Dengan
arwah ayah Sufi ketika dia sudah lumpuh dan tidak terdaya untuk bangun, Sufi
yang uruskan segala makan, minum dan pakainya. Ayah banyak berbakti pada Sufi
dan keluarga. Bakti Sufi pada arwah ayah tidak seberapa jika dibandingkan
dengan bakti arwah ayah.”
Lega… Buat suspen betul Sufi Alisha ini. Kadang-kadang manusia ini tunjuk saja
alim tapi perangai sebenarnya macam parasit!
“I dengar Dylan mahu bawa isteri dia
malam ini.” Seorang wanita berpakaian ala model dengan bahu terdedah itu
bersuara. Gosip panas mestilah disebarkan.
“Oh… isteri yang berbungkus macam ustazah itu ya? Majlis kahwin punyalah simple ya
amat. Dylan itu banyak duit boleh buat majlis besar-besaran dekat hotel lima
bintang dan jemput artis popular. Ini hanya majlis akad nikad dan kenduri
biasa. Apa class! Bodohlah Dylan tu
pilih perempuan macam itu. Kalau pilih barulah grand..” Wanita yang berpakaian rona merah itu mencelah.
“Betul tu. I cukup tak percaya bad boy yang handsome macam Dylan itu akan berpasangan
dengan perempuan tiada class dan ketinggalan zaman.”
“Kalau bad boy tu kahwin dengan I sah-sah dapat layanan first
class.” Wanita bertubuh tinggi lampai itu ketawa kecil. Siapa yang tidak
mahukan lelaki kacak dan berharta macam Ameer Dylan itu. Hari-hari duduk dalam
bilik pun tidak apa. Goyang kaki jadi ratu dalam rumah.
“Layak ke? Dylan itu bukan sedang ditawan hatinya. I pun tidak faham macam mana
dia boleh tersangkut dengan perempuan tu? Dylan kena guna-guna agaknya.”
Carolyn mengeleng kepala mendengar umpatan-umpatan tentang Ameer Dylan. Orang
yang mengumpat itu hanya tahu menambah dosa sahaja. Kalau sudah jenis perempuan
murahan lelaki mana mahu jadikan isteri di rumah? Lelaki bodoh saja yang buta
tengok kejelitaan dan keseksian pada tubuh tapi sebenarnya hampeh bab
rumahtangga. Kes cerai-berai pun berlaku. Mulalah salahkan sesama sendiri.
Harapkan cantik sahaja tiada gunanya.
Pada Carolyn perkahwinan Ameer Dylan dan Sufi Alisha itu adalah perkara baik.
Sufi Alisha bukannya kolot pemikiran tetapi lebih cerdik pandai dari kelompok
perempuan di belakangnya itu. Dia bukan beragama Islam namun dia tahu aurat
seorang itu wajib ditutup dengan sempurna kecuali muka dan telapak tangannya.
“Mulut orang bukannya kita boleh tutup.”
“Ya… tapi I tak suka orang mempertikaikan sesuatu perkara yang baik itu for example macam bertudung. Mereka suka
kata bila sampai seru baru nak pakai. Dalam Islam tidak pula katakan sudah
sampai seru boleh pakai pulakkan. Aurat itu memang wajib ditutup.”
Lelaki di hadapan Carolyn merasa kagum.
“Wow! You lebih pandai dari mereka.”
“I hanya belajar sikit-sikit bersama wife Dylan itu.”
“Satu perkembangan bagus.” Puji lelaki yang berkumis nipis itu.
Carolyn tersenyum.
“I sukakan Sufi. Dia seorang wanita yang simple dan merendah
diri. I akan mengamuk dengan Dylan jika dia berani mempersia-siakan Sufi.”
“Takutnya I…”
Suara tetamu yang kecoh mengejutkan Carolyn dan lelaki tersebut. Nama Ameer
Dylan seakan diseru-seru oleh kaum wanita di majlis itu. Tahu-tahu Ameer Dylan
sudah terpacak di sisi meja Carolyn.
“Carolyn… you sudah jumpa teman pengganti yang baru?”
“Shut up! Julian you jangan ambil hati dengan kata-katanya.”
Lelaki yang dipanggil Julian itu tersengih. Dia sempat mengerling sekilas
Sufi Alisha yang berdampingan dengan Ameer Dylan itu. Wanita inikah yang
dikatakan kolot oleh kelompok wanita tadi? Julian hanya berani memuji yang Sufi
Alisha ini seorang wanita yang cantik. Tenang matanya melihat wajah isteri
Ameer Dylan itu. Pakaiannya juga tidak nampak di mana kolotnya? Bagi Julian
pakaian jubah berseluar itu cantik dan kena dengan si pemakainya yang ayu.
“Julian… ini wife … Sufi Alisha.”
“Apa khabar?” Julian menyapa.
“Alhamdulillah… baik.”
“I tinggalkan wife dengan you, Carolyn. I mahu bertemu dengan
kawan-kawan I yang lain.”
“Dylan…”
Belum habis Carolyn bersuara Ameer Dylan sudah beredar. Carolyn mendengus
kecil. Sufi Alisha tersenyum.
“Tak mengapa Sufi… I ada untuk melayan you.”
“Terima kasih Carolyn.”
Kecil hatikah Sufi Alisha dengan sikap Ameer Dylan itu? Carolyn cuba membaca
pada riak wajah Sufi Alisha. Sufi Alisha kelihatan seperti biasa sahaja. Tahan
sabar betul Sufi Alisha. Ini baru beberapa hari dia bergelar isteri
kepada bad boy itu.
Ameer Dylan merapati beberapa orang wanita. Sengaja dia mengucup pipi-pipi
wanita itu. Dia tahu Sufi Alisha melihat apa yang dia lakukan. Malah wanita-wanita
itu tidak segan silu membalas kucupannya dan memeluknya.
Sufi Alisha beristighfar menenangkan hati yang bergelora. Dia tahu serba
sedikit dia mereasa cemburu dan tidak menyenangi cara Ameer Dylan. Ameer Dylan
mahu menguji tahap kesabarannya.
“You rasa isteri you akan kisah ke kalau I bawa you temankan I malam ini?”
Wanita di sisinya itu berbisik.
Ameer Dylan ketawa.
“You rasa dia akan kisah ke?” Ameer Dylan mencuri pandang ke arah Sufi Alisha. Isterinya
masih tenang dan berbual-bual dengan Carolyn.
“Dia tidak akan kisah. Dia hanya suri di rumah I saja.” Ameer Dylan sengaja
menguatkan nada suaranya.
Carolyn tidak senang dengan kata-kata Ameer Dylan itu. Dia menggengam jari-jemari
Sufi Alisha. Sufi Alisha ni sakit ke apa? Dia masih boleh tersenyum sahaja.
Kalau Carolyn di tempat Sufi Alisha memang dia bagi penampar pada perempuan tak
sedar di sisi Ameer Dylan itu. Sedarlah lelaki yang awak peluk cium itu suami
orang.
Ameer Dylan memaut pinggang wanita itu lalu berjalan merapati meja Carolyn
tadi. Dia mahu Sufi Alisha lebih sakit hati lagi.
“Sufi… ini kehidupan I. I memang suka jadi perhatian wanita lain. Lihat wanita
ini… dia begitu mudah berada di dalam dakapan I.” Pipi wanita itu diusap-usap.
Terbeliak mata Carolyn dan Julian. Bukan main terbukanya lagi si Ameer Dylan
ini. Melampau pun ada.
“Oh… cantiknya dia. Sufi izinkan jika abang mahu berkahwin dengan dia dari
abang buat maksiat bersama dia. Hubungan halal itu lebih diredhai jika niat itu
ikhlas.”
Atmosfera di sekeliling mula berubah. Jelas muka Ameer Dylan sedang membahang.
Wanita disebelah sudah tersipu malu. Bagusnya isteri Ameer Dylan. Siap bagi
lampu hijau lagi untuk suaminya menikah lagi seorang.
“Bagaimana kalau I bawa dia pulang ke rumah malam ini?”
“Sufi panggil Jabatan Agama Islam untuk tangkap abang dan dia dan dinikahkan
malam ini juga. Kalau sudah bernikah tiada masalah untuk dia duduk serumah
dengan Sufi. Sufi pun teringin juga ingin dapat payung syurga.” Sufi Alisha
seperti tiada rasa apa-apa.
Carolyn kerut dahi begitu jua Julian. Mereka tidak faham dengan sikap Sufi
Alisha. Jika wanita lain mahunya tidak sanggup mengizinkan suami mereka
menikahi wanita lain. Madu itu ibarat racun bagi mereka.
Taktik yang Ameer Dylan jalankan masih belum menyakitkan hati Sufi Alisha.
Tidak mengapa. Dalam sebulan ini dia akan tunjukan keindahan dunianya kepada
Sufi Alisha.
“Emmm…” Ameer Dylan mengusap dagunya. “You boleh balik
sendiri. I mahu temankan si jelita ini bersuka-ria.”
“
Dylan…” Carolyn bingkas bangun.
Sufi Alisha menarik lengan Carolyn.
Ameer Dylan ketawa kecil lalu membawa wanita itu ke kelompok teman-temannya.
Carolyn melepaskan keluhan panjang.
“Saya hantar awak balik nanti Sufi.”
“Terima kasih Carolyn.” Ucap Sufi Alisha. Wanita berbangsa cina ini memang baik
orangnya.
“I temankan you, Carolyn.”
“Okay.”
Kesian pada Sufi Alisha yang perlu pulang sendiri. Seorang wanita
menghampiri dan melayangkan senyuman buat Sufi Alisha.
ORANG kata bila sudah
berkahwin komitmen pada rumahtangga itu utama. Namun tidak pada Ameer Dylan.
Perkahwinan itu tidak akan mengikat aktiviti bebasnya seperti biasa. Malam yang
masih panjang. Tambahan pula parti itu sudah berubah menjadi parti bebas.
Teman-temannya sudah berhibur dengan pasangan mereka. Botol-botol minuman keras
bersepah sana-sini.
Ameer Dylan masih menari-nari bersama teman perempuannya. Dia tidak peduli
dengan keselamatan Sufi Alisha yang sudah pulang awal. Dia sengaja menyuruh
isterinya itu pulang dahulu.
“Baby… I dah penat menari. I mahu rehat sebentar.” Ujar wanita persis
anak kacukan itu. Apa tidaknya menari rancak dengan kasut setinggi 2 inci.
Terjengket-jongket kakinya.
“I teman you.” Ameer Dylan memimpin wanita itu.
Wanita itu duduk sambil mengurut-urut kakinya. Ameer Dylan tidak ketinggalan
untuk mengambil peluang membantu memberikan urutan percuma.
“Thanks baby… wife you kalau nampak you main dengan perempuan lain
mesti marah?”
Ameer Dylan tertawa.
“Perempuan itu hanya untuk simpanan I di rumah.”
“Sanggup you kata wife you itu untuk simpanan di rumah.” Gumam
wanita itu.
“I berkahwin dengan dia atas beberapa sebab yang orang lain tak perlu tahu.
Lagipun tugas dia memang khas untuk menjaga rumah, makan, minum dan pakai I.”
Reaksi wanita itu berubah.
“Isteri you nampak seperti orang yang baik-baik. I ada berbual dengan dia tadi.
I rasa malu pula pada dia.”
“Untuk apa yang you mahu malu dengan dia?”
“Bila I tengok diri I dengan dia macam langit dengan bumi. I rasa segan bila
dia sedikit pun tidak marah pada I bila I minta izin dengan dia I mahu kahwin
dengan you. Sedangkan I olok-olok sahaja untuk menguji dia.”
Lain macam pula bunyinya. Ameer Dylan behenti dari meneruskan urutan di kaki
wanita itu.
“I tahu dia ada rasa cemburu tapi dia pendamkan. I wanita I tahu perasaan dia.”
Sambung wanita itu lagi.
“Ah! Bosanlah.” Ameer Dylan melenting. Dia berlalu dalam keadaan agak
terhoyong-hayang sedikit. Mabuknya masih ada.
Wanita itu tergamam. Dia bangun menuruti langkah Ameer Dylan. Kesian pula mahu
membiarkan lelaki itu pulang dalam keadaan sebegitu pula. Ameer Dylan tidak
minum banyak namun masih ada kandungan alkoholnya.
“Baby… I hantar you pulang.”
Ameer Dylan hanya tersengih.
SUFI ALISHA melipatkan
telekung dan sejadahnya. Dia melihat jam di dinding. Ameer Dylan masih belum
pulang walau sudah pukul dua pagi. Ke mana agaknya Ameer Dylan melencong? Dia
risau dengan keselamatan suaminya itu. Carolyn ada mengatakan yang Ameer Dylan
jika sudah pergi berhibur akan balik dalam keadaan mabuk. Salah satu tabiat
Ameer Dylan yang sukar dikikis.
“Suami you itu memang jenis kaki perempuan, kaki mabuk dan kaki rokok juga. I
bukan mahu burukkan dia tapi tabiat itu yang perlu you ubah pada dia. I tahu
Sufi, you boleh lakukan.
“
Insya-Allah….”
“
Sufi… I takut apa-apa terjadi pada you kelak kerana you seakan memperjudikan
masa depan you pada Dylan. Jika itu berlaku please
cari I.” Itu pesanan Carolyn buat Sufi Alisha.
Ya Allah… lindungi suaminya itu dari sebarang musibah yang tidak dingini. Dia
akan cuba membantu suaminya itu kembali ke pangkal jalan. Semoga segala niat
ikhlasnya itu dipermudahkan. Dia juga mengucapkan syukur kerana Jeffrey sudah
mahu berubah dan hidup berdikari. Itu satu perkembangan yang baik buat Jeffrey.
Telefon bordering di ruang tamu. Sufi Alisha bergegas turun. Adakah panggilan
dari
Ameer Dylan? Ganggang
telefon terus diangkat.
“Assalamualaikum… Helo…”
“Helo… you wife Dylan?”
“Ya… saya isteri dia. Kenapa dengan suami saya, cik?”
“Suami you bermalam di rumah I malam ini. I sudah suruh dia pulang ke rumah
tapi dia tak mahu. Sorry..” Talian terus dimatikan.
Sufi Alisha meletakkan ganggang telefon.
Ya Allah… kuatkan semangat hambamu ini. Sebak hati Sufi Alisha. Dia perlu kuat
menghadapinya. Sufi Alisha tidak akan tunduk. Sufi Alisha tidak akan
mengalah. Dia yakin pastinya ada cinta untuk dia. Jika dia hanya tahu
menangis dan berserah pada takdir Ameer Dylan tidak akan berubah laku. Bukankah
dia sudah nekad untuk membantu suaminya itu. Dia mula belajar menyayangi dan
mencintai suaminya itu. Dia mahu Ameer Dylan membuka mata betapa mahal sebuah
cinta yang sebenarnya. Dan cinta kepadaNYA adalah cinta yang abadi.
Sufi Alisha mengeluarkan sebuah buku dari laci almari
soleknya. Jangan Bersediah adalah salah buku kegemaran Sufi Alisha yang dibaca
andai ada waktu lapang begini. Sufi Alisha duduk bersandar pada bantal. Matanya
masih belum mengantuk. Walau matanya menatap setiap bait patah perkataan yang
terkandung di dalam buku tersebut fikirannya masih melayang memikirkan si
suami. Hidup yang dibelenggu kebebasan tanpa batasan emnjadikan manusia itu
sudah melupai hukum haram dan halal di sisi agama.
Sabar je sufi, nnti dylan berubah tu..hehehe
ReplyDeletenak lagi....
ReplyDeleteCan't wait for full n3
ReplyDeleteNak lagi..x saba menunggu sambunganny
ReplyDeleteX sambung lg ke... x sabar nak tunggu...
ReplyDeletenakkan sambungan seterusnya :(
ReplyDeleteNovel yg sebaik ini harus di sambung atau beri peluang utk pembaca membaca hingga ke penhujung nya.....sayang cerita nya tak habis
ReplyDeletesungguh luar biasa
ReplyDelete