PANDANGAN mata Joe yang
maha tajam itu buat Fika rasa tidak selesa. Tolonglah… seram dan meremang bulu
roma pun ada. Cepatlah pesanannya sampai. Habis makan dia boleh terus pulang.
Lepas ini maaflah dia mahu bertembung dengan Joe ini lagi. Kalau bertembung
juga dia akan mengelak.
Joe pula suka melihat
sikap Fika yang mudah gelabah. Comel juga gadis bernama Fika ini. Geram pula
dia melihat pipi tembam Fika. Mahu saja dicubit-cubitnya. Namun Joe tahu
pergaulan antara perempuan dan lelaki ada batasnya. Fika itu belum sah untuk
disentuh. Dia rasa mahu mengajak Fika menikah sahaja. Namapk sangat kau gelojoh
Joe!
“Awak macam takut-taku
sahaja dengan saya.” Joe perasan yang Fika tidak senang duduk di hadapannya,
“Memang saya takut!”
Akui Fika tanpa berselindung.
“Muka saya kacak apa?”
“Awak…. awak fikir orang
yang kacak ni tidak menakutkan ke? Contoh ada depan mata saya. Bagi saya awak
menakutkan saya dengan renungan awak pada saya. Macam mahu telan saya.” Gerutu
Fika.
Joe tersengih. Baginya
kata-kata Fika melucukan hati.
“Pertama kali saya
dengar yang orang kacak ini menakutkan.” Joe mengusap dagu. Kepalanya sengaja
diangguk-anggukkan.
Fika mengetap bibir.
“Senyuman awak pun
menakutkan saya. Apa niat awak ni?” Fika menyilangkan kedua-dua belah
tangannya.
“Niat saya?” Joe
menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya.
Fika angguk.
“Niat saya mahu melamar
awak jadi isteri saya.”
Terbeliak besar biji
mata Fika.
Joe pecah tawa.
“Jangan main-main
okay!” Fika mula naik angin. Dia cucuk pula mata Joe dnegan garfu atas meja
ini. Biar Joe buta macamKassim Selamat.
“Kalau saya serius
macma mana?”
“Tak ingin saya nak
bersuami lelaki macam awak. Satu lagi saya masih study, okay!”
“Rafika Dewi… rugi tau.
Saya ni orang kata klon Jerry Yan.”
“Boleh tak jangan sebut
nama penuh saya?”
“Okaylah. Saya panggil
awak my sweet Fika.”
Erk! Fika mendengus.
Orang tak faham bahasa memang begini. Beberapa minit kemudian pesanan dihantar
oleh seorang pelayan wanita. Terkebil-kebil mata Fika melihat pesanan yang
dibuat oleh Joe itu. Apalah bedan alah ini? Tengok sekali pun sudah tidak
menyelerakan. Makan nasi lagi sedap.
“Awak makan spaghetti
tak?”
Fika geleng laju.
“Saya lidah melayu.
Makan nasi.” Ujarnya.
“La… kenapa tak cakap
tadi? Kita makan di restoran ala kampong aje.”
“Awak tak tanya.”
Joe menggeleng
perlahan.
“Cubalah. Spaghetti pun
sedap juga.”
Fika geleng laju.
“Saya tak reti makan
benda alah ni.” Dia merenung pesanan yang sudah berada di dada meja itu.
“Makan makan ni… guna
garfu.” Joe menunjukan sedikit demonstrasi kepada Fika.
“Awaklah makan seornag.”
Kelat riak wajah Fika.
“Pulak… tak bestlah saya makan seorang. Awak tengok
aje.” Joe behenti menyuap.
“Saya nak makan nasi.”
Desis Fika.
“Okay! Jom, kita makan
nasi.”
“Awak jangan membazir.”
Fika mengerling pada
spaghetti yang masih luak sedikit di pinggan Joe. Spaghetti di pinggannya
langsung tidak diusik.
“Tak apa. Bazir
sesekali.”
Fika memandang pinggan
spaghettinya. Dia pegang garfu yang terletak di atas tisu itu.
“Tadi kata tak makan?”
“Membazir itu amalam
syaitan.”
Tidak faham Joe dengan
gadis seorang ini.
“AWAK… saya hantar awak
balik.”
Fika menggeleng.
“Saya naik bas.”
“Ala… bukan susah mana
pun.”
Fika masih menggeleng.
“Saya tak biasa naik
kereta. Saya suka naik basikal. Awak ada basikal tak?”
“Macam-macamlah awak
ni.” Joe menahan tawanya dari meletus. Alasan tidak logik betul si Rafika Dewi
ini.
“Saya gerak dulu.
Terima kasih belanja saya makan dan pulangkan kad pelajar saya.” Ucap Fika. Dia
mengaturkan langkah.
“Saya teman awak naik
bas.” Joe menuruti langkah Fika.
“Ikut suka awaklah Joe.”
JOE memasukkan
kedua-kedua belah tangannya ke dalam kocek jeans lusuh itu. Dia sudah menunggu
hampir dua jam di luar pagar kondominium mewah itu. Bayang adiknya masih tidak
kelihatan. Puas dia menelefon dan menghantar pesanan ringkas. Adiknya itu
membalas. Minah blonde ini memang
mahu kena bebel dengan dia.
Ikutkan hati memang
sudah lama menapak menuju ke keretanya. Dia pulang sendiri. Biarlah papa
bising. Kata orang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Juliez bukannya
makan saman. Minah blonde itu ikut
kepala dia sahaja.
“Joe!”
Panjang umur dia.
“Mak aih! Kau ni
bersiap mengalahkan badak berendam.”
“Mulut jaga sikit!”
Juliez menyisirkan
rambutnya.
Joe pandang Juliez atas
dan bawah. Minah blonde ni ingat mahu
pergi parti ke pakai macam tak cukup kain.
“Baju yang sopan takder ke?”
“Joe… papa dan mama tak
bising pun Juliez pakai macam mana? Joe nak tunjuk alim sangat ni apa hal?”
Juliez mencemik.
“Kalau kena rogol
jangan salahkan abang.”
“Joe!” Juliez memukul
Joe dengan beg tangannya.
Joe dan Juliez
melangkah masuk ke dalam perut kereta. Juliez sempat menghantar satu pesanan
ringkas di telefon bimbitnya. Joe tahu yang Juliez menghantar mesej kepada
teman lelakinya. Sedia maklum Juliez bersedudukkan dengan teman lelakinya itu.
“Sampai bila kau hidup
macam orang takder agama?”
“Jangan menyibuk… Mati
kubur lain-lain okay.”
Tersenyum Joe.
“Oh! Mati kubur
lain-lain ya. Kau seronok sangatlah mahu jadi salah seorang calon ahli neraka.”
Selamba Joe menuturkan kata.
“Itu masalah Juliez!
Jika Juliez masuk neraka tiada kena-mengena dengan youlah Joe!” Juliez merengus
kasar.
Sakit hatilah ada abang
yang kuat membebel macam Joe ini. Ingat dia baik sangat ke? Dulu belajar di oversea pun Joe macam ‘sampah’ duduk
sana. Joe behenti belajar dna sambung di tanahair.
“Abang bagi nasihat
aje. Nasihat kebaikan bersama.”
“Joe… hal I you tak
perlu campur. Bila I nak bertaubat itu urusan I. You nak bertaubat.. taubatlah
seorang. Jangan nak heret I sekali.” Juliez mengalihkan pandangan ke luar.
Joe jongket kening.
“Itu pun kalau adik
abang ni sempat bertaubat.”
“Joe!”
Kereta Joe meluncur
laju.
Bezzz kak..sambung cepat2 k..*-^
ReplyDeleteakak, nak lagi..hehehe
ReplyDeletebest sgt
ReplyDeletetp tu lah..CIPUT :)
Best kak ilya..tp npe ckit je,cpt2 smbung n3..
ReplyDeletebest.....
ReplyDeletefuh ayat tak tahan...pedas sangat...lebih pedas dari cili...hehehe
ReplyDeletebest kak
masih penasaran dengan kelanjutannya
ReplyDelete