Tab Menu

Followers

Sunday, September 22, 2013

Teman Pengganti - Episode 3

PANDANGAN mata Joe yang maha tajam itu buat Fika rasa tidak selesa. Tolonglah… seram dan meremang bulu roma pun ada. Cepatlah pesanannya sampai. Habis makan dia boleh terus pulang. Lepas ini maaflah dia mahu bertembung dengan Joe ini lagi. Kalau bertembung juga dia akan mengelak.

Joe pula suka melihat sikap Fika yang mudah gelabah. Comel juga gadis bernama Fika ini. Geram pula dia melihat pipi tembam Fika. Mahu saja dicubit-cubitnya. Namun Joe tahu pergaulan antara perempuan dan lelaki ada batasnya. Fika itu belum sah untuk disentuh. Dia rasa mahu mengajak Fika menikah sahaja. Namapk sangat kau gelojoh Joe!


“Awak macam takut-taku sahaja dengan saya.” Joe perasan yang Fika tidak senang duduk di hadapannya,
“Memang saya takut!” Akui Fika tanpa berselindung.
“Muka saya kacak apa?”
“Awak…. awak fikir orang yang kacak ni tidak menakutkan ke? Contoh ada depan mata saya. Bagi saya awak menakutkan saya dengan renungan awak pada saya. Macam mahu telan saya.” Gerutu Fika.

Joe tersengih. Baginya kata-kata Fika melucukan hati.

“Pertama kali saya dengar yang orang kacak ini menakutkan.” Joe mengusap dagu. Kepalanya sengaja diangguk-anggukkan.

Fika mengetap bibir.

“Senyuman awak pun menakutkan saya. Apa niat awak ni?” Fika menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
“Niat saya?” Joe menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya.
Fika angguk.
“Niat saya mahu melamar awak jadi isteri saya.”
Terbeliak besar biji mata Fika.
Joe pecah tawa.

“Jangan main-main okay!” Fika mula naik angin. Dia cucuk pula mata Joe dnegan garfu atas meja ini. Biar Joe buta macamKassim Selamat.
“Kalau saya serius macma mana?”
“Tak ingin saya nak bersuami lelaki macam awak. Satu lagi saya masih study, okay!”
“Rafika Dewi… rugi tau. Saya ni orang kata klon Jerry Yan.”
“Boleh tak jangan sebut nama penuh saya?”
“Okaylah. Saya panggil awak my sweet Fika.”

Erk! Fika mendengus. Orang tak faham bahasa memang begini. Beberapa minit kemudian pesanan dihantar oleh seorang pelayan wanita. Terkebil-kebil mata Fika melihat pesanan yang dibuat oleh Joe itu. Apalah bedan alah ini? Tengok sekali pun sudah tidak menyelerakan. Makan nasi lagi sedap.

“Awak makan spaghetti tak?”
Fika geleng laju.
“Saya lidah melayu. Makan nasi.” Ujarnya.
“La… kenapa tak cakap tadi? Kita makan di restoran ala kampong aje.”
“Awak tak tanya.”

Joe menggeleng perlahan.

“Cubalah. Spaghetti pun sedap juga.”
Fika geleng laju.
“Saya tak reti makan benda alah ni.” Dia merenung pesanan yang sudah berada di dada meja itu.
“Makan makan ni… guna garfu.” Joe menunjukan sedikit demonstrasi kepada Fika.
“Awaklah makan seornag.” Kelat riak wajah Fika.
“Pulak… tak bestlah saya makan seorang. Awak tengok aje.” Joe behenti menyuap.
“Saya nak makan nasi.” Desis Fika.
“Okay! Jom, kita makan nasi.”
“Awak jangan membazir.”
Fika mengerling pada spaghetti yang masih luak sedikit di pinggan Joe. Spaghetti di pinggannya langsung tidak diusik.

“Tak apa. Bazir sesekali.”
Fika memandang pinggan spaghettinya. Dia pegang garfu yang terletak di atas tisu itu.
“Tadi kata tak makan?”
“Membazir itu amalam syaitan.”

Tidak faham Joe dengan gadis seorang ini.


“AWAK… saya hantar awak balik.”

Fika menggeleng.

“Saya naik bas.”
“Ala… bukan susah mana pun.”
Fika masih menggeleng.
“Saya tak biasa naik kereta. Saya suka naik basikal. Awak ada basikal tak?”
“Macam-macamlah awak ni.” Joe menahan tawanya dari meletus. Alasan tidak logik betul si Rafika Dewi ini.

“Saya gerak dulu. Terima kasih belanja saya makan dan pulangkan kad pelajar saya.” Ucap Fika. Dia mengaturkan langkah.
“Saya teman awak naik bas.” Joe menuruti langkah Fika.
“Ikut suka awaklah Joe.”



JOE memasukkan kedua-kedua belah tangannya ke dalam kocek jeans lusuh itu. Dia sudah menunggu hampir dua jam di luar pagar kondominium mewah itu. Bayang adiknya masih tidak kelihatan. Puas dia menelefon dan menghantar pesanan ringkas. Adiknya itu membalas. Minah blonde ini memang mahu kena bebel dengan dia.

Ikutkan hati memang sudah lama menapak menuju ke keretanya. Dia pulang sendiri. Biarlah papa bising. Kata orang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Juliez bukannya makan saman. Minah blonde itu ikut kepala dia sahaja.

“Joe!”
Panjang umur dia.
“Mak aih! Kau ni bersiap mengalahkan badak berendam.”
“Mulut jaga sikit!”
Juliez menyisirkan rambutnya.
Joe pandang Juliez atas dan bawah. Minah blonde ni ingat mahu pergi parti ke pakai macam tak cukup kain.
“Baju yang sopan takder ke?”
“Joe… papa dan mama tak bising pun Juliez pakai macam mana? Joe nak tunjuk alim sangat ni apa hal?” Juliez mencemik.
“Kalau kena rogol jangan salahkan abang.”
“Joe!” Juliez memukul Joe dengan beg tangannya.

Joe dan Juliez melangkah masuk ke dalam perut kereta. Juliez sempat menghantar satu pesanan ringkas di telefon bimbitnya. Joe tahu yang Juliez menghantar mesej kepada teman lelakinya. Sedia maklum Juliez bersedudukkan dengan teman lelakinya itu.

“Sampai bila kau hidup macam orang takder agama?”
“Jangan menyibuk… Mati kubur lain-lain okay.”
Tersenyum Joe.
“Oh! Mati kubur lain-lain ya. Kau seronok sangatlah mahu jadi salah seorang calon ahli neraka.” Selamba Joe menuturkan kata.
“Itu masalah Juliez! Jika Juliez masuk neraka tiada kena-mengena dengan youlah Joe!” Juliez merengus kasar.

Sakit hatilah ada abang yang kuat membebel macam Joe ini. Ingat dia baik sangat ke? Dulu belajar di oversea pun Joe macam ‘sampah’ duduk sana. Joe behenti belajar dna sambung di tanahair.

“Abang bagi nasihat aje. Nasihat kebaikan bersama.”
“Joe… hal I you tak perlu campur. Bila I nak bertaubat itu urusan I. You nak bertaubat.. taubatlah seorang. Jangan nak heret I sekali.” Juliez mengalihkan pandangan ke luar.
Joe jongket kening.
“Itu pun kalau adik abang ni sempat bertaubat.”
“Joe!”

Kereta Joe meluncur laju.


7 comments: