Tab Menu

Followers

Monday, September 7, 2009

"Cerpen" .:: Izinkan Ku Pergi ::.

NUR LISA menghitung hari-hari yang berlalu. Dalam usia yang sudah mencecah tiga puluh dia masih tercari-cari impian dan cintanya. Dia bukan gadis yang memilih lelaki dari segi rupa dan harta kekayaan tetapi lelaki yang pentingkan kesederhanaan. Hatinya acapkali dikecewakan lelaki. Namun dia masih tegar mencari kebahagiaan. Begitu yakin masih ada bahagia untuk wanita sepertinya.
Perkenalan singkat dalam satu seminar anjuran syarikat tempat dia bekerja telah menemukan Nur Lisa dengan lelaki bernama Syed Mukhlis. Tidak menduga pertemuan itu adalah permulaan bibit-bibit percintaan antara mereka. Syed Mukhlis amat mengagumi profesion Nur Lisa sebagai Interior Designer. Wanita itu punya ciri-ciri personaliti wanita idamannya. Bijak dan pandai membawa diri. Apa yang utama sekali Nur Lisa wanita yang cantik dan sopan. Rata-rata temannya memuji keistimewaan Nur Lisa. Syed Mukhlis tersenyum bangga. Tapi setiakah cinta Syed Mukhlis pada Nur Lisa.
"You betul-betul ikhlas mencintai I?" soal Nur Lisa di suatu petang ketika mereka minum bersama. Entah mengapa baru-baru ini hatinya meragui kasih Syed Mukhlis. Mungkin kerana dia terserempak dengan Syed Mukhlis bersama wanita lain di Starbucks Suria KLCC tempohari. Kemesraan Syed Mukhlis dengan wanita itu luar biasa sekali. Berpeluk-pelukkan tanpa segan silu di khalayak ramai. Nur Lisa tertanya-tanya siapa gerangan wanita cantik itu.
"Of course sayang. I hanya mencintai you." balas Syed Mukhlis. Dia meramas lembut jari-jemari Nur Lisa. Pantas Nur Lisa menarik tangannya. Tidak senang dengan perlakuan Syed Mukhlis itu.
"So siapa perempuan yang bersama you itu hari? I ada terserempak you minum dengan seorang perempuan di Starbucks."
"Oh! Dia anak kepada rakan seperniagaan father I. You janganlah cepat buat tanggapan. I dengan dia sudah berkawan dari kecil. I jumpa dia secara kebetulan. Lima tahun I tidak berjumpa dengan dia sejak dia melanjutkan pelajaran di UK." jelas Syed Mukhlis. Penjelasan Syed Mukhlis tidak dapat membuatkan hati Nur Lisa tenteram. Dia masih boleh terbayangkan kemesraan Syed Mukhlis dengan wanita terbabit.
"Siapa nama kawan lama you itu?"
"Baby Liyana."

**********************************************
 NUR LISA tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja. Fikirannya merewang ke arah lain. Gelagatnya itu di tegur oleh ketuanya Mr. Daniel. Lelaki kacak kacukkan India-Cina itu. Mr. Daniel sering digelar 'singa kelaparan' oleh rakan-rakan sekerjanya. Bukan saja garang malah amat tegas dengan pekerja-pekerjanya. Siapa yang tidak tahan pastinya akan behenti. Tengok muka Mr. Daniel sudah menggerunkan.
"Awak nak berangan atau buat kerja! Awak tahu tak design tu akan dibentangkan kepada client kita esok. Satu apa pun awak belum prepare lagi! What’s wrong with you Lisa? Setahu saya, you bukan pekerja yang suka buat kerja sambil lewa. Jika ada personal problem jangan dibawa ke pejabat!" Mr. Daniel melenting. Nur Lisa terpaksa pekakkan telinga. Selalunya dia orang yang paling berani melawan cakap Mr. Daniel. Apa saja kata lelaki itu ditentang habisa-habisan untuk membela diri. Hari ini dia membisu. Mr. Daniel juga perasan Nur Lisa tidak bersikap seperti biasa. Tahu itu salahnya.
"I'm sorry Mr. Daniel." ucap Nur Lisa. Mr. Daniel merengus kecil. Nur Lisa pekerja yang terbaik. Berdedikasi dan berdisplin. Hasil kerja selalu number one! Pekerja yang cukup dia sayangi.
"Awak ada big problem kah?" Mr. Daniel merendahkan sedikit suaranya.
"Tidak Mr. Daniel. If ada pun perkara kecil saja." Nur Lisa mengulum senyuman. Senyuman yang sering menjadi igauan Mr. Daniel.Tiada siapa yang tahu dalam diam-diam Mr. Daniel menaruh hari pada Nur Lisa. Namun, Mr. Daniel terlewat untuk meluahkan perasaan. Nur Lisa sudah berpunya.
"Mmmmmm. Saya tidak suka masalah dicampur adukkan dengan kerja. Kalau awak perlu rehat saya akan berikan awak cuti. Awak pun jarang sekali ambil cuti."
"Tak perlu Mr. Daniel. Saya okay."
"Are you sure."
"Yes Mr. Daniel."
Nur Lisa menghela nafas panjang. Nur Lisa meraup wajahnya berkali-kali. " Nur Lisa…apa dah jadi dengan kamu ni. Bersemangatlah sikit. Lupakan masalah kau buat masa ini. Tumpukan perhatian pada kerja kau." Dia memberi perangsang kepada dirinya sendiri. Pensil mekanikal itu kembali dicapai. Kalau difikirkan pasal Syed Mukhlis saja, kerja akan bertangguh lagi. Nur Lisa tarik nafas panjang. Wajah Syed Mukhlis perlu diusir dari ruangan mindanya ketika ini.
"INI ke perempuan yang menjadi pilihan Syed, auntie?" Gadis ala-ala mat salih itu pandang Nur Lisa atas bawah. Nur Lisa mengerutkan dahi. Rasanya dia kenal wanita bersama Datin Khalida itu. Wanita yang dia nampak bersama Syed Mukhlis di Starbucks. Baby Liyana!
"Dialah perempuan yang Syed tergila-gilakan itu Baby. Perempuan tidak sedar diri! Syed dah berani lawan cakap auntie kerana perempuan inilah." Datin Khalida menjuihkan bibirnya menunjukkan rasa meluat dengan Nur Lisa. Datin Khalida sudah tidak sukakan Nur Lisa dari mula pertemuan mereka lagi. Nur Lisa tua lima tahun dari anaknya, Syed Mukhlis. Malu dikata teman-teman yang dia punya bakal menantu anak dara tua.
"Agaknya dia sudah guna-gunakan anak auntie. Orang kampung ni suka berjumpa bomoh-bomoh auntie. Maklumlah Syed tu handsome dan bakal pewaris harta keluarga auntie."
Berdesing Nur Lisa mendengarnya. Ikut sedap mulut saja menuduh dia begitu. Apa mereka ingat dia perempuan yang tidak punya maruah diri. Bukan dia yang mulakan percintaan itu. Syed Mukhlis yang memerangkap dia dalam percintaan. Tidak kisah dengan jarak usia antara mereka.
"You patut sedar diri cikkk…cikkkk..cikkk…"
" Nur Lisa." Nur Lisa memperkenalkan dirinya.
"Oh! Nama you Nur Lisa. Nur Lisa you patut sedar diri you. You tidak setaraf dengan Syed. Syed berkawan dengan you kerana nak hilangkan rasa boring dia saja. Syed bermain-main saja dengan you. I yang dia puja dan dia sayang selama ini. Lebih baik you lupakan Syed." Tergedik-gedik lagak Baby Liyana. Bercakap pun ada loghat orang putih.
"Benar cakap Baby itu Lisa. Auntie bukan apa, tahu sangat perangai perempuan macam you ini. Pisau cukur. Pantang nampak lelaki berharta sikit."
"Saya cintakan Mukhlis bukan harta family dia. Jangan merendah-rendah maruah saya Datin." Nur Lisa membalas setelah lama membisu.
"Cinta konon! Sedar diri you itu. Setarafkah you dengan family I? Mana I nak letakkan muka I bermenantukan perempuan yang tidak tahu asal keturunannya. Entah keturunan dari mana! You tahu tak yang diri you itu lebih tua dari anak I . Sedar diri you sikit Cik Nur Lisa!” Jari telunjuk Datin Khalida digoyang-goyang ke muka Nur Lisa.
Nur Lisa gigit bibir. Mengapa asal keturunandan usianya sering dipertikaikan. Kerana dia dan adik-adiknya anak yatim. Anak yatim yang dibesarkan oleh neneknya. Pertemuan Nur Lisa dengan Datin Khalida dan Baby Liyana memberikan tekanan kepada Nur Lisa. Hubungan dia dengan Syed Mukhlis semakin jauh. Bila dihubungi pesanan suara saja yang ditinggalkan. Nampak sangat Syed Mukhlis berubah haluan hati. Mana ungkapan kata cinta Syed Muhlis yang kononnya sanggup harungi lautan api sekalipun. Nur Lisa menangis sendiri. Nur Lisa mengikut nasihat Mr. Daniel untuk bercuti. Dia pulang ke kampung menenangkan fikiran.

****************************************************************
STATUS perhubungan Nur Lisa bersama Syed Mukhlis bagai tidak ada titik penamatnya. Tergantung di pertengahan jalan. Nur Lisa perlu bersua dengan Syed Mukhlis untuk menamatkan segala-galanya. Biarlah percintaan itu berakhir di persimpangan jalan. Nur Lisa redha. Tiada jodoh antara mereka.
Niatnya mati apabila melihat Syed Mukhlis bersama Baby Liyana di sebuah butik pengantin. Begitu mesra sekali mereka bagaikan pasangan merpati sejoli. Bergurau senda tanpa menyedari kehadiran Nur Lisa. Pedihnya hati Nur Lisa hanya TUHAN yang tahu. Air matanya bagai sudah kering. Tiada guna dititiskan air mata untuk lelaki seperti Syed Mukhlis. Matanya saja menjadi permerhati adegan pasangan terbabit. Kad jemputan perkahwinan Syed Mukhlis dan Baby Liyana menjadi penamat segala-galanya.

*****************************************************
NUR LISA menongkat dagu memandang ke arah nelayan-nelayan yang sedang mengemudikan kapal ke arah laut yang biru. Rambutnya separas bahu itu dibiarkan berterbangan ditiup angin. Tawa sekumpulan kanak-kanak yang bermain di persisiran pantai menarik perhatian Nur Lisa. Seronok Nur Lisa melihat gelagat kanak-kanak tersebut. Kumpulam kanak-kanak itu mengingatkan dia sewaktu kecilnya. Dia amat gemar berjalan-jalan di tepi pantai sambil mengutip kulit cengkerang untuk dijadikan kalung leher. Senyuman yang terukir mati tiba-tiba. Terkenang kembali saat Syed Mukhlis meluahkan perasaan di pantai ini bersaksikan laut yang terbentang luas. Satu-persatu kenangan dia bersama Syed Mukhlis menerjah ke dalam minda. Air mata mengalir membasahi pipi gebu Nur Lisa. Kesetiaan dan kepercayaan Nur Lisa berikan di-khianati sekelip mata. Begitu cepat Syed Mukhlis melukakan hatinya dengan kejam.

******************************************************
"AWAK sudah fikirkan semasak-masaknya Lisa." Mr. Daniel tidak menduga Nur Lisa akan menerima tawaran tersebut. Tidak berkelip mata hazel Mr. Daniel memandang gadis tinggi lampai yang kini berbaju kurung dan bertudung itu. Gadis yang telah selama ini menambat hati dinginnya.
Nur Lisa hanya mengukir senyuman dibibir. Kepalanya dianggukkan laju. Tiba masanya untuk melupakan Syed Mukhlis. Dia mahu menumpukan perhatian pada kerjaya yang dimiliki. Membina kembali semangat yang hamper rapuh. Adik-adik perlukan dia. Dia masih punya tanggungjawab.
"Sudah sampai masanya saya mengejar cita-cita saya Mr. Daniel. Peluang itu hanya datang sekali." jelas Nur Lisa tenang. Tawaran yang syarikat berikan untuk bekerja di Paris memberikan peluang Nur Lisa membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia ingin melupakan kenangan pahitnya di sini.
Dia tidak perlu risau meninggalkan nenek dan adik-adiknya. Rais dan Qayyum sudah dewasa. Rais sudah mendapat tawaran bekerja selepas keluar Universiti. Kata Rais dia akan pikul beban keluarga. Qayyum masih dalam tingkatan enam. Pak Long juga akan menjengukkan kesihatan nenek dan adik-adiknya.
"Nampaknya saya tidak dapat menghalang awak untuk pergi. Ini peluang awak menjadi lebih professional. Congratulations kerana awak terpilih." ucapan ikhlas dari bibir Mr. Daniel.
"Thank you Mr. Daniel. Mr. Daniel banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya." Lelaki yang mulanya dianggap tidak berperasaan itu sebenarnya punya hati yang mulus dan mulia. Lelaki itu yang banyak mengajar dan perbetulkan kesilapannya.
"Saya berbangga dengan awak. Saya akan kehilangan pekerja terbaik saya di sini. Bukan senang mahu cari pengganti yang cekap buat kerja macam awak."
"Mr. Daniel you buat saya rasa serba salah pula. Saya harap awak faham Mr. Daniel. Awak tahu tamparan hebat yang saya hadapi kini. Izinkan saya pergi Mr. Daniel. Izinkan saya mencari semula diri dan impian saya yang hampir hilang. Saya perlukan kekuatan saya dan saya tidak mahu mereka pandang diri saya yang lemah."
“Lisa…awak sebenarnya wanita yang tabah. Saya sentiasa doakan kejayaan awak. Saya harap awak akan pulang suatu hari nanti. Kembali bekerja dengan saya semula.” Makin lebar senyuman terhias di bibir Mr. Daniel. Senyuman berbalas senyuman.
Maybe saya akan pulang semula ke sini. Mana tahu saya pula akan jadi boss kepada Mr. Daniel.”
Maybe jugak.” Mereka sama-sama tertawa. Tawa Mr. Daniel menarik minat Nur Lisa. Kacak sekali bila lelaki itu ketawa begini. Baru kini dia perasan.

************************************************
MAJLIS perkahwinan Syed Mukhlis dan Baby Liyana berlangsung dengan meriah sekali. Kedua mempelai sama cantik dan sama padan. Dendangan lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Almarhum Saloma bergema di udara. Saudara-mara pihak pengantin lelaki dan perempuan bergilir-gilir naik ke atas pelamin merenjis pengantin.
Selesai makan beradat kedua mempelai menghantar sanak saudara sebelah pengantin lelaki dan perempuan ke muka pintu. Saat itu Qayyum muncul bersama hadiah yang berbalut cantik. Kehadiran Qayyum disedari oleh Syed Mukhlis.
"Qayyum…"
Qayyum hanya tersenyum sinis. "Ikutkan hati memang Qayyum tak nak datang sini berjumpa abang Mukhlis. Qayyum menyampah sangat dengan abang Mukhlis. Qayyum datang sekadar menyampaikan amanat dari kakak." Hadiah dan surat bersampul putih itu diberikan kepada Syed Mukhlis.
"Selamat pengantin baru abang Mukhlis." Qayyum segera berpaling. Dia
tidak mahu menunggu lebih lama di situ.
"Kenapa Lisa tidak berikan sendiri pada abang?"
"Kakak sudah berangkat ke Paris pagi tadi." Qayyum mengaturkan langkah. Tersentak Syed Mukhlis. Nur Lisa pergi Paris? Betulkah kata-kata Qayyum itu? Sukar untuk Syed Mukhlis percayai.
Syed Mukhlis membuka surat yang diberikan oleh Nur Lisa. Hatinya bergentar kuat saat melihat isi kandungan dalam surat berkenaan.
Assalamualaikum…
Selamat pengantin baru Mukhlis. Maaf kerana Lisa tidak dapat menghadirkan diri di majlis yang penuh bersejarah buat Mukhlis dan dia. Bukan Lisa tidak sudi hadir tapi Lisa tidak kuat untuk melihat orang yang selama ini Lisa sayang dan cintai sepenuh hati bersanding dengan wanita lain. Itu sebab Lisa berangkat awal ke Paris.
Lisa tidak pernah berdendam dengan Mukhlis. Lisa redha dengan ketentuan ILAHI. Tiada jodoh antara kita yang tersurat. Lisa mendoakan Mukhlis bahagia bersama dia. Jika suatu hari kelak kita bersua, Lisa harap kita masih boleh berkawan Mukhlis. Jangan ada benci antara kita.
Ikhlas dari,
Nur Lisa Abd Rahman
Syed Mukhlis terjelupuk atas lantai. Surat Nur Lisa digenggam erat. Ada rasa kesal di raut wajah Syed Mukhlis. Baby Liyana datang menerpa.
DI dalam pesawat Nur Lisa membelek-belek hadiah perpisahan dari Mr. Daniel. Bungkusan kecil berbalut corak bentuk hati pemberian Mr. Daniel itu dikoyakkan balutannya. Kotak berbentuk hati itu memberikan tanda tanya kepada Nur Lisa. Perlahan-lahan jemari halus itu membuka kotak tersebut. Sebentuk cincin bertakhta berlian terkandung di dalamnya bersama sehelai kertas kecil berwarna pink. Nur Lisa tarik kertas kecil yang terselit pada cincin itu. Ada catatan pendek pada kertas kecil terbabit.
I love you…
I always was waiting you forever.
Mohd Daniel Abdullah.
Nur Lisa menekup mulutnya. Setitis air mata tumpah mengenai cincin pemberian dari Mr. Daniel itu. Saat dia kehilangan cintanya ada cinta lain yang hadir dalam diam untuk dirinya. Wajah Mr. Daniel terbayang di ruang mata Nur Lisa. Bibirnya mengukir senyuman. 
Sekian….

5 comments:

  1. saat mentari hilang,
    datang pula hujan,
    tetapi pada akhirnya
    Allah hadirkan pula pelangi buat kita...
    pompuan x blh lemah!!!

    ReplyDelete
  2. Ermmm...cam de persamaan ngan idup Ilya jer....
    Ttp..apa2 pun best ler.

    ReplyDelete
  3. 3 words...... a lot of meaning.

    ReplyDelete