EPILOG
20 tahun kemudian…
DIARI itu dikatup. Air matanya merembes setiap kali membaca bait kata yang ditulis dalam diari tersebut. Inikah kisah cinta arwah ibunya dan arwah ayahnya. Tragis dan menyentuh naluri hatinya. Imanina bingkas bangun meletakkan diari tersebut di dalam almarinya. Diari itu diberikan oleh nenek sebelum neneknya itu menghembuskan nafas terakhir. Imanina melirik senyuman melihat bingkai gambar yang terletak disisi katilnya. Gambar itu diberikan oleh Pak Usunya.
Dia akan berangkat ke luar negeri mengikut keluarga Pak Usunya hujung bulan ini. Dia akan melanjutkan pelajarannya di sana. Sebelum berangkat dia ingin menyiapkan sebuah manuskrip kisah cinta arwah ibu dan ayahnya. Dia berkira mahu menghantar manuskripnya pada sebuah syarikat penerbitan. Imanina tidak kisah jika manuskripnya itu tidak diterbitkan.
“Iman!” Suara Pak Usunya sudah bergema.
Imanina segera melangkah keluar dari bilik tidurnya. Dia menguntum segaris senyuman melihat Faliq yang sedang duduk berhimpit dengan kedua orang tuanya. Faliq bertuah kerana mempunyai ibu bapa tidak seperti dia yang yatim piatu dari kecil. Hati Imanina mula sebak.
“Dia dah mula dah…” gerutu Faliq.
Syed Ibtisyam mengerling pada anak terunanya itu. Faliq kalau bab menyakat Imanina nombor satu. Perangai Faliq tidak ubah seperti perangai dia dan arwah ayah Imanina. Nasib baik Imanina tidak sensitif orangnya.
Wajah Imanina saling tidak tumpah seperti arwah ibunya. Putih kemerahan namun kemancungan hidung Imanina mengikut acuan arwah ayahnya. Adakala seperti dia melihat Batrisyah di depan mata.
“Apa khabar makcik Yana dan Pakcik Ib?” Imanina tidak mengendahkan Faliq. Dia meluru ke arah Baby Liyana dan melabuhkan punggung di sisi wanita itu.
Qais gelengkan kepala dengan anak buahnya itu. Keras dan degilnya sama seperti arwah kakak.
“Kami baik-baik saja.” Balas Baby Liyana. Dia memaut lembut bahu Imanina.
“Mama ni manjakan dia lebih dari Iq lah.” Faliq tidak puas hati.
“Itu pun nak cemburu. Iman tahulah Iman cuma menumpang kasih dari kecil.” Imanina sengaja bermuka sayu. Dia mahu buat drama air mata depan Faliq. Biar lelaki itu bersimpati padanya.
Faliq mula rasa serba salah.
“Iman…sudahlah tu. Jangan nak buat drama air mata pulak.” Desis Qais. Dia faham benar perangai nakal Imanina. Suka bermain-main. Isteri Qais turut tersenyum dengan gelagat anak buah suaminya itu.
Imanina tersengih. “Ala…”
Muka Faliq sudah merah padam. Imanina suka sangat mempermainkan dia agar dia merasa simpati.
“NUR Sufi Imanina…kau ni…” Faliq rasa mahu saja mencekik-cekik gadis yang bertudung litup itu. Sesuka hati gadis itu mengajak dia keluar ketika waktu kuliahnya sedang berlangsung.
Imanina ketawa kecil. Dia suka tengok muka cuak Faliq. Syed Faliq Imtiyaz adalah nama yang sama dengan nama arwah ayahnya. Cuma nama Faliq ada Syed di hadapan. Papa Faliq kan berketurunan Syed.
“Tak baik marah-marah nanti cepat tua. Lagipun lepas ini Iman dah tak dapat mahu sakat Faliq lagi.” Imanina tersenyum. Senyuman itu yang Faliq suka. Manis sekali.
Wajah Faliq berubah.
Imanina menghulurkan sebuah manuskrip kepada Faliq. Dia bersengkang mata malam itu untuk menyiapkan manuskripnya.
Terkebil-kebil Faliq menyambut mengambil amnuskrip tersebut.
“Takdir Cinta Luka.” Faliq menyebut tajuk di atas manuskrip itu.
“Saya coretkan kisah cinta arwah ibu dan arwah ayah saya di dalamnya. Saya nak minta tolong awak hantarkan manuskrip kepada syarikat penerbitan bagi pihak saya. Bolehkan Faliq…” Kali ini wajah Imanina benar-benar sayu.
Hati Faliq tersentuh melihat wajah mulus itu.
“Iman…”
“Faliq…cinta arwah ibu pada arwah ayah sungguh menyentuh hati saya. Arwah ayah juga mencintai ibu hingga ke nafas terakhirnya. Adakah saya akan menjadi pencinta setia seperti mereka.” Imanina mengalih pandang ke arah Faliq.
Faliq mengukirkan senyuman.
“Iman…Faliq akan tunggu Iman. Faliq juga mahu jadi pencinta setia seperti arwah ibu dan arwah ayah Iman.” Dalam diam Faliq menyukai Imanina yang bersikap degil dan keras kepala itu.
“Siapa nak awak jadi pencinta setia saya. Siapa nak awak tunggu saya.” Rengus Imanina. Dalam hati dia berbunga riang kerana Faliq akan menunggunya.
“Tapi…awak memang mahu saya tunggu awakkan. Iman....masakan saya yang kacak ini awak tidak tergoda dan terpikat. Ramai tahu yang hantar surat cinta pada saya.” Faliq mahu menguji hati Imanina.
“Perasan!” Getus Imanina. Imanina mengaturkan langkah.
“Iman! Saya pasti cerita awak ini akan diterbitkan dan saya orang pertama yang akan membelinya! Ingat saya akan tunggu awak balik!” Laung Faliq.
Imanina tersenyum.
KISAH cinta Batrisyah dan Faliq menjadi kisah cinta yang menyentuh hati pembaca yang menghayati kisah mereka hingga ke penghujung. Walau cinta mereka begitu singkat…walau kebahagiaan mereka seketika cuma….walau mereka terpisah nyawa…cinta mereka tetap mekar di hati…
Imanina membelek cincin bertakhta batu permata itu di tangannya. Cincin itu yang arwah ayah berikan kepada arwah ibu ketika melamarnya. Pak Usu memberikan kepadanya atas wasiat dari arwah ayah. Ayah mahu dia memakai cincin itu ke jarinya.
Satu-persatu Imanina memandang wajah di hadapannya. Dia meluru memeluk Puan Suria yang baru tiba. Wanita itu yang banyak berkongsi cerita mengenai kisah arwah ibu. Wanita itu adalah ibu angkatnya yang mendidik dan menggantikan tempat ibu bapanya.
Puan Suria menyapu air mata anak gadis itu. Imanina benar-benar sudah dewasa. Hatinya senang kerana amanat arwah Batrisyah dan arwah Faliq telah ditunaikan.
Imanina memeluk semua ahli keluarga. Orang yang paling lama dipeluk adalahatuknya. Atuk dan Pak Usu yang berada di sisi arwah ibu di saat akhirnya. Benar kata arwah ibu yang atuk seorang lelaki yang tenang dan berhati teguh.
“Iman…” Faliq tampil ke hadapan. “Jaga diri baik-baik. Jangan tersangkut dengan mat salih di sana tau.” Faliq memberikan pesanan.
“Saya sudah besarlah…lagipun saya tahu jaga diri saya. Apa awak ingat saya ni kaki lelaki ke?” Imanina mencebik.
Syed Ibtisyam dan Baby Liyana gelengkan kepala. Ada-ada saja budak dua orang ini.
“Kau ni Iq lebih-lebih pulak. Kau suka Iman ya. Iman pulang nanti papa dan mama akan terus meminang Iman untuk Faliq.” Syed Ibtisyam memaut bahu Faliq.
Faliq tersenyum malu. Merona merah mukanya.
“Huh! Siapa nak kahwin dengan Faliq.” Imanina angkat kepala. Dia mula menarik bagasinya mengikut langkah Pak Usu sekeluarga.
“Iman! Saya tunggu awak tau!” Jerit Faliq.
“Tunggulah!” Imanina berpaling dan melemparkan senyuman buat Faliq.
“Yes!” Faliq meloncat gembira. Tingkah-lakunya menjadi perhatian umum. Dia tahu Imanina jua punya perasaan yang sama seperti dia.
Imanina memeluk diari yang di bawa bersama di dalam kapal terbang itu. Bibirnya tidak lekang dari mengulum senyuman.
“Ibu…ayah…bersemadilah dengan aman di sana. Iman sentiasa mendoakan untuk ibu dan ayah. Walau ibu dan ayah tiada di mata Iman tetapi ibu dan ayah ada di hati Iman.” Sekeping gambar dikeluarkan dari diari tersebut.
Imanina menatap gambar ibu bapanya yang sedondong berbaju pengantin itu. Mereka memang sama cantik dan sama padan.
Cinta Nur Sufi Batrisyah hanya untuk Faliq Imtiyaz….
TAMAT…
cdeyh la..terharu bca kisah cinta nie..
ReplyDeletemmg sgt sedih....novel ni buat sy menitis airmata....tp mmg best sgt2....
ReplyDeletesdey sngt..dorng dpt b'sama kejap je..mmg takdir cinta luka
ReplyDeletealahai dik..sebak betui citer ni..akak nangis bila episod 36..faliq mmg seorg wali..
ReplyDeletesyabas dik..citer yg sungguh tragis..diharap cinta iman dan faliq tidak akan jadi spt kedua ibubapanya..
Good job 2 kak Ilya...mmg terbaek la!!smpi menitis air mata eyda baca..kisah cinta y agung n tragis skali..manyk pengajaran ley dpt dr citew nie..thanks cz mghsilkan karya y bagus skali ;)
ReplyDeletegOod jOb kak ilya.. best!! + terharu sgt!! sob..sob.. best!! tambah2 dgr lagu sesalan tu.. aduh... good job kak ilya.. :)(:
ReplyDeleteTakdir Cinta Terluka.. terbaik la kisah ni kak ilya!!!! sedih giler~~~ dari tadi asyik menangis je~~ tahniah dan terima kasih banyak2 ye sebab dah berjaya menghasilkan karya yang bagus sekali.. teruskan berkarya!!!
ReplyDelete-Dynaz-
wpn sad ending...it's a very nice story...ilya abdullah memang penulis berbakat....keep it up cik ilya....
ReplyDeletekak citer kali ni memang menyentuh perasaan...
ReplyDeletetahniah kak...
akhirnya cinta faliq + batrisyah bersatu juga walaupun hanya seketika..
cite ney betui2 best!
ReplyDeleteterbek!!
Akak,nie la cte plng best dlm bnyk2 novel yg dh sy bace. Mcm real plak. Smpai menitis air mata. Mulia hati seorng batrisya dlm jalani hidupnya. Me loikee
ReplyDeleteakak..
ReplyDeletebest ah cite nie..
smpai meleleh air mata sye nie..
hehe..:)
(shida_lyna)
TAKDIR CINTA LUKA....memang bagus..syabas dan tahniah Ilya....memang sedih cerita ni... dari bab 25 hingga keakhirnya airmata akak menitis tanpa henti.....
ReplyDeletesemoga Ilya terus berjaya dalam bidang ini dengan karya yang bagus dan berkualiti.......
ohh...crita paling sdih.wlopun ending die mcmtu,tp akak bjaya bwat orang ska crita ni cgt2..tq cgt2.truskan karya..
ReplyDeletebest ar cite nie..menyentuh hati..nangis2 saye...bace,,good job! saye suke,teruskan usaha!!!
ReplyDeletesedihnya...huhuhuh...baca kt ofis...menangis nangis...huhuhuuh
ReplyDeleteTahniah kpd pnulis...
ReplyDeletecrita ni best sngat2..sedih sngt2.huhuhu..
sya jrng mngalirkan air mata dan crita ni tlh brjya mngalirkan air mta sya..Syabas!!!
sedih sgt..menitis airmata baca kisah Takdir Cinta Luka,
ReplyDeletesad ending..sggup than mata ni dr t'tdo nk bc smpi hbs..
cinta sejati Batrisyah dan Faliq..
truskn b'karya kak Ilya..
:: mak aii,.terharu sya bce citer nie,.basah kuyuP baju nie kne titisn ayer mata,.haha ! 0mg ! feeling gue,. ngahaha,.by the way,. d0ubLe thumbs up t0 the writer,.cayalaa,...
ReplyDeletebaru hari ni ada kelapangan nak baca cite ni sampai habis....
ReplyDeletesangat2 sedih dan terharu.... bengkak dah mata ni duk nangis dari tadi...
sungguh suci cinta batrisyah n faliq... walaupun cuma seketika dpt bahagia namun bahagia itu sampai ke hujung nyawa...itulah namanya cinta sejati....
tahniah buat cik writer...kerana dpt menghasilkan karya yg sungguh hebat ini..... walaupun sad ending namun ianya begitu berkesan dihati.... moga terus berkarya.... hopefully dpt baca karya ni dpt edisi cetak plak....
sedih sangat baca cerita ni. menyayat hati betul. airmata ni tak berhenti2 mengalir
ReplyDeletecerita yang menyentuh perasaan..sanagat best..:)
ReplyDeletehuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sdihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............hukhukhuk.. :'(
ReplyDeletesedih..sakit anak tekak..
ReplyDeleteaduh..sedih sangat cerita nie...!! Sampai menagis dibuatnya, yang paling tak tahan tue siap menagis kat pejabat, nasib baik ada dalam bilik sendiri n tak de orang nampak...kalau tak mau malu n tak tau nak sorok muka kat ner....
ReplyDeleteserius rasa nak nangis kak...! xhabis2 sebak dada ni. huuhu. awal2 baca cerita ni nampak sempoi aje...bila smpy tgh2 rasa sesak dada ni nak nangis. mcm cns2,. smpy tgh cerita rasa nak tersedu kat dpn laptop! dahlah bace tgh2 mlm buta.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi meluangkan amsa membaca Takdir Cinta Luka ^^ Akak tak dapat nak terbitkan hanya tersiar dalam blog...tengoklah if ada rezeki akak kuarkan sendiri dalam versi buku yg terhad ^^
ReplyDeletetahnia akak, best sngt novel
ReplyDelete'Takdir Cinta Luka' ne.... mang ngis baca...
i waste my tear so much because of this story >.<. anyway saya sgt menyukai karya akak ilya. insyAllah kalu ade rezeki kak ilya terbitla ye? i always pray for you <3
ReplyDeleteTq intanraihan
Deletehuwaaaa,start bab 30 dah nangis,buat hatiku touching sungguhla citer ni.sian giler kat batrisyah and faliq.kalau buat jadi movie kalah ombak rindu tau.memang sepanjang citer asyik nanges je la kejenya.gud job,and two thumbs up!
ReplyDeleteOmbak Rindu lebih hebat dari TCL...akak ni penulis biasa je dik
Deletemmg best citer ni... menitis air mataku tanpa aku rela... huhuhu sungguh tragis tragedi cinta Batrisyah.... sungguh agung cinta faliq...
ReplyDeletetahniah ....
Terima kasih dear sebab membaca kisah cinta Batrisyah dan Faliq ini ...
Deletekak iyla memang terbaekkk ah!
ReplyDeletesedih sgt !x sgke faliq pun mnggl jg. Prmpuan yg baik utk lelaki yg baik . Ap2pun gud job,akak ! Ske karya2 akk.jgn b'hnti dr bdg ni tau ! :)
ReplyDelete-hudarosaz-
sorry kak ilya,sy bru je hbs baca..
ReplyDeletebest sgt crta nie,sedihnya pjlnn hidup Risyah & Faliq...
huhu..nangis la time bca crta nie..ehehehe...
asal la t'lmbat ngat bca cite ni..best sesgt!!mata + hidung merah msa bca cite ni..xmo stop lak 2 air mta kua..touching!!!huhu..akak xde smbungan ke cite ni..cinta antara nur sufi imanina + syed faliq imtiyaz..plez3..hehe
ReplyDeleteTerima kasih sebab suka TCL huhuhuhu
DeleteTakdir Cinta Luka ny mmg de best..x hnti2 nangis,lau dpt wat movie ny comfrm pcah pnggung..BEST of the YEAR..ssungguhnya cnta suci risya hnya lyak tk llaki setia cm faliq..da x brani nk bce kali ke-2 sbb cite ny sdih sgt..da bngkak mata ny
ReplyDeletepape pn writter,u ar de best k sbb dpt tlis cite sdih cm ny, sbb bkn snang nk tlis cite yg mmpu buat pmbaca mngalirkan air mta..org yg kras aty pn mmpu nangis ble bce cite ny...
Terima kasih dear....akak masih baru belajar masih ada kelemahan lagi...cerita ini ditulis berdasarkan sedikit realiti kehidupan ^^ semua kisah tak semestinya berakhir dengan gembira kan ^^
Deletesaya sedey..kenapa cinta diorg x bersatu...kejap sgt dio bahagia idup bersama.....saya dah tersumbat hidung coz nanges..huk huk huk...suka sgt cite niiiii......
ReplyDeleteTq dear sbb suka pada TCL
DeleteTahniah Ilya akak bru jmp blog ni dn baca cite ni dlm 2 hari katam , cite yg bgus lain dr yg lain blh buat air mengalir pelahan d penjuru mata ini lh realiti kehidupan tak semua pekara blh happy ending. Tahniah .
ReplyDeleteTerima kasih K.Mimi ^^ terharu dengan komen K.Mimi
Deletebest sangat..sedih giler citer ni...terharu dengan cinta batrisyah dan faliq...tetap teguh hingga ke akhir nyawa...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehuhu.. dh 2 kali baca crita ni, tetap jugak tersentuh.. sob3.. abis tisu sekotak. taniah ye kak Ilya, semoga terus tegar berkarya dan m'hasilkan lbh byk karya yg best2 mcm ni.. sentiasa support akk Ilya! chayok2!!! :)
ReplyDeletebest
ReplyDeletebeul2 mencabar perasaan baca citer ni.. xpsal2 sakit kepala sebab nangis.. huhu
ReplyDeletehuhuhu.. terima kasih Rahsia Hatiku >_<
DeleteCerita paling sedih pernah saya baca.....sampai menangis dlm office.....:'( actually x suka baca cerita yg sad ending tapi yg ni saya layan jugak.....emo habis! Haha
ReplyDeletehahaha... terima kasih dear sbb sudi membaca karya akak x seberapa ini
DeleteSekalung Tahniah buat Ilya... satu2 nya e-novel yg kak ita baca blh menangis sampai merah hidung.. huhuhu... good job dik semoga Allah terus memberi ilham untuk adik meneruskan karya yg bernilai untuk tatapan masyarakat ... sesungguhnya setiap apa yg kita coret bnyk memberi manafaat kepada insan lain yg membaca....
ReplyDeleteTerus berkarya selagi Allah memberi idea... Wassalam.. doa ikhlas dari kak itasukri buat Ilya...
Terima kasih kak ita... sob2 terharu krn ada pembaca2 yg sudi membaca karya saya. TCL berjaya membuatkan Kak Ita menangis ... maaf tau >_<
DeleteAamin....
Subhaanallah.....terlalu suci hati Batrisyah bagaikan bidadari surga.tangisan mengirangi tika membaca e-novel ni sungguh mantap karya IIyaAbdullah,sejujurnya jutaan tahniah diucapkn semoga dapat melahirkan karya yang best lagi...
ReplyDeletesungguh sebuah karya yg terbaik menurut saya, sukses selalu
ReplyDeleteSebuah karya yang sangat menyentuh perasaan... Gud luck Ilya Abdullah.
ReplyDelete