“PEREMPUAN tak guna!” Katrina meluru ke arah Azyan.
Azyan tidak sempat mengelak apabila tubuhnya ditolak kasar oleh Katrina hingga dia tidak dapat mengimbangkan diri lalu jatuh dari tangga tersebut. Sakitnya pada celah kelakangnya semakin perit. Azyan mengerang melihat darah pekat yang mengalir. Katrina tersenyum puas. Biarkan Azyan mati! Dia akan memiliki Syakir seorang. Katrina segera beredar sebelum ada mata yang memandang perbuatan kejinya.
Azyan terkapai-kapai mencapai tangga. Dia cuba menjerit namun kerongkongnya bagaikan tersekat. Pandangan mata Azyan mula berpinar-pinar dan otaknya menjadi kaku. Bunyi jeritan semakin sayup-sayup kedengaran di telinganya. Pandangannya mulai kelam dan mengecil. Azyan rebah di sisi tangga itu. Suara di sekelilingnya timbul tenggelam.
Wajah cemas Salwa tidak dapat dibayangkan apabila menemui Azyan terjelepuk di tangga dengan darah. Dia tidak henti-henti menghubungi Syakir yang sedang menjalani kursus di luar Kuala Lumpur. Panggilan yang dibuat tidak berjawab. Salwa merengus kecil. Keadaan genting begini Syakir pula buat hal menutup telefon bimbitnya.
“Wawa…macam mana dengan Yan?” Azuan yang baru tiba memanggil. Salwa segera berpaling.
Raut resah pada Salwa membuatkan hati Azuan kian dilanda kegelisahan. Beberapa minggu lalu Anuar baru kehilangan isteri dan anak-anaknya dalam letupan di Dubai. Kini Azyan pula ditimpa musibah.
“Apa yang berlaku?” soal Azuan.
“Saya tak pasti? Dia kata mahu ke tandas selepas menjalani pemeriksaan dengan Doktor Anne. Saya rasa tidak sedap lalu pergi mencari dia. Saya jumpa dia sudah terjelupuk di tangga. Mungkin dia tergelincir ketika turun tangga. Sepatutnya saya ikut sahaja ke mana dia pergi.” Salwa mengusap wajahnya. Rasa kesalnya menggunung kerana membiarkan Azyan sendirian.
Berkerut dahi Azuan. Setahu dia Azyan cukup menjaga keselamatan dirinya yang sedang sarat mengandungkan anak kedua itu. Bagaimana Azyan boleh tergelincir dari tangga? Firasat Azuan kuat mengatakan yang Azyan tidak mungkin akan jatuh tergelincir sendiri.
Kebetulan Katrina lalu berdekatan dengan laluan koridor bilik kecemasan itu. Azuan segera menahan Katrina. Segala masalah rumahtangga Azyan berpunca dari wanita yang perasan cantik sangat ini. Dia tidak faham mengapa wanita ini sanggup melukakan hati kaum sejenisnya. Kalau sudah mengaku dia hebat sangat, mengapa tidak memilih lelaki yang berjawatan tinggi atau berstatus tingi seperti Dato’ atau Tan Sri?
“Hey perempuan!” Azuan menolak bahu Katrina. Wanita itu tersandar pada dinding.
Katrina menjegilkan biji matanya. Dia tidk senang dengan perilaku kasar abang Azyan ini. Rumahtangga adiknya porak peranda bukan masalahnya. Siapa hebat maka dia adalah pemenangnya. Azyan itu lembik dan si dungu!
“Jangan berani ingin mengasari I? I report pada pihak atasan hospital nanti.” Desis Katrina.
“Kau fikir aku takut! Adik aku jadi begini mesti kerja kau kan? Perempuan jahat! perempuan gatal!”
Katrina mengukir senyuman sini di hujung bibir mungilnya.
“So what? You ada bukti untuk menuduh I? Adik you itu yang bodoh sebab berani mencabar I.” ujar Katrina dengan megahnya.
“Kau!” Azuan hampir melayangkan penumbuknya pada muka jelita Katrina. Terketap-ketap giginya menahan amarah yang sedang panas di hati.
Katrina ketawa kecil. Geli hati dia melihat kelakuan Azuan itu. Azuan tidak mungkin akan berani mengapa-apakan dia jika Azuan berfikiran bijak.
Salwa juga turut tersentak melihatnya. Ini pertama kami dia melihat Azuan baran. Azuan seorang yang sukar menunjukkan emosi marahnya kepada sesiapa. Azuan tidak pernah serius begini?
“I rasa lebih you berdoa adik you selamat. I takut kalau-kalau dia mati nanti maka I minta minta maaf dengan you sajalah untuk pihak dia. Tapi kalau dia hidup doakan dia tidak jadi gila selepas keguguran nanti.” Katrina tersengih. Dia melintasi Azuan dan Salwa dengan muka selambanya. Tiada rasa kesal atau perasaan bersalah bersarang pada hati yang sudah busuk itu!
Azuan memandang lenggok Katrina dengan pandangan meluat. Salwa segera merapati Azuan. Tiada apa yang dapat dia lakukan selain menenangkan perasaan Azuan yang tidak keruan.
SYAKIR mengerling Azyan yang sedang terbaring di atas katil itu dengan renungan yang maha tajam. Tiada kemesraan terlakar pada wajah Syakir. Syakir seakan tidak menghiraukan keadaan Azyan yang lesu akibat keguguran. Kelainan pada wajah Syakir turut dirasai oleh Azyan. Syakir sudah berubah sama sekali sejak pertengkaran yang tercetus antara dia dengan Katrina. Syakir menyalahkan dia kerana menyerang Katrina. Azyan cukup terkilan dengan keprihatinan Syakir pada Katrina pada masa itu.
“Yan memang sengajakan buat jatuh-jatuh! Yan bunuh anak kita! Kemudian Yan buat cerita Kat tolak Yan.” suara Syakir memetir. Azyan tersentap.
“Astagfirullahaladzim…Yan tak tergamak nak bunuh baby dalam kandungan Yan ni bang. Sampai hati abang tuduh Yan!” Air mata Azyan merembes keluar. Hatinya pedih dengan tuduhan tidak berasas Syakir itu.
“Syakir!” suara Azuan bergema. Dia cukup tidak senang hati tuduhan Syakir kepada Azyan. Syakir langsung tidak menjaga perasaan Azyan yang sudah kehilangan anak di dalam kandungan.
Syakir dan Azuan saling berpandangan. Azuan sudah berdiri di hadapan Syakir. Kalau ikutkan rasa marah sudah lama dia tumbuk muka adik iparnya itu. Syakir yang ini bukan lagi Syakir yang dikenali dulu.
“Ini urusan saya dan Azyan. Kau tak berhak campur tangan!” getus Syakir. Nadanya meninggi.
“Azyan tetap urusan aku juga! Dia adik aku!” Azuan turut menaikkan nada suaranya juga.
“Huh! Kau fikir aku kisah sangat pasal adik kau ini? Zuan…adik kau ini menyusahkan hidup aku! Dia bunuh aku sebab ingin membalas dendam dengan aku kerana aku nak nikahi Katrina.”
Semakin sebak dada Azyan. Teresak-esak dia menangis di dalam pangkuan Salwa. Kata-kata Syakir sungguh kejam!
“Kalau kau tidak suka pada adik aku, lepaskan dia!” Azuan tidak sanggup melihat jiwa Azyan terseksa kerana Syakir.
“No! No! No! Dia kena tengok aku melangsungkan pernikahan aku dengan Katrina dulu. Aku mahu dia gantung tidak bertali. Itu hukuman untuk dia kerana membunuh anak aku!”
“Syakir! Kau memang melampau!” celah Salwa.
Azuan memaut leher kemeja Syakir. Kali ini Azuan tidak mampu bertahan. Penumbuk sulungnya hinggap pada muka Syakir. Syakir tersasar ke belakang melanggar dinding di dalam bilik wad itu. Dia mengesat darah yang mengalir di bucu bibir

waaaaa. apa yg terjadi ni??x mo la cam tu!! jahat nye katrina!!
ReplyDeletetolong cik writer.. x mo syakir kawin dgn katrina!! kesian nye kat azyan.. sambung lg please???
adess..tolong!!! cite jd semkin sedih..wawawa..na meraung ni..huhu
ReplyDeleteHehehehe...ini just special bab je...^_^))
ReplyDeleteuurrgghh....jhtnyee katrina!!
ReplyDeletesob2..sedihnye!
bab kata cite boboy boy " terbaikkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!! "
ReplyDeletesampai menggigil tangan ni nak scroll down!! jahatnya katrina dan syakir!! syakie kena pengasih atau berlakon jer.... oh tidaaaaaakkkk!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletemati kau katrina!!!!!!!!!!!!!!!!!
somebody plizzzzzzzzzzzzz help syakir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tak nak jadi macam PENJARA RINDU KAK ALYA>> CONFIRM AKU TAKKAN BELE LAGI KARYA KAK ALYA.... WOW! MENGUGUT DISITU..... PLIZZZZZZZZZZZZZZZZZ JGN HAMPAKAN PEMINAT... DAN KALAU BOLEH JANGAN BAGI KATRINA SENTUH SIKITPUN KULIT SYAKIR APATAH LAGI BERZINA..... OH TIDAAAAKKKK!!!!!
KECEWA SGT2 KAK ILYA.....
sis, knp jadi mcm ni!!!! jahatnye katrina. sis, buku ni bile keluar? x sabar nk tau bab seterusnya. rasa mcm nk ramas2 je si kat tu jadi kopok lekor!
ReplyDeleteCoke and Sundae II keluar thn depan. Tunggu ye...Hehehehehe gempaq sikitkan ^_^)) bab special ni
ReplyDeleteCoke and Sundae II keluar thn depan. Tunggu ye...Hehehehehe gempaq sikitkan ^_^)) bab special ni
ReplyDeletekak ilya xnk la jdi cam ni...
ReplyDeletecian kat aryan....
tpi saya thu mezti kak ilya ada jln penyelesainya kn...kn...kn...
Kasihan azyan.....sedihnya...dh tak sabar nk baca nv ini....bila nk ada dipasaran
ReplyDeleteaaahh....tidak..
ReplyDeletesampai hati syakir nak gantung x bertali kat azyan...
memang x bertimbang rasa betul..
eee..katrina ni pun..macam nak cekik2 je...
alah nanti anuar akan kehilangan anak dan isteri...sadis la...
akak...x sabar nak tunggu kemunculan buku ini
Nantikan novel ini di pasaran awal thn depan ye? Bikin anda jadi teruja ^_^))
ReplyDeleteApe ni Ilya thn depan baru keluar
ReplyDeletedipasaran ke? ape lama sgt nk kena tunggu. Tiada sesiapa yg sedarke yg Syakir telah kena ubat guna-guna si Kat tu...biarlah Syakir
sedar sebelum dia kawen dgn si Katrina nanti lagi sedihlh si Azyan. Syakir ingat tu sebelum terlambat dn hati Azyan tidak lebih terluka lagi
cepatlah berubat. nanti updatelh lagi n3 special bagi part yg gembira pula. Baca n3 ni rasa geram
je...
owhhhh....don't say that syakir dh tesangkut dgn katrina...kire nye sihir katrina m'jd la nie???xpuas ati nk bce takat nie...curious...i want more...
ReplyDeletewhatever,excellent job sis...=>
Salam Ilya...agak-agak kali ni buku
ReplyDeleteyg ke II ni berapa muka surat ye?
sebab buku yg pertama taklah tebal
sgt....kalau ending happy bagilah
panjang-panjang sikit barulah puas...
Waalaikumusalam Anor..Coke and Sundae II terbit thn depan sebab akak dah kaurkan novel pada bulan April lalau jarak terlalu dekat so buat jauh sikit awal thn.
ReplyDeleteInsyaALLAH Coke and Sundae II dua kali ganda lebih tebal dari yg pertama dan mengelakd ari menulis cerita yg meleret. Harap2 pembaca tak bising juka harganya lebih mahal nanti dan kini akan sedang membuat design cover untuk Coke and Sudnae II Hehehehe...
Doakan Coke and Sundae II lebih sukses dan moga ending kali ini menjadi kenangan untuk anda semua :D: love u all!
Katrina!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletehate kau sngt2..!! pegi mati la Kucing...!
akak Ilya, hrp ending dye kucing x berperikemanusiaan ni meninggal la yerk... tpi, sblm mti dye da tobat dlu.
and kau Doktor Muhammad Syakir bin Ilyas, kau, kau... smpai aty kau... uhuk2
Aduii..sakitnyo dodo den bace special entry ni... memang Kat teruk yg amat, Syakir pun memang dah berubah sebab penangan mandrem si Kat... huhu.. sian AzYan.. bacer novel ni mesti bergelen2 air mata mengalir ni.. sob..sob...
ReplyDeleteMemang dah ramai yang sakit hati ni baca bab ni ^_^))
ReplyDeleteakak.. sye harap sangat2 akak jgan la buat bku mcam penjara rindu tu... nnti dh xbest.. sdih gla tengok bab ni.. smpai hati syakir buat mcam tu kt azyan.. hrap2 ending dya nnti mmg terbaiklah..!(penyokong setia coke and sundea)
ReplyDeletekejamnye katrina......mcm nk bunuh dia je....sanggup dia tolak azyan jatuh n keguguran.....syakir gi pertahankan katrina asal.....eeei sakit hati...........cian azyan:(
ReplyDeletekesian nyer azyan..dah la keguguran pas 2 syakir pulak tuduh azyan sengaja nak gugurkan anak diaorg..x patut btol!!!apasal syakir kejam sgt!!!benci btol!!
ReplyDeletekawan2....ni la namanya lumrah hidup...kalu xde masalah, hidup tidak akan berseri. Masalah itu adalah ujian dan ujian Allah beri adalah untuk memantapkan lagi iman hambanya... novel mcm ni la best...realiti...apa yang terjadi dlm hidup kita is not always happily ever after....kalau happy memanjang....boring tau....
ReplyDeletehehe...jgn marah, just my 2 cents...
to writer....keep it up....love the way it is....
Assalamualaikum , nk tahu bile kluarnye Coke And Sundae II ek ??
ReplyDeletealahai,. kejam nyer mereka ! err. banyak konflik nampak kat novel nieh. huh ! berpeluh tgn bace bab nieh. -,- btw, tak boley cepatkn sikit kea utk keluarkn novel nieh. takk sabar ! hope ending dea memuaskan lha yea.
ReplyDeleteakak ! kenapa blh jd mcm ni ? jgn lha sampai kat tuh kwin dgn syakir. eii ! geram nyer ! jgn lha bg byk sgt konflik. nty tak best. plese kak ! jgn hampakan kami. ^-^
ReplyDeletegeramnya baca bab ni... sister writer, sambungla lgi... bila syakir nk sedar??!! Akhir sekali happy ending tau! Promise??!!!
ReplyDeleteish..x syok nyer bce bab nie..
ReplyDeletekatrina tu tah pape la..hrp2 prempuan tu jdi gle..
syakir pula ade ke patut die tuduh azyan gugurkan ank dieorg..geramnyer!!
sis ilya..plez jgn bagi syakir kawin dgn katrina..x suka la..uhuk2..
harap2 cte nie happy ending...;(
Jangan marah2 ye...bawak bersabar...InsyaALLAH akan tetap happy ending...apa yang berlaku terselit agenda yang tersendiri. Nak tahu kena tunggu CNS II di pasaran nanti.
ReplyDeletesis .. alah , kenapa syakir boleh jadi macam ni ? kesian azyan . tamau lah syakir kahwin dengan katrina tu . please , sis . harap harap syakir tak jadi nikah dengan si katrina tu . kesian lah kat azyan , sis .
ReplyDeletehmm boleh tak buat cerpen cite ni? nak tahu jugak ending dia mcm mana. pleaseeeeeeeeee :/
ReplyDeleteAnisyah...hehhehehehehe...kena tunggu novel CNS II keluar nanti untuk tahu kesudahannya
ReplyDeleteala alahaiiiii huhuhu tahun depan bulan berapa keluar?
ReplyDeleteCNS I ade si kucing emelda, CNS II ade plak si kucing Kat.... tp baik lg si emelda, takde smpai nk bunuh2 org... jgn la bg si syakir kawen ngn si Kat.... sian kat Azyan.... huhuhuh cedey nyer..... harap2 cite ni happy ending
ReplyDeleteakak Ilya,, kluar bulan brape??? dh thun dpn dh ni... x sabar.... (^_^)
ReplyDeleteHaishhh!! tanak kawan dngan syakir lagik . ja'at la! tunggu terbitkan nanti nak beli. wat koleksi CNS 1 & 2.. he he
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila keluar???
ReplyDeletearghhhh.....!!!!!!!! x suka arr bab nie....kjam ya sykir...spa wat dia cam nie....??? cian c yan...x suka....x3...huhuhu....;'(
ReplyDeletesalam..boleh tau tarikh novel utk CNS II keluar? hehehhehe
ReplyDeletewaitin' patiently. tak kesah mahal. hehehe...
ReplyDeleteOMG, tak boleh jadi ni! Syakir kena calit dgn Kat ke??? GERAMMM.
ReplyDeletebile nak terbit nye
ReplyDeletecoke n sundae 2~~~~~
menunggu...
menunggu...
dan terus menunggu...
huhuhu...~.~
kenapalah jadi cam ni?baik..baik....gaduh..kasian azyan ...eeee benci kat...sob :'(
ReplyDeleteakak.jgnlah buat cerita syakir dgn azyan jdi mcm ni..Dah start menyampah dgn syakir.hahhhh.! kesian azyan..rse nk bg pelempang dekat syakir bendul tu.!
ReplyDeletesedih + marah pun adaa. rasa nak pang syakir je dlu . then bru kat. :) sbuln lagii :)
ReplyDeleteuwaaaaa... syakir dgn katrina jahat! bagi pelempang nak? hehh, kuaja betul.
ReplyDeleteJom ramai ramai pakat rendam katrina dlam lombong. lempang jer syakir tu bagi ingatan pulih. Ada hajat nk gntung bini tak bertali
ReplyDeleteX sabar nk g cari novel nie. Tungguuuuu
ReplyDeleteeiiiiiiiii..nak tumbukkk aje syakirrr tuuu!!!!! eiii. jembalang katrina tue ingin aje aku namporrrrrr!!!!sepak dia sampai masuk goal nantiiii...hesyy..sabar....sabarr..
ReplyDeleteSediy nyer bace:'(. X guna betul kucing tu. Rase nak bunuh je Kat tu. Syakir pun sama. Huhuhu...nasib baik ada lg novel ni kat pasaran. Anyway best la novel ni,kak ilya. Keep going.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSediy nyer bace:'(. X guna betul kucing tu. Rase nak bunuh je Kat tu. Syakir pun sama. Huhuhu...nasib baik ada lg novel ni kat pasaran. Anyway best la novel ni,kak ilya. Keep going.
ReplyDelete