
Puan Jelita hanya memandang Gibs dengan gelengan. Dia
tahu anak saudaranya itu mengupah Teja untuk menyediakan lunch box setiap hari. Tapi bagus juga kerana serba sedikit akan
membantu Teja menghadapi masalah kewangannya. teja tu bukannya suka orang
bersimpati dengan dia. Dia tidak akan menerima bantuan kewangan secara percuma.
Gadis itu kuat sangat bekerja.
“Auntie nak cuba
rasa atau auntie on diet.”
Puan Jelita ketawa.
“Auntie dah
berusia. Untuk apa auntie nak diet-diet
ni. Takde faedah.”
“Tua sangat ke? Auntie
tu baru 40-an masih nampak jelita seperti nama auntie juga ‘Jelita’.”
“Pandai kamu nak membodek auntie.”
“Gibs puji not
bodek-bodek.”
“Auntie ingat
Gibs dah tak suka masakkan macam ni. Maklumlah bertahun-tahun Gibs duduk di London
nun.”
“Hahaha…. Saya takkan lupa aunite. I’am lidah
melayu. Ibu sentiasa memasakkan lauk-pauk seperti arwah opah. Ibu juga pening
kepala melayan kerenah saya kerana saya cukup cerewet bab makanan.”
Gibs membesar di bawah penjagaan opahnya selepas kedua
ibu bapanya bercerai. Ibunya berhijrah ke London dan berkahwin dengan lelaki
mat salih di sana. Kali pertama ibunya pulang ketika pengembumian opahnya.
Kemudian Gibs mengikut ibunya duduk di London. Ayah tirinya bernama Steven itu
juga seorang lelaki yang baik.
“Ikan masin di Malaysia memang takkan ada di London tu.”
Kakaknya… ibu kepada Gibs sering kompelin perihal Gibs yang memang cerewet soal
makanan. Sampai belacan pun kena di’terbangkan’ ke sana.
“Auntie… lepas
ni Mak Timah tak perlu kemaskan penhouse
saya lagi.”
“Gibs dah ada pekerja untuk diupah?”
“Yup. Dia akan kemaskan penhouse tu sabtu dan ahad.”
“Cepat Gibs cari orang.”
“Bukan susah sangat pun. So, lepas ni auntie
tukarkan jadual kerja Teja. Sabtu dan ahad dia off sebab dia akan kemaskan penhouse
saya.”
Tersedak Puan Jelita.
“Teja…”
“Ya, Teja.”
Puan Jelita meletakkan gelas minumnya pada dada meja. Dia
pandang wajah Gibs lama.
“Kamu mahu buli dia ke apa?” Puan Jelita menyoal serius.
“Buli? No-no…”
Gibs mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. “Takde sampai tahap tulah auntie.
Saya dapat tahu dia ada buat part time luar.
Selalu lambat. So, lebih baik dia buat personal
job dengan saya. Salah satu sebabnya untuk dapatkan ‘point’ untuk dia jugak. Elakkan dia selalu lewat datang kerja.”
“Ehem… kenapa Gibs pilih dia?”
“No komen.”
Lepas baca bismillah, nasi terus disuap dalam mulut. Kalau
orang luar tengok gaya dan lagak Gibs pasti mereka tidak percaya lelaki ini
adalah pemilik ResidentGlobal Hotel dan Global Corporation.
Bila makan Gibs tidak akan bercakap. Senyap menikmati
hidangannya.
SAPURA cuti mengejut. Emergency leave. Ayahnya sakit. Teja
tiada kawan lain selain Sapura di situ. Bukannya dia tidak mahu berkawan dengan
yang lain tu. Mereka tak sudi jadi dia tak memaksa.
Tidak jauh dari meja dia duduk, Aznita dan rakan-rakan
berada di situ, Saiful ada sekali.
“Nampaknya orang tu dapat kabel yang kuat. Cepatlah naik
pangkat nanti.” Aznita memerli Teja. Senagja suaranya itu dikuatkan bagi Teja
dengar.
“Kan… siap buatkan lunch
box untuk bos.” Saiful mencelah.
“Itu sebab I tak suka muka-muka innocence ini. Pandai ambik kesempatan.” Aznita menjuih bibir. Tak
suka bila staf low class seperti Teja
mendapat perhatian.
Teja diam tanpa suara. Sekejap betul
gossip menjadi viral pada staf-staf di hotel itu. Macam viral-viral di facebook pulak. Citer panas je cepat tersebar. Lepas tu mulalah ada yang
tokok-tambah-tolak bagai. Belum lagi campur dengan bahagi, darab dan kuasa tiga
lagi tu. Biarlah apa yang mereka nak kata. Tak berkudis di hatinya. Teja sudah
kalis dengan benda-benda macam ni. Kalau nak merentap pilu sekali pun sama aja.
Muak Teja nak nangis-nangis bila diperli begitu. Teja bukan puteri air mata.
“Agak dia fikir dia boleh pikat big boss kut.” Ada lagi yang mencelah.
“Haah. Bajet cun sangatlah kan.”
“Aku, kalau dia yang naik pangkat
sah-sah aku orang pertama bagi surat resign
pada bos.”
Mereka ketawa.
Teja masih selamba. Tak luak apa-apa
pun dengan kata-kata berbaur ‘kutukan’ tu. Dia tak kebulur langsung harta benda
bos okay. Dia cari rezeki halal. Buat kerja dengan tulang empat kerat. Bos bagi
gaji tahu. Niat dalam hati ni suci. Takde
pun niat nak feeling-feeling pada
bos. Bos tu nampak aja cam samseng tapi dalam hati ada intan berlian.
Bengang juga Saiful tengok tiada
sebarang efek pada Teja. Gadis itu masih selamba menjamah santapnya. Kut-kut Teja bangun dan beredar ke?
Menangis dalam toilet ke? Dia tak
sedar ke mereka sedang kutuk pasal dia?
“Woi, perempuan!” Saiful hentak
kedua belah tangan atas meja tempat Teja duduk. Bergegar jugalah bekal
makanannya itu. Tingkah Saiful menarik perhatian yang lain.
“Aku ada namalah. Perempuan
panggilan tu umum. Rakan-rakan kau tu pun perempuan.”
Terkena sebijik Saiful.
“Aku depan kau maka aku tujukan
untuk kaulah. Jangan bengap sangat.”
“Kau pun jangan kurang ajar sangat
bila bercakap.” Teja membalas.
Saiful tenung muka dia. Dia tenung
muka Saiful balik. Hilang rasa sabar yang terpendam dalam hati.
“Teja… aku rasa kau ni patut cermin
muka kau sikit. Ada hati nak berlagak dengan aku.”
“Aku sentiasa tengok cermin. Kalau
aku tak tengok cermin seketul dua jerawat pada muka aku pun aku tak nampak.
Untuk pengetahuan kau memfitnah orang ni dosanya sama dengan membunuh. Jangan
main sedap mulut menuduh kalau tak tahu cerita sebenar. Kalau aku nak menggatal
bukan dengan bos aja dengan kau sekali aku goda.”
Kata-kata Teja cukup sudah untuk
membakar Saiful. Kalau panggang aja tak menjadi. Biar dibiarkan hangus terus
dengan api.
Aznita sempat mencelung tajam Teja.
Teja tidak endah. Dia tak sakitkan hati sesiapa kenapa pulak mereka nak sakit
hati pada dia? Kalau nak naik gaji, nak naik pangkat pergilah sendiri membodek
pada bos. Itu pun kalau bos tu makan bodek.
“Wah-wah… pandai dah membidas ye.”
Saiful bercekak pinggang. “Besar kepala dah kau.”
“Aku cakap benda yang betul. Kalau
aku ni tak betul aku tak back-up diri aku sendiri. Aku minta maaflah jika mulut
aku terkeluar ayat-ayat kasar.” Teja menutup kembali bekal makanannya. Mati
selera dia mahu menjamu selera.
“Apa hal yang bising-bising ni. Ada
drama action ke?” Entah bila Gibs
terpacak di belakang staf-staf yang mengerumuni meja Teja.
Bila suara bos yang bergema,
masing-masing beredar. Aznita mendengus kecil menghadap hidangannya semula.
“Ada yang tak puas hati dengan saya?
boleh jumpa saya di bilik pejabat. Jangan tunjuk kepala di belakang saya.” Gibs
mendekati Teja. “Mangkuk tingkat kau.”
Teja mengambil tanpa berkata
apa-apa.Senyap tanpa bicara.
HELLO....tak ada sambungan ker
ReplyDeleteBila nak sambung lagi?
ReplyDeleteBila nak sambung ☺
ReplyDeleteSenyap jer
ReplyDelete