Tab Menu

Followers

Saturday, September 12, 2009

Coke And Sundae_1

RAMBUT tocang tinggi ekor kuda. Bercermin mata berbingkai tebal hitam. Bila buka mulut jelas kelihatan pendakap gigi yang dipakai. Dari segi pakaian pula entah fesyen mana yang diikutnya. Berseluar jeans dengan kemeja lengan panjang dibutang sampai ke pangkal leher. Tiada lelaki yang mahu dekat dengan gadis sepertinya. Namun dia tidak kisah sama sekali. Lagipun ayah dan dua abangnya tetap memuji dia cantik dengan gaya sedemikian. Pujian dari ayah sudah cukup pada Azyan. Apa yang penting dalam hidupnya adalah belajar. Belajar! Belajar! Dan belajar! Itu moto hidup gadis bernama Azyan. Azyan tidak kisah soal cinta-cinta ini. Menyusahkan hidup. 

Itu belum tengok lagi ayah Azyan, Encik Idris yang misainya melentik macam misai Laksamana Pa So La dalam cerita Do Re Mi. Namun ada juga yang menyatakan misai Encik Idris lebih mirip seperti watak Sharif Dol dalam cerita Musang Berjanggut. Entahla…tidak tahu yang mana lebih tepat. Azyan sendiri tidak dapat memberikan kepastian perihal misai lentik ayahnya itu. Tengok muka Encik Idris dari jauh sikit budak-budak sudah lari menyorokkan diri. Memang sah Encik Idris ada mengeluarkan aura yang menakutkan. Sejak isterinya meninggal dunia Encik Idris yang mengasuh ketiga-tiga anaknya dari kecil. Mengasuh anak-anak dengan displin cara tentera. Tegas dan padat dengan peraturan. Azyan tidak kisah dengan didikkan ketat dari ayahnya. Itu sebab Azyan juga keluarkan aura yang menakutkan macam ayahnya. Aura itu menyebabkan Azyan menjadi juara berturut-turut dalam takewando di peringkat sekolah dan di peringkat daerah. Siapa boleh lawan dia. Lelaki pun tertewas. Betapa gagahnya anak perempuan tunggal Encik Idris ini!

Itu cerita Azyan pada sepuluh tahun yang lepas. Kini kita buka cerita Azyan sepuluh tahun ke depan. Sepanjang hidup dua puluh tahun ini, Azyan tidak pernah merasai kegembiraan seperti gadis yang lain. Kerana itulah Azyan berbulat tekad ingin mengubah dirinya menjadi seorang gadis ayu yang penuh kesopanan dan kesusilaan setelah umurnya genap dua puluh tahun meskipun diketawakan oleh dua orang abang terhormatnya. Azuan dan Anuar memang suka adiknya seimbang dengan mereka. Azyan tidak mahu orang mengatakan dia adalah gadis yang lebih gagah dan maskulin dari lelaki dengan gelaran She’s The Man

Saya Nur Azyan Binti Idris. Berusia 20 tahun sudah. Jantina mestilah perempuan. Sebelum ini berperwatakkan Maskulin dan gagah. Bakat yang dimiliki tentulah ilmu mempertahankan diri! Hobi menonton wrestling atau singkatannya WWF. Tentulah pujaan hatiku adalah The Rock! He…hehe…hehe... The Rock gagah dan handsome apa. Tapi selepas ini saya akan menjadi gadis yang lebih feminin dan disukai ramai. Kekuatan dan kegagahan tiada lagi dalam kamus hidup saya. Heh..heh…heh… Azyan berbicara sendiri. Azyan membelek-belek wajahnya di depan cermin. Dia tersenyum bangga sekali dengan perubahan pada dirinya itu. Barulah nampak feminin. Azuan sudah ketawa mengekeh melihat gelagat adik perempuannya itu. Ketawa sampai bergolek-golek gitu.

“Ada yang kena belasah nanti!” desis Azyan perlahan.

“Aik! Kata nak jadi lebih feminin. Apa pulak nak belasah orang ni.” Azuan bingkas bangun dari birai katil. Dia letakkan telapak tangan atas kepala Azyan Diusap-usap kepala adiknya itu. “Tak sangka bila Yan berubah begini nampak lebih cun dari Yan yang asal. Lebih feminin gitu ya…”sambung Azuan. Perkataan feminin itu ditekan sedikit. Azyan mencebik. Dikepal-kepal buku limanya.

“Berapa kali adik dah pesan jangan panggil adik Yan lagi. Panggil adik Azyan. Azyan….A…Z…Y..A..N!” Azyan siap mengejakan lagi. Bengap betul abang aku yang seorang ini. Masih tak reti-reti bahasa. Azuan ketawa. Tawannya makin kuat bila lihat wajah cemberut Azyan. Apa lagi… DUSH! Azyan menumbuk bahu Azuan. Mengaduh kesakitan kawan tu. Azyan tetap gagah macam lelaki lagi! Itu kata Azuan.

“Apa kecoh-kecoh ni.” Muka Anuar tertonjol depan pintu bilik Azyan. Mulutnya sedang mengunyah-nguyah keropok double decker yang dulu-dulu iklannya faymes tayang kat peti televisyen. Azyan jegilkan biji matanya melihat plastik keropok yang dipegang oleh Anuar. Alamak stok makanan ringan aku yang dibaham oleh harimau yang selalu kelaparan ini! Meluru Azyan ke arah Anuar yang masik dok sedap mengunyah keropoknya. Dia ragut keropok double deckernya.

“Apa ni makan orang punya keropok!” Azyan mula merungut. Mukanya sudah berkerut-kerut macam perempuan ahli sihir. Anuar sengaja menggigit jari. Bukannya dia tidak tahu tuan yang empunya keropok double decker tu! Saja mahu mencari nahas. Nak kena smack down betul abang aku yang seorang ni! Azyan mengerutu dalam hati.

“Lain kali bubuh nama Yan kat keropok ni. Takde nama so faham-faham ajelah.”

“Abang memang sengajakan. Eeeeiiiii….geramnya….”

“Ala makan sikit pun dah marah. Kau ni cepat naik baranlah Yan.” Muncung mulut Anuar. Dapat adik yang cantik tapi lasak dan berkira sangat. Mata Anuar terpaku seketika. Tidak berkelip dia pandang Azyan atas bawah. Anuar menekup mulut. Hanya sekejap. Kemudian terburai ketawanya. 

Dua kali lima! Azuan dan Anuar memang satu kepala. Kalau bab ketawakan orang serahkan pada mereka. Itu belum sampai bab mengenakan adik mereka yang cantik ni. Alahai perasan cantik lagi tapi aku memang cantik apa! Just tak pandai dressing je. Hancur!

“Hai sejak bila si Gorilla dalam hutan nak jadi Gorilla dalam zoo pulak ni. Hancus…hancus…” Anuar menahan senak di perut.

“Dia jadi lebih feminin gitu…kau tak tahu lagi ke Nuar. Adik kita ni nak jadi gadis pujaan ramai. Nakkan lelaki lebih gagah dari dia. Gagah macam The Rock tu la.” Azuan mengangkatkan sebelah keningnya. Saja menyindir Azyan. Makin kuatlah ketawa Anuar dibuatnya. Kalau Azuan bergolek-golek, Anuar pula siap berguling-guling tu. Fuh! hebat betul! Tapi Azuan…lawak abang tu tak kelakar langsunglah pada adikmu ini. Azyan sudah hangin satu badan. Ini sudah mendatangkan marah. Macam kata Sadiq Segaraga dalam citer Tiga Abdul. 

Azyan mengepal-gepalkan penumbuknya. Jelingan yang menakutkan itu dirasai oleh dua abang terhormatnya itu. Azuan dan Anuar memeluk tubuh.
“Nuar…kau rasa tak apa yang aku rasa?”

“Tentulah aku merasainya. Aura Gorilla…menggigilnya aku Zuan…” Makin giat Anuar mengusik. Mereka pecah ketawa lagi.

“Warghhhhhhhh!” Azyan menjerit lantang. Dia paut leher kedua-dua abang kesayangannya itu. Paut ala The Rock dalam WWF itu.

“Ayahhhhhhhh! Gorilla mengamuk lagi!” Laung Azuan dan Anuar serentak.

Ayah terhormat, Encik Idris bercekak pinggang di hadapan ketiga-tiga anak terunanya. Opsss! Kesilapan teknikal sedikit. Aku bukan anak terunanya. Aku satu-satunya anak gadis dalam keluarga ini. Anak gadis yang sudah mula gatal nak bercinta gitu. Bukan apa, saja nak ubah haluan angin macam angin barat daya, angin timur laut dan segala anginlah.

“Apa hal ni Yan. Siap bergusti dengan abang-abang kau ni. Ayah tahulah Yan minat giler pada gusti tapi jangan sampai praktik kat abang-abang Yan pulak.”

“Mereka yang mulakan dulu sapa suruh.” Azyan menunding jari ke muka Azuan dan Anuar. Encik Idris menjeling tajam kedua-dua anak lelakinya itu.

“Huh! Kalau asyik baran macam Gorilla macam mana nak jadi feminin gitukan Nuar.”

“Betul-betul. Malangnya lelaki yang akan memperisterikan adik kita yang macam Gorilla ni. Hari-hari kena smack down.” Anuar cuba menahan tawanya dari terburai. Tak baik ketawa terbahak-bahak depan ayahnya. 

Azyan mengetap bibir. Depan ayah pun mereka buat lawak tak kelakar tu lagi. Cinabeng punya abang-abangku.

“Feminin?” Ayah sudah mengerutkan dahinya. Lain pula reaksi wajahnya bila menyebut perkataan feminin itu. Alahai ayahku sayang janganlah kau pun buat muka gitu macam dua anak terunamu itu. Anak gadismu ini hanya ingin berubah menjadi lebih keperempuanan dari maskulin. Tangan ayah mula meraba dahi Azyan. Azyan mengeluh kecil. Ayah pun macam Azuan dan Anuar jugak. Terkejut kerana dia ingin jadi lebih feminin.

“Yan tak demamlah ayah.” Azyan mencebik.

“Yan…Yan…siapa pengaruh anak gadis ayah ni.” Ayah dah mulalah tu. Siap tepuk dahi lagi. Tahu sangat dia tak mau anak gadis seorang ini jadi lebih feminin. Ayah…. bukalah matamu besar-besar sikit. Anakmu ini tidak mahu jadi anak dara sampai tua. Si Bedah yang gemuk gedempol tu pun dah ada boyfriend tahu. Tapi anak gadismu ini tiada seorang lelaki pun yang berani dekat.

“Ayah…Yan nak berubah sikit. Yan nak jadi lebih feminin.” Azyan pandang wajah ayahnya. Ayah yang serius bukan mudah nak memberikan senyuman tau. Macamlah berharga sangat senyuman dia tu.

“Biarlah ayah, dia nak jadi feminin. Diakan pompuan.” Anuar menyampuk. Dia kerdipkan mata kanannya pada Azyan. Azyan tersenyum. Thanks Bro!

“Iyerlah ayah. Zuan pun teringin nak lihat adik Zuan yang cantik ni nampak lebih feminin.” Perkataan feminin itu tetap ditekankan oleh Azuan. Apa lagi tarik nafas panjanglah ayah. Tidak lama lepas itu ayah memalit senyuman di bibirnya.

Azuan dan Anuar bingkas bangun. Dah tengahari macam ni perut mulalah berkeroncong lagu dangdut. Masa untuk buka tudung saji di dapur. Azyan pun nak tumpang sekaki. Dia ikut langkah dua abang terhormatnya itu.

“Nak ke mana tu?” Tanya ayah dengan wajah yang sudah kembali serius.

“Lunch hour lah ayah. Masa untuk mencekik.” jawab mereka serentak.

“Amboi! Pasal makan laju kau orang ye. Berbaris tiga-tiga ke sini balik.” Argh! Sudah! Ayah dah mula mengarah macam tentera. Cuma tiada tabik hormatnya aja.

“Apa lagi ni ayah…perut kita orang dah berirama ni. Lapar tahu.” rengek Azyan. Dia yang paling suka melawan cakap dengan ayah. Paling berani berdepan dengan ayah!

“Semalam siapa yang hambat anak Mak Timah radio dengan penyapu. Berbalau badan kawan tu dibuatnya. Bukan itu saja, lebam sebelah sebelah mata anak orang tu sampai seminggu cuti kuliah.” Bulat mata ayah merenung satu-persatu muka anak-anak yang terlalu baik ni. Azyan tersengih. Azuan dan Anuar sudah menunding jari telunjuk mereka ke arah Azyan. Memang tiada orang lain yang akan disyaki jika bukan Cik Nur Azyan Binti Idris ini atau lebih mesra dengan panggilan Yan.

“Kalau bab membelasah orang ini kami serahkan pada Yan, ayah. Dia lebih tererkan Nuar.” Anuar anggukkan kepala mengiakan kata-kata Azuan itu.

“Yannnnnn!” Azyan mengetap bibir. Alahai…tak sangka pulak mamat sewel tu mengadu. Dia sudah memberikan amaran pada Fadhil agar jangan sesekali membuka mulut. Nahas jawabnya. Mamat tak guna! Berani ya kau report pada mak kau yang mulutnya mengalahkan radio tu! 

Imbaslah balik apa yang berlaku. Beginilah ceritanya….Aku sibuk menyapu di halaman rumah dengan penyapu lidi. Anda kenal dengan penyapu lidi? Kait daun kelapa kemudian raut daunnya. Apa ni dah cerita pulak pasal penyapu lidi. Kita berbalik pada cerita yang asal. Sedang best-best aku menyapu, si mamat sewel tu sergah aku dari belakang. Terperanjat beruklah aku. Dia boleh bantai ketawa pulak. Faham-faham ajelah anak gadis Encik Idris yang bernama Nur Azyan ini panas baran orangnya. Aku hambat dia dengan penyapu lidi ni. Puas hati! Mamat sewel tu tak mengalah rupanya. Dia bengang. Dia hempas pasu bunga kesayangan ayah aku. Berkecai beb. Membaralah darah panas dalam badan aku ni. So…lekat buku lima aku kat mata dia. Lebam…aku siap warning pada mamat sewel tu supaya dia tidak mengadu pada sesiapa. Kalau tidak lagilah teruk aku kerjakan dia. Dengan aku jangan main-main. Silap haribulan mamat sewel tu boleh masuk ICU. Begitulah ceritanya…Azyan dengan lagak selamba menceritakan kisah sebenar kepada si ayah. Dah tak boleh tutup lubang dah. Dah kantoi. Nanti kau Fadhil! Kau akan terima pembalasannya!

Ayah tepuk dahi lagi. Mesti dia pening dengan perangai anak gadis tunggalnya ini. Azuan dan Anuar buat muka poyo masing-masing. Menyampah sungguh! Bukan nak membantu adik mereka yang dalam kesusahan ini.

“Kawallah sikit baran Yan tu. Macam mana nak jadi feminin gini kalau kena sergah sikit pun penyapu naik ke muka orang.” nada slow tapi tegas. Azuan dan Anuar bantai ketawa lagi. Tapi bila ayah dah menjeling mereka tutup mulut balik.

“Yan minta maaf ayah…” Azyan dengan muka kesian memohon maaf. Malas nak panjangkan cerita. Nanti perut yang tengah berkeroncong ini masuk angin.
“Maaf saja tak cukup Yan. Yan mesti ayah denda.”

“Denda…denda pun dendalah ayah. Janji Yan dapat makan. Lapar ni.”

“Bagus! Ayah dah siapkan denda untuk Yan. Jadi Yan bacalah apa yang tertulis dalam kertas ini ye. Lepas itu Yan pergi makan.” Sehelai kertas bersaiz A4 diserahkan depan mata Azyan. Terlopong mulut Azyan apabila membaca isi kandungan dalam kertas berkenaan.

“Ayahhhhhh” Azyan meraung macam si anak kecil yang tidak dapat makan gula-gula. Sampai hati ayah mendera anak gadismu ini begini teruk. Azyan bukan kuli untuk kerja-kerja amal ni.

5 comments:

  1. x sabar tunggu sambungannya..
    nice story...

    ReplyDelete
  2. Tq. Dah lama teringin nak buat citer santai gila-gila remaja gini...

    ReplyDelete
  3. salam...tumpang baca sama...best cerita ni.. :)

    ReplyDelete
  4. ganas btul adik yg sorang nih...
    tp best gak dpt family gni kot....
    meriah slalu....hahahaa

    ReplyDelete
  5. bestnya cita ni..:) suka dengan watak azyan..wah nak habiskan hari ni jugak la :)

    ReplyDelete