FATIN tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri dan sekejap dia duduk semula dikerusinya. Tingkah laku Fatin merimaskan Datin Kalsom dan Jimmy. Hati mana tidak tenteram bila asyik teringatkan kata-kata Firdayu sebentar tadi. Bila masa pulak Firdayu mengenali Ruzair. Setahu dia Ruzair tidak akan tertarik dengan wanita materialistik seperti Firdayu. Mungkin Firdayu sengaja mahu menakutkan dia. Ruzair lelaki yang setia. Cinta Ruzair hanya untuknya. Fatin yakin Ruzair akan menjadi milik dia bukannya Firdayu. Dia tidak akan biarkan Firdayu merosakkan perhubungan dia dengan Ruzair.
Tiada orang lain yang dapat membantu dia melainkan Fahmy, teman rapat kekasih hatinya itu. Ligat Fatin menekan-nekan nombor telefon Fahmy. Lama dia menanti panggilannya masih tidak diangkat. Ke mana pula si Fahmy ini pergi. Selalunya lelaki itu tidak sukar untuk di hubungi. Fatin mengetap bibir. Dia menghempaskan telefonnya atas lantai setelah tidak dapat menghubungi Fahmy.
“Kenapa dengan anak mama ni? Fatin tak dapat contact Ruz ke?” Datin Kalsom mengusap-usap wajah Fatin.
“Fatin bukan contact Ruz. Fatin cari Fahmy.”
“La…buat apa Fatin cari budak itu pulak.”
“Fatin nak tanya pasal Yue dengan Fahmy. Mama tak tahu ke yang Fahmy kawan baik dengan Yue di kolej dulu. Fahmy banyak tahu tentang Yue. Fatin tak boleh tahan dengan Yue, mama. Tadi dia beritahu Fatin yang dia akan rampas Ruz dari tangan Fatin.” Fatin memaut lengan mamanya. Jelas kegusaran di muka Fatin. Jimmy tersengih. Dulu berlagak sangat dapat teman lelaki kaya raya. Sekarang tahu ketar. Pesaing dah datang kembali.
“Kenapa Fatin nak takut dengan Firdayu. Fatin sayang…Yue tidak boleh rampas Ruz dari Fatinlah. Ruz bukan macam lelaki-lelaki yang buta tuli tengok kejelitaan poison ivy tu.”
“Mama tak kenal dengan Yue itu. Kalau dia nak dia akan dapat tak kira apa cara sekalipun. Mama mesti tolong Fatin kali ini.” Fatin kian mendesak. Firdayu yang ini lagi menggerunkan. Arghhh! Dia tidak sanggup tengok Ruzair di bawah telunjuk Firdayu. Tidak! Tidak!
“Sayang…masakan mama akan biarkan Yue rosakkan semuanya. Dia belum kenal siapa mama ni.” Datin Kalsom tidak akan biarkan Firdayu memusnahkan segala-gala yang bakal mereka miliki dari kekayaan Ruzair.
“Huh! Jimmy rasa mama mahupun Fatin tak layak nak pandang rendah dengan Kak Yue itu. Dia lagi licik tau.” celah Jimmy yang diam sejak tadi. Lebih baik jangan pandang rendah kepada Firdayu. Sudah mama dan kakaknya itu cakap tak pandang belakang langsung. Main lepas saja. Tak nampak ke yang Firdayu yang sudah dok tersengih di belakang mereka itu.
“Seronok betul dengar orang mengumpat pasal aku di belakang ni.” suara gemersik Firdayu mengejutkan Fatin dan Datin Kalsom. Bila masa pulak perempuan jahat ini masuk ke bilik mereka. Tak bagi salam pulak tu.
“Kurang sopan betul! Main terjah masuk aja bilik orang!” marah Fatin. Jari telunjuk runcingnya sudah kena batang hidung mancung Firdayu.
“Aku dah banyak kali ketuk pintu di luar tu. Kau orang yang pekak. Pintu tak kunci aku masuklah.” Firdayu menepis. Pada hal dia memang tak ketuk pintu tadi. Curi-curi masuk tanpa disedari oleh tiga beranak itu.
Firdayu labuhkan punggung pada tilam empuk dalam bilik itu. Jimmy curi-curi pandang ke arah Firdayu. Fuh! Perempuan ini memang seksi biarpun memakai baju tidur yang labuh. Lekuk tubuh Firdayu mengancam habis dari kakak dia. Kalau dapat mesti tak lepas dalam pelukkan. Jimmy memasang angan-angan kosong.
“Aku tak dengar pun kau ketuk pintu.” jerkah Fatin.
“Berapa lama telinga kau tak korek. Dan kalau cakap tu pandang-pandang belakang.” Firdayu selamba dek saja tunjalkan jari pada dahi Fatin. Menyeringai Fatin dibuatnya.
“Aku rasa lebih kau keluar dari bilik ini Yue. Kau pun tahu aku memang benci tengok muka kau itu.”
“Kau benci sebab aku lagi lawa dari kau kan. Poor girl. Ruzair memang bodoh pilih kau sebab kecantikkan di muka kau itu banyak yang palsu dan plastik.” Macamlah Firdayu tidak tahu yang Fatin baru balik dari Thailand buat hidung. Biasalah dengan minah seorang ini. Nak cantik punya pasal sanggup perabiskan duit beribu-ribu ringgit.
“Apasal kau nak dengki. Itu hal aku!” Fatin mengetap bibir. Apa saja pasal dia
mesti Firdayu akan tahu. Dia betulkan hidung pun sebab Firdayu.
“Jaga Ruzair baik-baik Fatin. Aku tak nak kau meraung-raung melutut kat kaki aku nanti. Bila aku dah dapat aku takkan lepaskan dia.” Firdayu memberikan peringatan kepada Fatin lagi.
“Lebih baik kau keluar Yue!” Fatin menundingkan jari ke arah pintu.
“Kenapa? Kau takut?” Firdayu makin giat memanipulasi Fatin. Dendamnya opada Fatin tidak pernah surut. Kalau boleh dia mahu lihat Fatin merana seumur hidup.
“Aku kata keluar!”
“Okay-okay aku keluar.” Firdayu mengangkat tangannya. “Nenek panggil kau masuk ke bilik bacaan dia. Ada hal personal dia nak bincang dengan kau sekarang.”
“Hmmm!”
“Orang tua macam nenek tak suka tunggu lama-lama tau.” pesan Firdayu sebelum dia menghilang di balik pintu.
NENEK meletakkan benang kaitnya atas meja. Dia mengeluh kecil sambil memandang ke arah jendela. Di satu sudut berdiri seorang lelaki yang agak terlindung wajahnya namun jelas di mata kasar Nenek. Nenek merenung lelaki itu. Satu renungan yang cukup redup dan penuh mengharap.
“Saya serahkan semuanya pada awak. Awak mesti uruskan sebaik-baiknya.” Agak tegas suara Nenek. Lelaki itu anggukkan kepala.
“Jangan bimbang nenek. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya sudah buat seperti yang nenek mahukan.”
“Bagus! Pastikan yang dia ikut semua syarat perjanjian itu.”
“Baik nenek.” Lelaki itu alihkan mata pada Encik Fahrin yang duduk tidak jauh dari Nenek. Encik Fahrin tersenyum memandangnya.
“Terima kasih atas bantuan awak. Saya benar-benar sudah menyusahkan awak.” tutur Encik Fahrin lembut.
“Kalau ibu tak ugut dia memang takkan dia mahu terima tugas kita ni, Fahrin.” Nenek mencebikkan bibir. Lelaki itu merengus kecil. Memang dia rela dalam terpaksa. Kalau tidak jangan haraplah dia nak lakukan kerja-kerja bodoh itu semua. Buang masa dan buang tenaga. Bukan bidang profesion dia.
“Saya lawyer bukan kindergarten lah nenek. Kadang-kadang naik pening kepala saya layan karenah dia.” Lelaki itu mengeluh.
Nenek ketawa. Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Semuanya atas jasa baik lelaki ini. Mengawasi segala gerak geri Firdayu dalam diam. Jadi apa yang Firdayu lakukan akan dilaporkan terus kepadanya. Itu gunanya seorang pengintip rahsia.
“Dah jangan nak mengeluh. Awak kena teruskan tugas yang saya berikan pada awak sehingga selesai. Ingat! Jangan sampai bocor rahsia sebelum masanya.” Nenek mengoyangkan jari telunjuknya.
“Saya faham.” Lelaki itu anggukkan kepala lagi. Dia meminta diri untuk beredar. Tidak wajar untuk dia berada di situ dengan lebih lama. Takut identitinya akan terdedah. Dia memulas cembul pintu. Dalam pada itu wajah Fatin tersembul di depannya. Fatin ter-
gamam melihat lelaki di depan matanya itu. Secalit senyuman terukir di bibir lelaki iu sebelum dia melepasi Fatin. Lelaki yang cukup elegant! Siapakah dia agaknya? Tetamu Nenek kah?
“Siapa lelaki tu nenek?” soalan pertama yang keluar dari mulut Fatin. Perkara biasa bagi seorang perempuan bila melihat lelaki kacak.
“Bakal suami nenek. Kacakkan. Ada darah keturunan orang Inggeris tu.” Nenek tersenyum-senyum. Apa lagi Fatin juihkan bibir. Perasan punya orang tua. Ada hati nak bersuamikan lelaki muda dan kacak.
“Tak payahlah nenek nak buat lawak dengan Fatin. Fatin bukan budak kecil yang boleh diperbodohkan.” desis Fatin.
“Cakap sajalah yang Fatin jealous dengan nenek.” Nenek pula buat kening terangkat. Nenek dah makin galak meniru aksi Firdayu.
“Jealous? Tolong sikit. Nenek tu tak layak langsung nak buat saya rasa jealous. Apa hal nenek nak jumpa dengan saya?” suara Fatin acuh tidak acuh. Dia bukannya sukakan Nenek. Mama dan papa yang beria-ia mahu dia rapat dengan Nenek. Kalau tidak jangan haraplah nak merasa harta Nenek yang bertimbun-timbun itu. Sayangnya orang tua ini bukan mudah untuk diperbodohkan. Sama licik dengan Firdayu.
“Ini salah satu sebabnya nenek lebih suka Firdayu dari kau.” Nenek ketawa kecil. Sebelum ini Fatin bermulut manis. Bijak bermain sandiwara depan matanya. Nenek ikut saja retak Fatin dan ibu bapanya. Sengaja Nenek meletakkan nama Fatin sebagai pewaris.
Sekadar untuk menguji. Benar telahan Nenek. Setelah diberikan limpahan harta mereka terus lupa diri. Lupa Nenek. Nak datang menjenguk jauh sekali. Huh! Ingat aku betul-betul buat surat wasiat ke? Palsu semuanya. Aku tidak mewasiatkan harta benda aku kepada sesiapa pun hinggalah aku bertemu semula dengan menantu dan cucu aku yang seorang itu. Firdayu terus terang menyatakan benci pada aku. Malah dengan berani dia bercakap secara depan dengan aku yang dia mahu melingkupkan aku. Mahu lihat aku papa kedana. Firdayu tamak tapi dia tidak hipokrit dengan aku.
“Apa yang nenek pandang tinggi sangat dengan poison ivy itu? Nenek tahu tak yang dia bukannya baik sangat. Berapa ramai lelaki di luar sana jadi mangsa dia. Tergamak nenek buat perjanjian mengarut melibatkan semua harta nenek.” Fatin tidak puas hati dengan keputusan yang Nenek buat. Kalau Firdayu dapat menunaikan perjanjian dengan Nenek tak ke naya. Boleh merempat jawabnya.
“Nenek tahu apa yang nenek buat!” Tajam mata Nenek merenung Fatin kali ini. Riak wajah Nenek tampak serius sekali. Tidak ada senyuman di bibir Nenek. Fatin menelan air liur. Kalau dah buat memek muka begitu memang nahaslah jawabnya. Fatin tak berani nak menghadap muka yang menyeramkan itu. Angkat kaki! Hilang kelibat Fatin depan mata Nenek pecah ketawa. Encik Fahrin gelengkan kepala.
hohoho...
ReplyDeletesape llki 2...
kid kot....
kid jtuh pngntip nenek...
klu yue ngn kid ok jg...
hahaha..
ReplyDeletegila pengecut si fatin tu..
laki tu kid ek??
akak confirm...mesti lelaki spy tu KID!!!!!!!betulkan!!!!!!yes!!yes!!! apapun akak follow................
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeletede ati gak nenek nak kawen ngan org muda....
dah terikut2 lak perangai Firdayu....