Tab Menu

Followers

Saturday, April 10, 2010

Coke And Sundae_29

“APASAL aku kena jadi patner kau dalam game bodoh ni!” Azyan merengus. Cukuplah dia tidak berkenan berdua-duaan dengan Syakir. Kenapa hanya dia bukan orang lain. Sesuka hati Syakir saja jadikan dia teman untuk main cari harta karun ni. Elok-elok dia berpasangan dengan Yani senang saja Syakir suruh Yani berpasangan dengan Sofi. Apa ingat main cari-cari couple ke?

“Mulut kau boleh diam tak masa buat kerja.” Dari tadi Azyan tak letih-letih merungut pada dia. Pot pet sana pot pet sini.

“Kalau aku tak nak diam macam mana?” Jeling Azyan.

“Kau nak aku cium kau ke?” Syakir tersengih. Azyan mendengus. Automatik dia kunci mulut. Takut Syakir cium dia betul-betul.

Jeritan di tapak perkhemahan mengejutkan Syakir dan Azyan. Bergegas mereka berdua kembali ke khemah. Terkejut mereka dua tengok tapak khemah yang sudah hura hara. Apa dah jadi. Pagi tadi elok saja. Sekarang semuanya berselerak bagai. Syakir menuju ke arah khemahnya. Muka Syakir berkerut berkerut. Begnya telah diselongkar habis. Ada sesuatu yang penting telah dicuri.

“Kau ada hilang barang jugak ke?” tanya Mat Karan.

“Diari aku hilanglah.” balas Syakir. Syakir mengaru-garu kepala. Siapalah punya kerja ambil barang berharga dia itu. Dalam hutan rimba begini pun ada pencuri jugak.

“Diari kau yang ada gambar tutttttttttttttttt….tu hilang!” Mat Karan menjerit lantang. Semua mata terarah kepada mereka berdua. Mat Karan menekup mulutnya.

“Kau ni cakap tak tahu slow langsung!” Syakir menarik pipi Mat Karan.

“Adeh! Adeh! sakitlah Kir.”

“Penting ke diari kau tu, Kir?” soal budak-budak kelabnya. Tak sangka tuan pengerusi mereka p[un hilang barang juga.

“Takde la penting sangat pun. Diari biasa je. Siapa-siapa yang kehilangan barang buat senarai bagi pada Mat Karan. Tak kisahlah barang korang tu penting atau tidak.” Syakir memberikan arahan.

“Waaaaaa! Kit kat aku tinggal plastik aja!” Sofi meraung. Samalah juga dengan budak-budak yang lain. Azyan saja nampak steady. Beg dia saja yang tidak kena selongkar. Agaknya sebab Azyan simpan tempat yang tersorok itu sebab si pencuri tu tak dapat jumpa beg dia.

“Pucat semacam muka Syakir. Mesti penting sangat diari dia tu.” Azyan asyik memerhatikan gelagat Syakir yang sedang mengemaskan barang-barangnya. “Ini yang buat aku bersemangat nak membantu dia. Aku teringin nak tahu apa yang terkandung dalam diari Syakir.” 

Laporan kehilangan yang dibuat hanya melibatkan makanan saja. Benda lain tak berapa penting sangat. Syakir saja hilang diari penting dia. Tak dapat nak duduk diam. Resah sepanjang masa. Kejap-kejap berdiri. Kejap-kejap duduk. Lepas tu tongkat dagu mengeluh panjang. Jarang Azyan lihat Syakir berkeadaan sedemikian rupa.

“Masuk hutan pun kau bawa diari tu. Naya kau kalau Yan yang jumpa diari kau. Aku tengok dia macam excited betul nak cari diari kau.” Nani angkat-angkatkan kening.

“Hei! Dah, dah la tu! Nak malukan aku ke?”

“Eh, apasal pulak nak melenting semacam je ni. Haaaa…mesti dah ada buat salah ni, betul tak?” Nani menepuk kuat bahu Syakir. Kalau tidak risau Syakir masakan Syakir tak senang duduk gini. Nak berselindunglah tu.

“Udah la tu. Korang jangan ambik serius sangat dengan apa yang minah ni cakap tadi.” Syakir bingkas bangun. Dia mengalih pandang pada Azyan yang buat-buat sibuk menolong menyusun barang. Sibuk yang ditunjukkan adalah kepuraan semata-mata.

HUH! Sehari suntuk aku menolong mengemas tak jumpa langsung diari yang buat Syakir resah tak lalu makan minum tu. Azyan duduk rehat sambil meneguk air mineralnya. Sejak dia enak bersandar bawak pokok yang rending itu, Azyan terpandang Syakir yang sedang mencari sesuatu di dalam semak samun itu. Azyan sudah boleh mengagak. Cari diari dialah tu. Azyan bangkit dari duduknya. Dia aturkan langkah menghampiri Syakir.

“Kau buat apa pulak tu, Syakir?” Azyan menegur lembut. Syakir menoleh. Azyan tersenyum leret.

“A…aku nak saja tengok persekitaran sini aja.” dalih Syakir.

“Kau takyah nak kelentong aku la. Mesti kau tengah cari diari kau tu, kan?”

“Mana ada. Kau jangan nak memandailah.”

“Ceh! Tak mengakulah tu.”

“Kau pegi sana boleh tak?”

“Yelah-yelah.” desis Azyan geram. Laju dia meninggalkan Syakir sendirian di situ. Syakir memerhatikan langkah Azyan dengan ekor matanya. Menyibuk betul!

Syakir terduduk kerana keletihan. Merata tempat dia cari amsih tidak ke temu juga dengan diarinya. Kalau nak kata manusia tak logic pula dalam hutan rimba yang tebal gini ada manusia tinggal kecuali orang asli. Nak kata Harimau lagilah tak logik. Hantu? Tak mungkin jugak. Rasanya satu menatang ini saja yang punya kerja. Tiada menatang lain yang boleh disyaki lagi. Hari pun sudah lewat petang. Syakir rasa lebih dia balik ke tapak khemah. Solat Asar pun tak lagi ni.

Sampai saja di tapak khemah, Nani dan Imah terus menyerbu ke arah Syakir. Wajah dua gadis itu tampak begitu kalut macam ada sesuatu yang berlaku.

“Kir….” Tercungap-cungap nafas Nani.

“Kenapa ni? Ada budak-budak kita yang sesat tak tahu jalan pulang ke?”

“Haah! Yan hilang. Kira orang tengah cari dialah ni. Tapi tak jumpa-jumpa lagi. Tak mungkin dia balik rumah kot sebab handphone dia dan barang-barang dia di sini. Kau nampak dia tak Kir?”

“Pulak…minah ni menyusahkan orang betullah.” Syakir merengus di luar dalam hati risau nak mampus. Dia patutnya menjaga keselamatan gadis itu. Agaknya Azyan merajuk dengan kata-kata dia tadi. Ke mana pula Azyan dah pergi.

Syakir sedang sibuk mengatur orang mencari Azyan. Di balik hutan tebal itu, Azyan sudah terduduk keletihan sebab sesat cari jalan pulang. Berpeluh satu badan. Bau tengik yang tidak menyelerakan. Apa benda pun dia tak bawa. Hari makin gelap. Perut dah berkeroncong. Apa pasal dia bodoh sangat nak cari diari Syakir sampai sesat.

“Bencinya…” gumam Azyan sendirian. Kalau Syakir dan budak-budak kelab tak dapat cari dia macam mana. Dia tidak mahu sesat dalam hutan ini sampai tua. Azyan mula rasa nak menangis. Seganas-ganas dia, dia tetap seorang perempuan. Kalau dulu dia sesat dengan Syakir, hari ini dia sesat seorang diri.

Tiba-tiba Azyan dengar bunyi yang tidak enak dalam semak-semak berdekatan dengannya. Kalau hantu boleh juga dia baca ayat-ayat Kursi tapi kalau binatang buas macam harimau macam mana? Oh tidak! Aku tak mahu jadi santapan lauk rimau. Aku tak kahwin lagi ni! Tap! Tap! Tap! Azyan tutup mata rapat-rapat. Syakirrrrrrr!

Terasa bahunya disentuh lembut. Perlahan-lahan Azyan bukakan matanya. Syakir! Syukur bukan harimau yang datang.

“Nasib aku jumpa kau. Tak sangka ganas-ganas kau ni ada juga penakutnya ye.” Syakir mengukir senyuman manis. Lega kerana dia orang pertama menjumpai buah hatinya.

“Uhuk!”

“Buruknya rupa kau menangis. Hingus pun keluar.”

“Huwaaaaaa!” Azyan terus memeluk Syakir tanpa sedar. Teresak-esak dia menangis pada baju Syakir sampai hingus pun melekat sama.

“Eh..a…apasal ni?” Azyan tidak membalas sebaliknya dia terus-terusan menangis di dada Syakir. Teragak-agak juga Syakir mengusap rambut Azyan yang sudah serabai. Cap gadis itu pun sudah hilang entah ke mana. Kalau Azyan pakai tudung mesti lagi comel. 

“Betul ke ikut jalan ni Kir?” tanya Azyan yang berada di belakangnya. Tidak lepas langung tanngan Azyan memegang hujung baju Syakir. Takut tertinggal. Biarpun bulan penuh Azyan tetap merasa takut juga. Serik lepas ini dia nak masuk hutan lagi.

“Aku ada tinggalkan tandalah. Kau jangan risau.” balas Syakir. Berbunga hatinya bila Azyan memeluk dia tadi. Mesti best kalau hari-hari Azyan peluk dia bila dah kahwin nanti. Mula dah angan-angan Mat Jenin datang balik.

“Thanks sebab kau datang cari aku.” ucap Azyan perlahan. Dia sendiri pun tak tahu kenapa nama Syakir yang terlintas dalam kepala otaknya tadi. Malu siot.

“Tak perlulah nak ucapkan terima kasih pada aku. Dah memang tanggungjawab aku sebagai ketua korang. Siapa yang sesat pun aku tetap akan cari jugak.”

“Apa pun aku tetap nak ucapkan terima kasih pada kau.”

Syakir tersenyum. Jarang dengar suara lunak Azyan yang lembut gitu. Selalunya kasar aja.

“Kasih diterima.” balas Syakir. Dia behenti melangkah. Kenapa senyap saja. Tidak terasa pegangan tangan Azyan pada bajunya. Syakir segera berpaling. Azyan dah hilang. Biar pun. Takkan dilarikan Pontianak pulak. Cabul mulut kau Syakir.

“Azyan!” Dia melaung nama gadis itu.

“Syakir!” ada sahutan. Tapi batang hidung Azyan tak nampak pula.

“Kau kat mana?”

“Aku kat bawah ni. Dalam lubang!”

Syakir kerut dahi. Dalam lubang? Apa pula yang Azyan buat dalam lubang. Tadi masa dia lalu ikut jalan ni tak ada pula dia masuk dalam lubang. Syakir mula kehairanan.

“Wei! Kaki aku terseliuh. Cepatlah selamatkan aku kat dalam ni!” jerit Azyan. Tidak lama kemudian dia nampak lampu suluh Syakir pada mukanya. Syakir mendengus kecil. Ini mesti kerja budak-budak kelab. Nak pedajal orang saja kerjanya.

“Hah! Cepat pegang tangan aku!” arah Syakir. Tercapai-capai Azyan cuba mengapai tangan panjang Syakir.

“Tak dapatlah.” desis Azyan. Perit kaki kanannya bila dia cuba bangkit. Sakit!

“Cepat capai tangan aku!” Syakir menurunkan sedikit badannya lagi. Azyan dapat memaut tangan Syakir tapi….Arghhhhhhhhhh! Terdengar jeritan Syakir. Macam buah nangka busuk Syakir jatuh. Dia bangkit mengibas-gibaskan baju dan seluarnya. Cis! Nak selamatkan Azyan tapi dia pun tergelincir jatuh sekali. Azyan ketawa kecil.

“Kau okay?”

“Aku okay. Apalah nasib. Nampak gaya kena tunggu hari sianglah.” keluh Syakir. Syakir labuhkan punggung di sisi Azyan. Azyan pandang muka Syakir. Syakir pandang muka Azyan. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Keadaan mereka tak ubah macam keadaan mereka sesat di hutan tiga tahun yang lalu.

“Meh! Bagi aku tengok kaki kau yang terseliuh tu.” pinta Syakir. Azyan tidak membantah. Dia hulurkan kaki kanannya pada Syakir. Syakir memicit dulu kaki Azyan. Bila Azyan menyeringai tahulah kat mana tempat yang sakit. Syakir mengurut-urut perlahan. Betulkan urat yang sudah berbelit. Azyan mengetap bibir menahan sakit.

“Kau reti ke mengurut ni Syakir? Kang tak pasal-pasal urat lain yang kau urut.”

“Jangan risaulah. Nenek aku tukang urut. Aku ada belajar sikit-sikit tentang urutan dari nenek aku.”

Azyan pandang muka Syakir. Hatinya tersentuh dengan keprihatinan Syakir. Syakir…kau sebenarnya orang yang baik hati tapi saja tak nak tunjukkan sikap sebenar kau. Azyan tersenyum. Dia sudah sedar kenapa hati dia berdebar-debar bila Syakir ada berada dekat padanya. Ms coke dah jatuh cinta dengan Mr Sundae malam itu.

4 comments:

  1. hohohoh....
    bgus2x....
    yan dah jtuh cnta kat syakir....
    klu yan dpt jmp diary syakir lagi best...
    mst dia thu syakir syg kat dia....
    crta smkin mnrik lak...

    ReplyDelete
  2. aha....
    yes finally sher realized he feeling.
    Bestnyee
    Akak pulak yang excited...
    Syakir cepatlah mulakan langkah

    ReplyDelete
  3. tu la yan........baru perasankan kebaikan si syakir.......apapun, part ni mmg best!!!!akak follow..................

    ReplyDelete
  4. wah...makin seronok membaca nih....
    Best...best....
    Tahniah Ilya.....

    ReplyDelete