Tab Menu

Followers

Monday, May 3, 2010

566 Hari Mencari Cinta_9

Sebulan bulan telah berlalu…

“CIK Firdayu! Don’t be play-play. Saya ingin mengingatkan cik yang perjanjian cik dengan nenek cik masih berjalan. Sebulan sudah berlalu.” suara Kid sambil menghulurkan beberapa buah fail kepada Firdayu.

“Iyalah…Iyalah. Tahulah. Sudah berpuluh-puluh kali you remind pada I. Boleh tak you jangan asyik bising dekat telinga I. Rimaslah I.” gerutu Firdayu. Tapi kalau Kid tiada di samping rasa bosan pulak. Mungkin dia sudah terbiasa dengan Kid di sisinya.

“Baiklah Cik Firdayu. Seronok tak cik balik kampung?” Kid bertanya. 

“Ermmmm…macam you tak tahu yang I bukan boleh lama-lama duduk dalam vila keramat tu. Rimaslah. Panas dan banyak nyamuk. Paling I menyampah semua musuh ketat I dijemput bersama.” bebel Firdayu.

“Awak yang kumpul musuh-musuh awak Cik Firdayu.”

“Mereka yang dengki dengan I sebab I punya kelebihan.”

“Tapi kalau cik gagal dalam perjanjian cik akan kehilangan segala-galanya. Jadi lebih baik cik fikirkan masa yang cik tengah ada sekarang. Cik kena ingat kita yang perlu mengejar masa bukan masa yang mengejar kita. Cinta yang dicari mestilah cinta sejati.” Kid meletakkan pula cawan kopi di atas meja Firdayu. Kopi merupakan minum pagi Firdayu. Tidak boleh ada minum lain selain kopi. Tiada kopi Firdayu akan melenting.

“Kenapa I yang perlu nak mengejar masa Kid? 566 hari adalah masa masih panjang. You jangan takutlah. I akan jumpa dengan cinta hati I. Lelaki yang layak menjadi teman hidup I.” Risau betul si Kid kalau dia gagal mencari cinta dalam masa yang ditetapkan. Mungkin Kid takut kehilangan pekerjaannya. 

Firdayu merenung mata coklat Kid yang jernih itu dengan teliti. Dari resume yang Kid berikan, Kid tidak menulis langsung mengenai perihal keluarganya. Kid sebatang kara agaknya. Anak yatim piatu. Itu yang timbul dalam pemikiran Firdayu. Kid kan orang yang babah carikan untuknya. Kalau Kid berniat jahat tiga tahun lepas Kid dah menjatuhkan dia. Tidak nampak apa-apa pun yang mencurigakan pada Kid. Cara Kid bekerja pun memang begitu teliti dan sukar mencari kesilapan padanya. Kid muda dua tahun dari Firdayu namun Kid tampak lebih matang dari usianya.

“Kid…” 

“Ya Cik Firdayu.”

“Kid…you tak pernah sentuh perihal parents you selama I kenal you. You anak yatim ke?”
Kid ketawa kecil.

“Cik Firdayu jangan risau. Saya bukan orang jahat. Tiada apa yang menarik dengan perihal diri saya.”

“Kid…you ada masalah family ke sampai you tak mahu menyebut tentang mereka. You sering mendengar keluh kesah I. Apa salahnya pula I dengar keluh kesah you.” Firdayu tetap merasakan yang Kid merahsiakan sesuatu darinya. Bukan apa nama penuh Kid pun dia tidak tahu. Tidakkah Kid lelaki yang penuh misteri.

“Saya tiada apa-apa masalah berkaitan dengan family. So tiada apa yang perlu saya ceritakan pada cik.” Muka Kid yang tidak punya sebarang reaksi itu yang sukar untuk Firdayu memerangkapnya. Cakap muka gitu. Senyum pun muka gitu dan ketawa pun muka gitu. Payah jadi orang bermuka tak berperasaan ini.

“Sekurang-kurangnya bagi tahulah saya nama penuh awak?”

“Suatu hari nanti Cik Firdayu akan tahu segala-galanya tentang saya. Sekarang belum tiba masanya lagi cik. Apa yang penting di sini saya menjalankan tugas saya sebaik mungkin di sisi cik.”

Firdayu tarik nafas yang panjang. Tiada gunanya dia memaksa Kid lagi. Kid tidak akan mungkin membuka mulut lagi.

“Baik. I akan tunggu saat itu. Bagaimana dengan penyiasatan you tentang Ruziar. Apa yang you dapat?”

“Ini maklumat tentang Ruzair Tan Sri Hamzah yang cik mahukan.” Fail coklat itu bertukar tangan. Firdayu tersenyum manis ketika membelek fail tersebut. Nyata dia amat berpuas hati dengan hasil kerja Kid.

“Bagus!”

“Cik…kenapa cik berminat dengan dia?”

Firdayu bingkas bangun dari kerusinya. Dia menghadap wajah ke arah jendela. Wajahnya tampak agak sayu meskipun dia membelakangi Kid. 

“Kebencian dan dendam!” Keras Firdayu menekan suaranya.

“Ada berkaitan dengan Rusky? Rusky adalah adik kepada Ruzair Tan Sri Hamzah bukan?” 

“Hahahahahaha! I dah agak you pasti akan tahu.”

“Saya tidak akan campur urusan peribadi awak. Berhati-hati ketika bermain dengan api Cik Firdayu.” Kid melangkah keluar. 

“Berhati-hati ketika bermain dengan api. Akulah api itu Kid. Mereka yang perlu berhati-hati bermain dengan aku.” suara Firdayu perlahan.

DATIN Sam menolak pintu kaca ‘Rosette Fashion Designer’. Meliar mata si mak datin mencari seseorang di situ. Rosimah yang sedang sibuk menyiapkan rekaan itu mengerut dahi. Siapa pula wanita bergaya sakan mengalahkan orang muda ini? Rosimah beri isyarat mata pada Andy dan Linda. Dua teman itu bangun menghampiri Datin Sam.

“Puan cari siapa?” soal Linda sembut.

Datin Sam menjuihkan bibir memandang Linda. 

“I cari Kid.” jawabnya ringkas. 

Linda dan Andy ternganga. Cari Kid? Biar betul mak datin ni. Ada apa-apa ke? Mulalah dok fikir yang bukan-bukan dalam kepala otak. Kebetulan Kid keluar dari bilik Firdayu membawa cawan kopi yang kosong. Semua mata terarah kepadanya.

“Kid!” Sebaik saja melihat kelibat Kid, Datin Sam menyerbu ke arah anak muda itu. Hari ini dia akan memujuk Kid menerima tawaran yang dia berikan pada Kid di majlis Hari lahir di banglo mewah Datuk Wasef.

“Selamat pagi Datin.”

“Kid…don’t call me Datin. Just call me Sam.” renggek Datin Sam. “Tak perlu formal di depan I, okay.” sambungnya lagi.

Linda dan yang lain hampir nak terburai ketawa kecuali Andy. Andy merengus kecil. Benci dengan gelagat Datin Sam mengedik dengan buah hati pujaan hatinya. Ini yang Andy tak nak tengok. Mulalah main hentak-hentak kaki. Seorang lagi si gedik yang tak sedar diri awak tu lelaki ada hati nak jadi perempuan.

“Datin…maaf saya tak dapat nak terima tawaran datin tu. Saya ada banyak kerja yang perlu saya lakukkan.” Kid menolak sopan.

“You takut dengan boss youkan? I boleh explain pada dia nanti. Please…” Datin Sam merayu. Untuk produk komersial dia itu dia perlukan bantuan Kid menarik pelanggan-pelanggannya. Kid amat sesuai menjadi modelnya. Segala pakej ada pada Kid.

“Saya tidak berminat datin. Saya tiada masa untuk itu semua.” jelas Kid. 

“Ala Kid. Tolonglah I. I sudah tiada masa nak cari orang lain dah.” Datin Sam masih mengharap. Kid tetap gelengkan kepalanya. Muncung mulut Datin Sam. Payah sungguh mahu memujuk Kid. 

“Datin Sam.” Firdayu tertonggok berdiri di depan pintu biliknya. Bibirnya melemparkan senyuman manis. Terkejut dia melihat mak datin datang ke ‘Rosette Fashion Designer’. Ingat tadi nak buat tempahan baju. Rupanya mahu menempah Kid. Banyak cantik muka mak datin kerepot. Ingat senang-senang ke dia nak melepaskan PA kesayangannya itu.

“Cik Firdayu. I datang ni nak pinjam your PA untuk model iklan komersial I. I mahu pinjam sehari saja.”

“Sorry…Kid PA I. So I tidak akan semudah itu akan pinjamkan dia kepada you. Dia hanya akan buat kerja untuk I.” Firdayu menjegilkan biji matanya kepada Datin Sam.

“Kenapa you nak kedekut sangat Cik Firdayu. You taku I rampas PA you. Hey! I bukannya nak apa-apakan Kid. Kid dah I anggap macam anak bujang I. I pun tahu I dah tua. I ada laki dan ada anak-anak yang baya Kid.” gerutu Datin Sam.

“Apa alasan you I tetap katakan tak boleh.” 

Sudah! Pasal Kid dua wanita bertekak. Kid pula hanya diam membisu. Buat tak endah sambil meneruskan kerjanya. Suara Firdayu dan Dati Sam tidak menjejaskan konsentrasi Kid. Pekerja-pekerja yang lain juga sudah duduk di tempat masing-masing. Kalau duduk menengok tak buat kerja alamaklah kena smash dengan Firdayu.

“Kid! I boleh bayar dua kali ganda dari boss you ini berikan gaji pada you. Lagipun muka you lebih layak jadi Malaysians top model dari PA perempuan ni!” 

“Jangan haraplah Kid akan ikut you. I dah katakan tadi Kid hanya akan bekerja dengan I.” Firdayu menegaskan. Kid hanya akan mengikut arahannya.

“Kid!” Datin Sam menoleh ke arah Kid. Kid sudah tidak berdiri di belakangnya. Lelaki itu sudah duduk melakukan kerja yang tertangguh. Firdayu ketawa kecil.

“You fikir mat skema macam Kid layak jadi model you. Tolonglah….Dia hanya layak kerja di bawah I tahu. Lupakan saja impian you itu.” Firdayu menunjalkan jari pada
dahi Datin Sam. 

“I tetap tidak akan putus asa pada Kid. I akan pastikan dia jadi model komersial I.” Lenggang lenggok Datin Sam bertubuh gempal itu berjalan menghampiri meja kerja Kid. sekeping kad diletakkan atas meja itu. Datin Sam kenyitkan mata pada Kid. Kid meleret senyuman. Di tahan tawa dalam hati.

“Jangan lupa contact I bila you dah ubah fikiran.” Datin Sam melambaikan tangan pada Kid. Siap bagi flying kiss lagi. Saja nak mendidihkan darah Firdayu. Pekerja-pekerjanya sudah terburai ketawa. Mencuka muka Firdayu. Tidak senang dengan tingkah laku Datin Sam pada Kid. Menjengkel hatinya.

“Kid! Masuk ke bilik I!” arahnya.

Kid tidak membantah. Dia bingkas bangun menurut langkah Firdayu.

3 comments:

  1. hohoooh...
    msteri la kid ni....
    cnta yg di cri brda d dpn mata firdayu...

    ReplyDelete
  2. ooh...kid muda 2 thn drpd firdayu....camne ye????/ tapi best gak kalau fir dgn kid!!!!!! apapun, akak follow.............................

    ReplyDelete
  3. aik...Kid de peminat gak....
    hehehehe...Andy si lelaki nak jd pompuan bleh tangkap cintun ngan Kid...
    Sal ler firdayu x tertarik ngan Kid yer.....

    ReplyDelete