Tab Menu

Followers

Thursday, April 8, 2010

Coke And Sundae_28

SEBELUM pukul sepuluh, Azyan sudah terpacak dengan segala kelengkapannya di pintu bilik kelab teater. Celaka punya Syakir! Berani dia telefon ayahnya malam-malam buat buat report pasal Azyan tidak mahu pergi mengikuti aktiviti perkhemahan. Dengan penuh keterpaksaan Azyan menurut perintah Encik Idris yang mewakili pihak Encik Muhammad Syakir. Tak apa! Ada ubi ada batas ada hari akan ku balas berlipat-lipat kali ganda! Azyan mengomel dalam hati.

Lebarnya senyuman Syakir melihat Azyan yang sudah berada di muka pintu bilik kelab. Kalau kepala otak dia tidak punya akal yang panjang pasti Azyan tidak akan turut serta dalam perkhemahan musim cuti ini. Ingat Azyan cakap semalam main-main ke? Azyan memang berani buat betul-betul punya. Jadi untuk memaksa Azyan mestilah dia menggunakan ayah kesayangan gadis itu. Bijak! Bijak! Syakir memuji dirinya sendiri.

“Apa yang kau guna sampai Yan boleh join perkhemahan kelab?” Nani menyoal tidak senang hati. Dia jeling Syakir tajam. Syakir ketawa senang hati. Meraih sungguh tawanya hingga mengejutkan ahli-ahli kelab yang lain.

“Ini Syakirlah. Tiada orang yang boleh kata ‘TIDAK’ pada aku tau. Malam tadi aku call my father in law. So aku pun guna bait-bait ayat power aku seperti biasa.” balas Syakir.

“Jahatnya kau!” marah Nani.

“Aku tak kata aku baik. Salah dia kerana berani nak membantah cakap aku.” Syakir mencebik. Peduli apa dia dengan taktik kotornya. Janji Azyan mesti turut bersama mereka.

“Korang berdua ni memang sesuai sangatlah kalau jadi couple. Nampak tak serasi di mata kasar tapi serasi di hati macam tajuk novel Nora Ismail tu.” Sofi menyampuk.

“Serasi di hati kepala otak kau!” jerkah Azyan yang sudah bercekak pinggang.
Opocot mak kau! Bila masa pulak minah ni ada belakang aku. Terkejut aku tau. Mujur tak ada sakit lemah jantung. Jika tidak mati kekejangan aku kat sini. Sudahlah aku lelaki jenis lemah semangat.

“Buruk aku tengok muka kau kalau berkerut-kerut gitu, Yan. Cubalah senyum sikit pagi-pagi ni!”

“Tak kuasa aku nak senyum-senyum pagi.” desis Azyan.

“Senyum itu satu sedekah.”

“Orang macam kau buat apa aku nak bersedekah. Buang karan saja.” Azyan memalingkan wajahnya. Buat muka berlagak. Dengan langkah angkuh dia orang pertama memanjat tangga bas.

Syakir jungkit bahu. Sedikit pun dia tidak ambil hati dengan kata-kata Azyan. Kalau dilawan kata nanti mungkin Azyan mengubah fikiran. Payah betul dengan anak dara Encik Idris ni. Esok kalau dah kahwin macam manalah dia nak control si Azyan. Takut Azyan tak mahu lepaskan dia dari dalam bilik aja. Sampai begitu sekali imaginasi Syakir. Macam ya-ya saja dia dapat kahwin dengan Azyan. Ingin sangatlah Azyan berlakikan Syakir anak Cikgu Ilyas. Belum apa-apa dah gatal anak Cikgu Ilyas ni. Agaknya jika dapat kahwin dengan Azyan lagi dia gatal. Syakir ketawa sendiri.

“Apahal kau ketawa sorang-sorang ni Kir. Buang tabiat!” tegur Mat Karan.
“Huh! Menyibuk aja.” Syakir turut berlalu. Dia perlu mengambil kedatangan ahli-ahli kelabnya. Siapa tidak turut serta tanpa alasan munasabah tahulah nasib mereka nanti. Semua ahli kelab diwajibkan hadir dalam perkhemahan tersebut.

Satu-persatu Syakir memanggil nama ahli-ahli kelab teater. Semuanya menyahut dengan pelabagai gaya. Ada yang siap buat lawak merapu lagi. Mujur saja mood tuan pengerusi kelab mereka baik. Itu pun sebab ada Azyan. Kalau tidak jangan harap boleh buat lawak gitu. Siap kena semburan pedas dari Syakir.

“Nur Azyan Binti Idris.”

Senyap.

“Nur Azyan Binti Idris.”

Senyap lagi.

“Nur Azyan Binti Idris.” Syakir menekan lebih kuat suaranya. Sajalah tu Azyan nak memanaskan keadaan.

Senyap jugak.

“Tuan puteri, intan payung boleh tak adinda jawab bila kekanda memanggil namamu sayang.” Syakir merenung Azyan yang buat dek sambil membaca komik Doraemon. Patutah tak dengar. Dia pakai iPod dekat telinga. Dengan ganas Syakir menyentak iPod dalam tangan Azyan.

“Apa ni rampas iPod orang!”

“Kau dengar tak aku panggil nama kau banyak kali tadi.” marah Syakir.

“Aku datang ni dah cukup baik tahu. Ikutkan hati memang tak hingin aku pergi aktiviti perkhemahan mengarut kau!” Sepantas kilat Azyan merampas kembali iPodnya dari Syakir. Dia jelirkan lidah pada Syakir.

“Nak kena denda ni!”

“Dendalah. Aku tak takut.”

“Mencabar nampak! Baiklah aku akan bagi layanan khas untuk kau nanti.”

HANTU punya Syakir. Kurang segala asam! Inikah layanan khas yang kau berikan pada aku. Menangkap ikan dalam sungai. Selagi tak dapat sepuluh ekor ikan jangan harap Syakir nak bagi dia naik. Sejuk siot berendam dalam sungai ni. Syakir pulak duk memerhatikan dia atas. Teman-teman yang lain tak berani nak menolong. Biasalah, mereka memang takut dengan mamat seekor tu. Nak kata mamat tu gagah macam The Rock tak adalah pula. Nasib baiklah tinggi lampai tak kemetot macam Tengku Kudin kesayangan Salwa.

Sedang Azyan mengomel-omel sendiri terasa kepala kena baling dengan keropok Twisties. Azyan mencebik. Siapa lagi punya kerja kalau bukan Syakir! Syakir duduk berehat bawah pokok sambil makan keropok. Bila Azyan leka saja sikit dia balinglah apa saja yang ada dekat dia. Ranting kayu pun jadilah.

“Wei, buat bebaik la sikit! Jangan jadi lembik, buat biar bersemangat sikit!” laung Syakir dari atas.

“Apasal pulak aku yang kena buat kerja takde pekdah camni. Hah?” rungut Azyan. Dah la kena tangkap ikan dengan tangan pulak tu. Syakir gila!

“Diam la! Jangan cakap banyak! Budak baru macam kau mana boleh cakap kasar dnegan tuan pengerusi! Lagi pun kau kena buang dan cuci semua kotoran yang ada pada diri kau tu sekali dalam sungai ni!” Syakir ketawa melalak.

“Cakap bebaik sikit la, tak guna!”

Dah lama aku simpan dendam nak hentam dan belasah mamat ni sepuas hati aku. Tunggu masa aja. Bukan takat suruh aku tangkap ikan malah dia siap suruh aku dirikan dia punya khemah. Banyak cantik muka Syakir. Ingat aku kuli dia ke?

Aduh! Penatnya…Azyan bersandar lesu di sisi Nani. Letih bagai nak rak. Hebat sungguh layanan khas yang Syakir berikan. Lemah seluruh sendi urat besinya. Tak terdaya dia membuka mulut langsung. Bau ikan bakar yang ditangkap dari sungai itu menusuk ke dalam lubang hidung Azyan. Sungguh menyelerakan.

“Ermmm…memang sedap ikan ni. Besar-besar belaka pula.” suara Sofi yang duduk tidak jauh dari mereka. Ligat Sofi meratah ikan bakar depan matanya.

“Memang bestlah. Pandai betul orang yang tangkap ni.” celah Yani.

“Dia pilih yang besar-besar saja. Yang kecik-kecik dia campak balik dalam sungai.” Azyan turut menyampuk. Sakit hati tau dengan perangai Syakir.

“Aik! Mana kau tahu?”

“Sebab akulah manusia malang yang tangkap ikan-ikan besar tu semua!” desis Azyan yang sudah bermata layu. Bila-bila masa boleh landing ni.
Mereka semua terlopong. Patutlah sehari suntuk batang hidung Azyan tak nampak. Ingatkan duduk relaks saja rupanya punya agenda yang lebih dahsyat dari mereka. Agaknya itu layanan khas yang Syakir cakap dalam bas tadi.

“Tak baik kau buli dia, Kir.” ujar Mat Karan tak puas hati. Kalau anak orang sakit siapa yang susah. Mereka dan keluarga mereka yang susah.

“Buli apanya pulak. Siapa suruh dia lawan cakap aku! Aku ketua di sini! Apa korang nak merasa terima layanan khas macam dia jugak.” Syakir menjeling. Semua terkedu dengan jelingan maut Syakir.

“Kata nak kahwin dengan dia. Tapi kalau begini gayanya sampai bila-bila kau tak dapat kahwin dengan Azyan tu! Bukan takat kahwin nak jadikan awek pun tak lepas.” rengus Mat Karan. Budak-budak kelab kerutkan dahi. Mak aih! Sampai ada perkataan kahwin. Gatal jugak pengerusi kelab mereka ni.

“Mulut kau memang nak kena lumur dengan sambal belacan ni!”

“Aku cakap yang betul Kir. Kau nak malu apa? Semua budak-budak kelab kan dah tahu yang kau tu ada perasaan cinta pada Cik Nur Azyan.” Bahu Syakir dipeluk. Mata Mat Karan beralih pada Azyan yang sudah terlena di sisi Nani. Cepat betul minah seorang tu berdengkur.

“Comellah muka dia masa tidur.” Sofi memuncung mulutnya pada Azyan. Bila tidur wajah Azyan keanak-anakkan. Nampak lebih feminin gitu.

“Ulang sekali lagi apa kau cakap.” Syakir menyeringai. Pantang betul kalau ada yang kata Azyan comel depan dia. Jealous tau!

“Ceh! Baru cakap comel sikit dah jeles mamat ni. Itu belum lagi aku cakap esok aku nak pergi meminang Azyan. Berbulu kau, Kir.” Sofi ketawa. Takut sangat bakal bini dia kena kebas.

“Macamlah Yan berselera nak jadi bini kau, Kir. Kau tu mulut jahat tau! Cakap mana pernah berlapik-lapik. Main lepas aja.” komen Sofi. Budak-budak kelab yang lain sudah ketawa bagai nak rak.

Ketawa punya ketawa mereka tak sedar Syakir sudah berasap satu badan. Dahinya pun sudah berkerut-kerut lain macam. Meriah sungguh anak-anak buahnya itu ketawa. Tak cover langsung depan dia.

“Gembira nampaknya ye. Kalau begitu start esok sorang-sorang kena turun sungai tangkap ikan. Seorang mesti kena tangkap sepuluh ekor ikan besar.” kata-kata Syakir mematikan tawa mereka serentak.

Masing-masing berpandangan sama sendiri. Alamak tuan penngerusi kelab sudah panas hati. Mulalah masing-masing buat memek muka. Bukan senang nak tangkap ikan dalam sungai macam Azyan gunakan tangan. Syakir tak mungkin tarik balik kata-kata dia punyalah.

Tiba-tiba Azyan bangun di sisi Nani dengan mata separuh terbuka. Jari telunjuknya dihalakan pada muka Syakir. “Syakir! Aku nak bunuh kau!” Azyan terjelupuk balik di sisi Nani semula. Bunyi dengkuran halus Azyan buat mereka mengurut dada. Menggigau budak Azyan ni. Nak ketawa mereka tahan. Takut pada tuan pengerusi kelab. Tak pasal-pasal kena denda lain pulak.

“Kau kena berjaga-jaga Kir. Bahaya tu.” Nani senyum-senyum menunjukkan barisan giginya. Syakir membisu. Dia kerling pada wajah Azyan yang makin lena di sebelah Nani.

3 comments:

  1. hhohoho....
    lawak la part ni...
    syakir ni ego n mulut clupar la...
    mcm mna yan suke kat syakir klu prgai dia mcm 2....

    ReplyDelete
  2. sampai hati syakir, dera yan, kekasih idaman!!!! apapun, best!!!!!nak lagi................

    ReplyDelete
  3. belum apa2..dah angau si syakir nih...
    berangan jer lah..hahaha

    ReplyDelete