Tab Menu

Followers

Sunday, April 4, 2010

Coke And Sundae_26


RIZLAN memalit senyuman jahat di bibirnya. Mudahnya Azyan masuk dalam jerat yang dipasang. Setakat gadis dungu macam Azyan bukan susah nak ditangani kalau kena caranya. Lebih-lebih lagi dia sudah bertaruh besar dengan Emelda. Kalau menang dia akak dapat seribu ringgit dalam tangan. Duit perkara kedua yang pertama adalah keseronokkan. Hal Syakir belakang kira. Syakir tidak akan mampu berbuat apa-apa. 

            Tindak tanduknya itu diperhatikan oleh Emelda dengan ekor mata. Emelda benci tengok senyuman yang terpalit pada bibir Rizlan. Rizlan seakan mengejek dia kerana tewas memenangi hati mamat bermulut laser itu. Siapa lagi kalau bukan Syakir. Syakir…lelaki memang bodoh tuli kerana memandang Azyan. Apalah yang ada pada Azyan. Azyan bukan anak orang. Anak bekas mejar sahaja. Nak kata lawa, dia lagi lawa dari Azyan. Takat rupa comel tak ke mana. Gadis tak cukup sifat kewanitaan itu yang Syakir suka. Emelda tidak boleh nak bayangkan dalam kepala otak dia. Tak padan langsung Syakir dengan Azyan. Budak nerd yang perasan nak jadi ayu feminin. Kau tak layak Azyan.

            “You yakin Syakir tak tahu plan kita.”

            Rizlan anggukkan kepala. “Bodohlah I kalau I ceritakan pada Syakir. Kenapa you benci sangat pada budak perempuan itu. I lihat dia tak menyusahkan hidup you pun.”

            “Hmmm! I benci sebab dia ambil alih tempat I di sisi Syakir tau. Budak-budak kelab teater pula makin rapat dengan dia. Dia memang sengaja mahu menjatuhkan I.” Emelda menunjukkan rasa tidak puas hatinya pada Azyan.

            “Hahahaha. You kata dia tak cantik tapi you boleh takut pula dia jatuhkan you. Tak kisahlah apa alasan you. I cuma nak cari keseronokkan saja. Lagipun budak perempuan itu boleh tahan jugak orangnya.” 

            “Suka hati youlah Riz. Yang penting plan kita berjalan dengan lancar. Jangan sampai you kantoi dengan Syakir sudah.”

            “Heran aku perempuan cantik macam kau boleh jatuh hati pada mamat bermulut laser macam Syakir. Come on Mel. Kau masih banyak pilihan. Setahu aku tiada perempuan yang tahan dengan mulut Syakir. Harapkan muka jambu dia pada aku tiada nilainya. Setakat model sambilan tidaklah glamour mana.” komen Rizlan pasal Syakir. Betul apa dia kata. 

            “Mulut ni laser ke! Jahat ke! I dah suka nak buat macam mana. Dia dah jerat hati I, Riz. Susah I nak lepaskan diri.” 

            “Hahahahaha…lebih baik you lupakan mamat bernama Syakir tu. Apa kata you keluar date saja dengan I.” 

            “Huh! You bukan taste I.” Emelda buat muka. 

Rizlan tertawa. Berlagak nak mampus. Emelda fikir dia bagus sangat. Kalau bagus masakan jatuh air muka pada budak perempuan yang tak ada apa-apa itu. Iyakah Azyan tak punya apa-apa yang istimewa di mata lelaki. Mestilah tidak. Ada yang menarik tentang Azyan. Sikap kontra Azyan dengan gadis-gadis di sekelilingnya.

SYAKIR mencebirkan bibir bila setiap kali bertemu dua mata dengan Azyan. Kebelakangan ini Azyan makin ceria. Siap menyanyi-nyanyi. semua budak-budak kelab teater dia layan baik punya kecuali pada seorang budak lelaki itu. Tentulah akukan. Encik Muhammad Syakir selaku pengerusi kelab teater ini yang dia tak layan langsung. Kejam sungguh kau Nur Azyan. Kau memang kejam! Baju T-shirt aku punya pasal kau buat tunjuk perasaan pada aku berminggu-minggu. Sedih tau. Siap kau tayang kearaban kau dengan Rizlan depan aku. Huhuhuhu…Nak meraung? Jatuh air muka aku sebagai lelaki. 

Tergamaknya dirimu menghiris hatiku, Tidakkah di hatimu punya perasaan, Sampainya hati mu meninggalkan aku….Syakir nyanyi lirik lagu Sampai Hati. Ubat hati yang terlukalah kononnya. Mat Karan garu kepala tengok Syakir nyanyi penuh perasaan. Takkan frust kot? Kata tak kisah tengok Azyan bersama Rizlan. Sedap jugak suara Syakir nyanyi lagu kumpulan Spring. Siapa yang tidak kenal dengan Spring. Rock kapak dulu-dulu. Lagu-lagunya tangkap leleh.

“Bila pulak kau minat lagu-lagu menyentuh perasaan ini Syakir? Syahdu aku mendengarnya. Kau dah mula start frust menonggeng ke?” Mat Karan menyapa. Mujur saja mereka berdua di dalam bilik kelab. Yang lain sudah lesap entah ke mana.

“Muka aku ada muka frust sambil menonggeng ke? Kau ingat aku jeles tengok Azyan dengan Rizlan.” Seperti biasa Syakir akan menafikannya.

“Jangan nak main-main sorok dengan akulah Kir. Sekilas ikan di air aku tahu mana jantan betinanya.” Mat Karan kenyitkan mata.

“Nanti aku beli ikan pastikan kau beritahu tahu mana jantan dan yang mana betina.” 

“Ke situ pulak. Kir…kita dah lama kenal sejak di bangku sekolah lagi. Janganlah jadi perahsia sangat. Semua budak kelab teater kita tahu yang kau suka pada Azyan. Kami semua menyokong kau dari belakang.”

“Kau yang bukak rahsia aku suka pada Azyan ya?” Syakir memakukan mata Mat Karan. 

“Bila masa pulak aku bukak rahsia kau. Budak-budak kelab lagi bijak dari aku tau. Semua ada tokoh penyiasat persendirian. Silap haribulan boleh buka agensi detektif.” 

Korang memang penyibuk!” gerutu Syakir. 

Mat Karan tersengih. Syakir takkan marah pada mereka punyalah. Mulut dia saja yang bising. Syakir sama saja dengan pengerusi kelab sebelum ini, Kak Shima. Lama tak dengar berita dari kakak bertubuh macam giant itu. Besar-besar Kak Shima ada juga yang berkenan tahu. Pensyarah pulak tu. Orang cantik tidak semestinya dapat yang cantik juga. tengok zaman sekarang. Pakwe muka macam tongkang pecah tapi awek cun-melecun. Begitulah sebaliknya.

“Hah! Coke feveret aku dah habis!” suara lantang Azyan mengejutkan Syakir dan Mat Karan. 

Minah seorang itu kalau menjerit macam gorilla mengaum. Azyan menghentakkan kaki ke lantai. Tidak puas hati. Kejap tadi dia tengok masih ada lagi satu tin di dalam peti ais besar itu.

“Hal kecik jelah tu, takyah la nangis pulak. Bila kau jadi manja macam budak kecik. Nah! Minum akak punya kopi susu.” Nani mengulurkan tin minumannya kepada Azyan. Azyan gelengkan kepala. Dia tidak sukakan sebarang minuman yang ada susu.

“Tak nak! Tak nak! Siapa yang berani minum aku punya coke! Coke aku…”

Errr….” Sofi datang menghampiri. “Sori Yan. Aku yang ambil coke dalam peti ais tadi. Ingatkan tiada siapa yang punya.” Sofi mula rasa serba salah.

“Tidakkkkkk!” jerit Azyan macam orang gila. Masing-masing menekup telinga. Azyan mencengkam leher baju Sofi. Muka yang ceria bertukar jadi raksasa. Azyan dah mengamuk kerana setin coke. Mangsanya adalah Encik Sofi memerangkap AJK dalam kelab teater.

            “Bawak bertenang Yan.” ujar Nani. Dia sudah memaut tubuh Azyan dari bertindak lebh agresif mengerjakan Sofi. Risau tahu bila Azyan naik hantu.

            “Berani kau habiskan air coke aku!”

            “Ampun! Aku bukan sengaja Yan.” rayu Sofi. Kalau dia tahu air tin coke itu Azyan yang punya mati hidup balik dia tidak akan sentuh. Dan dia juga salah seorang penggemar minuman bergas itu. Nampak saja terus rembat. Tak fikir tuan yang empunnya minuman. 

            Sofi makin serba salah bila nampak muka Azyan mula berair. Siapa kata gadis yang gagah macam Azyan tak boleh ada jiwa kewanitaan? Ada tau! Azyan melepaskan Sofi. Dia berlari keluar dari bilik kelab tersebut. Segan tahu mereka tengok dia mengalir air mata hanya disebabkan setin coke. Sofi dan yang lain terpinga-pinga. Iyalah sejak mengenalli Azyan tidak pernah nampak Azyan tonjolkan sikap begitu. Azyan pun lebih kurang macam Syakir. Selamba. 

            Azyan bertenggek atas skuternya sambil mengesat air jernih yang hampir gugur dari kelopak matanya itu. “Takleh…aku takleh nangis. Gadis yang kuat macam mana boleh nangis. Tak rocklah. Nanti Syakir akan ketawakan aku.” Azyan bersuara sendiri.

            “Yan!” Terdengar namanya dipanggil. Azyan pantas menoleh. Mata bulat membesar. Azyan mendengus kecil.

            “Sibuklah kau ni!” gerutu Azyan. Mukanya merah padam. Apa hal pulak Syakir ekori dia sampai ke mari?

            “Apasal kau ni?” soal Syakir lembut. Ingin disentuh bahu Azyan tapi dia tidak berani berbuat demikian. 

            “Tak perlulah kau nak sibuk hal aku! Kau ingat aku dah lupakan pasal kes tempohari.” Azyan memusingkan kepalanya. Syakir tersenyum. Lega kerana Azyan sudah mahu bersuara dengan dia.

            “Nah!” Syakir hulurkan sebotol coke kepada Azyan. 

            Terkulat-kulat Azyan memandang botol coke yang sudah berada depan matanya itu. Syakir memang tahu minuman kegemarannya yang satu ini. Agak lama Azyan merenung baru dia menyambut huluran Syakir itu. Tak boleh tahan. Syakir ketawa kecil melihat gelagat Azyan.

            “Terima kasih.” ucap Azyan perlahan.

            “Kasih kau diterima.” 

            “Apa kau cakap tadi?”

            “Tak ada apa-apalah.”

            “Ulang balik apa kau cakap tadi!”

            “Tak ada-apalah!” Syakir sudah menapak. Pekak punya Azyan. Aku dah cakap punya kuat pun dia tak boleh dengar. Agaknya sebulan minah tu tak korenk taik telinga. Namun hati Syakir rasa lega. Hubungan mereka sudah mula pulih seperti sediakala.

            “Syakir!” Azyan menyaingi Syakir. “Aku nak kau ulang balik apa kau cakap tadi!” soalan yang sama diutarakan. Syakir buat tidak endah. Dia menutup telinga sehingga mereka sama-sama menghilang ke dalam bilik kelab.

1 comment:

  1. hehehe...disebabkan setin air coke...Azyan mengamuk...hehehe..kelakar2...

    ReplyDelete