Tab Menu

Followers

Sunday, April 4, 2010

Coke And Sundae_27

“AWAK seorang je? Boleh saya duduk di sini?” Haziq memandang Azyan dengan sinar mata penuh harapan. Azyan anggukkan kepala. Haziq tersenyum. Mereka jarang berbual sebab Haziq sealu menyibuk diri dengan aktiviti kelab sejak Azyan tidak mahu melayan dia. Haziq tak ambil hati. Azyan sudah memaafkan dia pun sudah cukup.

“Mana Syakir?”

“Dia sibuk dengan ulangkaji. Final exam kan nak dekat. Tak lama lagi dia nak praktikal. Sekejap saja masa berlalukan. Syakir pun dah meninggalkan kolej.”

“Mesti rasa sunyi kalau tak ada Syakir.” keluh Azyan tiba-tiba.

“Tak sangka awak boleh cakap begini. Saya ingat awak suka kalau Syakir tiada. Kadang-kadang kita ini lupa dengan orang yang ada depan mata.”

Azyan menundukkan kepalanya. Kata-kata Haziq ada bernasnya. Azyan menggigit bibir. Dia mula tertanya-tanya pada hati. Kenapa dia mula rasa sunyi bila tidak dapat bertegang urat dengan Syakir? Rasa tidak kena bila wajah Syakir tidak apa di depan matanya. Takkan dia sudah jatuh cinta dengan mamat bermulut tak berinsurans tu.

“Aku ni failed dalam bab soal hati dan perasaan. Dengan Riz pun aku tak pasti lagi perasaan aku pada dia.” Azyan mengaku jujur. Rizlan jenis straight dan tida sekepala dnegan Azyan. Azyan peduli apa. Dia tidak mahu jadi hipokrit. Bantai saja cakap lepas dengan lelaki macho itu. Lantaklah! Apa saja pandangan Rizlan terhadap dia, dia terima. Macam kata ayah dan dua abangnya. Yan adalah Yan. Tak perlu nak jadi orang lain.

“Sebenarnya hati awak dah dicuri. Awak saja yang tidak-sedar!”

“Kena curi?” Azyan kerut dahi. “Siapa yang nak curi hati aku. Bukannya boleh dijual pun. Dekat pasar malam pun tak laku. Tak tahulah kalau pasaran gelap.”

Haziq menepuk dahi. Betul cakap Salwa. Minah seorang ini memang bengap! Nasib kaulah Syakir. Takkan aku pula yang nak beritahu sendiri pada Azyan yang kau suka pada dia. Tak sesuailah.

“Aku peliklah. Kenapalah korang makin suka berkias-kias dengan aku. Cakap sajalah direct dengan aku.” desis Azyan lagi. Haziq tersengih macam ayam berak kapur.

“Mana Wawa? Selalu korang melekat ke mana saja pergi.” Baik tukar perbualan lain.

“Orang dah ada boyfriends manalah nak ingat kawan dia lagi dah. Asyik berkepit dengan Tengku kemetot dia.” balas Azyan. Asal ajak pergi rehat saja Salwa mesti cakap yang dia ada date dengan Tengku Kudin. Sehari kalau tak berjumpa tak sah. Orang tengah hangat bangat bercinta katakan. Esok dah kahwin bini jalan depan laki pimpin anak kat belakang.

“Patutlah muka awak monyok semacam.”

“Hmmmm! Kau dah ada girlfriends?” Terpacul soalan tu dari mulut Azyan. Tersentak Haziq.

“Saya nak awak…awak tak mahu. Tahulah saya ni lelaki lembik. Itu sebab saya terima saja calon yang mama kenankan pada saya. Lepas habis belajar kami bertunang.” Jodoh tiada dengan Azyan. Terima sajalah calon mama. Haziq sentiasa berfikiran positif.

“Bagusnya. Kau memang anak mithali.” Lega hati Haziq dah ada calon lain. Bukan apa ada rasa bersalah yang menebal di hati Azyan. Diakan sukakan Haziq dulu. Orang kata gila bayang.

“Yan. Saya ada soalan cepu emas untuk awak? Jawab dengan jujur-sejujurnya tahu.”

“Tanyalah kalau saya boleh menjawabnya dengan jujur. Bergantung pada soalan.” Azyan tersengih.

“Apa pendapat awak tentang Syakir?” Haziq sudah memakukan mata pada wajah Azyan. Nyata riak di muka Azyan berubah seratus peratus.

Azyan menundukkan kepala. Kuah laksa penang itu dihirup hingga licin. Haziq hanya memerhati gelagat Azyan. Azyan memang jenis kuat melantak. Selamba saja dia teguk mangkuk kuah laksa tadi di hadapan Haziq. Tak ada control ayu langsung. Tak cukup Azyan order lagi satu. Soalan Haziq dibiarkan gantung seketika sehinggalah mangkuk laksa yang keduanya berada atas meja.

“Entah?” Ringkas jawapan yang Azyan berikan. Dia tidak pasti dengan perasaan sendiri. Semua sudah jadi bercelaru. Pening-pening. Dari dia memeningkan kepala otak fikir pasal hati dan perasaan ini baik dia melantak dulu. Perut kenyang hati pun senang. Malam nanti tak payah makan. Boleh diet. Turunkan berat badan yang sudah naik sedikit.

“Bila saya tengok korang berduakan macam coke and sundae di Mc Donald. Seorang suka coke dan seorang lagi suka sundae. Tapi tidak semestinya sesuatu yang ber-
lainan itu tidak boleh hidup bersama. Anjing dengan kucing pun boleh berbaik-baik.”

“No komen.”

“Saya harap awak tak salah pilih orang.” Haziq senyum penuh makna.

“Okaylah. Saya nak gerak dulu. Ada date dengan Kak Nani.” Azyan bingkas bangun. Lama-lama dia duduk di situ lagi berbelit-belit pertanyaan keluar dari mulut Haziq. Dia pun boleh jadi biol.

“Okay.” balas Haziq. Dia hanya melihat langkah Azyan yang sudah menapak jauh ke hadapan. Bila kelibat Azyan sudah tiada baru Haziq beri isyarat tangan. Sekujur tubuh muncul di balik tiang batu itu. Syakir!

“Aku dah cakap dia takkan berikan jawapan yang baik punya. Kau tak percaya!” Syakir sudah menyilangkan tangannya. Tiada gunanya menyoal siasat gadis yang buta tuli macam Azyan. Asyik tak pasti saja dengan perasaan sendiri. Entah bila baru nak pastinya. Nasib baik Azyan tak pasti jugak perasaan dia pada Rizlan. Agak dah. Azyan dan Rizlan tak mungkin boleh bersatu. Tak padan. Macam dia saja yang padan dengan Azyan. Perasan betul Syakir ni.

“SORI la. Aku tak minatlah nak join memana aktiviti cuti semester ni. Memenatkan badanlah Kak Nani.” suara Azyan. Cuti semester nanti Azyan rasa nak habiskan masanya bersama keluarga tercinta. Malas dia nak ikuti aktiviti-aktiviti kelab tahun ini. Leceh!

“Alah…jangan gitu. Kau takder tak bestlah Yan. Ikutlah sekali rombongan kita orang, Yan. Pleaseeee!” Nani merayu. Merayu bagi merealisasikan impian Syakir. Siap berpakat beramai-ramai mengatur rancangan untuk menyatukan dua hati ini. Idea Mat Karan dan Nani sendiri. Tolong kawan yang bongok (bodoh) sangat nak luah perasaan tu.

“Tak naklah…Aku tak suka masuk hutan-hutan rimba ni!” Azyan masih menolak. Dia lasak tapi dia tidak berapa sukakan perkhemahan hutan. Ada sejarah tersendiri dalam perkhemahan ni.

“Aku dah masukkan nama kau dalam senarai. Tiada seorang pun ahli teater yang boleh tarik diri. Tiada surat menyurat akan diterima.” Tiba-tiba Syakir mencelah.

“Weh! Siapa suruh kau suka-suka hati bubuh nama aku dalam senarai. Aku benci betulah dengan orang yang main paksa. Aku kata tak nak pergi maka aku takkan pergi!” Azyan membulatkan matanya pada Syakir. Setakat bulatkan biji mata Syakir tak takutlah.
Lainlah kalau Azyan angkat parang atau senapang. Ada juga effectnya.

“Aku dah cakap. Surat menyurat tidak akan dilayan.” Syakir mengeraskan suaranya. Tak reti-reti bahasa betul minah seorang ini. Asyik nak membentak aja. Masa jadi ketua pengawas dulu punyalah penuh dedikasi.

“Kau memang sengajakan. Sengaja nak kenakan aku. Kau tahukan aku tak suka masuk hutan!”

“Sengaja atau tidak aku yang tetapkan keputusan! Kau kena ikut arahan aku kerana di sini aku adalah ketua! Understand Cik Nur Azyan.”

“Aku takkan datang!” Azyan bertegas. “Apa nak jadi-jadilah. Aku takkan datang ke perkhemahan itu!”

“Ouch! Nekad nampaknya.” Syakir menyeringai. Azyan memang suka sangat melawan cakap dia sekarang ini. Tak respect dia sebagai ketua. Nak mengata orang pula kau Syakir. Kau dulu pun mana ada respect Azyan jadi ketua pengawas sekolah. Apa Azyan buat semua kau bangkang. Kau debat cukup-cukup.

“Ya aku nekad!”

“Betul kau nekad ingin mengikari arahan dari aku!”

“Apa kau ingat aku main-main. Aku takkan tarik balik kata-kata aku tau!”

“Tepat pukul sembilan pagi aku mahu mesti berada di bilik kelab esok. Kalau kau lambat aku angkut kau dari rumah kau.” Syakir tidak endahkan kata-kata Azyan. Suka atau tidak Azyan perlu sertai perkhemahan kelab mereka.

“Kau nak aku cakap bahasa Tamil ke Syakir!” tengking Azyan lantang. Kecut Nani dan yang lain. Lagi haru jadinya. Apa pasal angin semacam saja Azyan ini hari.

“Kalau kau terer bahasa Tamil apa salahnya. Aku nak juga dengar kau cakap Tamil, Yan.” Syakir mencurah lagi api kepada Azyan. Membara hari Azyan. Syakir sengaja mengenakan Azyan sebab dia tahu Azyan memang tak tahu sepatah perkataan Tamil. Gempak saja lebih minah ni.

“Eeeeiiiii….” Rasa nak bagi penumbuk saja pada muka Syakir. Belasah Syakir cukup-cukup. Sudah nak bersabar dengan mamat seorang ini. Kalau tulang sudah patah renyuk Syakir pasti dia tidak perlu lagi mengikuti aktiviti perkhemahan itu. Itu idea paling bernas dalam kepala otak Azyan buat masa ini.

“Aku tahu apa yang bermain dalam fikiran kau, Yan.” Syakir mengangkat kepala
nya. Bibirnya memalit senyuman mekar nan indah. Khas buah hati hati yang tersayang katakan.

Azyan mengetap bibir. Dia kerling Syakir tajam. Syakir tidak mungkin akan melupakan kisah perkhemahan bodoh mereka ketika alam persekolahan dulu. Perkhemahan yang meninggalkan nostalgia tak best langsung pada Azyan. Nostalgia terburuk dalam hidup Azyan. Siapa yang akan melupakan peristiwa tersebut. Peristiwa sesat di hutan bersama seorang budak lelaki yang paling dia menyampah masa sekolah. Anda tentu tahu siapa budak lelaki itu. Muhammad Syakir! Semua pasal Syakir tidak mendengar arahan. Cari kayu sampai hilang arah. Dua hari mereka bertemankan nyamuk dalam tidur. Sesak tahu! Paling memalukan Syakir menakutkan dia dengan ulat sampai dia tak sengaja terpeluk lelaki itu. Diulangi sekali lagi. Tak sengaja tahu! Sejak kejadian itu Azyan allergic terus mahu masuk hutan untuk berkhemah. Malah dia sanggup letak jawatan jadi ketua pengakap!

“Aku takkan datang!” desus Azyan bengang. Dia hempaskan pintu bilik kelab itu. Nani gelengkan kepala. Azyan sudah tunjuk protes nampak gayanya.

“Jangan risau. Dia akan datang esok.” tutur Syakir penuh yakin.

Nani terkebil-kebil. Dia garu kepala. Sesekali sakit kepala bila memikirkan sikap dua orang budak ni yang sama-sama kepala batu. Tak tahulah plan mereka nanti Berjaya atau tidak untuk menyatukan Syakir dan Azyan.

4 comments:

  1. hohohhoo....
    hrp2 syakir dpt mluahkn prsaan syg dia kat azyan....
    bila la dorng ni nak couple....
    tkut2 trlmbt...
    n msing2 bt hluan sndri...
    nak azyan ngn syakir...

    ReplyDelete
  2. hahahaaaaaaaaa...syakir......syakir.............yan.....yan..................tapi, apapun, mmg best!!!!!akak follow.................

    ReplyDelete
  3. sebab syakir ade depan mata kan, si yan tu x perasan sangat dengan perasaan hati dier
    syakir pun sengal gak.. haha

    ReplyDelete
  4. Bila ler Azyan ngan Syakir nak bebaik nih....
    Dah berdebar2 hati nih...

    ReplyDelete