Tab Menu

Followers

Friday, December 16, 2011

Mahligai Air Mata _Prolog



Prolog

MATA yang sayu. Wajahnya cengkung dan tidak bermaya. Tubuhnya yang dulunya berisi dan tegap itu kian hari makin kurus. Dia umpama mayat hidup. Hari-harinya dihabiskan dalam bilik yang agak besar itu. Pintu biliknya terkuak perlahan. Seorang wanita melangkah masuk sambil menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas susu. Dia hampiri lelaki yang masih berteleku atas kerusi roda itu. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Wajah itu diusap penuh kasih sayang. Heliza merintih pilu melihat keadaan adik kesayangannya.
            
“Makan sikit hari ini ya. Penat Kak Liza masak untuk Ery.” dia cuba suapkan bubur ke dalam mulut lelaki yang di panggil Ery itu. Ery menggelengkan kepala. Heliza menyuakan lagi sudu buburnya. Dia memberikan reaksi yang sama. Heliza mengeluh.
            
“Ery…tak kesian pada akak, pada Kak Wanda dan pada Abang Fariz ke.” Wajah itu diusap lagi. Tiada reaksi. Heliza menarik selimut yang menutupi kaki Ery yang sudah terlurut. Setahun telah berlalu. Ery masih tidak sembuh-sembuh. Heliza sendiri sudah buntu. Pelbagai cara dia, Fariz dan Wanda gunakan untuk mengubati Ery. Dari rawatan moden hingga ke tradisional. Usaha mereka masih tidak menunjukkan hasilnya.
            
Mata Heliza terpaku pada frame gambar yang terletak kemas atas meja bersebelahan katil Ery. Gadis yang tersenyum di dalam gambar itu masih terpahat di hati adiknya. Siang malam bibir Ery merintih dan memanggil nama gadis itu. Adakalanya dia menjerit-jerit bagaikan tidak siuman dan adakalanya dia akan menangis pilu. Dia tidak lagi mengenali orang-orang di sisinya.
            
“Anak mummy sihat hari ini?” Seorang wanita pertengahan 40-an melangkah masuk. Bulat anak mata Heliza melihat wanita itu bersama suaminya. Dikucup dahi Ery penuh kasih sayang. Heliza tersenyum pahit. Biarpun wanita itu berubah namun sudah terlambat. Yang pergi tidak akan kembali. “Maafkan mummy sayang.” Setiap kali melihat Ery wanita itu akan menitiskan air mata. Kesedihan tidak akan terubat selagi anak tirinya itu tidak sembuh. Farizq mengusap-usap belakang isterinya. Dia tahu Heliza marah dia membawa ibu tirinya ke rumah mereka.
            
“Kenapa mummy datang ke sini? Puas hati mummy lihat Ery jadi begini.” Heliza kerling wanita itu tajam. Dia sakit hati melihat wajah wanita itu. Kalau tidak diingatkan hubungan antara mereka sudah lama dia tidak membenarkan wanita bergelar ibu itu jejakkan kaki ke rumahnya. Hatinya tidak selembut hati Farizq.
            
“Heliza….” Ibu tirinya bersuara. Kesalnya bertimpa-timpa atas apa yang berlaku. Tidak diduga Heliza membawa Ery keluar dari pusat rawatan sakit jiwa. Heliza mahu menjaga adiknya sendiri. Ery bukannya gila tetapi mengalami tekanan perasaan yang melampau. Heliza sembunyikan Ery dari ibu tiri dan ayahnya. Marah Heliza pada mereka masih tidak padam.
            
“Bagilah mummy menjaga Ery. Ery tanggungjawab mummy. Liza sudah ada tanggungjawab Liza sendiri.” Wanita itu seakan merayu. Air matanya bergenang lagi.
            
“Hmmmmmm. Mummy nak hantar Ery ke tempat orang gila lagikan. Liza tak benarkan mummy bawa Ery dari Liza.” Desis Heliza.
            
“Liza…mummy tak akan hantar Ery ke sana semula. Mummy nak jaga Ery di rumah. Mummy nak bersama Ery. Mummy nak tebus kesalahan kami pada Ery. Mummy sudah menyesal Along.”
            
“Kenapa baru sekarang mummy sedar kesilapan sendiri kenapa tidak dari dulu lagi. Masa arwah masih hidup!” Suara Heliza kian meninggi. Cukup untuk dia melihat Ery menderita. Air mata Heliza gugur membasahi kedua pipi gebunya.

“Sampai bila Liza tidak mahu maafkan mummy sayang. Setiap manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan.” suara suaminya yang baru melangkah masuk. Heliza memaut tangan Ery erat. Dia tidak akan membenarkan wanita itu membawa Ery pergi.

“Bukan mudah untuk Liza melupakan cerita semalam bang. Bukan mudah!” Heliza memalingkan muka. Tidak tegar mahu menatap wajah wanita itu lama-lama. Farizq menggelengkan kepala. Dia faham benar dengan perangai isterinya.
            
“Qaseh…Qaseh….” suara Ery memecah keheningan yang seketika itu. Mata mereka tertumpu pada Ery yang menyeru nama arwah isteri kesayangannya. “Qaseh….” Ery mula menjerit-jerit tidak menentu. Risau Heliza melihat keadaan Ery. Dia peluk tubuh Ery erat.
            
“Ery…Qaseh dah tak ada lagi.” ucap Heliza lembut.
            
“Tidakkkkkkk! Qaseh masih hidup.” Jerit Ery. Keadaan Ery mula tidak terkawal. Heliza jadi cemas. Suaminya sudah memaut tubuh kurus Ery yang kian meronta-ronta. Terjerit-jerit Ery tidak siuman memanggil nama isterinya. Heliza segera mencapai bingkai gambar yang terletak atas meja bersebelahan katil Ery. Bila Ery bertindak macam orang tidak waras sukar untuk ditenangkan. Gambar itu saja cara menenangkan Ery. Heliza hulurkan gambar tersebut kepada Ery. Ery behenti meronta. Dia capai gambar tersebut lalu memeluknya. Air mata Ery mengalir.
            
“Sayang…” Terasa ada pautan pada jari-jemarinya. Heliza tersenyum tawar. Bilakah Ery akan sedar dari dunia ciptannya sendiri? menerima hakikat gadis yang amat dia cintai tidak mungkin hidup kembali. Gadis itu sudah pergi buat selama-lamanya.
            
“Liza biarlah mummy yang menjaga Ery. Berilah mummy peluang menebus dosa mummy.…” Wanita itu melirih sayu.
            
“Liza…” panggil wanita itu lagi. Heliza diam membisu. Dia pandang wajah Farizq. Farizq anggukkan kepalanya. Ada keluhan di bibir Heliza. Dia berat hati berpisah dengan Ery. Dia yang menjaga Ery selama ini tanpa ada rungutan lahir di bibirnya.
            
“Kita kena beritahu Wanda. Wanda juga perlu tahu.” Heliza mengalah jua. Wanita itu tersenyum. Pantas tubuh Heliza dipeluk erat. Kemudian dia beralih memeluk tubuh Ery. Dia akan berusaha menjadi seorang ibunya baik.

Saturday, December 3, 2011

Queen Control - Bab 24

“NGANGA sikit mulut you. Aaa….” Putri Tasnim siap membuat demontrasi kepada Tiryaq. Sudu yang berisi bubur nasi itu disuapkan ke mulut Tiryaq.
 Tiryaq mengikut sahaja.Karang tidak pasal-pasal sakit bertambah dikerjakan oleh Putri Tasnim. Semalam saja dia sudah kena tarik telinga dengan Putri Tasnim hanya kerana dia tidak mahu makan ubat. Lagak Putri Tasnim sudah mengalahkan jururawat.
“Budak baik…” Putri Tasnim mengusap-usap kepala Tiryaq. Seronok sangat melihat Tiryaq mengikut kata-katanya.
Tiryaq pun memang suka dimanjakan isterinya. Dia tidak kisah kalau baik Putri Tasnim itu tidak ikhlas. Dia tahu yang Putri Tasnim sedang menunjuk-nunjuk pada Datin Khalida dan teman-temannya. Dan dia sanggup telan bubur masin masakan Putri Tasnim itu.
Gaya manja Putri Tasnim menjadi tatapan Datin Khalida dan ahli mesyuarat tingkapnya. Wah-wah! Putri Tasnim lebih hebat dari mereka. Putri Tasnim mengerling tajam Datin Khalida dan ahli mesyuarat tingkapnya itu. Mereka ini memang tidak reti-reti mahu keluar dari wad suaminya. Sejak semalam asyik kepoh mahu melawat Tiryaq. Paling dia angin bila Datin Khalida yang terhegeh-hegeh mengupaskan buah epal untuk Tiryaq. Siap nak main suap-suap pula.
Berapi satu badan Putri Tasnim dibuatnya. Ada aura-aura api cemburu ketika itu. Tiryaq pun satu hal! Apasal dia melayan perempuan gedik santai itu. Bini ada depan mata pun buat tidak nampak. Ikutkan hati dia ketuk-ketuk kepala Tiryaq bagi berdarah sampai koma terus.
Cop-cop…bila masa pula aku mengakui yang Tiryaq itu suami aku? Alamak Tasnim…kau sudah jatuh hati pada mamat poyo itu ke? Mamat pelukis jalanan itu? Aku paling takut kalau orang lain tahu yang aku berkahwin dengan Tiryaq sebab aku kena tangkap basah dengan dia. Reputasi Tasnim….reputasi…
“Muka awak kalau kemerah-merahan begini memang sweet.” Suara Tiryaq menyedarkan Putri Tasnim dari lamunan.
Sempat pula dia berangan ye.
“Amboi! Memang pasangan romantik betul.” Datin Khalida menyampuk. Iri hati juga dia apabila Putri Tasnim mengahwini lelaki yang cukup kacak dan sasa seperti Tiryaq. First class gitu…
“Ini satu cara agar kita dapat control laki kita dari mencari lain di luar. Ini tidak, asyik bertenggek rumah jiran sebelah buat mensyuarat tingkap.” Putri Tasnim sengaja mahu mengenakan Datin Khalida.
            Bagus betul isteri aku ini bagi nasihat pada kawan-kawan dia. Tapi dia tidak sedar yang dia arah aku buat itu dan ini. Aku ni jadi suri rumahtangga gantikan tempat dia. Memasak, membasuh, mengemas dan segala dalam rumah itu aku yang buat. Hehehehe…nasib aku jenis tidak kisah. Kalau lelaki lain rasanya tidak sanggup beristerikan wanita seperti Putri Tasnim ini. Suami mesti lari punyalah cari yang lain.
            “Habislah tangan halus I kalau I memasak dan membuat kerja rumah. Eeeiii…I gelilah kalau bab mahu memengang ikan ini. Busuk!” Omel Datin Khalida. Teman-teman yang lain mengiakan kata Datin Khalida.
            “Suami lebih suka makan dari air tangan isteri.  Hari-hari Isteri saya masakkan saya masak lemak labu kegemaran saya. Sedap…” Tiryaq menyampuk.
            Putri Tasnim sudah menjegil matanya.
            Datin Khalida kerutkan dahi. Dia agak musykil apabila Tiryaq mengatakan Putri Tasnim pandai memasak. Perempuan seorang ini pandai memasak ke? Dia rasa masak nasi pun Putri Tasnim tidak reti. Apatah lagi mahu masak lemak labu. Boleh percaya ke?
            “I rasa teringin pula mahu makan masakan Tas…you tidak mahu jemput I makan malam di rumah you?” Puan Mustika mencelah. Ini sahaja cara mahu tahu sama ada Putri Tasnim boleh memasak atau tidak.
            “Tiada masalah.” Tiryaq menjawab pantas. Dia tersengih melihat reaksi terkejut beruk Putri Tasnim. Baru kau tahu. Itulah sibuk dengan kerjaya sahaja. Bab ilmu rumahtangga tidak ambil tahu. Sekali sekala apa salahnya dia mengenakan Putri Tasnim.
            Tiryaq ini…memandai saja dia mahu mengenakan aku. Dia sendiri aku tidak pernah memengang sudip di dapur itu. Sudip itu pun aku belikan untuk dia sebab dia yang mahu memasak.
            “Elok sangatlah tu.” Datin Khalida mengangkat-angkatkan kening lentiknya. Biasalah kening nipis. Kening cukur!
            Nasib baiklah kening Putri Tasnim kening asli. Lebat gitu. Tiryaq sukakan yang original.
            Sebaik sahaja Datin Khalida dan ahli mesyuarat itu keluar, Putri Tasnim memaut wajah Tiryaq. Wajah mereka begitu hampir dan saling bertentangan mata. Ada debaran di hati Putri Tasnim saat menatap sepasang mata yang cukup redup dan indah itu. Suami aku memang kacak!
            “You memang sengaja mendera I.” Rengus Putri Tasnim. Senyuman lemak
manis dia ini yang buat aku tidak tahan.
            “Saya tengah sakit ni. Lagipun apa salahnya awak belajar memasak. Tak luak pun malah bertambah ilmu di dada.” Balas Tiryaq.
            “You ni…You ni memang suka panaskan hati I.” Putri Tasnim menarik kedua belah pipi Tiryaq. Menyeringai Tiryaq.
            “Sakitlah sayang. Lainlah kalau dapat kiss, saya memang rela menyerahkan pipi saya ini kepada awak.” Tiryaq mengusik.
            “Tak hinginlah I nak kiss pipi berkarat you itu.”  Ada pula yang makan penampar aku. Aku sudah cukup baik melayan dia baik-baik di rumah itu.
            Tiryaq ketawa kecil. Aku yang kacak ini dia kata pipi aku berkarat. Keras hati betul isteri aku nak mengakui isi hati dia.
            “Menyampah betul I dengan you!” Putri Tasnim bingkas melangkah keluar. Pintu bilik wad itu berdentum kuat.
            Tiryaq memang suka memanaskan hati Putri Tasnim. Dalam keadaan tengah sakit pun dia buat Putri Tasnim terbakar.

SENYUM! Klik! Jackie mengeluh kecil. Tihran langsung tidak senyum pun dalam gambar yang dia ambil. Agaknya lelaki itu masih belum dapat memadam wajah Putri Tasnim di dalam kotak memorinya.
            Tihran ini memang buat spoil betullah. Kalau nak buat monyok pun janganlah buat kat depan mata dia. Buatlah di belakang mata dia. Kan senang! Jackie mencebik. Dia tendang punggung Tihran yang masih bercangkung menongkat tangan di dagu itu.
            Tihran menjerit kecil. Hantu punya kawan baik. Orang tengah dok mengelamun dia kacau daun pula. Dia tengah sakit merindui Putri Tasnim. Lama dia tidak bersua dengan wanita idamannya itu.
            “Kalau nak mengelamun you balik rumah! Sini temapat untuk I berhibur lara.” Gerutu Jackie. Dia ajak Tihran ke Bukit Fraser sebab nak berseronok.
            “Ala…Maaflah Jackie. I just teringatkan Tas saja.”
            “Banyaklah you punya maaf! Bila you nak lupakan pompuan tu? You terimalah yang dia tidak cintakan you. Dia sudah berkahwin.” Dia tunjal-tunjal dahi Tihran agar beringat yang Putri Tasnim sudah menjadi milik lelaki lain. Tidak faham bahasa betul Tihran ni.
            Wajah Tihran cemberut bila diherdik begitu oleh Jackie. Jackie mulutnya memang suka cakap main lepas saja bukan tahu nak belapik kain sikit.
            “Garangnya you pada I.” Tihran buat muka simpati.
            “I bukannya garang. I bagi nasihat percuma pada you.” Marah Jackie. Penat sungguh mahu marah sama ini orang.
            “Susahlah Jackie. I memang susah mahu melupakan dia. Hari-hari I nampak muka dia di mata I ini.” Keluh Tihran.
            “Apa susahnya. Kalau begitu korek saja mata you maka you tidak nampak muka dia lagi. Ala dia pun bukannya cantik mana. Biasa saja.”
            “Kalau korek mata I maka butalah I.” Main-main pulak si Jackie ini.
            Jackie bercekak pinggang. Dia rasa mahu saja bedah otak Tihran kemudian dia cuci otak Tihran dari bayang-bayang Putri Tasnim. Kalau dulu dia angaukan Putri Tasnim tidaklah diherankan sangat tapi sekarang perempuan itu sudah jadi bini orang. Tak manislah angaukan bini orang ni.
            “Kalau begitu I bunuh you dan tanam you . I rasa cara ini berkesan.”
            “Kejamnya you.”
            “Habis you tak kejam biarkan I macam tunggul kayu bersama you di sini?” Jackie membulatkan matanya.
            “You macam merajuk dengan I?”
            “Tiada makna I nak merajuk dengan lelaki lembik macam you.” Jackie memuncungkan bibirnya. Sikit-sikit itu adalah.
            “You saja yang sanggup melayan I. You’re my best friend.”
            “Kalau I tak melayan you takut pula you terjun bangunan sebab putus cinta. Menangis pula mama you melihat anak teruna dia mati katak.” Ujar Jackie selamba.
            “Jackie!!!”
            Mereka saling berkejaran. Jackie menjelirkan lidah kerana Tihran tidak dapat menangkapnya. Tercungap-cungap Tihran. Laju betul minah seorang ini melarikan diri.