Tab Menu

Followers

Friday, December 16, 2011

Mahligai Air Mata _Prolog



Prolog

MATA yang sayu. Wajahnya cengkung dan tidak bermaya. Tubuhnya yang dulunya berisi dan tegap itu kian hari makin kurus. Dia umpama mayat hidup. Hari-harinya dihabiskan dalam bilik yang agak besar itu. Pintu biliknya terkuak perlahan. Seorang wanita melangkah masuk sambil menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas susu. Dia hampiri lelaki yang masih berteleku atas kerusi roda itu. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Wajah itu diusap penuh kasih sayang. Heliza merintih pilu melihat keadaan adik kesayangannya.
            
“Makan sikit hari ini ya. Penat Kak Liza masak untuk Ery.” dia cuba suapkan bubur ke dalam mulut lelaki yang di panggil Ery itu. Ery menggelengkan kepala. Heliza menyuakan lagi sudu buburnya. Dia memberikan reaksi yang sama. Heliza mengeluh.
            
“Ery…tak kesian pada akak, pada Kak Wanda dan pada Abang Fariz ke.” Wajah itu diusap lagi. Tiada reaksi. Heliza menarik selimut yang menutupi kaki Ery yang sudah terlurut. Setahun telah berlalu. Ery masih tidak sembuh-sembuh. Heliza sendiri sudah buntu. Pelbagai cara dia, Fariz dan Wanda gunakan untuk mengubati Ery. Dari rawatan moden hingga ke tradisional. Usaha mereka masih tidak menunjukkan hasilnya.
            
Mata Heliza terpaku pada frame gambar yang terletak kemas atas meja bersebelahan katil Ery. Gadis yang tersenyum di dalam gambar itu masih terpahat di hati adiknya. Siang malam bibir Ery merintih dan memanggil nama gadis itu. Adakalanya dia menjerit-jerit bagaikan tidak siuman dan adakalanya dia akan menangis pilu. Dia tidak lagi mengenali orang-orang di sisinya.
            
“Anak mummy sihat hari ini?” Seorang wanita pertengahan 40-an melangkah masuk. Bulat anak mata Heliza melihat wanita itu bersama suaminya. Dikucup dahi Ery penuh kasih sayang. Heliza tersenyum pahit. Biarpun wanita itu berubah namun sudah terlambat. Yang pergi tidak akan kembali. “Maafkan mummy sayang.” Setiap kali melihat Ery wanita itu akan menitiskan air mata. Kesedihan tidak akan terubat selagi anak tirinya itu tidak sembuh. Farizq mengusap-usap belakang isterinya. Dia tahu Heliza marah dia membawa ibu tirinya ke rumah mereka.
            
“Kenapa mummy datang ke sini? Puas hati mummy lihat Ery jadi begini.” Heliza kerling wanita itu tajam. Dia sakit hati melihat wajah wanita itu. Kalau tidak diingatkan hubungan antara mereka sudah lama dia tidak membenarkan wanita bergelar ibu itu jejakkan kaki ke rumahnya. Hatinya tidak selembut hati Farizq.
            
“Heliza….” Ibu tirinya bersuara. Kesalnya bertimpa-timpa atas apa yang berlaku. Tidak diduga Heliza membawa Ery keluar dari pusat rawatan sakit jiwa. Heliza mahu menjaga adiknya sendiri. Ery bukannya gila tetapi mengalami tekanan perasaan yang melampau. Heliza sembunyikan Ery dari ibu tiri dan ayahnya. Marah Heliza pada mereka masih tidak padam.
            
“Bagilah mummy menjaga Ery. Ery tanggungjawab mummy. Liza sudah ada tanggungjawab Liza sendiri.” Wanita itu seakan merayu. Air matanya bergenang lagi.
            
“Hmmmmmm. Mummy nak hantar Ery ke tempat orang gila lagikan. Liza tak benarkan mummy bawa Ery dari Liza.” Desis Heliza.
            
“Liza…mummy tak akan hantar Ery ke sana semula. Mummy nak jaga Ery di rumah. Mummy nak bersama Ery. Mummy nak tebus kesalahan kami pada Ery. Mummy sudah menyesal Along.”
            
“Kenapa baru sekarang mummy sedar kesilapan sendiri kenapa tidak dari dulu lagi. Masa arwah masih hidup!” Suara Heliza kian meninggi. Cukup untuk dia melihat Ery menderita. Air mata Heliza gugur membasahi kedua pipi gebunya.

“Sampai bila Liza tidak mahu maafkan mummy sayang. Setiap manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan.” suara suaminya yang baru melangkah masuk. Heliza memaut tangan Ery erat. Dia tidak akan membenarkan wanita itu membawa Ery pergi.

“Bukan mudah untuk Liza melupakan cerita semalam bang. Bukan mudah!” Heliza memalingkan muka. Tidak tegar mahu menatap wajah wanita itu lama-lama. Farizq menggelengkan kepala. Dia faham benar dengan perangai isterinya.
            
“Qaseh…Qaseh….” suara Ery memecah keheningan yang seketika itu. Mata mereka tertumpu pada Ery yang menyeru nama arwah isteri kesayangannya. “Qaseh….” Ery mula menjerit-jerit tidak menentu. Risau Heliza melihat keadaan Ery. Dia peluk tubuh Ery erat.
            
“Ery…Qaseh dah tak ada lagi.” ucap Heliza lembut.
            
“Tidakkkkkkk! Qaseh masih hidup.” Jerit Ery. Keadaan Ery mula tidak terkawal. Heliza jadi cemas. Suaminya sudah memaut tubuh kurus Ery yang kian meronta-ronta. Terjerit-jerit Ery tidak siuman memanggil nama isterinya. Heliza segera mencapai bingkai gambar yang terletak atas meja bersebelahan katil Ery. Bila Ery bertindak macam orang tidak waras sukar untuk ditenangkan. Gambar itu saja cara menenangkan Ery. Heliza hulurkan gambar tersebut kepada Ery. Ery behenti meronta. Dia capai gambar tersebut lalu memeluknya. Air mata Ery mengalir.
            
“Sayang…” Terasa ada pautan pada jari-jemarinya. Heliza tersenyum tawar. Bilakah Ery akan sedar dari dunia ciptannya sendiri? menerima hakikat gadis yang amat dia cintai tidak mungkin hidup kembali. Gadis itu sudah pergi buat selama-lamanya.
            
“Liza biarlah mummy yang menjaga Ery. Berilah mummy peluang menebus dosa mummy.…” Wanita itu melirih sayu.
            
“Liza…” panggil wanita itu lagi. Heliza diam membisu. Dia pandang wajah Farizq. Farizq anggukkan kepalanya. Ada keluhan di bibir Heliza. Dia berat hati berpisah dengan Ery. Dia yang menjaga Ery selama ini tanpa ada rungutan lahir di bibirnya.
            
“Kita kena beritahu Wanda. Wanda juga perlu tahu.” Heliza mengalah jua. Wanita itu tersenyum. Pantas tubuh Heliza dipeluk erat. Kemudian dia beralih memeluk tubuh Ery. Dia akan berusaha menjadi seorang ibunya baik.

6 comments:

  1. hehe..just nak kata ceta ni best.

    ReplyDelete
  2. alahai dik..baru..prolog..da sedih.. apa ek yg menjadikan mamat tu end up kat wheel chair dan kenapa wife di mati..dan apa kena mengena ngan ibu tirinya..

    ReplyDelete
  3. nampaknya cerita sedih ni......

    ReplyDelete
  4. hehehehe...nak tahu kisah kita bermula dengan bab 1 nanti...

    ReplyDelete