Tab Menu

Followers

Sunday, July 1, 2012

Nilai Cintanya.... - NC2


“YOU Ameer Dylan.” Seorang lelaki bertubuh sasa menahannya dari melangkah masuk ke perut kereta.

            “Yes, I’m….So what?

            “You kenal siapa I?”

            “Perlu ke I kenal you! Jika tiada urusan penting dengan I jangan halang laluan I.” Ameer Dylan menepis kasar tangan lelaki terbabit.

            “I John abang Bella. You kenal dengan Bella bukan?”

            Ameer Dylan memakukan matanya pada John. Dia mengorak senyuman nipis.

            “So…you ni big bro Bella lah. You ingat I takut dengan you sebab badan you lagi sasa dan besar dari I?”

            “Berani you rosakkan adik I?” John sudah mencengkam kot yang dipakai oleh Ameer Dylan.

            “Masa kami bersama dan berseronok, kami suka sama suka. I tak paksa dia untuk tidur dengan I.” Senyuman sinis menghiasi bibir Ameer Dylan.

            John  mengetap bibir. Ameer Dylan memang bukan jenis yang mudah ditangani. Dia tahu lelaki itu punya banyak wang untuk membeli segalanya. Jika tidak masakan Ameer Dylan begitu selamba begini.

            “I nak you kahwin dengan Bella! You kena bertanggungjawab pada dia!” John sudah melenting.

            Ameer Dylan ketawa.

            “Hahahaha….Perempuan macam Bella tidak layak menjadi isteri I. I tidak percaya pada ikatan perkahwinan. You cari jantan lain untuk jadi pak sanggup.” Ameer Dylan bukan jenis lelaki yang akan tunduk dengan sebarang ugutan atau paksaan. Kes sebegini sudah biasa bagi dia.

            “Benih dalam perut Bella anak you, Dylan! You kena bertanggungjawab pada Bella!” John makin tidak sabar dengan Ameer Dylan. Dia sudah acapkali melarang Bella dari berhubungan dengan Ameer Dylan. Bella terlalu degil. Inilah padahnya.

            “I bagi duit dan suruh Bella gugurkan kandungannya itu. So settle problem. Berapa yang you perlukan. Seratus ribu ringgit…dua ratus ribu ringgit…I boleh bagi asalkan Bella tidak mengganggu hidup I lagi. Malah kos untuk pengguguran pun I akan tanggung.” Begitu mudah Ameer Dylan menuturkan kata.

            “You memang lelaki tak berguna Dylan…” John melepaskan penumbuk pada pipi Ameer Dylan. Ameer Dylan terdorong sedikit ke belakang.

            Dia meraba-raba pada rahang mukanya. Boleh tahan penangan John itu.

            “Dengar sini John!” Ameer Dylan merentap kolar leher baju John. Wajahnya sudah menjadi bengis. “Perempuan tiada apa-apa makna pada I. Mereka macam kain baju I. I suka I pakai tak suka I buang. You buat pilihan John. Terima duit dari I untuk gugurkan kandungan Bella atau family kolot you yang akan mendapat malu. Gangsters kecil macam you tidak mampu untuk mengapa-apakan I.”

            John merenung Ameer Dylan. Perwatakan Ameer Dylan yang satu ini memang menggerunkan.

            “Huh! You jangan fikir wang boleh membeli segalanya.” John merengus.

            “Manusia tidak boleh hidup tanpa wang. Kalau bukan kerana wang adik you yang bodoh itu tidak akan pandang I.” Ameer Dylan membidas.

            “Hari ini I lepaskan you, Dylan. I terima wang you kerana maruah family I. Tapi I akan bunuh you jika you dekati Bella lagi.”

            John beredar dengan kemarahan yang masih bersisa. Ameer Dylan tersenyum kemenangan. Ugutan John tidak akan mendatangkan kesan kepada Ameer Dylan. Perempuan seperti Bella tiada tempat di hatinya. Bella masih dara ketika dia menyetubuhi gadis itu. Kiranya dia orang pertama yang bersama dengan Bella. Satu pengiktirafan tu.

“PUAN…pengorbanan seorang ibu tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak dapat menjaga ibu yang satu.” Kata-kata gadis bertudung putih itu benar-benar membuatkan wanita anggun di hadapannya itu berwajah kelat.

            Gadis itu berwajah ayu dan lembut tetapi tutur katanya agak berbisa sekali. Dia sudah melaburkan wang untuk rumah kebajikan orang orang tua ini namun gadis ini seakan tidak melihat jasa yang dia taburkan.
            “Ibu I akan lebih terjaga duduk di sini. I orang berkerjaya tiada masa untuk menjaga kebajikannya.” Puan Zaharah membalas dengan nada yang meninggi. Semua mata terarah ke arah mereka.

            “Tapi seorang ibu tidak merungut menjaga kebajikan anaknya ketika kecil.” Gadis itu mematahkan kata-kata Puan Zaharah. Terdiam wanita itu.

            “Sufi Alisha!”

            Pantas gadis itu berpaling sebaik namanya disebut. Lelaki segak dengan sut kot serba hitam itu mendekati.

            “Jangan awak berkurang ajar dengan mama saya.” Lelaki itu menyambung lagi.

            “Saya bercakap benda yang betul. Saya tidak meninggikan suara dengan mama awak, Encik Zairul Hisyam.”

            Mereka saling bertatapan mata. Lelaki itu melepaskan keluhan kecil. Dia sudah lelah dengan sikap Sufi Alisha dengan keras kepala dan membidas itu. Hubungan mereka semakin tegang dengan sikap Sufi Alisha. Nampak saja Sufi Alisha gadis yang lemah-lembut namun hati gadis itu sekeras kelikir.

            “Putuskan hubungan Zairul dengan dia! Mama tak suka dapat menantu yang suka melawan cakap macam dia.” Puan Zaharah sudah memalingkan mukanya. Sebelum ini dia memang berkenan dengan Sufi Alisha. Dia tidak kisah dengan pilihan anak teruna sulungnya itu asalkan anak itu gembira.

            Zairul Hisyam tersentak.

            “Mama…”

            “Kalau dia tidak maaf pada mama, mama tidak akan merestui hubungan kamu lagi. Keputusan mama muktamad!”

            Zairul Hisyam memandang ke arah Sufi Alisha yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

            “Sufi…please…” Zairul Hisyam seakan merayu pada gadis itu.

            Sufi Alisha menggelengkan kepalanya.

            “Awak tidak kesian pada nenek awakkah Zairul? Dia perlukan perhatian dari anak-anak dan cucunya. Mengapa kejam sangat sampai sanggup meninggalkan dia di sini? Orang gaji dua tiga orangg tetapi ibu seorang tidak terjaga sebab dia sakit tua. Di mana pengorbanan anak kepada seorang ibu?” Wajah Sufi Alisha kian sayu.

            “Sufi Alisha!” Zairul Hisyam sudah mengangkat tangannya.

            “Perkara yang betul dipandang salah. Perkara yang salah dipandang betul..” Sufi Alisha masih berani untuk bersuara.

            “Zairul! Putuskan saja hubungan Zairul dengan perempuan ni! Muktamad!” Puan Zaharah berpaling dan melangkah keluar. Tidak kuasa untuk dia bertekak dengan gadis kolot itu lagi.

            Zairul Hisyam mengetap bibir.

            “Awak benar-benar mengecewakan saya, Sufi.” Zairul Hisyam hampa dnegan sikap keras hati Sufi Alisha yang tidak mahu mengalah. Dia sayangkan gadis itu tetapi masakan dia mahu menentang kata-kata mama yang dia sayangi.

            “Awak yang mengecewakan saya, Zairul.” Sufi mengalihkan pandangan matanya dari terus bertenatangan dengan Zairul Hisyam.

            “Sufi…saya cintakan awak.” Luah Zairul Hisyam. Dia mahu Sufi Alisha tahu yang dia benar-benar mencintainya.

            “Tapi awak tidak cintakan kasih dan sayang. Awak tidak cintakan nenek awak yang uzur ini.”

            Zairul Hisyam terkedu.

            “Maafkan saya, Sufi…”

            “Saya sudah maafkan awak, Zairul. Mungkin sudah ditakdirkan yang kita tidak berjodoh. Saya bukan rusuk kiri awak yang terpisah.” Wajah tenang Sufi Alisha menambahkan sakit di hati Zairul Hisyam. Berat hatinya untuk melepaskan Sufi Alisha.

            “Sufi….”

            “Zairul…tiada manusia yang sempurna dalam dunia. Sehebat mana pun kita, setinggi mana pun kita belajar, kita masih ada kekurangannya…” Sufi Alisha mengukirkan senyuman di bibirnya. Zairul Hisyam terpana.

            “Sufi Alisha…nama awak tetap terpahat di hati saya. Jika ada jodoh kita, kita pasti akan bersama kelak.”

            Zairul Hisyam mengaturkan langkah longlai.


SUFI ALISHA mengucup lembut pipi wanita yang sudah dimamah usia itu. Dia usap lembut wajah wanita yang sedang bermenung di balik jendela itu. Sikap mesranya terhadap penghuni-penghuni rumah kebajikan orang tua itu amat disenangi. Rata-rata penghuni rumah kebajikan itu menyayanginya. Dia gadis yang tidak pernah merungut dengan kerenah-kerenah penghuni di situ. Malah ada yang sudah menganggapnya seperti anak sendiri.

            “Bila Sufi sudah berumahtangga nanti, umi  mesti berasa sunyi.” Umi Embun adalah salah seorang penghuni yang sebelum ini sering menimbulkan masalah kepada Sufi Alisha. “Umi…apa umi cakap ni? Umi ingat Sufi akan melupakan umi ya.” Sufi Alisha memaut bahu Umi Embun.

            “Iyalah…Zairul itu orang senang. Dia mesti akan bawa Sufi jauh-jauh.”

            Sufi Alisha ketawa kecil.

            “Umi…Sufi tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Zairul. Sufi tahu dia suka pada Sufi dan dia melamar Sufi untuk menjadi suri di hatinya. Tapi perasaan Sufi tiada untuk dia.” Sufi Alisha mula menyikatkan rambut Umi Embun yang sudah terurai itu.

            “Masakan Sufi tiada langsung suka pada Zairul. Zairul tu serba-serbi lengkap untuk menjadi idaman gadis.” Umi Embun muncungkan bibirnya.

            “Umi…Dia memang cukup lengkap segalanya tapi dia belum lengkap untuk menjadi seorang suami yang solehah akan membimbing Sufi ke jalan Allah kelak. Sufi tidak memilih pada paras rupa tetapi hatinya tapi Sufi akan menerima dengan hati yang ikhlas jika telah tersurat olehNYA yang Zairul adalah pasangan Sufi.”



Sufi Alisha teringat pada kata-kata ustaznya di sekolah dahulu. Cinta merupakan perasaan fitrah yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita. Cinta sesama manusia adalah fitrah yang Allah jadikan sejak penciptaan Nabi Adam a.s. di mana Allah swt menghadirkan Siti Hawa di sisi Nabi Adam a.s sebagai peneman suka dan duka.Walaupun disingkirkan dari syurga, dan dipisahkn di dunia, cinta mereka tetap utuh dan mereka sangat setia antara satu dengan yang lain. Percintaan Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s. Setelah bertahun-tahun mencintai Yusuf, akhirnya Zulaikha menemui cinta yang sebenar-benarnya. Walaupun Yusuf a.s menjadi miliknya, namun cinta al-Khaliq memenuhi ruang hatinya. Cinta mereka bukanlah cinta berlandaskan nafsu semata-mata. Malah, disertakan keimanan kepada Allah swt.

Namun begitu, jika dilihat percintaan zaman sekarang, kebanyakan muda-mudi tidak meletakkan Allah swt sebagai matlamat yang utama. Mereka sanggup mengabaikan apa yang dituntut oleh syara’ untuk memuaskan nafsu mereka.

 Tidak salah untuk bercinta. Islam juga menyokong couple atau bahasa Melayunya berpasangan. Tapi, ada syarat untuk ber’couple’ dalam Islam. Syaratnya ialah perlu melalui fasa pernikahan dahulu. Maka Islam menghalalkan hubungan ber’couple’ yang terbina. Alangkah indahnya menikmati percintaan di jalan yang halal dan diredhai Allah swt. Hati merasa lebih tenang, malah tidak perlu bimbang tentang fitnah dan zina.

            “Umi percaya yang Sufi akan mendapat lelaki yang baik-baik.” Hati Umi Embun tenang setiap kali melihat wajah ayu Sufi Alisha. Alangkah bertuahnya jika dia mempunyai anak sebaik Sufi Alisha.

            “Umi…Allah sentiasa menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran umatnya. Sufi bersedia dengan ujianNYA jika Sufi ditadkirkan bertemu dengan jodoh dengan lelaki yang bukan seperti Sufi impikan. Siapa tahukan.” Bumi Allah ini hanya persinggahn sementara untuk manusia melalui pelbagai ujian dalam kehidupan.

            “Sufi…umi sentiasa doakan yang baik-baik untuk Sufi. Umi tak mahu Sufi menderita macam umi yang sebelum ini asyik menyalahkan takdir sedangkan umi tidak berusaha untuk mengubahnya. Umi lupa untuk berdoa dan memohon kepadaNYA.” Umi Embun menggenggam jemari halus Sufi Alisha. Dia sayangkan Sufi Alisha. Dia tidak mahu Sufi Alisha disakiti.

            “Terima kasih umi kerana mendoakan untuk Sufi.” Sufi Alisha memeluk erat tubuh Umi Embun.

            “Ingat Sufi…doa umi bersama Sufi. Sufi anak umi…”

            Setitis air mata jatuh pada pipi gebu Sufi Alisha. Terima kasih Ya Allah, kerana memberikan aku kasih sayang tidak terhingga di sini. Aku akan jaga ikatan aku bersama penghuni-penghuni di sini sebaik-baiknya. Terima kasih kerana menumpangkan aku kasih sayang dari mereka yang tidak sedarah sedaging denganku.

            Sufi Alisha menyapu air mata yang mengalir.

4 comments:

  1. best sngt2 akak..nk lg sambungnye hihi

    ReplyDelete
  2. Best dan harap dapat sambungannya segera

    ReplyDelete
  3. InsyaALLAH akak akan sambungkan citer ni dengan lebih cepat...

    ReplyDelete
  4. saya sokong tindakan sufi pada zariel...
    memang patut pun diputuskan
    didoakan semoga sufi dapat jodoh yang baik...

    ReplyDelete