Kak...saya cari Coke and Sundae II kat kedai tak jumpa pun? Kak, bila nak keluar Coke and Sundae II? Tak sabar dah ni...Tak jumpa Coke and Sundae II di kedai. Macam-macam pertanyaan yang akak terima.
Pertanyaan anda semua akak jawabkan di sini. InsyaALLAH...Coke and Sundae II keluar pada September 2012 ni. Kiranya lepas raya nanti. Maaf kerana buat anda semua menunggu lama. Akak mengalami bermacam masalah ketika menyiapkan manuskrip Coke and Sundae II.
Akak menantikan Coke and Sundae II menjadi buku dengan penuh debaran. Pelbagai komen negatif akak terima masa Coke and Sundae I diterbitkan. Malah ada yang kata akak tiru drama Vanilla Coklat tanpa di siasat tarikh terbitannya dahulu. Ada juga yang kata akak tiru Cinta Tiga Suku yang tak pernah akak baca novelnya lagi dan tidak mengenali cerita tersebut sebab keluar pada tahun yang sama sedangkan Coke and Sundae yang keluar dulu ketika itu. Tidak mengapalah...akak perlu bersabar, bukan semua orang akan menerima karya kita :)
Versi Coke and Sundae II lebih kepada santai dewasa sebab kisah Azyan dan Syakir yang sudah berkahwin kan :) Akak menulis mengikut acuan akak sendiri. Genre yang tersendiri. Akak bukan penulis yang dabomm! Akak penulis picisan yang masih nun di bawah dan tidak dikenali ramai tau. Hehehehe :)
Akak sedang menyudahkan manuskrip Queen Control dan Nilai Cinta untuk dihantarkan kepada penerbit sebab akak nak berehat dua tahun dan siapa tahu akak berehat dari bidang penulisan selamanya...(menjadi penulis di blog sahaja)
Buat peminat Coke and Sundae, akak harap Coke and Sundae II memberikan kepuasan kepada anda nanti. Dan mohon maaf pada pembaca yang mahukan akak buat genre kahwin-paksa ni, akak tak boleh nak buat sebab akak sukakan pembaharuan pada karya akak biarpun bukan semua pembaca suka pada karya akak ini.
Lepas ini akak akan rindu pada watak Syakir dan Azyan. Watak mereka amat akak gemari biarpun nama mereka terlalu ringkas sekali. Akak ada buat mini novella Coke and Sundae sementara menantikan Coke and Sundae II menjadi versi cetak. Kisah Azyan dan Syakir masa sekolah.
Tak sangka Coke and Sundae II dibukukan. Rasa macam bermimpi di siang hari. Pada mulanya akak hanya mahu menulis saja di blog untuk peminat yang mahukan novel Coke and Sundae disambungkan. Impian untuk melihat Coke and Sundae II menjadi versi cetak sudah menjadi kenyataan.
Terima kasih pada anda semua yang sentiasa bersama akak dan menyokong akak dari belakang meskipun akak ni bukanlah penulis popular dan kurang dikenali :)
Syakir dan Azyan...mereka berdua watak novel yang akak paling sayang....kerana mereka akak dikenali :)
wahhh..congrat akak, dh lme sgt tunggu cite syakir n azyan ni huhu, rindu gilerrrrrrr..klo dila punye cite pun kuar bln 9, duet la kite ye kak hehe..tp dgr kate bln 9 ade kuar 3 skali ...apa2 pun mmg gambira sgt dengar *kita kasi penyepak sme katrina :))
ReplyDeleteTq Dila...hehehehe...akak tau dah...Tahniah sebab bakal jadi penulis...pasti novel Dila akan meletup nanti :)Jumpa bulan 9 nanti
ReplyDeletehehee! tak sabar nak tunggu bulan september ni!!! ><
ReplyDeletetahniah Ilya....
ReplyDeletealahai... Ilya... berehat aje tau, jng berhenti...
usah bimbang dgn sok sek sana sini..
setiap penulis memang ada follower sendiri...
apa2x pun memang tak sabar nak tunggu baby yg ke 4 keluar ni. :)
tahniah buat kak ilya..
ReplyDeletetak sabar nak dapatkan karya baru akak ni...
x kiralah apa orang nak kata...yang penting saya tetap menyokong semua karya-karya akak...
ganbatte kak...
tahniah.mmg akak tggu kisah seterusnya apabila si Kat nak menikah dgn Syakir,....huhuhuhu
ReplyDeletekesian kat Azyan...tp knpa lak kat gambo tu..Syakir nak bawa diri lak
mcm merajuk dgn Azyan
apa2pun..terbaikk lah
CNS II the best :)
ReplyDeleteTahniah! Thumbs up juga kerana u tidak mengikut jejak shortcut penulis2 lain yg tulis novel kahwin paksa.
ReplyDelete