PUAN CATALINA merengus kecil dengan sikap
angkuh Tuah Hulaif. Anak dengan bapak sama sahaja! Dia bersandar pada kerusi
ekslusifnya sambil memicit kepala. Hatinya bertambah sakit pabila wajah lembut
Qaseh Fatihan menerpa ke dalam mindanya. Wajah dan tingkah-laku gadis itu sudah
begitu mirip dengan arwah adiknya, Qashida. Semakin anak itu membesar acuan
wajahnya semakin menyerupai Qashida. Untuk mengusir gadis dalam hidupnya adalah
mustahil sama sekali. Siapa menduga kedudukannya bakal tergugat jika rahsia itu
dibocorkan. Dia akan mendapat malu yang besar. Namanya juga akan merundum dan
klien akan hilang kepercayaan pada dia. Walaupun Kay masih tidak tunjuk muka
dia tetap berhati-hati. Puas dia mengupah orang untuk menjejaki Kay namun
lelaki itu tidak dikesan. Dan sepatutnya dia tidak perlu takut
dengan ugutan Kay lagi kerana Armand sudah tiada. Perkara lain pula berlaku. Armand telah tahu cerita yang sebenar. Sebelum Armand meninggal dunia, lelaki itu telah meletakkan syarat peninggalan harta kepadanya. Jika tidak diturut harta peninggalan itu akan diserahkan kepada badan kebajikan. Nasib malang yang menimpa dirinya adalah disebabkan oleh anak gadis buta itu.
dengan ugutan Kay lagi kerana Armand sudah tiada. Perkara lain pula berlaku. Armand telah tahu cerita yang sebenar. Sebelum Armand meninggal dunia, lelaki itu telah meletakkan syarat peninggalan harta kepadanya. Jika tidak diturut harta peninggalan itu akan diserahkan kepada badan kebajikan. Nasib malang yang menimpa dirinya adalah disebabkan oleh anak gadis buta itu.
Sejak
kecil Puan Catalina amat mencemburui kakaknya Qashida. Qashida melebihi
segalanya dari dia. Qashida cantik, lemah lembut dan cerdik. Dia menyembunyikan
perasaan benci di dalam hati. Persengketaan mula terjadi kerana lelaki bernama
Armand. Puan Catalina tidak dapat menerima kekalahan yang Qashida memiliki
Armand. Mengapa dia sering-kali tewas dengan kakaknya itu. Dia menyimpan
kebencian yang mendalam. Kebencian itu buat dia bertindak lebih berani. Puan
Catalina merancang dengan teliti. Berbaik-baik dengan Qashida adalah
muslihatnya. Dia mahu Qashida masuk ke dalam perangkapnya. Nyata Qashida yang
cerdik itu sebenarnya terlalu bodoh! Segala rancangan yang dingini berjalan
dengan lancar.
Puan
Catalina hanya melihat saja Qashida diculik dan diperkosa oleh orang-orang yang
diupahnya. Perasaan bersalah langsung tidak bersarang di hati Puan Catalina.
Hatinya puas melihat kehancuran Qashida. Peristiwa hitam itu berlaku sebulan
sebelum perkahwinan Qashida dan Armand. Qashida dihalau kerana menconteng nama
baik keluarga kerana Qashida mengandungkan anak luar nikah. Apa yang menjadi
milik Qashida menjadi miliknya mutlak termasuklah Armand. Saat itu Puan
Catalina ketawa kemenangan. Biarpun dia begitu berhati-hati menyimpan rahsia
akhirnya terbongkar jua. Dia bergaduh besar dengan Armand hingga menyebabkan
kematian lelaki yang dicintainya itu. Puan Catalina meraup wajahnya
berkali-kali.
Mana mungkin dia dapat
melupakan kejadian itu. Jika bukan dia yang mengganggu pemanduan Armand
pastinya kemalangan itu tidak berlaku. Armand tidak kehilangan nyawanya. Sialan
anak luar nikah itu sudah melekat pada keluarganya.
“Lebih
baik you bercakap benar dengan I Lina.” soal Armand. Dia mengerling pada
isterinya yang duduk di sebelahnya. Wanita itu mengerutkan dahi. Tidak mengerti
akan maksud kata si suami.
“Berterus
mengenai apa sayang? I tidak pernah berahsia dengan you.” Wajahnya mula
berpeluh sedangkan dalam kereta itu dipasang dengan air-cond.
“Mengenai
Qashida…arwah Qashida. Apa you dah buat pada dia Lina?”
“Apa
kena dengan you ini sayang? I tidak buat apa-apa pada Qas. Kenapa you mahu
mengungkit tentang dia? Dia dah mati! You masih tidak boleh lupakan dia
lagikan?” Catalina merengus. Armand tidak seratus-peratus melupakan Qashida.
“Setiap
saat I tidak pernah melupakan Qashida. Dia wanita pertama dan terakhir dalam
hidup I. I berkahwin dengan you atas desakkan keluarga dan sebab I terasa
dikhianati oleh Qashida. I redha dan belajar mencintai you. Tapi akhirnya I
tahu mengapa Qashida meninggalkan I! You sungguh kejam Lina!”
“I
jadi kejam kerana you! Kerana I mencintai you! I tidak sanggup kehilangan you!
Selama ini I hanya dipandang rendah oleh family
I. Di mata mereka! Di mata you hanya ada wajah Qashida. Semuanya Qashida!”
Catalina melengking. Armand gelengkan kepala. Kerana cinta manusia juga boleh
menjadi kejam. Catalina adalah salah seorang darinya.
“You
yang rancang semuanya kan?”
“You
sudah terlewat mengetahuinya. Apa yang you boleh buat pada I. Perempuan yang
you cintai itu sudah mati! Dia dah mati Armand!”
Armand
menarik nafas panjang. Sampai begitu sekali kebencian Catalina pada Qashida.
“I
tidak dapat memaafkan you. I sudah failkan penceraian kita. I mahu berpisah
dengan you. I akan bawa Qaseh bersama I.”
Bagaikan halilintar Catalina mendengar ungkapan yang keluar dari mulut Armand
itu. Matanya membulat besar.
“Kalau
begitu kata you lebih baik kita mati bersama!” Catalina jadi tidak siuman. Dia
pulas stereng kereta. Tindakan itu mengejutkan Armand. Kereta yang dipandunya
hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan.
“Tidakkkkkkkkkk!”
Puan Catalina menjerit tanpa sedar. Bunyi ketukan pintu biliknya yang
bertalu-talu menyedarkan Puan Catalina dari igauan silam.
“Puan!
Are you okay?” suara Zahida,
setiausahanya kedengaran. Puan Catalina mengesat peluh dingin di dahi.
“I’m okay. I tidak mahu ganggu. Please leave me alone.” balasnya.
“Are you sure!”
“Yes!”
Bunyi derapan kaki Zahida
melegakan hati Puan Catalina. Dia menyandar lesu pada kerusinya. Armand…maafkan
I…maafkan I…Puan Catalina menangis sendiri. Semua ini berpunca dari dia! Semua
kerana dia! Semuanya kerana Qashida!
JELITA! Itu yang digambarkan pada gadis yang
buta yang sedang menganyam bakul di dalam kedai kraftangan terbabit. Senyuman
gadis itu cukup memikat hatinya. Di tambah pula dengan raut bujur sirihnya yang
lembut dan tenang itu. Hatinya benar-benar sudah terpaut. Qaseh Fatihan…gadis
itulah yang menjadi intipannya saban waktu bila lalu di hadapan kedai bunga
itu.
“Ah!
Mahu datang beli kraftangan apa kali ini Encik Zairy?” Wanita kecil molek
berkulit sawo matang itu menegur. Lebar senyuman di bibirnya.
“Ermmm…bakul
rotan.”
“Bakul
rotan atau….” Wanita itu mengangkat-angkat keningnya. Pemuda itu tersipu malu.
Tuan punya kedai kraftangan itu sudah menyedari niatnya. Dia kantoi kali ini.
“Kalau
sudah berkenan tunggu apa lagi. Pergilah bertegur sapa dengan dia. Takkan
seorang pensyarah yang berkaliber pun takut untuk memulakan perkenalan.”
sambung wanita itu. Pemuda itu mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal. Tertawa
kecil wanita itu dengan gelagatnya.
“Er…er…er…”
Pemuda itu mula tergagap-gagap. Matanya melirik ke arah gadis yang senyumannya
sentiasa terhias indah di bibir. Dia tidak menganggap gadis itu buta. Pada
pandangan matanya gadis itu celik hati.
“Aik!
kau malu pulak. Biasalah lelaki kalau nak bercakap dengan gadis yang dia sukai
memang malu begini.” Wanita itu tergelak. Hari-hari dia melihat pemuda itu
mengintip pekerjanya yang seorang ini. Datang dengan alasan mahu membeli barangan
kraftangan. Mulanya dia pelik juga dengan tingkah-laku pemuda itu namun dia
cepat menangkap segala tindakan pemuda itu. Rupanya ada udang di sebalik batu.
“Kalau
dia tahu saya sering memerhati gerak-geri dia pasti dia marah.” suaranya
perlahan.
“La…intip
apanya pulak. Kalau dah suka nak tunggu apa lagi. Akak dah bagi lampu hijau pun
kau masih takut lagi. Encik Zairy…peluang mungkin datang sekali tahu. Gadis
sebaik Qaseh itu sudah pupus dalam masyarakat sekarang. Dah-dah! Pergilah tegur
dia!” Wanita itu menolak tubuhnya.
“Kak
Mas!” Pemuda itu mengetap bibir. Dia kini sudah berhadapan gadis jelita itu.
Dia menelan air liur. Nafasnya ditarik dengan panjang. Dia mengumpul segala
kekuatan untuk memulakan bicara dengan gadis itu.
“Ermmm…ermm…Assalamualaikum.
Maafkan saya…” Amat payah untuk pemuda itu mengeluarkan bicaranya. Qaseh Fatihan
yang sedang menganyam bakul rotan itu terhenti.
“Waalaikumsalam…Apa
yang boleh saya bantu encik?” balasnya lembut. Gemersik dan halus suara gadis
itu.
“Ermmm…ermmm…erm…saya…ermmmm…bolehkah
kita berbicara sebentar.” Aduh! mengapa teruk sangat ayatnya untuk berbicara.
Tunggang-langgang. Qaseh Fatihan dilihat membisu. Gadis itu bingkas bangun dari
tempat duduknya.
“Maafkan
saya…” Qaseh Fatihan memintas pemuda terbabit. Dia menghilang di balik pintu
belakang kedai tersebut. Pemuda itu mengeluh. Dia pandang ke arah tuan punya
kedai. Wanita itu menjungkit bahu dan tersenyum.
ksian heroin.. mak saudara dia jhat gila
ReplyDeletesmbng lagi
PENDEKNYA NAK LG BOLEH.
ReplyDeletedh lama xda n3.tetiba bca cm konfuse...x pham cter..kna bca smua balik..
ReplyDeleteCatalina kira mak saudara Qaseh la ye..
Ery ank Hulaif...so apa kaitan dgn Catalina pasal syarikat??
so pening sbb dh x igt cter ni..
-miss A-
Hehe.. Sama sama confuse ..
ReplyDeletenk lagi.. ingin tau ape yg akan terjadi...
ReplyDelete