Tab Menu

Followers

Tuesday, November 26, 2013

Setia itu Menyakitkan - Slot 1



Setia? Adakah kesetiaan dia untukku? Cinta bisa akan bahagia dan biasa terluka. Hati bisa disakiti dan menyakiti. 


Wajarkah hati ini memilih untuk mengkhianati kesetiaan itu. Tapi aku tidak terdaya. Sungguh setia itu menyakitkan….


Slot 1 – Setia Itu Menyakitkan

"You memang perempuan gatal!" Air dalam botol mineral itu disimbah pada wajah Zulfa.
             
Aku cuma berikan katalog katering untuk kekasih dia sudah dikira menggatal ke? Tidaklah aku berkenan dengan kekasih dengan dia pun. Kalau segi kekacakan tu lebih kacak lagi aku kalau aku menyamar jadi lelaki.


            
 "Mari balik!" Si gadis menarik tangan kekasihnya.

Belum kahwin sudah kena 'queen control'. Nasib kaulah ikut telunjuk bakal isteri. Esok-esok sudah berumah tangga mungkin lagi haru agaknya. Habis lencun muka dan baju aku. Manusia sekeliling pun pandang aku semacam. Kira dalam drama ni akulah yang dilabelkan watak yang 'bersalah’ itu. Perempuan gatal perampas kekasih orang. Lantaklah apa mereka hendak fikir. Apa yang penting aku bukan perampas kekasih orang.

Kalau aku jumpa perempuan itu lagi memang aku akan balas dendam. Tahulah nasib kau, perempuan. Zulfa melirik senyum sumbing. Dia mengeluarkan sapu tangan dari kocek seluar jeans yang dipakai. Hari ini dia dapat peluh ‘free’.

“Hebat kau. Baru bagi katalog sudah kena simbah dengan air mineral dalam botol.” Haniy sudah menepuk-nepuk bahu Zulfa.
            
 “Cemburu buta!”
             
“Cemburu tanda sayanglah.”
             
“Itu bukan tanda sayang. Itu dah terlebih ‘sayang’ sangat. Aku jaminlah yang couple tu kalau berkahwin tak sampai setahun dah bercerai!” Zulfa menekan ayat sayang dalam kata-katanya.
             
Haniy ketawa kecil.


             
“Tak baiklah kau mendoakan begitu pada mereka.”
           
 “Aku sedang panas hati!”
             
Zulfa mengepal buku lima.
             
“Tunjuk beranilah konon. Campak dalam sungai terus tercungap-cungap.” desis Haniy.
Sekadar mahu mengusik.
           
 Zulfa mencebik.
             
“Aku nak baliklah.”
             
“Merajuklah tu.”
             
“Aku memang merajuk dengan kau!” Zulfa menarik beg tangannya.
            
 Haniy tersenyum. Kalau dia mahu hantar Zulfa naik kereta pun pasti temannya itu akan menolak. Zulfa lebih selesa pulang ke rumah menaiki LRT. Kata Zulfa naik LRT ni boleh melihat gelagat orang di dalamnya.


Akibat fobia membawa kereta, sehingga sekarang Zulfa lebih senang menggunakan perkhidmatan awam yang dipanggil LRT. Tidak perlu penat meredah ‘traffic jam’ saban hari. Zulfa lebih selesa bersesak di dalam LRT. Adakala hidung ini menangkap juga bau-bau yang kurang menyenangkan. Iyalah… tidak semua orang itu berbau wangi-wangian. Tahan sahajalah sebelum sampai ke destinasi.
             
Hari ini orang tidak bersesak seperti kebiasaan. Adalah ruang udara bersih sedikit. Zulfa juga tidak perlu berebut tempat duduk seperti selalu. Zulfa membuka telefon bimbit dan menaip mesej kepada kakaknya. Dia bercadang mahu singgah ke Ampang Park sebelum balik ke rumah. Dia tahu tiada sesiapa yang endah jika dia tiada di rumah. Mama sibuk dengan butik spa dan kakak sibuk dengan teman lelaki baru. Zulfa mengeluh nafas kecil. Zulfa ragu-ragu. Simbol sent pada skrin telefon tidak jadi di tekan.
          
Kalau ada arwah papa dan adik, dia tidak sunyi begini. Gadis kelibut sepertinya bukannya ramai kawan rapat. Dia hanya ada Haniy rakan kongsinya dalam bisnes katering. Haniy tempat dia bertepuk tampar.
             
Zulfa mengerling lelaki yang duduk bersilang kaki berhadapannya itu. Lelaki itu berambut agak selekeh dan sedang menconteng sesuatu di dalam mini kertas lukisannya. Apalah yang dilakarkan oleh lelaki itu? Jika dia duduk bersebelahan boleh juga dia panjang leher mengintai lakaran lelaki itu.  Mungkin lelaki itu sedang melukis gambar?
           


Perasanlah kau Zulfa.
             
Matanya tidak lari memandang lelaki itu secara curi-curi. Lelaki itu seakan tidak menyedari dirinya diperhatikan.  Pasangan kekasih di sebelah lelaki itu sedang berasmara dana tanpa segan silu. Naik muak pula Zulfa melihatnya. Selalunya orang yang sudah berkahwin ini
tidak melebih-lebih kemesraan di khalayak ramai. Tidak ada perasaan malu pasangan terbabit. Ikutkan hati mahu sahaja Zulfa menegur dan berikan kata nasihat sepatah dua kata. Bercium-cium pipi bagai. Kalau adik dia memang dia sudah lama bagi penampar sebiji. Perangai beginilah yang menyebabkan kes pembuangan bayi sana sini. Masa sayang, I love you, I setia pada you.  Apabila perut dah ke depan. I so sorry. I tinggalkan you. Pada muka dengan kamu!
             
Mata Zulfa sudah tidak tahan melihat pasangan itu. Dan dia yakin yang lelaki di sebelah pasangan itu sudah jelak dengan gelagat menggatal merkea. Ini baru betul dikatakan menggatal!
Zulfa bingkas bangun. Dia berikan tempat duduk kepada yang lebih memerlukan. Baik hati kau Zulfa. Zulfa merapati pasangan yang masih ber I love you-I love you itu. Dia berdehem-dehem kecil. Pasangan itu masih buat tidak endah.
            
 “Ehem-ehem…”
           
 Kali ini si gadis yang mengangkat kepala. Terngakat jugalah kening Zulfa.
            
 “Kalau nak bersin pergi jauh-jauh kak.” ujar gadis itu agak sinis.
            
 Tidak faham bahasa isyarat budak dua orang ni.
            
 “Dik… tak baiklah ‘mesra-mesra’ depan umum. Tak manis.” Zulfa menegur lembut.
             
“Sibuklah kakak ni. Jangan tepi kain orang lah.” rengus gadis itu. Teman lelakinya mengangguk.
             
“Bukan nak jaga kain adik pun. Just tegur sikitlah. Sakit mata akak tengok.”
             
“Sakit mata jangan tengok.” Lancang mulut gadis itu. Orang tegur baik-baik tak makan saman.
             
“Saudara dan saudari yang berada di dalam lrt ni sakit mata tak tengok mereka ini?!” suara Zulfa bergema. Kau nak sangatkan?


Gadis itu dan teman lelakinya terdiam. Semua mata terarah kepada mereka. Lelaki di sebelah pasangan itu tertawa kecil. Lelaki itu membuat isyarat ibu jari cap tangan kacang Ngan Yin kepada Zulfa. Zulfa tersenyum. 
           

Zulfa tidak terniat untuk memalukan pasangan itu. Pasangan itu yang tidak makan saman apabila ditegur baik-baik.
           
Zulfa lihat pasangan itu tergesa-gesa turun di stesen Hang Tuah. Agaknya sudah malu. Yang budak perempuan itu rela betul menyerahkan ‘tubuh’ untuk dipegang lelaki. Gelilah.
              
Lelaki tadi menunjukkan tempat duduk kosong di sebelah dengan jari telunjuk. Zulfa
menggeleng laju.
            
 “Satu stesen lagi.” ujarnya lembut. Selepas stesen Plaza Rakyat, dia akan turun di stesen Masjid Jamek untuk mengambil Putra LRT.
             
Lelaki itu turun di stesen Plaza Rakyat. Dia sempat menghadiahkan senyuman buat Zulfa. Senyuman yang memukau. Maco seperti Arjun Rampal.

Bersambung.... 

3 comments:

  1. hehehe...
    intro yang menarik...
    ganbatte kak

    ReplyDelete
  2. aaa!! best!! sambung sambung hahaha :)

    ReplyDelete
  3. Mnrk. Smbng lg plez.....:)

    ReplyDelete