Tab Menu

Followers

Monday, December 30, 2013

ALLURE - Prolog




Prolog


“There, all done… You can open your eyes slowly now.”


At that exact moment… I felt that I was gazing upon something that I shouldn’t be seeing.

Kenapa mesti wajah dia? Siapa gadis ayu yang berdiri di hadapan matanya itu?

     

Why is this happening…?

  

 “Please… Just one more times, let me touch those eyes.”


      
Aku terasa mataku disentuh oleh tangan lembut itu. Air mata aku mengalir tanpa disedari. Gadis itu menjarakkan diri. Dia hanya menoleh ke arah aku seketika dan beredar.

      
 Aku terasa bahuku ditepuk lembut.

      
 “Could be the fact that they were over stressed. I’ll give you a little check-up.”





Dua hari kemudian…



MUMMY tahu Naj sukakan mawar putih.”

            
 Najmie membisu.

            
 “Naj…”          

             
Mummy… siapa gadis itu?”

            
 “Gadis mana ni?”

            
 Nevermind.”



Siapa gadis ayu itu?  Wajahnya begitu sedih sekali.                          




KLIK! Matanya pedih dengan cahaya yang mengenai wajahnya itu. 

“Hey!”

Nice one! Inpirasi wajah sedih yang saya cari.” Gadis itu tersenyum. 

“Berikan filem tu pada saya.” Dia menadahkan tangan. 

Gadis itu menggelengkan kepalanya.“Ianya sudah menjadi milik saya.” Gadis itu segera berlari menuju ke seberang jalan. 

Shit!” Sebuah kereta laju melintasi di hadapan. 

Gadis itu sudah hilang.

 Lelaki itu terkebil-kebil.


SYIRA tersenyum sendiri melihat foto-foto yang hanya tinggal kenangan itu. Weng suruh bakar foto-foto tersebut tetapi dia enggan untuk melakukannya. Weng juga pernah memarahi dia kerana mengambil gambar orang sesuka hati.



“GAMBAR lelaki mana yang kau ambil ni?”

Syira menjongket bahu. 

“Aku pakai ambil aja.” Dia meletakkan lagi beberapa keping gambar di dada meja. Antara gambar yang dia ambil, dia sukakan gambar lelaki itu. Seorang lelaki menangis dan meraung di tengah malam yang sunyi.  

“Kau tak takut kena saman?”

 “Samanlah. Aku tak kisah. Janji tema untuk pameran fotografi aku berjalan dengan lancar kelak.” 

Weng geleng kepala.  

Syira tersengih.


FOTO itu diletakkan semula di dalam album. Weng geleng kepala dengan gelagat Syira. Dia tahu bukan mudah melupakan orang yang kita sayang tambahan orang itu menghembuskan nafas terakhir dipangkuan kita.

            
 “Salah saya…”

            
 It’s not your fault!

            
“Kalau saya tidak bertengkar dengan dia pasti kemalangan itu tidak berlaku.” Syira mengangkat wajahnya. Matanya sudah merah.

           
 “Syira… awak kena terima kenyataan yang Najmie sudah tiada.”

           
 Air mata Syira mengalir laju.             

12 comments:

  1. Akak Ilya.. Best! Teruskan...Suka dengan watak ni, terutama pasal fotografi... Btw,cantik cover ;).. baru tukar ke? (*tak ikut serta competition tau*) Gud Luk... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak Ilya,

    Apa itu ALLURE? mula2 tgk tajuk tu saya x tahu pon...lepas dah google bru tahu maksud sebenar..sangatlah ke"kuno"an kan?

    baru part prolog, tapi akak dah tinggalkan saya dgn perbagai persoalan, siapakah Najmie dan Syira sebenarnya?mcm mana diorang boleh kenal & bercinta? pertengkaran yang bagaimana smpai Najmie boleh accident & meninggal? atau sebenarnya najmie masih hidup tapi identitinya dirahsiakan?...owh, bnyak benda boleh saya fikir...dgn membca prolog di atas dan pastinya orang nak tahu ape kesudahan cerita nie....

    cuma ade part yang nie :

    Gadis menggelengkan kepalanya.

    klau akak tambah ayat "itu" selepas ayat Gadis tu lagi ok...

    Gadis itu menggelengkan kepalanya.

    last but not least, memang bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang. Orang hanya mampu suruh kita sabar tapi hati & perasaan kita sendiri org tak akan tahu. Betapa sakintnya menanggung rindu. Kesian dekat Syira terpaksa berpisah dgn orang yg tersayang...

    satu permulaan cerita yang menarik bagi saya...mesti cerita sedih nie kan, kak ilya?...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear. Hahaha... akak tak perasaan ada tertinggal perkataan. Dalam cerita ini ada dua Najmie. Tunggu entry selanjutnya nanti ya.

      Delete
  3. kak Ilya best222...x sabar tunggu sambungan citer nie..tp ap maksud ALLURe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allure - memikat, menawan, menarik minat, daya tarikan, menggoda

      Delete
  4. tp kak Ilya bg bnyk persoalan ke bada..memang fikir sape lh najmie..tp bada suke ngn syira,syira mcm nakal je

    ReplyDelete
  5. Mcm dh pernah bc...bkn lepas tu studio dia terbakar ke...sori lau salah..

    ReplyDelete
  6. Salam, dah lama menanti story baru dri blog akk. Boleh kata tiap-2 hari jenguk, akhirnya akk update jgk. Hoho!

    Cepat-cepat sambung ekk akk, mcm-2 persoalan dlm otak dh ni. Hee, salam

    ReplyDelete
  7. best.dan selamat tahun baru ya semua.

    ReplyDelete
  8. mcm menarik ceretanya.sya suka saya suka

    ReplyDelete