Tab Menu

Followers

Wednesday, January 1, 2014

Allure - A1



Osaka – Jepun


KLIK! KLIK!

Beberapa kali Syira menekan butang kameranya. Cukup indah permandangan di taman ini. Minoh Park ada salah satu tempat pelancongan di Osaka. Jika ingin melihat ‘autumn leaves’  boleh datang ke taman ini. Selain mengambil gambar permandangan, Syira juga mengambil gambar-gambar orang yang berkunjung di situ. Syira sudah terpisah dengan pelancong-pelancong yang lain. Dia melalui sebuah jambatan.

             
Klik! Klik!
            
 Syira menyurusri jambatan. Bibirnya mengulum senyuma melihat gelagat sepasang suami isteri bersama anak-anak mereka. Keluarga berbangsa Jepun itu menarik perhatian Syira. Lensa kameranya dihalakan kepada keluarga bahagia itu. Klik! Butang kamera ditekan. Syira menapak dua langkah ke belakang. Tanpa disedari tubuhnya telah melanggar seseorannag yang sedang berada di belakangnya itu. Mujur sahaja kamera tergangtung pada leher.
             
Sorry!” Syira menunduk sedikit kepalanya meminta maaf.
           
lelaki bermata agak sepet itu memandang Syira tidak berkelip.
             
“Sebelum ini, kita pernah berjumpa ke?” Lelaki itu bersuara. Dia berbahasa melayu.
            
 Dahi Syira berkerut. Dia amati wajah lelaki itu lama. Mata hazel dan wajah lelaki itu? Syira menggeleng perlahan.
            
 I’m Sorry. Saya tidak mengenali awak.” Syira melintasi lelaki itu. Dengup jantungnya semakin kencang apabila matanya bersatu dengan mata lelaki itu. Ada perasaan aneh menyelinap di lubuk hatinya.
            
 “Najmie!”
            
 Langkah Syira terhenti. Najmie! Dia seakan terpaku mendengar nama itu. Seorang gadis manis melintasi Syira. Syira masih tidak mampu berganjak, seakan kakinya melekat di situ.
           
 Najmie… Nama itu?

“SYIRA…”
             
Syira menurunkan tandatangan. Dia sudah menunaikan permintaan terakhir dari Najmie.
Dia pandang wajah Weng dan ibu.
             
“Syira mahu tunaikan permintaan Najmie. Dia mahu Syira dermakan matanya kepada lelaki itu.”
             
Syira masih cuba menahan air matanya dari mengalir tetapi dia tewas apabila melihat mata itu pada lelaki tersebut. Mata hazel milik arwah Najmie menjadi milik lelaki yang bernama Najmie juga. Satu kebetulan, suratan takdir atau sebaliknya? Wajah mereka juga hampir seiras. Syira mengikuti perkembangan pembedahan yang dilakukan hingga balutan mata lelaki itu dibuka. Hampir setiap masa yang terluang dia berada di sisi lelaki terbabit.
             
Syira tahu sikapnya itu membuatkan ibu susah hati. Arwah Najmie tidak punya sesiapa semasa hayatnya. Ibu Syira sudah seperti ibunya sendiri. Arwah Najmie dibesarkan di rumah anak-anak yatim.
             
“Najmie… Syira sudah tunaikan permintaan Najmie.”

SYIRA meneruskan langkahnya.

             
Aku tidak berharap untuk bertemu dengan dia lagi. Saat aku melihat wajah dan mata itu, aku seakan melihat Najmie di hadapan mataku…
           
             
Moga ini pertemuan kedua ini adalah pertemuan terkahir antara mereka. Jangan ada pertemuan lagi antara mereka. Syira bergegas meninggalkan Minoh Park. Tidak betah untuk dia berada di situ lebih lama. Dia tidak mahu mereka terserempak lagi.
             
Negara Jepun adalah sebuah yang kaya dengan teknologinya. Itu yang Syira akui. Jepun salah sebuah negara yang ingin Syira lawati. Impian telah tercapai kini. Dia dapat melihat negara kecil yang pesat membangun ini dengan matanya sendiri. Negara yang pernah menjajah Malaysia suatu masa dahulu.
            
 Syira memeriksa kameranya. Dia tidak sabar untuk meletakkan foto-foto ini di dalam studionya nanti. Weng rakan kongsi itu mesti teruja. Dia juga tidak sabar untuk mengadakan pameran foto-fotonya sendiri.



NAJMIE membuang pandangan di jendela. Dia seakan tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan gadis itu setelah 1 tahun berlalu. Dia tidak pernah melupai wajah lembut gadis
itu. Dia masih melihat kesuraman pada cahaya mata gadis itu. Wajah gadis itu masih menghantui mimpinya. Dia sendiri buntu dan tidak mengerti akan perasaan aneh yang bertamu di hatinya ini. Siapakah pemilik mata ini? Dia ingin mengetahuinya.
             
“Naj…” Segelas minuman diletakkan.
             
Thanks, mummy…
             
Puan Erlisa memeluk bahu Najmie. Najmie bukan lagi seperti Najmie yang dulu. Najmie yang ini lebih banyak bersendirian dan termenung.
             
“Naj… boleh mummy ask you something?
            
 Najmie mengalihkan wajahnya.
             
“Boleh, mummy…”
             
“Siapa Syira?”
             
“Syira?”
             
Wajah Najmie berubah.
             
Mummy selalu dengar Naj mengingau nama Syira dalam tidur.”
            
 I really don’t’t know.”
             
Najmie berdalih.
             
Really?
             
“Ya, mummy.”
            
 Najmie merahsiakan apa yang dirasai selama 1 tahun ini dari pengetahuan mummynya. Najmie masih dalam keadaan tertanya-tanya. Tiada sesiapa yang ingin mendedahkan siapa penderma mata ini. Doktor juga memaklumkan yang perkara ini dirahsiakan atas permintaan penderma dan warisnya.
             
“Naj… mummy susah hati kalau mummy lihat Naj begini. Come on son. Fikir ke hadapan lupakan cerita lama. Asya sudah menyesal dan memohon maaf bukan?”
             
Mummy… mudahnya mummy memaafkan Asya.”
             
“Naj… Asya tidak sengaja.”
             
“Naj jadi buta kerana Asya.”
            
 “Naj yang cari pasal dulu! Naj tahu yang Asya tu sayangkan Naj. Kenapa Naj tergamak putuskan tali pertunangan Naj dengan Asya?”
             
“Asya tu sudah gila!” Najmie menekan suaranya.
             
“Asya jadi gila kerana Naj!”
             
Mummy masih mahu menyebelahi Asya. kegilaan Asya hampir meragut nyawanya.
             
Mummy yang bawa Asya ke sini?” Najmie mengerling mummynya.
             
“Asya adalah asset yang penting untuk business mummy kelak. Mummy tak mahu hubungan Naj dengan Asya terputus.” Bahu Najmie ditepuk lembut. “I love you, son.” Pipi Najmie dikucup lembut.


Najmie nekad untuk tidak meneruskan perhubungan dengan Asya. Asya bukan gadis seperti yang disangkakan. Asya banyak bermuka-muka. Dia sudah lelah untuk berhadapan dengan sikap gila Asya. Obses dengan cinta! Dia sudah cuba menyayangi Asya tetapi Asya sendiri yang merapuhkan benteng hatinya,
             
Mesej berlagu-lagu pada telefon bimbitnya. Mesej dari Syed Idlan. Adakah temannya itu sudah memperolehi maklumat yang dia ingini. Najmie membuka kotak mesej.
                   

Naj… nama pewaris yang menderma mata kepada kau itu, Syira Annur Ridzuan. Penderma mata itu, sudah meninggal dunia.
             
Syira Annur. Najmie menyentuh hujung dagu.


Dia perlu bertentang dua mata dengan Syira.Takdir telah mempertemukan mereka di bumi matahari terbit ini. Najmie tidak akan mempersia-siakan peluang yang datang hanya sekali ini.
 


“Naj…” Asya terpacak depan pintu.

             
“Aku tiada mood dan tidak mahu diganggu.” Dia sudah membina benteng antara dia dan Asya.

            
 Asya menggigit bibir. Najmie semakin dingin melayannya. Najmie tidak lagi ramah seperti dulu. Segalanya telah berubah dalam masa setahun ini.

             
“Naj…” Asya masih teragak-agak untuk menghampiri Najmie. Najmie tidak mahu dia menyentuhnya. Pegang sedikit, Najmie sudah melenting.

            
 Please… jangan naikkan darah aku.”

            
 “Naj… kita perlu berbincang tentang hubungan kita. Ianya masih boleh diselamatkan. Mummy you sudah maafkan I. Masakan you tidak boleh berikan I peluang.”

            
 Najmie tersenyum sinis.

             
It’s over! Aku tak mahu berbincang apa-apa soal kita. Tolonglah… tolong jangan muncul di depan mata aku!”

             
Hati Asya bagaikan dirobek dengan kata-kata Najmie.


Najmie tidak pedulikan perasaan Asya. Itu caranya untuk Asya menjauhkan diri darinya.

Syira… walau jasad ini dimamah bumi, namun cintaku masih tertinggal untukmu kelak. Tapi yaknilah yang kebahagiaan itu akan ada padamu. Dan cinta abadi itu hanya milik ALLAH.
         

Najmie memicit kepalanya. Ayat-ayat itu bermain dimindanya.
            
 “Naj…”
            
 Leave me alone!
 

 

 
 Bersambung....

5 comments:

  1. wow, bab 1 pun dah cukup buat saya tertanya2 apa yang akan jadi lps ni :D teruskan kak :)

    ReplyDelete
  2. saya kesian sangat kak Syira...mesti setiap kali die lihat Najmie, dia akan teringat arwah Najmie...dan lah 2 org tu nama yg sama...sedihhh...mmg betul,kalau kita dah sayangkan seseorang mmg susah nak lupakan..

    ReplyDelete
  3. makin menarik kak Ilya saya suka

    ReplyDelete
  4. best3 ;
    menarik3 sangat3! gud luk! ;)



    ReplyDelete
  5. Salam. Poor Syira. Keep it up, kak! Anyway, sdikit info. Ia tak boleh diguna utk benda. Ia refer untuk orang. ;) Maaf jika terasa.

    ReplyDelete