Tab Menu

Followers

Wednesday, January 8, 2014

Allure - A2



“NAMA aku Najmie.” Dia menghulurkan tangan.
             
“Najmie?”
             
Dia mengangguk. Dia menarik tangan Najmie untuk berjabat tangan dengannya. Dia tahu yang Najmie tidak dapat melihat dia.
             
“Nama kita serupa.” Najmie tertawa kecil.
             
“You pun nama Najmie juga.”
             
Najmie angguk.
            
 “Satu kebetulan. Mungkin takdir mempertemukan kita. Nama yang serupa dan wajah kita pun hampir seiras.”

            
 Najmie sedikit tersentak. Wajah mereka hampir seiras?
             
“Nama penuh kau apa? Aku Muhd Najmie.” Bahu Najmie dipeluk.
            
 “Najmie Arif.”
            
Dia merenung wajah Najmie lama. Tidak diduga bertemu dengan pelanduk hampir serupanya di hospital ini. Sayang, ‘kembar’nya ini sudah buta dan tidak dapat melihat lagi melainkan ada penderma mata untuk dia. Dagunya diusap. Penderma mata? Hidupnya juga sudah sampai ke penghujung. Dia mungkin tidak dapat bertahan lebih lama. Sakitnya sudah berada di tahap kriktikal.
            
 Mereka duduk berbual bicara. Pelbagai cerita dikongsikan bersama. Dia membuat satu nekad di dalam hati. Mungkin keputusan dia ini akan mengundang rasa tidak puas hati pada tunangnya. Dia berhak atas dirinya sendiri dan apa yang ingin dia lakukan.
            
 “Aku sakit.”
             
Najmie mengalihkan kepalanya.
             
“Aku dah nak mati.”
             
“Ajal dan maut dia tangan Tuhan. Dari DIA,  kita datang dan kepada DIA jua kita kembali. Jika belum tiba masanya, hidung ini masih menghempuskan nafas di dunia ini.”
             
Dia tersenyum.
            
 “Aku ada seorang tunang. Tunang aku ni tak banyak mulut tetapi amat minat dengan fotografi sampai sanggup behenti kerja sebagai engineer.”
            
 “Dia mesti seorang yang cantik.”
             
“Cantik juga. Aku sayangkan dia.”
            
 Wajah Syira terbayang diruang matanya. Syira yang tidak suka bising-bising. Syira yang penyabar. Syira yang selalu mengukirkan senyuman manisnya.
             
So… kau kena kuat untuk dia. Jangan mudah mengalah”
             
“Aku dah tak boleh nak jaga dia lagi. Aku selalu cari pasal dengan dia supaya dia berubah hati dengan aku. Aku sengaja menjauhkan diri dari dia.”
            
Najmie geleng kepala. Dia tidak bersetuju dengan cara sebegitu. Duka akan bertambah buat si tunang.
             
“Dia tahu kau sakit.”
            
“Dia tahu tapi dia tetap nak berkahwin dengan aku.” Dia menarik nafas panjang. Jika boleh dia tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Dia tidak mahu Syira mendapat status janda dalam usia yang masih muda.
           
“Dia sayangkan kau. Kau kena hargai kasih sayangnya.” Najmie menyentuh bahu lelaki di sebelahnya itu.
            
 “Aku benar-benar mencintai dia dan sayangkan dialah aku tidak mahu dia bersedih atas kehilangan aku. Aku tak mahu hancurkan masa depannya mengahwini aku.” Suaranya sayu. Dia meramas jari-jemarinya.       
            
 Kawan… kalau tinggalkan dia begitu saja, kau akan lebih sakiti dia. Kalau aku di tempat kau, aku mahu habiskan hayat aku dengan dia. Aku mahu ada kenangan manis bersama dia.” Najmie memalitkan senyuman di bibirnya.
             
Pertemuan antara mereka begitu singkat. Sejak itu Najmie tidak dikunjungi oleh ‘Najmie’ lagi sehinggalah dia menerima penderma mata dari seorang mahu dia memiliki mata itu atas nama permintaan terakhir.
             
Najmie yakin yang Syira menemani sepanjang dia berada di hospital selepas proses pembedahan tersebut. Dia sentiasa mendengar suara esakan kecil gadis itu di sisinya. Dia terasa jeari-jari halus Syira menyentuh matanya.
           

PERLAHAN-lahan Najmie membuka kelopak matanya. Ada titisan air mengalir di hujung mata. Pertemuan singkat itu masih segar dalam ingatan Najmie. Dia tidak dapat melihat rupa ‘Najmie’ itu namun dia yakin matanya ini adalah milik ‘Najmie’ itu.

             
Najmie bingkas bangun. Najmie meraba-raba wajahnya. Benarkah wajahnya agak mirip dengan wajah ‘Najmie’. Dalam dunia tujuh wajah yang menyerupai. Mungkin dia salah seorang yang menyerupai wajah ‘Najmie’.
            
 “Syira…” Nama itu terluah dari bibirnya.


SYIRA mengemas pakaian masuk ke dalam bagasi. Lusa dia akan berangkat pulang ke Malaysia. Syira menatap fotonya bersama arwah Najmie. Ke mana sahaja, foto itu pasti ada bersamanya.

            Syira… Najmie sudah tiada. Kau kena terima hakikat ini. Kau perlu lepaskan dia pergi. Najmie tak mahu kau bersedih begini. Kau sudah lupa pesan Najmie. ~ Weng

             
Syira memenjamkan matanya. Bagaimana Najmie? Bagaimana untuk saya melupakan awak jika dia memiliki mata awak dan rupa yang hampir seiras dengan awak. Apabila saya melihat dia seperti saya melihat awak di depan mata saya.
             
Syira mengeluarkan kameranya. Dia juga rasa bersalah kerana dia ada mengambil secara curi-curi gambar lelaki itu ketika lelaki itu masih dirawat di hospital. Namun gambar-gambar itu sudah dibuang olehnya. Saat dia membandingkan wajah kedua-dua, hatinya akan merasa sebak dan tanpa sedari dia akan menangis sendiri.
             
Syira membuka telefon bimbitnya. Ada pesanan ringkas dari Weng dan juga ibu. Syira rindukan Weng dan ibu. Mereka sahaja yang memahami dirinya ini. Siapa kata sahabat lelaki tidak memahami hati perempuan, Weng seorang yang lebih mengambil berat perihalnya berbanding sahabat perempuannya sendiri. Nekad mereka sama. Mereka behenti kerja untuk berkongsi dalam bidang yang sama iaitu fotografi.

            Syira sayang… jangan lupa belikan aku pedang samurai ~ Weng
           
 Syira tersenyum sendiri.

        
   Aku belikan kimono untuk kau ~ Syira
            Kau fikir aku sama jantina dengan kau ~ Weng
            Hehehe… mana tahu kau berniat nak tukar jantina ~ Syira
            Jahatlah kau! ~ Weng
            Kau pun satu minta yang bukan-bukan. Kau fikir pedang samurai jual di kedai ke? ~ Syira
            Hahaha…kalau ebgitu kau belikan aku patung ultraman ~ Weng
            Wei… dah besar gajah pun nak main patung ultraman lagi! ~ Syira
            Aku bukan nak mainlah. Aku nak simpan buat koleksi~ Weng
            Iyalah.. aku cari nanti untuk kau~ Syira
            I love u! ~ Weng

             
Weng-Weng.... Kalau orang baca mesti mereka ingat Weng cintakan dia. Padahal mereka hanya bersahabat baik. Tak salahkan sayang sahabat sendiri.
             
Syira melihat lokasi-lokasi tarikan pelancong di Osaka melalui peta yang sudah berada di tangannya. Dia mahu habiskan satu filem untuk kameranya ini. Cenderahati buat Weng juga tidak boleh dilupakan. Weng kalau sudah membebel bukannya akan behenti. Sampai esok pun Weng akan sambung membebel selagi barang yang diigini tidak dapat.
            
 Syira mengenakan tudung di kepala. Lilitan tudungnya kemas dan membentuk dengan cantik. Syira calitkan sedikit gincu berwarna agak terang sedikit pada bibirnya. Dia tidak amhu bibirnya kelihatan pucat. Pemerah pipi? Tidak perlu. Kulitnya sudah kemerah-merahan. Beg kamera disandang pada bahu.
            
Syira menyarungkan kasutnya.


                                               
LELAKI itu sudah berdiri hadapannya. Syira menelan air liur. Bagaimana lelaki itu dapat mencarinya di sini? Adakah lelaki itu mengekorinya semalam? Syira cuba melepasinya namun laluan Syira dihalang. Syira mengetap bibir.
            
 “Syira…”
            
 menjegilkan anak matanya. Lelaki itu tahu namanya.
           
Sorry… saya tidak kenal awak.”
            
 Syira tidak berani untuk memandang lama wajah di hadapanya itu.
             
“Saya perlu bercakap dengan awak. Tolong, jangan kata awak tidak kenal pada saya?” Najmie tidak akan benarkan Syira lari darinya.
             
“Saya dah kata, saya tidak kenal awak.” Syira cuba melintasi Najmie namun lengan direntap oleh Najmie.
            
 “Bagi saya peluang…”
             
“Jangan seksa saya!”
            
 “Sebab mata ini dan wajah ini sesakkan nafas awak, bukan?” Suara Najmie masih berlembut.
             
Syira tergamam.
            
 “Itu bukan masalah awak.”
             
“Bukan masalah saya? Awak tak tahu mata ini sentiasa ada bayangan awak. Saya selalu mimpikan awak. Kisah awak dan dia bagaikan ada pada ingatan saya.” Najmie pandang wajah Syira lama. Hatinya berdebar saat mata mereka bersatu.
            
 Syira turut merasai apa yang Najmie rasai. Dia segera melarikan lirikkan matanya. Najmie melepaskan cengkaman pada lengan Syira.
             
“Syira… saya tahu ini mata Najmie. Najmie adalah tunang awak.”
             
Syira membisu.
             
Kenapa takdir? Kenapa takdir perlu mempertemukan mereka lagi? Kenapa?

4 comments:

  1. kak ilya makin best kak...nak lagi heeeeee.teruja je bila baca

    ReplyDelete
  2. bestnya, ku nantikn ban 3 pulk.hehe

    ReplyDelete
  3. uwaa...sian plak dekat Syira...klau die terus berjumpa dgn Najmie, mesti die akan teringat akan arwah Najmie...uhuks!

    ReplyDelete
  4. Sallehah_yusof
    Bestnya.. xsbr nk tggu entry seterusnya...msti ati Syira terseksa bila tgk najmie-bygan arwah tunangnya....

    ReplyDelete