Tab Menu

Followers

Saturday, February 1, 2014

Allure - A3

 SYIRA menunjukkan foto-foto arwah tunangnya kepada Najmie. Bulat anak mata Najmie melihat foto-foto tersebut. Nyata wajah mereka hampir seiras. Dia angkat kepala memandang wajah sayu Syira. Mata Syira berkaca. Najmie melepaskan nafas kecil. Dia memahami perasaan Syira itu. Takdir telah tersurat. Adakala dia tidak mengerti pada hati sendiri. Jiwanya meronta-ronta untuk bertemu dan mencari gadis itu. Daya tarikan yang tidak dapat dia elakkan.


Jika Najmie yang ini mengubah stail pada rambutnya seperti arwah Najmie, pasti dia mereka tampak lebih seiras. Cara pertuturan Najmie yang ini lebih lembut dan bersopan dari arwah Najmie. Syira mengalihkan muka setelah menyedari yang Najmie mula perasan akan tindakannya itu.

Najmie melirikan senyuman di bibir. Syira seakan kekok berada di sampingnya. Mungkin kerana wajah dan mata ini? Bukan sahaja wajah dan mata ini, tetapi namanya juga serupa dengan nama arwah tunang Syira.

“Adakah takdir sedang mempermainkan kita?”

Syira behenti melangkah.

“Tiada sesiapa yang dapat mengubah ketentuan Ilahi. Saya perlu terima kenyataan yang Najmie saya cintai itu sudah tiada. Najmie sudah bertemu dengan Penciptanya.”

“Tapi saya yakin Najmie masih berada di hati awak. Awak belum benar-benar dapat melupakan dia.”

Syira tersentak. Najmie seakan dapat membaca apa yang terkandung di dalam hatinya. Dia tidak senang dengan kata-kata Najmie itu.

“Itu bukan urusan awak!”

“Syira… bila saya tutup mata saya, saya nampak wajah awak… saya nampak senyuman manis awak….”

Reaksi wajah Syira berubah. Jantungnya berdengup kencang.

“It’s something wrong?”

“Mana awak tahu kata-kata itu?”

“Oh, saya cakap sesuatu yang mengarut lagi.” Najmie ketawa kecil.

Aku merasakan seperti Najime berada dekat dengan diriku ini. Mengapa aku mesti
berfikir begitu? Aku seolah-olah mengharapkan sesuatu yang mustahil.Ya, Allah… berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala ujianMU.

“Bicara kita tamat di sini.”

“Kenapa?”

“Please, fahami keadaan saya. Berikan peluang untuk saya melupakan kepedihan di hati saya. Apabila saya melihat awak, saya semakin sukar melupakan arwah.”

Najmie melepaskan keluhan berat.

“Wajah ini menjadi musuh saya sendiri.” Najmie kelihatan sedih dan seakan terluka dengan kata-kata Syira.

“Najmie…”

“Bukan Najmie, panggil saya Naj. Naj saja.”

Mereka bertentangan mata.

“Maafkan saya. Saya rasa tiada apa-apa lagi perkara yang perlu kita bualkan.”

“Saya harap kita akan bertemu lagi.”

Syira merenung lama wajah Najmie.

“Saya tetap berharap kita tidak akan bertemu lagi.”

Syira berlalu. Najmie hanya memandang langkah Syira.


“KAK, Naj sudah tidak endahkan Asya lagi.” Esak Asya. Hatinya dipagut rasa pilu melihat Najmie bersama perempuan lain.

Asya mula mengadu kepada kakaknya.

“Maybe, his friend.”

“Naj tiada kawan perempuan. Asya kenal sangat Naj. Sejak bersama Asya dulu, Naj tak pernah ada kawan perempuan.”

Fasha mengetap bibir. Dia tahu Asya kuat cemburu dan Najmie sering mengikut kehendak adik kesayangannya itu.

“Asya… dah tanya pada mummy?”

“Mummy bukannya tahu.”

“Asya tanya dulu pada Naj. Mungkin dia cuma membantu perempuan tu tunjuk jalan.”

Asya membisu seketika.

“Asya…”

“Kak… Asya tak boleh hidup tanpa Naj.”

Fasha mengurut dahi. Adakala dia pening melayan kerenah keanak-anakan Asya namun kerana sayang dia turutkan saja. Asya saja keluarganya ada.

“Asya ada rupa. Asya boleh dapat lelaki lebih dari Naj.”

“Asya tak mahu lelaki yang lain. Asya hanya mahu Naj!” Asya berkeras.    

Oh, no! Fasha tidak mahu Asya menggila macam dulu. Fasha tidak rela mahu menempatkan Asya di tempat itu lagi.

“Kakak akan discuss dengan mummy hal ini. Kakak akan pastikan Naj menjadi milik Asya sepenuhnya. That’s my promise.” Janji  Fasha.

“I love you, sis…”

“Me too,”

Fasha meletakkan ganggang telefonnya.


“PLEASE Naj..” Fasha merayu.

“Your little sister betul-betul sudah gila! I’m tired. Ini baru sedikit.” Najmie menunjukkan tangannya yang berbalut dikelar oleh Asya.

Fasha jadi buntu. Fikirnya setelah Asya bersama Najmie, kegilaan Asya sudah dapat dibendung. Asya masih cemburu buta. Pantang melihat Najmie didekati perempuan lain.

“I rayu pada you. Jangan putuskan hubungan you dengan Asya. She’s need you.”

Najmie meraup rambutnya ke belakang.

“I love her… but…” Kata-katanya terhenti di situ.

“Please, Naj…”

“I’m sorry…”


Akhirnya Najmie memutuskan perhubungan dengan Asya. Asya tidak dapat menerima hakikat perpisahan itu. Asya bertindak berani menyimbah asid pada mata Najmie. Jika mummy Najmie tidak masuk campur, Asya sudah disumbat di rumah sakit mental itu.

“You, okay…” Bahunya disentuh lembut.

“I’m okay.”

“Jangan tipu I. You tak nampak okay, sayang.”

“Harith, I’m sorry…”

Lelaki itu mengulum senyuman. Dia paut jari-jari halus Fasha hingga ke bibirnya.

“I love you.”

Tangan Fasha dikucup lembut.

“Harith, kita di pejabat.”

“Bukannya orang lain nampak.”

Harith mengenyitkan mata.

“You makin nakal.”

Harith ketawa.

“Kalau you bermuram begini pasti soal adik you, Asya dan teman baik I, Najmie.” Harith sekadar meneka dan selalunya terkaannya itu adalah tepat.

Fasha mengangkat wajahnya.

“I tak mahu bertekak dengan you.”

“Okay, I pun malas nak berbicara tentang adik you yang sakit mental tu.”

“Harith!”

Harith bingkas bangun.

“Sayang pun berpada-padalah my love. You pun tahu yang cinta itu tidak boleh dipaksa.”

 Harith melangkah keluar.
                                                                  

5 comments:

  1. Terbaiklah, akk. Anyway, asha tu mmg gila ka? Masalah betul. Kesian syira. Tabah ye! Fightin'

    ReplyDelete
  2. teruskan kak best :) ngeeee kesian syira n najmie also...patutlah matanya buta huhu

    ReplyDelete
  3. setuju dengan kenyataan harith...
    oh rupanya asya yang menyebabkan mata najmie luka...kesian kat Naj...hehehe

    nice sis

    ReplyDelete